HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Sunday, May 31, 2009

Amalan BN sekarang sama dengan PKM dulu : Nik Aziz



PULAU PINANG,. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma.

Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM.

"Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja.

"Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman,pembunuhan,kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara.

"Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah.Bukankah ini juga semacam dengan mereka."

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.

Dalam ceramah itu beliau juga menyentuh mengenai kedudukan BN yang semakin terancam dengan perpecahan yang begitu ketara berlaku semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti PPP.Mereka mulai berpecah kepada dua presiden.Begitu juga di Trengganu yang berpecah dalam kumpulan Umno yang memerintah negeri disana.

"Di Perak juga berlaku kemelut yang sehingga ini rakyat tidak dapat menerima apa yang telah diputuskan walaupun hak rakyat untuk memilih harus diserahkan kepada rakyat membuat pilihan terbaik," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Saturday, May 30, 2009

Ungkapan Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu

Polemik

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan mematikan. Segala puji bagi Allah yang memberikan kekuatan untuk terus berdiri bersama sahabat-sahabat yang ikhlas berjuang sambil membantu membentuk naluri jiwa yang hampir kendur ini.

Pertama kali menulis artikel secara serius, mendapat dorongan dari roommate al-Faisal (www.demipena.blogspot.com), dan selepas mendapat pertanyaan-pertanyaan yang serupa,terdorong hati ini untuk membuat kajian yang serius tentang satu topik, iaitu ‘Lelaki dianugerahi 9 akal dan 1 nafsu manakala Wanita dianugerahi 9 nafsu dan 1 akal”.

Terlebih dahulu ,saya suka dan gembira untuk menyatakan bahawa saya cuba untuk tidak bersifat ‘biased’ dalam hal ini memandangkan saya adalah seorang lelaki manakala ibu,adik, dan bakal isteri merupakan seorang wanita solehah ,InsyaAllah.

1. Pendefinisian semula

1.1 Definisi akal ?

-akal 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja;

-akal ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ keling = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejengkal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain;

-akal ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmuprb dikatakan kpd orang yg pandai;

1.2 Definisi nafsu ?

-nafsu Ar 1. keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat, dorongan hati: ~ belajarnya tidak padam-padam; terburu ~ = keburu ~ Id berbuat sesuatu dgn tergesa-gesa kerana nafsu (dgn tidak berfikir panjang); 2. = hawa ~ kehendak hati yg kuat utk melakukan sesuatu yg melampau atau kurang baik (spt berseronok antara laki-laki dgn perempuan dll): perempuan tidak boleh melakukan sesuatu yg boleh membangkitkan ~ dan perasaan laki-laki; 3. = ~ makan keinginan utk makan, selera: fikiran yg tenang itu biasanya tidak mengganggu ~ makan; patah ~ hilang selera; ~ amarah a) dorongan hati utk melakukan sesuatu yg kurang baik; b) kepanasan hati, kemarahan; ~ kuda hawa nafsu yg melampau; ~-nafsi berbagai-bagai jenis nafsu, pelbagai nafsu; ~ tabiat † kemahuan semula jadi, naluri; ~-nafsi, raja di mata, sultan di hati prb melakukan sesuatu dgn sesuka hati sendiri;

-nafsu bernafsu dgn penuh nafsu, ada (mengandungi, menunjukkan) nafsu: mereka tidak begitu ~ utk memakan kuih itu; matanya penuh ke muka Nahidah, pandangannya ~.

2. Sumber dan sejarah

Ungkapan Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ; Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal,telah digunakan secara meluas, samada oleh pelajar, guru, ibu bapa, pensyarah, dan sebagainya. Dan apabila ditanya dari manakah datangnya ungkapan tersebut, pasti sukar untuk kita jawab bukan? Tetapi biasanya jawapan yang diberikan adalah, ungkapan tersebut adalah berasaskan fakta, bahawa perempuan lebih mengikut nafsu dalam membuat keputusan, manakala lelaki lebih menggunakan akal.

Ada juga yang membuat teori sendiri dengan mereka satu formula ‘Akal lelaki + perempuan = 9 + 1 =10 ; Nafsu lelaki + perempuan = 1 + 9 = 10 = NORMAL. Tetapi dari mana datangnya sumber dan sejarah, tidak dapat dipastikan secara jelas . YANG PASTINYA, TIDAK ADA SATU PUN NAS ATAU DALIL DARI AL-QURAN DAN HADIS MENERANGKAN TENTANG PERKARA INI.

3. Sumber dari Al-Quran dan Hadis

Saya lebih tertarik untuk mencari penggunaan perkataan nafsu di dalam al-quran, adakah ayat-ayat tentang nafsu banyak ditujukan kepada perempuan atau tidak. Jikalau betul ungkapan tersebut, sudah tentu kebanyakan ayat-ayat di dalam al-quran dan hadis yang membicarakan tentang nafsu ditujukan kepada wanita bukan? Mari kita lihat dari sumber al-quran tentang penggunaan perkataan nafsu.

3.1 Sumber dari Al-quran

3.11 Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan kuffar

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? (al-baqarah : 87)

3.12 Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan nasrani dan yahudi

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (al-baqarah :120)

3.13 Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan fasiq

Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. (an-nisa’ :27)

3.14 Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan yang beriman

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (annisa :135)

3.15 Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan lelaki

i) Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (ali imran :14)

ayat ini secara umum adalah kepada manusia,tetapi ungkapan nafsu terhadap perempuan-perempuan sudah tentulah ditujukan kepada lelaki.

ii) Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya, lalu dia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.(almaidah:30)

iii) Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.(al-a’raf:81)

ayat ini ditujukan kepada golongan lelaki yang homoseksual dan gay secara jelas,tetapi ditafsirkan secara umum kepada pasangan yang bersamaan jantina termasuk lesbian

iv) Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu."

Ayat ini ditujukan kepada adik beradik Nabi Yusuf, dimana mereka adalah lelaki

Mari kita lihat ayat ini pula :

-Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-nur :30)

- Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-nur:31)

Kesimpulan dari 2 ayat di atas, ialah

i) Allah menurunkan ayat 30, kepada lelaki dahulu kemudian barulah ayat 31 iaitu kepada wanita. Ini menunjukkan Allah menekankan lelaki khususnya supaya menjaga pandangan (saya definisakan sbg nafsu) ,kemudian barulah diturunkan kepada perempuan.

ii) Allah menyuruh perempuan menutup aurat dengan memakai tudung pada ayat ke 31, iaitu menyuruh wanita daripada dilihat aurat mereka kepada kaum lelaki terutamanya. Ini menunjukkan lelaki lebih bernafsu daripada daripada perempuan . Jikalau tidak, pasti Allah menurunkan perintah yang sama kepada lelaki.

Juga lihat ayat ini :

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (an-nisa :3)

Apa yang boleh saya ambil dari ayat ini,berdasarkan perbincangan tentang nafsu ialah, Allah memberikan kemudahan kepada lelaki untuk berkahwin sehinga 4 jikalau dapat berlaku adil. Ini menunjukkan keperluan lelaki untuk memenuhi nafsunya secara halal adalah besar,tetapi untuk perempuan hanyalah satu.Bermakna perempuan tidak perlukan sehingga 4 orang suami untuk memenuhi keperluan nafsu secara total. Selain itu juga, saya tidak nafikan ada sebab musabab lain mengapa Allah melarang perempuan berkahwin lebih daripada satu, mungkin boleh diperbincangkan pada artikel yang lain.

3.2 Sumber dari hadis

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim]: no 2485

Daripada hadis di atas, menunjukkan galakan daripada Rasulullah kepada golongan *pemuda supaya berkahwin jikalau sudah ada keupayaan dari segi zahir dan batin. Galakan ini bukan mengenepikan kaum perempuan untuk digalakkan berkahwin,tetapi Rasulullah menekankan secara khusus kepada kaum lelaki

*pemuda = orang yg masih muda (lelaki), anak (lelaki) yg masih remaja.

4. Perempuan dan emosi

Secara total,saya menolak ungkapan ‘Lelaki mempunyai 9 akal,1 nafsu; Wanita mempunyai 9 nafsu,1 akal’, tetapi, saya tidak menolak pendapat yang menyatakan bahawa perempuan melebihkan emosi untuk membuat satu-satu keputusan berbanding lelaki. Tetapi ini bukan menunjukkan bahawa wanita itu lemah,malah ini adalah satu advantage kepada kaum wanita berbanding lelaki.

Untuk membezakan perkataan nafsu dan emosi adalah sungguh jauh jurangnya.

Definisi emosi

-emosi (émosi) perasaan jiwa yg kuat, spt sedih, gembira, takut, dll: masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan ~ yg kurang sihat; ada juga beberapa perkara lagi yg perlu diketahui oleh bakal seniman, misalnya soal menunjukkan ~, ketawa, dan menangis;

-emosi beremosi mempunyai emosi: peluang komunikasi spt itu, lagi tepat dan jelas, lagi tidak ~.

Daripada definisi di atas, jelas menunjukkan bahawa wanita lebih memenuhi ciri-ciri beremosi berbanding lelaki,tetapi lagi sekali saya jelaskan bahawa sifat fitrah wanita ini bukan satu kekurangan,tetapi adalah satu kelebihan berbanding lelaki.



Kesimpulan total :

Penggunaan ungkapan ‘Lelaki mempunyai 9 akal,1 nafsu ;Perempuan mempunyai 9 nafsu ,1 akal’ adalah tertolak sama sekali. Ini adalah berdasarkan :

i) Tiada asal secara sahih daripada al-quran dan sunnah

ii) Bertentangan dengan fakta keadaan sebenar .Contohnya kes rogol oleh kaum lelaki dan kejayaan oleh pelajar perempuan di institusi pendidikan

iii) Menjatuhkan martabat wanita secara terang-terangan. Lelaki 9 akal, perempuan 1 akal, dan binatang 0 akal. Sungguh hampirkah tahap pemikiran perempuan dengan binatang.?

iv) Nisbah dan jurang yang terlalu besar 9:1. Jikalau 6:4 ,mungkin boleh dibincangkan dengan lebih lanjut.

Menolak ungkapan ini, bukan sekadar perbincangan kosong . Tetapi kesan terhadap islam sungguh dasyat jika orang bukan islam mengetahui tentang penerimaan orang-orang islam menggunakan ungkapan tersebut. Antara persoalan yang mungkin bermain di fikiran mereka ialah :

i) Adakah islam terlalu menghina perempuan sehingga mengganggap mereka adalah punca segala kejahatan ,dengan nisbah 9 nafsu berbanding lelaki hanya satu?

ii) Adakah Allah zalim, sehingga memberikan 1 akal sahaja kepada perempuan berbanding lelaki yang mempunyai 9 akal? Adakah bermakna perempuan pendek akal?

Jikalau ini yang non-muslim fikirkan, pasti mereka membenci islam atas salahtanggapan terhadap islam yang dicipta oleh orang islam sendiri.

Tujuan artikel ini dikarang adalah untuk memenuhi permintaan beberapa sahabat supaya menjelaskan dengan lebih lanjut tentang perbincangan ini. Artikel ini bukan bukan bertujuan untuk membuktikan bahawa lelaki lebih bernafsu ,tetapi untuk menolak penggunaan ungkapan yang diperbincangkan di atas.Setiap lelaki dan wanita ada hak masing-masing, yang sentiasa saling lengkap-melengkapi. Islam itu adil,dan memenuhi kehendak fitrah manusia secara semulajadi. Segala silap dan salah ,sila betulkan. Saya hanyalah insan lemah yang ingin berkongsi sedikit ilmu yang cetek. Wassalam


Sumber: Al Islam

!DUA gadis remaja itu ber­usia dalam lingkungan 20-an dan kedua-dua mereka itu memakai tudung. Demikian cerita seorang lelaki berdarah Arab yang sudah ham­pir enam tahun tinggal di Malaysia, Amin Bin Mohd Husni Tannin Al­Jufri,30 lebih mesra dengan panggi­lan Amin.



Menurut Amin, peristiwa ini ber­laku pada pagi hari Ahad ketika dia ingin mengunjungi ibu angkatnya yang berada di KIang, Selangor. Pagi itu saya hanya berjalan seorang diri dan ketika saya melewati bangunan Tenaga Nasi­onal Berhad yang tersergam megah saya terus teringat bil elektrik yang perlu saya jelaskan pada esok hari.

Bagi mengingatkan semula jumlah yang perlu dibayar saya mengeluar­kan bil tersebut yang saya selitkan di dalam dompet saya. Sebenarnya malu juga hendak bercerita yang saya rasa gementar nak bayar bil elektrik terse­but pada keesokan hari kerana inilah pertama kalinya saya membayar bil di Malaysia kerana sebelum ini teman serumah saya yang uruskan segala uru­san berkaitan bil

Cerita Amin, ketika dia sedang membelek-belek bil elektrik tersebut dia terserempak dengan dua remaja perempuan Melayu yang member­hentikan keretanya tidak berapa jauh dari bangunan TNB tadi. "Saya terus menuju ke arah remaja perempuan itu, dan bertanyakan kepada salah seorang daripada mereka sama ada saya boleh menjelaskan bil elektrik di pejabat TNB itu atau tidak.

"Sambil saya menunjukkan penyata bil di tangan saya, dan sambil ber­bual-bual dengan remaja perempuan itu saya berasa sedikit terkejut apabila melihat salah seorang daripada remaja perempuan itu sedang berdiri tegak berhampiran sebuah pagar besi yang bangunannya adalah gereja," katanya.

Ujar Amin, pada masa itu dia tidak berfikir atau syak apa-apa apabila melihat remaja perempuan itu sedang berdiri di situ tetapi dia berasa ter­kejut melihat bangunan itu adalah gereja. Dia mula berasa tidak tenang dan berdebar-debar. "Saya rasa sedikit gementar kerana saya belum pernah berdiri begitu hampir dengan gereja sebaliknya saya hanya pernah melihat­nya dari jauh sahaja. Saya juga tidak menyedari bangunan yang berham­piran dengan TNB itu adalah gereja sehinggalah saya terpandang salib besar pada bangunan itu," katanya.

Cerita Amin lagi, "Semasa saya ber­bual dengan remaja perempuan itu saya berasa sangat terkejut! Saya hanya beristighfar di dalam hati sebanyak-­banyaknya apabila saya terlihat rantai bersalib tergantung di lehernya apabila tudungnya tersingkap ditiup angin!". Al-Islam cuba mendapatkan kepas­tian dengan bertanyakan kepada Amin apakah dia benar-benar pasti yang remaja perempuan itu memakai rantai bersalib "Demi Allah! Mata saya belum buta lagi, saya lihat dengan mata kepala saya sendiri! Salib yang tergantung di leher remaja perempuan itu berwarna hitam," tegas Amin.

Menurut Amin lagi, sedang dia berbual, remaja perempuan itu minta untuk memberhentikan perbualan kerana katanya dia mempunyai hal penting dan hampir terlewat. "Kak Long nak ke mana?" Amin bertanyakan kepada remaja perempuan itu yang disapanya dengan panggilan Kak Long, lantas sekali lagi Amin terkejut besar apabila remaja perempuan itu menunjukkan ke arah gereja yang berada di situ. Amin tidak berpuas hati lalu dia bertanyakan tujuan dua remaja perempuan berke­naan. Dengan ringkas mereka memba­las, untuk bersembahyang." Ujar Amin,

saya terdiam seketika sambil saya melihat dua remaja perem­puan yang bertudung itu terus berjalan menuju masuk ke dalam gereja. Saya berasa sedih bercampur geram, remaja perempuan itu telah murtad!". Ber­cerita lebih lanjut mengenai hal ini, menurut Amin, ketika mula-mula dia sampai di Malaysia dia difahamkan, setiap orang yang berbangsa Melayu beragama Islam. Tetapi selepas peristi­wa itu dia mula merasakan sebaliknya.

Ceritanya lagi, dia yakin ramai lagi remaja Melayu yang murtad di Malaysia kerana negara Malaysia tidak mengamalkan undang-undang Islam sebagaimana di Arab Saudi, tanah kelahirannya. Katanya, di Arab mereka sangat tegas dalam hal murtad. Justeru tidak ramai yang murtad di sana ker­ana mereka melaksanakan hukuman hudud. Sesiapa yang murtad, mahka­mah akan memberikan mereka peluang selama tiga hari untuk mereka berfikir sebaik-baiknya dan dalam tempoh tiga hari itu "mereka yang murtad akan diberi kaunseling dan diminta untuk segera bertaubat.

Sekiranya dalam tempoh tiga hari mereka masih enggan bertaubat maka hukuman akan dijalankan. Tambah Amin lagi, bagi kes murtad, tidak dibenarkan sebarang pembelaan atau peguam bela dan mereka yang terli­bat akan dijatuhi hukuman pancung. Hukuman akan dijalankan di hada­pan khalayak ramai pada hari Jumaat selepas solat Jumaat, tidak kira apa pun kesalahan sama ada mencuri mahupun membunuh. Hukuman akan dijalankan pada hari dan waktu tersebut di depan khalayak ramai. Menurut Amin yang kini mengajar subjek Bahasa Arab di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPT), dia sendiri sudah beberapa kali menyaksikan hukuman pancung yang dikenakan terhadap orang yang mem­bunuh. "Selepas solat Jumaat orang ramai sudah berkumpul di hadapan masjid. Berbelas-belas ambulans dise­diakan bagi tujuan mengangkat orang yang pengsan semasa melihat huku­man itu dijalankan," katanya.

Ujarnya lagi, ketika dia menyaksikan orang yang dijatuhi hukuman bunuh, dia melihat pedang yang digunakan untuk memancung kepala pesalah begitu panjang dan berkilat. Pesalah akan disuruh mengucap dua kalimah syahadah sementara kepalanya ditutup dengan kain berwarna hitam. Selepas itu pedang yang panjang dan berkilat diayunkan lalu kepala pesalah itu jatuh tergolek di atas tanah dan darah merah pekat memancut keluar.

Tegas Amin, pemimpin dan ulama di Malaysia tidak tegas dalam hal ehwal agama Islam. Justeru banyak kes-kes kehancuran akhlak dan akidah di kalangan umat Islam berlaku tanpa henti-henti bahkan semakin bertam­bah. Penyelesaiannya cuma satu, iaitu jadikan al-Quran sebagai panduan dan rujukan bukannya perlembagaan yang direka oleh manusia. Dengan demikian Insya Allah! Negara Malaysia akan ber­tambah makmur dan berkat. Berdasarkan dakwaan yang dibuat oleh Amin kepada Al-Islam, penulis cuba menjejaki dua remaja perempuan bertudung yang didakwa oleh Amin bahawa mereka telah murtad. Satu misi diatur dengan harapan bertemu de­ngan remaja terbabit. Justeru, awal pagi Ahad, saya menuju ke gereja di Kang Bandar Diraja sebagaimana yang dic­eritakan oleh Amin.

Tepat pukul 8.00 pagi setelah puas mencari dan bertanyakan kepada orang awam, akhirnya saya sampai juga di gereja tersebut. Suasana pada pagi itu cukup hening. Pada intipan kali ini, saya tidak masuk dan mengikuti upacara sembahyang penganut Kristian seba­liknya hanya menunggu di luar sahaja betul-betul di hadapan pintu utama gereja tersebut. Keadaan mulai sesak, satu persatu kereta memenuhi bahu jalan, mata saya terus memerhati tepat ke arah pintu masuk gereja sementara di dalam hati terus berharap diketemu­kan dengan dua remaja berkenaan.

Hampir dua jam menunggu, hati sudah mula mengeluh letih. Benar­lah kata orang penantian satu penyek­saan. Selama saya menunggu di situ saya tidak menemui langsung 'batang hidung' remaja perempuan yang didak­wa oleh Amin. Apatah lagi wajah­wajah Melayu lain. Nampaknya usaha Al-Islam untuk bertemu dua remaja perempuan itu tidak membuahkan hasil.

AL-ISLAM Tidak putus asa

AL-ISLAM tidak pernah berputus asa, selepas beberapa hari pulang dari intipan yang dibuat, Al-Islam menerima maklumat dari seseorang yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi. Kali ini dakwanya terdapat sebuah gereja di Kajang yang menjalankan upacara sembahyang khas untuk orang-orang Melayu pada setiap pagi hari Khamis. Saya sangat terkejut mendengar cerita daripada Azmi.

Kata Azmi, gereja tersebut mengadakan upacara sembahyang pada hari Isnin untuk orang Cina, Khamis untuk orang Melayu, Jumaat untuk orang Indonesia sementara Ahad untuk semua orang tanpa mengira bangsa. Menu­rut Azmi dia mengetahui hal ini daripada salah seorang jirannya yang ber­bangsa India yang turut mengunjungi gereja tersebut.

Daripada cerita Azmi, kami lihat Azmi bersungguh-sungguh mahu Al ­Islam menyelidiki dan menyelongkar hal ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan, sekali lagi saya 'turun' demi mencari kebenaran! Hari Khamis, pukul 8.10 minit pagi, saya berada di tempat yang dinyatakan. Dengan me­naiki sebuah motor kapcai dan berpakaian ala-ala mat rempit saya sudah terpacak di hadapan pintu utama gereja bagaikan serigala menanti mangsa.

Mata saya tajam melihat ke arah perkarangan gereja. Satu jam sudah ber­lalu. Suasana di gereja sunyi-sepi bagaikan baru dilanggar geroda. Saya mula hairan, namun saya gagahkan diri dan tetap terus menunggu dan menunggu. Tepat pukul 10.00 pagi, keadaan masih lagi sama, tiada apa-apa yang berlaku di gereja dan tidak ada sebarang upacara sembahyang dijalankan sebagaimana yang didakwa oleh Azmi. Saya mengambil keputusan untuk terus menanti dalam tempoh satu jam lagi, mata mula terkebil-kebil dan mulut pula tidak henti-henti menguap. Tepat pukul 11.00 pagi, lutut pun sudah mula lembik. Saya mula mengambil keputusan untuk 'angkat kaki' tapi sebelum itu bagi memuaskan hati saya sempat bertanya kepada seorang pengawal keselamatan berbangsa India yang bertugas tidak jauh dari gereja itu.

Menurut lelaki India itu, dia mengakui, terdapat remaja-remaja Melayu yang mengunjungi gereja tersebut tetapi pada pagi hari Ahad kerana dia sendiri pernah melihatnya. Tentang upacara sembahyang yang dijalankan khas untuk orang-orang Melayu pada pagi hari Khamis, dia menyatakan yang waktunya telah diubah dan dia menyarankan agar saya datang pada pagi Ahad kerana pada pagi itu beratus-ratus penganut Kristian akan mengunjungi gereja tersebut.

Demikianlah cerita daripada lelaki India itu. Apa pun Al-Islam akan 'turun' sekali lagi bagi membuat intipan semula di gereja tersebut. Sama-samalah kita saksikan kebenarannya nanti di dalam Al-Islam.

Sumber:
Al Islam

Fahaman Karut 786

Pendahuluan

Sesetengah umat Islam percaya bahawa 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم . Kepercayaan ini sangat popular terutama di India dan Pakistan sehinggakan mereka menggunakan 786 sebagai pengganti kepada kalimah Basmalah di dalam penulisan. Mereka berasalan untuk mengelakkan nama Allah atau ayat Quran ditulis di atas kertas-kertas biasa. Kononnya cara ini lebih ‘bagus’ dan lebih diredhai oleh Allah. Ada yang lebih Islamik, mereka menggunakan 786 sebagai nombor rumah, plat kereta, dan sebagainya konon untuk mendapat ‘keberkatan’.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran perkara ini? Benarkah 786 bererti kalimah Basmalah? Sekiranya benar, apakah signifikannya di dalam Islam?

Nilai Gematrika (Gematrical Values)

Terdapat dua kaedah dalam penyusunan huruf hija’iyah (huruf Arab). Kaedah pertama ialah cara susunan biasa bermula dengan Alif, Ba, Ta, Tsa dan seterusnya. Satu lagi kaedah lain disebut sebagai Abjad numeral’s method atau ordinal method. Thomas Patrick Hughes dalam kamusnya Dictionary of Islam menjelaskan makna Abjad sebagai:

"The name of an arithmetical arrangement of the alphabets; the letters of which have different powers from one to one thousand. It is in order of the alphabets as used by the Jews as far as 400 AD, then six remaining letters being added by Arabians."

Secara mudahnya, cara susunan huruf kaedah Abjad adalah seperti di jadual berikut:

Nilai


Huruf Arab


Cara Sebutan 1


Cara Sebutan 2

1


أ


أَبْجَد


أَبُجَدٍ

2


ب

3


ج

4


د

5


ه


هَوَّز


هَوَزٍ

6


و

7


ز

8


ح


حُطِّي


حُطِيَ

9


ط

10


ي

20


ك


كَلَمَن


كَلْمَن

30


ل

40


م

50


ن

60


س


سَعْفَص


سَعْفَص

70


ع

80


ف

90


ص

100


ق


قَرْشَت


قُرِشَت

200


ر

300


ش

400


ت

500


ث


ثَخَذ


ثَخُذ

600


خ

700


ذ

800


ض


ضَظِغ


ضَظُغ

900


ظ

1000


غ

Kaedah ini hakikatnya adalah hasil cedokan dari idea Pythagoras yang berpendapat bahawa semua perkara boleh diterjemahkan kepada nombor. Fahaman ini disebut sebagai science of Gematria. Mungkin kerana kagum dengan kaedah ‘seni’ ini, terdapat di kalangan Muslim (yang sudah tiada kerja) menukar ayat-ayat Al-Quran malahan keseluruhan surah kepada nombor. Salah satu nombor yang kerap digunakan ialah 786 yang dikatakan bermaksud kalimah Basmalah.

Satu Bentuk Penghinaan

786 hanyalah satu nilai yang tidak membawa sebarang maksud. Sekiranya saya memberikan nombor 66, 92, 352, 296 dan 62, dengan menggunakan kaedah Abjad adakah anda mengetahui apakah maksud di sebalik nombor-nombor tersebut? Buat pengetahuan anda, nombor-nombor tersebut adalah numerical values untuk kalimah Allah, Muhammad SAW, Qur’an, Rasul dan Nabi!

Kita semua sedia maklum setiap banduan mempunyai nombor mereka yang tersendiri dan mereka lazimnya dipanggil dengan nombor tersebut. Sebagai seorang Muslim yang waras, tergamakkah kita menyamakan banduan dengan Allah dan Rasul dengan memanggil mereka dengan nombor-nombor tertentu? Bukankah satu penghinaan apabila memanggil seseorang dengan panggilan nombor? Apatah lagi menukar ayat-ayat dari Al-Quran dan surah kepada nombor lantas sesuka hati menyatakan ini adalah ayat Al-Quran.

Kesilapan Dalam Pengiraan

Kalimah بسم الله الرحمن الرحيم, ayat pertama dari Al-Quran bermaksud ‘dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani’. Apakah 786 mempunyai maksud yang sama seperti kalimah tersebut? Tidak.

Sekiranya diteliti, hakikatnya jumlah nilai sebenar untuk kalimah Basmalah adalah 787 dan bukannya 786. Sungguh memalukan numerologis yang mengasaskan 786 ini tidak mampu menyelesaikan masalah arithmetik yang begitu mudah. Numerologis tersebut telah terlupa untuk memasukkan sekali huruf Alif ke dalam pengiraan dalam kalimah الرحمن yang sebenarnya dieja الرحمان.

Sekiranya juga kalimah بسم dieja dengan ejaan sebenar, باسم dan tanda shaddah pada kalimah الله dikira sebagai satu huruf yang lain, nilainya malahan melebihi 787!

Dengan sedikit imaginasi dan kekreatifan, 786 hakikatnya boleh ditukarkan kepada pelbagai frasa sama ada mempunyai maksud mahu pun tidak. Sebagai contoh, perkataan الأمير المؤمنين عليه السلام juga mempunyai nilai 786. Ini hanya satu contoh. Banyak lagi contoh lain yang boleh didapati. Contoh ini sudah cukup menjadi bukti mudah bahawa 786 bukanlah membawa maksud yang khusus untuk Basmalah.

Al-Quran Diturunkan Dalam Bahasa Arab

Firman Allah subhaanahu wa ta’ala:

Sebuah Kitab Yang dijelaskan ayat-ayatNya satu persatu; Iaitu Al-Quran Yang diturunkan Dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang Yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. [Al-Fusshilat : 3]

Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran Yang diturunkan Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. [Az-Zukhruf : 3]

Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka Yang musyrik itu berkata: " sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia". (padahal) bahasa orang Yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab Yang fasih nyata. [An-Nahl : 103]

(Ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata. [Asy-Syu’ara’ : 195]

Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. [Yusuf : 2]

Berdasarkan dalil-dalil di atas, sudah jelas dan terang bahawa Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan bukannya dalam nombor arithmatik. Mengapa pula kita sibuk mahu menterjemahkannya kepada nombor? Mengapa tidak saja Al-Qur’an diturunkan dalam bentuk nombor? Bukankah itu lebih ‘indah’, lebih ‘seni’ dan lebih ‘mukjizat’ berbanding bahasa Arab? Apa mesej yang boleh manusia terima sekiranya Al-Qur’an diturunkan dalam bentuk nombor? Hal ini hakikatnya adalah suatu kesilapan dan kebodohan.

Dalil Membantah Pendapat Yang Membenarkan

Sesetengah ulama yang membenarkan penggunaan 786 sebagai ganti kepada Basmalah menggunakan alasan sekiranya bimbang tidak menghormati kalimah tersebut sekiranya ditulis dengan penuh. Namun yang demikian, di dalam surah An-Naml ayat 30:

"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,”

Dalam ayat tersebut, Nabi Sulaiman sendiri tidak bimbang menulis Basmalah di dalam surat yang akan diserahkan kepada Ratu Balqis yang ketika itu masih kafir. Di dalam perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah SAW sendiri memerintahkan Saidina Ali menulis kalimah Basmalah dalam nas perjanjian tersebut. Akan tetapi ditukar kepada Bismikallahumma bukan kerana Rasulullah bimbang kalimah itu tidak dihormati, tapi kerana orang Musyrikin Mekah tidak memahami maksud Ar-Rahmaan.

Malahan, Rasulullah SAW ketika menghantar surat kepada An-Najasyi Maharaja Habsyah, Kisra Raja Parsi dan Kaisar Rom dan para pemerintah negeri lain untuk menyeru mereka memeluk Islam, baginda menulis Basmalah pada permulaan surat. Rasulullah sedikitpun tidak berasa bimbang dengan kemungkinan mereka akan menghina kalimah Basmalah dengan cara mengoyak, membakar atau memijak surat tersebut.

Berdasarkan dalil Al-Qur’an dan sunnah di atas, apakah masih relevan menggunakan alasan ‘ditakuti akan menghina kalimah Basmalah’? Apakah mereka tidak sedar bahawa menukar kalimah kepada nombor yang langsung tiada signifikan sebenarnya telah pun menghina dan tidak menghormati kalimah tersebut?

Tiada Pahala

Kita diperintahkan untuk membaca Al-Quran seperti firman Allah dalam ayat berikut

"Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur." [Al-Israa : 106]

Apakah seseorang itu boleh membaca Al-Qur’ran sekiranya ditukarkan kepada nombor? Sebagai contoh, kita cuba tukarkan surah Al-Fatihah kepada nombor seperti di dalam jadual berikut:

Ayat


Nilai

بسم الله الرحمن الرحيم


787

الحمد لله رب العالمين


632

الرحمن الرحيم


618

مالك يوم الدين


242

إياك نعبد و إياك نستعين


836

اهدنا الصراط المستقيم


1073

صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضلين


6001

Jumlah


10189

Apakah dengan ini bermakna cuma menyebut 10189, bererti kita sudah membaca keseluruhan Al-Fatihah dan mendapat pahala? Apakah dengan ini bermakna sekiranya kita mahu membaca Al-Fatihah 10 kali, cukuplah kita mendarabkan 10189 dengan 10 menjadi 101890, dengan kata lain cukup 10 kali? Apakah dengan sebegitu mudah kita boleh mendapat ganjaran pahala?

Nabi SAW pernah bersabda :

"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka dia mendapatkan satu kebajikan, dan satu kebajikan dilipatkan 10 (sepuluh) kali, saya tidak mengatakan Alif, Lam, Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf."[Riwayat Ibnu Mas’ud]

Jelas dalam hadis ini bahawa untuk mendapatkan pahala, Al-Qur’an perlu dibaca dengan huruf Arab, dan bukannya nombor.

Fatwa Mengharamkan

Berikut adalah petikan fatwa yang mengharamkan penggunaan nombor 786 yang dianggap sebagai Basmalah:

Tajuk : Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم

Isu : Hukum mempercayai dan menyakini bahawa No 786 adalah bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم

Keputusan :

Alhamdulillah Fatwanya,

Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم , juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah أهل السنة والجماعة dalam syariah serta akhlak Islam.
Perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.

Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.

Oleh : Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor

Penutup

Nombor 786 bukanlah salah satu ajaran Islam melainkan hanyalah semata-mata bid’ah. 786 hanyalah sebuah nilai yang tidak membawa sesuatu maksud pun malahan ia adalah satu bentuk penghinaan yang nyata sekiranya disamakan maksudnya dengan kalimah suci Basmalah. Sebagai umat Islam yang beriman bertaqwa, sama-samalah kita meninggalkan kefahaman karut ini yang dicipta untuk mengelirukan kefahaman umat Islam terhadap Al-Qur’an. Wallahua’lam.





Berikut adalah maklumat penting untuk di kongsikan bersama demi kesihatan kita. Mungkin ada yang dah tahu.

Semoga memanfaatkan kita semua.


Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!



Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.



Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.



Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".

Friday, May 29, 2009


Kakak Tua: Di mana hilangnya malu?

Kejelitaan wajah Maiza terserlah walau hati kini bergolak

MULA-mula memang menarik tetapi lama-lama timbul rasa mengkal dalam hati bila semakin sarat cerita keretakan rumah tangga penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy dan isterinya, Maizawati Zainal, 33 dihebohkan.

Kontroversi retak menanti belah antara 'Ustaz Rock' dan isterinya ini turut menyeret orang ketiga, penyanyi Waheeda.

Atas alasan apa sekalipun, samada 'ledakan bom jangka' yang tidak dapat dikawal mahupun rakus menjaja kisah peribadi, Maiza tidak sepatutnya bersetuju untuk tampil ke program TV bagi menceritakan kisah rumah tangga yang bergolak.

Malu itukan sebahagian daripada cabang iman dan sifat sabar itu bukankah dituntut?

Tambahan pula kalau kita seorang suri. Wajib sekali menjaga maruah suami dan diri. Harap Maiza sudah tersedar dari lamunan, tempias atau kesan buruk akibat perbuatan nekadnya muncul di media.

Implikasinya, bukan sahaja wajah jelita jadi tontonan tapi terpalit juga malu yang bukan kepalang, baik kepada diri, suami dan anak-anak.

Padahnya bila ghairah bertindak tanpa berfikir panjang. Suami yang mula dikagumi kerana menjadi penceramah bebas dan berasal pula dari golongan beragama sudah tidak keruan hendak letak muka di mana. Walaupun berdiam diri tapi Akhil tentu lebih merasainya sebagai lelaki dan ketua keluarga.

Inilah natijahnya jika bertindak tidak tahu malu - iman yang senipis kulit bawang akan terus hilang, maruah akan terhakis dan peribadi sejelita manapun akan musnah beransur-ansur.

Menjaga aib (malu) sangat penting kerana itulah perisai dan perhiasan seorang wanita begitu juga lelaki.

Dan bangkai gajah pula bagai tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi bila Waheeda disebut sebagai punca dan orang ketiga dalam kemelut rumah tangga Akhil. Semua yang terjadi bagaikan mengundang pandangan serong terhadap Akhil dan Waheeda.

Kalau dulu semuanya rahsia, kini semua cerita terpaksa 'dikongsi bersama'. Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Kata orang tua, bila kita terlampau duka terurah buntil, bila terlampau suka terurah rahsia.

Memetik sebuah hadis Riwayat Bukhari, "Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya."

Jadi mengapakah kita memalukan diri kita sendiri? Bekas Mufti Perlis, Dr Asri bin Zainul Abidin pernah berkata,"Kalau tak suka dihina, janganlah menghina diri sendiri!".

KAKAK TUA: Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat!

Yakjuj & Makjuj (ber ita gempar dari NASA!!!


Sekadar memanjangkan…..


WASHINGTON -- Weekly World News t ela h mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20
batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini t ela h dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ...
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali t ela h mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini.
'Cer ita ini harus diber ita hu,' kata sumber itu. 'Ia terlalu besar untuk disorok'. Sumber itu t ela h mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. 'Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah', beliau berkata,
'Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English'.
'Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)', kata sumber itu.
'Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
'Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang
>dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. 'Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi'.
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan.
'Seperti k ita , mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole'
'Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang m ela m pau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi'.
'Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan
makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.
'Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau'.
'Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah s ela mat dan hidup
dari insiden itu'.
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.
'Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria', mengikut kata sumber.
'Amat j ela s mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi'.
NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole.. 'Kami mahu tahu
segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum
manusia'.
'Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada ka ita n dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia
moden hari ini secara genetiknya ?'
Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.
'Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang ters ela mat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah
Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau k ita ?
Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - t ela h menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?
Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Set ela h menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan
informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau t ela h memberi amaran 'mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat'.
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole
Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan 'teknologi bawah tanah'.
Setakat ini NASA t ela h menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sek ita r Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sek ita r barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia t ela h bercer ita tentang kewujudan makhluk di bawah
muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu t ela h dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih
tidak diketahui..




DARI SURAH AL KAHFI:

Allah mencer ita kan kisah l ela ki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: "Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: 'Aku akan bacakan kepadamu cer ita mengenainya'. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

"Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur h ita m dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: 'Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'. Berkata Zulkarnain: 'Adapun orang yang aniaya maka kami k ela k akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya'." (ayat 83 hingga 87)

"Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu," (ayat 89 dan 90).

"Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: 'Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?'.

Zulkarnain berkata: 'Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi'.

"Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah (api itu)'. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu'.

"Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar'," (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, l ela ki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Salam untuk semua

Saya taipkan terjemahan Surah Al Ikhlaas agar k ita dapat menghayati sepenuhnya.

1. Katakanlah (wahai Muhammad); '(Tuhanku) ialah Allah Yan g Maha Esa;

2. Allah yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

4. Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya'.

Sekadar menyampaikan........

Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.

Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pakcik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya.

Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pakcik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

B ila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur.

Tiba-tiba, pakcik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa M ela yu dan Inggeris yang agak baik.

Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah..

S ela in penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk k ita , kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas.

Surah ini, katanya, surah tauhid. K ita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pakcik.

Bahagian ini, menarik sikit. Pakcik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau b ela jar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan s ela mat, kata pakcik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pakcik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda.

Minda, kata pakcik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati.

Hati ialah iman, kata pakcik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. B ila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pakcik lagi.

Ketiga, kuat fizikal.

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pakcik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pakcik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan h ila ng dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pakcik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

Iqra'......!

Take a break**.med ita te*3 minutes & calm your mind*

Recite 3x :

Maka, sampaikan ilmu ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.

Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah.

Wassalaam.

Thursday, May 28, 2009

Motivasi Dato Dr Fazilah Kamsah - renung2kan dan selamat beramal

Berikut merupakan nota-nota penting berkaitan ceramah motivasi kecermerlangan yg saya hadiri dan bermanfaat untuk kita renung-renungkan dan amalkan dalam hidup kita.
Sama-sama kita Berkongsi ilmu,
Tips Menjadi Pekerja/Insan Cemerlang:

1. Pasang niat/doa untuk jadi yang terbaik dan jadi aset kepada dunia
2.. Berlapang dada dan bersihkan hati
3. Bertindak dan berubah sekarang.
4. Jangan melawan fitrah (don’t go against nature)
5. Semua masalah berpunca dari diri sendiri (kita yg patut nilai diri kita/berubah)
6. Keyakinan (doa yang paling mustajab)

Tips2 Kecermelangan utama:

1. Hati/niat yg murni
2. Minda cerdas/positif
3. Usaha dan tindakan cemerlang
4. Penampilan anggun
5. Hubungan yang cemerlang
(sentiasa maafkan org, doakan untuk org, bantu org, ceriakan org, bangunkan org)
6. Ibadah dan doa
7. Guru yang cemerlang
8. Bentuk budaya terbilang

Tips Mengenal Diri Kita Yang Sebenar:
Cara Kenal Diri:

1. Nama dan maknanya – nama yang disebut ada maksud dan merupakan doa harian
2. Perawakan fizikal mencerminkan peribadi

Cuba tengok telapak tangan kanan anda bagi lelaki dan telapak tangak kiri bagi wanita. Jika jari manis lebih tinggi dari jari telunjuk membawa maksud anda seorang yang lembut hati dan kalau sebaliknya anda seorang yg keras hati. Bagi yg keras hati, kita berusaha merubah diri kita…
3. Tarikh lahir cerminkan peribadi
Bagi yg lahir Bulan Ganjil (1,3,5,7,……11)
bermaksud seorang yg tenang, suka bersendirian, seorang yg sistematik, sabar dan strong character.

Tetapi kalau bulan 5, 9, dan 11 ia lebih kepada seorang yg tegas dan sedikit keras hati
(tegas dlm sesuatu keputusan)
Bagi yg lahir bulan genap (2, 4, 6....12) bermaksud seorang yg laju/kelam kabut.

Tetapi bagi yg bulan 2,4,8,12 agak keras dan extra sensitive.

Bagi yg lahir antara 18hb hingga 23hb dalam mana-mana bulan bermaksud makhluk 2 alam.
Ada karakter bulan ganjil dan bulan genap. (ada 2 perangai)

4.Grafologi sebagai asas kenal peribadi:

Seseorang yg tulisannya besar bermaksud = berani, pemurah, caring, mudah jadi pemimpin.

Tulisan kecil = pemalu
5. Aura (Karisma Kendiri)

1. Fizikal
2. Emosi- maafkan org
3. Spiritual- tak tinggal solat/ibadah yg lain.
6. Warna kegemaran mewarnai peribadi

Merah – laju, kelam kabut, tak sabar
Putih – aman damai, jujur
Hijau- aman
Hitam- serius, komited
Pink- syahwat sihat
7. Urutan dalam keluarga pengaruhi peribadi.
8. Latarbelakang keluarga pengaruhi peribadi
9. Asas amalan ibadah bentuk peribadi
10. Peribadi ibu bapa pengaruhi anak2
11. Peribadi anda pengaruhi rakan2 anda
Masalah Pekerja:

1. Ingkar – Tuhan, Org Tua, Bos, Suami/Isteri (perbaiki hubungan dengan tuhan dahulu dan seterusnya hubungan dengan Bos, Org Tua dll)
2. Tak Kenal diri yg sebenar
3. Enggan berubah
3 kategori manusia:
i. Org yg berjaya (beruntung) – hari ini lebih baik drp semalam
ii. Org yg terpedaya – Hari ini sama seperti semalam
iii. Org yg celaka – hari ini lebih teruk drp semalam
4. Niat tak murni - sebelum dtg kerja pasang 10 niat.
- Keluar rumah kaki kiri , masuk rumah kaki kanan
- niat adalah doa
- dah ada niat pun dah dapat 1/3 pahala.

5.Bodoh Sombong – jgn malu kalau nak belajar atau nak tanya sesuatu benda yg tak tahu.

7. Tiada semangat kerjasama (tuhan tak bagi hidayah kalau tak bersatu)

8. Banyak maslah peribadi

9. 3G (gemuk, gebu, gempal) + malas + kuat makan + kuat tidur . (kalau dah ada 4 pakej ni boleh bawa masalah pada kita)

10. Tak ikut peraturan

11. tak disiplin

12. Enggan fikir diluar kotak (banyakkan perbincangan/mesyuart/istigharah bg yg islam)

13. Selekeh otak, peribadi, iman

14. Terlalu Stress

15. Ada ilmu tapi taka mal
Petua Untuk Sentiasa Ceria:

1. Berdoa dan pasang niat untuk sentiasa ceria dan bersemangat
2. Maafkan semua org sebelum tidur setiap malam
3. Programkam minda sebelum tidur setiap malam
4. Apabila bagun tidur terus senyum dan berdoa
5. Cari Butang Hijau – perkara-perkara yg menarik setiap pagi/membahagiakan.
Cth dengar lagu....atau bagi yg dah kahwin peluk isteri 10 saat.
Lain2 tips/pesanan:

1. Jgn kencing berdiri – boleh jadi org pelupa, mudah kena batu karang dan kesan pada tenaga batin...he2
2. Buang air besar – sengetkan badan ke sebelah kiri
3. Tidur – iringkan badan sebelah kanan.
Semoga maklumat di atas bermanfaat untuk kita semua. Sememangnya masing2 kita ada kelebihan dan kekurangan. So, kita sendirilah yg kena bantu diri kita untuk berubah... renung2kan dan selamat beramal...
Tolong sebar-sebarkan

Kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama cerita P. Ramlee yang banyak

menggunakan ' Masyaallah' dalam situasi yang
silap. Bayangkan jika anda

forward kan kepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat

selling-networking, cuma in this case, pahala yang berganda bukan duit..



Didapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz 'MasyaAllah' ketika

berhadapan dengan situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika

terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.



Sebenarnya istilah 'MasyaAllah' bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH

YANG MAHA AGUNG.



Mengikut buku 'What Do Say' by Kathyn Abdullah, kita menggunakan

istilah 'MasyaaAllah' bila kita melihat 'something nice' seperti

melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau

wangi-wangian dan sebagainya.



Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah

salah dan tidak digalakkan. Yang patut kita lafaz ialah 'Astagfirrullahhala

zim' (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun 'Innalillah'

(Kepada Allah kita kembali).



Tolong sebarkan kepada
kawan-kawan. Yang baik dari Allah, yang salah dari

saya..!



Wallahulam.. ..!!!

Wednesday, May 27, 2009






Subject: FW: UTK ORG2 ISLAM...JANGAN MAKAN CRISPY...!!!

SNEK JENAMA CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD DIDAPATI MENGANDUNGI EMULSIFIER (E476) IAITU KOD UNTUK LEMAK BABI...YANG JELASNYA HARAM DIMAKAN OLEH UMAT ISLAM...

SILA LIHAT ATTACHMENT UNTUK RUJUKAN ANDA...

KALAU XBERAPA CLEAR....BOLEH BELI SENDIRI DAN TGK DIA PUNYA INGREDIENTS KT PLASTIK TU... ADA (E476)

SILA FORWARD UTK MEMBER2 YG LAIN...SAMA2 KITA MENJAGA KESUCIAN ISLAM...

SEKIAN, WASSALAM

Perlis: Anwar terima borang 320 ahli Umno

Kemelut politik dalaman Umno di Perlis dilihat semakin meruncing apabila 320 ahli Umno di Kuala Perlis secara rasmi akan menyerah borang keahlian mereka menyertai PKR esok.

anwar ibrahim nizar jamaluddin lim kit siang perak ceramah in pj 130509 04Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima sendiri borang keahlian mereka untuk menyertai parti itu.

Dengan kemasukan mereka, maka PKR berjaya menembusi kubu kuat Umno, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis.

Yang lebih menarik ialah DUN Kuala Perlis terletak dalam Umno bahagian Kangar, yang diketuai sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu.

Pengerusi Perhubungan PKR Perlis, Johari Shafie berkata, majlis tersebut akan diadakan di rumah salah seorang ahli Umno yang akan menyertai PKR esok.

Menurutnya, ini adalah kali pertama PKR dapat menubuhkan cawangannya di DUN berkenaan.

Pada masa ini, terdapat empat cawangan PKR di Perlis dengan jumlah keahlian lebih 1,200 orang.

Tambah kekuatan

Dengan penubuhan cawangan baru di DUN Perlis itu, PKR akan mempunyai lima cawangannya di negeri itu, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Penyertaan ahli Umno esok sekaligus menunjukkan perkembangan PKR di negeri ini.

"Jentera PKR di negeri Perlis baru nak bergerak. Kemasukan mereka akan menambah lagi kekuatan PKR Perlis," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat ahli Umno di kawasan lain, antaranya di DUN Pauh, Titi Tinggi dan Beseri, yang akan melompat ke parti tersebut.

"Mungkin ada. Kita akan usaha untuk tarik mereka masuk PKR," kata Johari.

Pauh terletak dalam parlimen Arau manakala Titi Tinggi dan Beseri terletak dalam parlimen Padang Besar.

Sehubungan itu, Johari mengharapkan kemasukan mereka akan meningkatkan keyakinan PKR Perlis untuk membantu Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum yang ke-13.

Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pilihan raya

Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pilihan raya

IPOH, 27 Mei : - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) melahirkan rasa sedih dan kesal di atas kenyataan Mutfi Negeri Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria, di dalam temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman di negeri ini.

Dalam temubual tersebut, Dato' Seri Mufti Perak jelas cuba membangkitkan api perkauman di antara kaum di Perak bahkan di Malaysia amnya. Rata-rata kenyataannya bersifat ?racist? dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan non-muslim.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Rahja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan medianya semalam.

Pemuda PAS Negeri Perak katanya, mempertegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia telah jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan, begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama di negara tercinta ini.

Sehubungan itu Pemuda PAS Perak kesal dengan tindak-tanduk Dato' Seri Mufti yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat Umno Perak sering mengeluarkan kenyataan yang memihak Umno/BN.

"Sifat kepura-puraan Dato' Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya.

"Pemuda PAS Perak mencabar Dato' Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara 'gentlemen ilmu' bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak.

"Hentikan kenyataan-kenyataan berlapik yang membela Umno/BN," tegasnya. Harakahdaily.

Tuesday, May 26, 2009

CARA UNTUK MENDAPATKAN IMAN

CARA UNTUK MENDAPATKAN IMAN

Banyak orang menyangka ia orang beriman. Tetapi bila diuji keimanan mereka oleh Allah menerusi solat, ibadat, kesusahan, penyakit dan sebagainya, ternyata mereka sebenarnya tidak beriman yang sebenar. Mereka menyangka mereka beriman kerana mereka beriman secara keturunan. Bapanya Islam, maka dia pun Islam.
Iman perlu diusahakan untuk memperolehinya. Bagaimanakah hendak mendapat Iman?

1.Melalui mujahadatunnaf.
Mujanadatunnaf ialah berjuang melawan hawa nafsu jahat dan melawan bisikan syaitan yang sentiasa mengajak dan mendorong kita ke jalan kejahatan.
Latihan-latihannya adalah melalui 3 peringkat iaitu:
a ) Takhalli : Takhalli ialah berusaha berjuang membuang segala sifat-sifat jahat atau membersihkan jiwa kita daripada sifat jahat atau mazmunah
b) Tahalli : Tahalli ialah mengisi jiwa kita dengan sifat baik (Mahmudah). Setelah kerja pembersihan selesai kita isi pula wadah (jiwa dan hati) dengan perkara baik.
c) Tajalli : Peringkat Tajalli ialah peringkat merasa nikmat meninggal atau membuang sifat jahat dan merasa nikmat mengisi atau melakukan sifat baik serta merasa keagungan dan kehebaan Allah. Orang yang dapat membuang sifat-sifat jahat dan dapat pula menghiasi dirinya dengan sifat baik, Allah akan singkap hatinya dapat merasa nikmatnya beribadah dan nikmat sentiasa mengingat Allah dan sentiasa ingin membuat kebaikan.

2. Cara atau peringkat kedua ialah melalui mengerjakan amalan sunat. Terutama sembahyang sunat khususnya di waktu malam (sembahyang tahajjud). Selain daripada amalan sembahyang sunat ialah puasa sunat, berdoa, baca Al Quran dan sebagainya.

3. Cara dan peringkat ketiga untuk mendapatkan iman ialah melalui tafakur. Tafakur atau berfikir atau merenung ialah salah satu cara mendapatkan iman. Khususnya merenung dan berfikir akan kebesaran Allah dan kehebatan serta hikmah sesuatu yang dijadikan oleh Allah sama ada berbentuk benda (alam, muka bumi, bintang dan lain-lain) dan juga kejadian-kejadian ke atas diri kita seperti nikmat dan ujian. Semuanya mempunyai hikmah yang kalau kita renungkan akan mendapat iman.

Jelaslah bahawa iman perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Susah payah pasti akan diharungi. Pengorbanan perlu dilakukan. Siapa yang memperolehi iman secara mudah, contohnya seperti orang Melayu yang memperolehi iman secara keturunan, biasanya amat mudah pula mereka merosakkannya. Siapa yang memperolehi iman secara susah payah,maka dipeliharanya iman mereka.
CARA MEMELIHARA IMAN

Iman perlu dipelihara kerana ia akan dirosakkan oleh nafsu dan syaitan. Dengan itu ada orang beriman yang kemudiannya jadi tidak beriman kerana imannya telah dirosakkan. Cara memelihara iman:

1.Mengawal iman supaya tidak rosak. Iman boleh rosak menerusi Iktiqad seperti meragui hadis Nabi, meragui hukum dan undang-undang Islam dan sebagainya.
Perkataan atau ucapan seperti menghina Rasulullah, tidak yakin hukum Allah dan sebagainya. Perbuatan seperti melakukan perbuatan syirik, memohon pertolongan kepada selain dari Allah.

2.Menjaga Iman
Iman yang telah ada pada kita kena dikawal dengan beberapa sifat diri kita.
Yakin pada agama Allah dan perintahnya Ikhlas dalam melakukan amalan. Contohnya solat hendaklah atas niat taat kepada Allah bukan kerana menunjuk atau kerana malu atau kerana dipaksa. Selalu melakukan amalan sunat Istiqamah dalam ibadat. Ibadat yang kita lakukan hendaklah berkekalan, bukan dikerjakan secara bermusim, atau bila lapang baru buat. Beramal dengan penuh tertib dan khusyuk.




Jurutera bersara, EN.Koon Yew Yin menyumbang RM 200, 000.00
tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat Perak.

Krisis Politik Perak: Cerita Harussani

Majalah Milenia Muslim edisi Mei 2009 telah memuatkan temu bual eksklusif bersama Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria dengan tajuk 'Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa'. Berikut adalah petikan dari temu bual tersebut.

Umum mengetahui bahawa pandangan Mufti Negeri Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, 70, terhadap isu-isu yang menghimpit masyarakat amat di perhatikan oleh umat Islam negara ini. Ketegasan beliau dalam mengutarakan pendapatnya adalah berpandukan al-Quran dan hadis serta ijmak.

Walaupun dikecam, beliau tidak pernah serik menyuarakan pendapat. Itulah Harussani dan itulah tanggungjawab seorang mufti. Satu lagi catatan peristiwa yang Dato' Seri Harussani beritahu ialah mengenai persetujuan UMNO Perak pada malam 8 Mac 2008 untuk bergabung dengan PAS membentuk kerajaan negeri dengan memberi PAS jawatan Menteri Besar dan kesemua jawatan EXCO.

UMNO hanya memperoleh 28 kerusi, PAS 6, DAP 18 dan PKR 7 kerusi. Kata Dato' Seri Harussani, Ketua Perhubungan UMNO negeri, Dato' Seri Diraja Tajol Rosli Mohd Ghazali, memintanya menyampaikan keputusan itu kepada Mursyidul Am PAS Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kerana ingin melihat cadangan itu yang akan membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan negeri yang kesemuanya Melayu dan beragama Islam buat pertama kalinya sejak merdeka, malam itu juga dalam hujan lebat, Dato’ Seri Harussani membawa amanat itu ke Kota Bharu. Semalaman berkereta, beliau menemui Dato' Nik Aziz sebaik sahaja Tok Guru itu mengetahui bahawa Mufti Perak turut bersama menunaikan solat fajar.

Dato' Seri Harussani berkata, Nik Aziz bersetuju dengan cadangan itu tetapi memberitahu bahawa kuasa pemutus tiada di tangannya. la di tangan Presiden parti, katanya.

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menelefon Dato' Seri Harussani pada jam 10 pagi 9 Mac memberitahu persetujuannya kepada cadangan UMNO Perak itu. Namun, kata Hadi pemutus bukan di tangannya tetapi terletak di tangan Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Ahmad Awang.

Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu dan beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.

Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini dan isu semasa yang membelenggu umat Islam. Secara terbuka diceritakan beliau dalam temu bual dengan Editor Milenia Muslim (MM) Zulkafly Baharuddin, di Jabatan Mufti Negeri, baru-baru ini.

MM: Bagaimana pandangan Dato’ Seri dengan kemelut politik yang berlaku di Perak?

Harussani: Pasal mereka bertelagah ni, kerana mereka tidak mahu ikut cakap sultan. Saya kata kita wajib taat kepada sultan. Hadis Nabi Muhammad s.a.w. pun ada sebut kita wajib taat pada pemerintah kecuali pemerintah itu zalim.

Dalam kemelut di Perak hari ini, kita tidak boleh kata sultan itu zalim. Nak hukum zalim macam mana? Semuanya dalam pertimbangan sultan.

MM: Siapa yang banyak mengkritik dalam keputusan yang dibuat sultan?

Harussani: Orang Melayulah. Orang Melayu juga yang ramai maki hamun saya. Macam-macam mereka kata. Saya tak pernah jumpa raja pun dalam hal ini. Mereka kata macam-macam pada saya. Nabi s.a.w. dah kata, dari syak kepada yakin, daripada perpecahan kepada perpaduan, daripada derhaka kepada taat. Jika mengajak kita berpecah itu bukan seruan nabi. Kerana mereka ini suka menjalankan kerja syaitan. Kenapa kita perlu dengar kepada hal-hal yang dilarang Tuhan? Mereka tidak setuju dengan pendapat saya, mereka sanggup kata saya anjing. Mufti sekarang dah jadi anjing kerajaan. Menyokong BN. Bila pula saya masuk BN? Saya tak campur pun. Sultan tidak pernah tanya saya. Waktu itu saya terperangkap. Menteri Penerangan datang, ada pula wartawan tanya saya apa hukumnya menderhaka kepada raja? Itu yang saya kena jawab bila wartawan sudah tanya. Mereka marah.

MM: Adakah Dato' Seri perjelaskan isu yang berlaku ini kepada masyarakat?

Harussani: Pakatan Rakyat bukan ada perjanjian antara mereka pun. Sekarang ini mereka sudah lebih (dalam dewan undangan). Kita sudah bagi teks khutbah Jumaat, mereka tidak baca langsung. Malahan sekarang doa untuk sultan pun mereka tidak mahu baca selepas berlaku krisis politik di negeri ini.

MM: Adakah tindakan mereka itu bertepatan dengan syariat?

Harussani: Tidak tepatlah. Walaupun mereka kata bukan pun wajib kena baca doa untuk sultan. Betul tidak wajib. Tetapi kita disuruh mendoakan agar Tuhan memberikan petunjuk kepada sultan. Apa yang tidak boleh dilakukan untuk sultan, apabila kita puji atas keadilan sultan kerana belum tentu sultan itu adil.

Jadi dalam kemelut di Perak ini, perlu kita minta kepada Allah s.w.t. memberi taufik dan hidayah, selain menanamkan sifat ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. Itu yang kita doakan untuk sultan. Memang Tuhan suruh pun.

MM: Jadi bagaimana hendak selesaikan masalah ini?

Harussani: PAS dan PKR sudah jumpa saya, jam 11 malam datang ke rumah, sedangkan saya nak tidur kerana sakit gigi waktu itu. Tapi mereka mendesak nak jumpa saya juga. Mereka suruh saya nasihatkan sultan untuk bubarkan kerajaan. Buat Pilihanraya Negeri. Ini bukan kerja saya. Saya tiada kena mengena dengan politik. Kalau saya ketuk pintu istana, walaupun sultan bagi saya masuk, nanti sultan tanya apa hal? Awak masuk parti mana? Saya nak kata apa?

Sedangkan saya yang mencadangkan nama Nizar pada sultan untuk dilantik MB selepas pakatan pembangkang menang pilihan raya lalu (PRU 12). Yang berhak jadi MB adalah PKR. Anwar Ibrahim pun telefon saya. Tapi sultan tanya saya, siapa yang kita akan pilih jadi MB? Saya kata pilihlah Nizar kerana dia berilmu dan ada agama. Nizar pun selepas dilantik jadi MB ada juga datang ke rumah dengan pengikutnya. Perrnah mereka datang di pejabat penuh sesak sehingga tidak ada kerusi nak duduk. Tapi saya tetap layan beliau.

MM: Apakah yang dibualkan?

Harussani: Tiada apa yang dibualkan pun. Yang dia kata cuma minta saya nasihatkan beliau. Saya pernah kata itu memang tugas saya. Jadi saya perjelaskan pada beliau, dalam enakmen perundangan negeri bahagian syarak, jawatan mufti adalah tertinggi, sultan hanya sebagai ketua. Raja pun saya nasihat. Saya tegur jika tindakan baginda tidak menepati syarak.

MM: Apakah pandangan Dato' Seri mengenai kepentingan orang Melayu terutama dalam isu pajakan tanah 99 tahun ini?

Harussani: Saya tidak pernah nasihat dan ambil tahu pun apa yang MB nak buat. Walaupun saya dilantik sebagai Exco tetapi bidang tugas saya hanya sebagai penasihat sahaja. Saya tidak boleh mengundi pun. Nak nasihat apa, jika ada lapan Exco Cina, hanya dua Melayu? Dah tentu keputusan memihak kepada bukan Melayu.

MM: Adakah Nizar datang meminta nasihat selepas apa yang berlaku?

Harussani: Tidak datang. Hanya hantar orang dia. Pandangannya banyak peribadi, saya tidak mahu campur. Mereka marahlah.

MM: Adakah penyelesaian terbaik antara Nizar dan Zambry yang sama-sama Melayu?

Harussani: Mereka tidak rebut kuasa. Cuma mereka (UMNO) bagi tahu pada sultan sekarang BN lebih daripada PR. Itu saja. Pasal dua wakil rakyat PR dan seorang kembali kepada BN. Terimalah hakikat tu. Tapi mereka tidak boleh terima. Sekarang majoriti wakil rakyat memihak BN.

Kalau kita mengasihi orang kafir itu haram. Kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi kita tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir. Kenapa kita lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang Islam? Orang Islam kita sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula.

Macam kes Elizabeth Wong memang dia jelas buat maksiat. Kenapa Ketua Muslimat PAS peluk sampai menangis, dan macam mana Nik Aziz (MB Kelantan) boleh menyokong isu ini. Sedangkan kita tahu mereka tidak akan sokong Islam. Tengok saja Ketua DAP kata: "langkah mayat saya dulu".

MM: Pandangan Dato' Seri melihat pemimpin Melayu hari ini?

Harussani: Pemimpin Melayu perlu fikir ke arah pemurnian akidah. Penting untuk terus pertahankan bangsa, agama dan negara, iaitu motto perjuangan kemerdekaan kita. Kenapa sekarang, kita tinggal semua hal itu? Islam adalah agama negara yang tujuannya untuk kerajaan membentuk kerajaan Islam. Orang bukan Islam tidak dibenarkan sama sekali mengganggu orang Islam.

Dulu kalau orang lain boleh berdakwah kepada orang Islam, mereka boleh didenda RM3,000 atau tiga tahun penjara. Tapi sekarang apa dah jadi? Enakmen ada tapi tidak dila



Lepas Ni Agong Boleh Pecat PM Tanpa Parlimen


Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.


26 Mei 2009
Terkini !! MB buat lawatan ke sekolah di Kg Tawas, Ipoh
MB Nizar bersama rombongan sempat membuat lawatan ke Sekolah kanak-kanak "terencat akal" (down sindrom) di Kg tawas sebaik sahaja memfailkan saman di Mahkamah Tinggi sebentar tadi. Mengikut sumber MB telah menyampaikan sumbangan dari Pakatan Rakyat dan Kelab Penyokong PAS.

Jangan ditanya apa sumbangan BN kepada rakyat.

Jangan ditanya apa sumbangan BN kepada rakyat.

- kerana itu kewajipan setiap kerajaan -

Tetapi tanyalah harta rakyat yang dirompak oleh BN.

- kerana ini ramai yang boleh jawab -

Rakyat tidak perlu rasa terhutang budi kepada kerajaan umno/BN atas apa yang kononnya sumbangan telah mereka lakukan kerana itu sememangnya telah menjadi tanggungjawab setiap parti yang membentuk kerajaan pusat. Apa yang mesti rakyat selidiki dan dedahkan adalah harta rakyat dan negara yang telah dirompak dan disonglap oleh pemimpin umno/BN sejak 51 tahun mereka memerintah negara.

Sempena dengan gagasan untuk memartabatkan kedaulatan rakyat, saya mohon kepada sesiapa yang berkesempatan untuk merakamkan gambar rumah-rumah kediaman pemimpin politik yang bermewah-mewahan hasil daripada sumber yang meragukan. Emailkan foto-foto tersebut berserta alamat dan nama ampunya kediaman kepada kami: kerajaan.rakyat@gmail.com dan kami akan siarkan di laman ini sebagai penilaian bersama.

Ayam curi , sembelih di istana , masak di mahkamah , jamu di masjid

!!

!

1.Keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah tidak memeranjatkan.Dan melihat kepada respons para penyokong Pakatan Rakyat (PR)nampaknya keputusan itu tidak akan meredakan jauh sekali menamatkan krisis politik di Perak.

2.Semua pihak yang mempertahankan keabsahan (legitimasi) kerajaan kudeta UMNO/BN di Perak Darul Ridzuan sama ada di kalangan UMNO , ISTANA dan HAKIM - HAKIM 3-0 di Putrajaya istana 'keadilan' membuat kesimpulan yang sangat logikal.Bahawa yang memiliki majoriti dalam DUN Perak sekarang adalah BN.Maka wajarlah kerajaan itu milik BN dan sangat wajarlah juga Pakatan Rakyat pasrah - bersedih - menggigit jari menjadi kerajaan buangan pasola (Pembangkang).

3.Untuk pembincangan seterusnya tolong isi otak kiri dan otak kanan anda dengan dalil - dalil yang berasaskan syariah dan prinsip kedaulatan undang - undang tanpa rasa takut dan pilih kasih.Lontarkan jauh - jauh karat - karat assobiah , karat - karat kepentingan - kepentingan gaji , poket , kontrak dan perasaan inginkan anugerah pingat Dato' atau sekadar pingat PJK.

4.BN kata mereka ada majoriti dalam dewan.Tetapi bagaimana sokongan itu didapati?Bagaimana dengan elemen jenayah yang dikatakan berlaku?Saya terima bahawa lompat parti sah di sisi undang - undang.Tetapi ini bersyarat: jangan ada rasuah , penculikan , perangkap seks dan seumpamanya.

5.Takkan dah ada ijazah syariah , usuluddin , tasauf dan bergelar pula al-fadhil bahkan sahabul samahah , ulama' , tok guru boleh pula mengharuskan jenayah - jenayah tersebut baik dari segi undang - undang sivil atau undang - undang syariah.Yang haram jelas yang harus pun jelas dan yang subahat pun kebiasaannya dapat di kenal pasti.

6.UMNO/BN berkokok seluruh negara bahawa tindakan rampasan kuasa 6/2 sebagai tepat dan selari dengan kehendak undang-undang.Hakim mahkamah tinggi silap dan tidak menimbangkan fakta kes dengan cermat, penghakiman Yang Arif Abdul Aziz yang setebal 78 muka dikatakan tersasar walaupun sarat dengan hujjah undang-undang. Hakim-hakim 3-0 dari ISTANA KEADILAN Putrajaya menggunakan kaedah sebaliknya ia itu buat keputusan dahulu dan cari hujjah penghakiman kemudian.

7.Peristiwa hitam di Perak membuktikan betapa unggulnya sistem dan undang-undang ISLAM.Semua pengamal undang-undang menyatakan dari segi undang-undang tidak salah perbuatan Jamaluddin dan Kapten Osman (katak lompat).Perbuatan YB Hamidah Osman membawa dua ADUN lompat tersebut untuk 'diculik' oleh Dato' Najib juga tidak dipedulikan oleh agensi-agensi penguatkuasa undang-undang.Baginda Sultan menemuduga Jamaluddin dan Osman sekadar bertanya : kamu sokong kerajaan BN? Sukarela? Jika Baginda Sultan tanya sedikit lagi soalan tambahan : Dimana kamu hilang seminggu? Siapa yang 'culik' kamu? Apa janji dan tawaran yang diberi kepada kamu ,etc. Tentu dua ADUN LOMPAT tersebut,mungkin juga HAMIDAH akan terkencit.Bagi Islam semua ada nilai dan roh moral.Ungkapan "it is legally right but morally wrong" tidak wujud dalam kamus Islam.

8.Kerajaan UMNO/BN walaupun dihalalkan oleh mahkamah tetapi tetap haram dari segi perspektif Islam.Orang yang menjadi Menteri Besar dan EXCO - EXCO juga tidak sah kerana ia bermula daripada proses haram.

Renungan : Sabda Nabi S.A.W "Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima melainkan perkara yang baik"
(Maksud Hadis riwayat Muslim)

AYAM CURI KALAUPUN DISEMBELIH SECARA ISLAM DAN DIMASAK DENGAN RENCAH - RENCAH YANG HALAL OLEH ORANG ISLAM TETAP IANYA HARAM UNTUK DISEDEKAHKAN DAN DIJAMU WALAUPUN UNTUK KEBAJIKAN SEPERTI MAJLIS TAHLIL!!!

Monday, May 25, 2009

ADA APA PADA BABI?

ADA APA PADA BABI?

"ZAMRI kecik's"

Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Kadang juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing. Dalam al-Quran, sebagai haiwan, babi hukumnya najis jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga diharamkan untuk dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh di kalangan Kristian.

PENYAKIT YANG DIAKIBATKAN DARI DAGING BABI
DR Murad Hoffman, Daniel S Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan asisten Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang bisa dijangkiti dari babi. Di antaranya:

* Anthrax* Ascaris suum* Botulism* Brucella suis * Cryptosporidiosis* Entamoeba polecki* Erysipelothrix shusiopathiae* Flavobacterium group IIb-like bacteria * Influenza* Leptospirosis* Pasteurella aerogenes * Pasteurella multocida * Pigbel* Rabies * Salmonella cholerae-suis* Salmonellosis* Sarcosporidiosis* Scabies* Streptococcus dysgalactiae (group L)* Streptococcus milleri* Streptococcus suis type 2 (group R)* Swine vesicular disease* Taenia solium* Trichinella spiralis* Yersinia enterocolitica* Yersinia pseudotuberculosis. http://id.wikipedia .org/wiki/ Babi

FAKTA-FAKTA MENGAPA BABI HARAM
Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat), suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesIhatan manusia, bersifat racun. Dengan kata lain uric acid sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Dalam Islam dikenal peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tindakan membiarkan urat-urat dan organ organ lainnya utuh. Dengan cara ini menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada organ asasnya, sebab jika organ-organ misalnya jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun, dan pada masa-masa kinilah para ahli makanan telah menyadari akan perkara ini, subhanallah.

Apakah kita tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? Kerana babi tidak memiliki leher? Bagi orang muslim beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan mencipta haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi sebagai rerumah dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT jelas telah MENGHARAMKANNYA BABI

a. QS. Al Baqoroh (2) : 173
b. QS. Al Maa'idah (5) : 3
c. QS. Al An `Aam (6) : 145
d. QS. An Nahl (16) : 115

KENYATAAN MUDAH TENTANG KEBURUKAN DAGING BABI:
Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor, Suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri & kotoran manusia pun dimakannya. Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi haiwan pemalas dan tidak suka bekerja (mencari pakan), tidak tahan terhadap sinar matahari, tapi makannya rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan paling rakus di antara haiwan jinak lainnya. Jika tambah umur, jadi makin malas & lemah (tidak berhasrat menerkam dan membela diri). Suka dengan sejenis dan tidak pencemburu. (Buku : Adaptive physiology on mammals and birds).

Pengguna daging babi sering mengeluhkan bau busuk pada daging babi (menurut penelitian ilmiah, hal tsb. disebabkan karana pundi najis babi sering bocor, sehingga tahi babi merebak ke daging). Lemak punggung babi tebal, babi memiliki back fat (lemak punggung) yang sangat tebal.

Pemakan babi sering memilih daging babi yg lemak punggungnya nipis, karana semakin tipis lemak punggungnya, dianggap semakin baik kualitinya. Sifat lemak punggung babi adalah mudah mengalami oxidative rancidity.

Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, entah kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Kadang ia mengencingi kotorannya dan memakannya jika berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah haiwan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama jika dibiarkan. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir.

Penelitian ilmiah modern di dua negara Timur & Barat, yaitu Cina dan Swedia. Cina (majoriti penduduknya penyembah berhala) & Swedia (majoriti penduduknya sekular) menyatakan:

"Daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser anus & kolon". Peratus penderita penyakit ini di negara negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000.

Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. Babi banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara babi, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60’C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Bila ada babi, maka dalam tubuh babi, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hong Kong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong).

Daging babi adalah daging yang sangat susah dihadam karana banyak mengandung lemak. Meskipun empuk dan terlihat begitu enak dan lazat, namun daging babi susah dihadam. Ibaratnya racun, seperti halnya kolesterol! Selain itu, daging babi menyebabkan banyak penyakit :

pengerasan pada urat nadi, naiknya tekanan darah, nyeri dada yang mencekam (angina pectoris) , dan radang pada sendi-sendi.

Sekitar tahun 2001 pernah terjadi para doktor Amerika berhasil mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang perempuan, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesihatan yang ia rasakan setelah mengambil makanan khas meksiko yang terkenal berupa daging babi, hamburger (ham = babi, sebab aslinya, hamburger adalah dari daging babi). Sang perempuan menegaskan bahwa dirinya merasa penat-penat (letih) selama 3 tahun setelah makan daging babi. Telur cacing tsb menempel di dinding usus pada tubuh sang perempuan tersebut, kemudian bergerak bersamaan dengan peredaran darah sampai ke ujungnya, iaitu otak. Dan ketika cacing itu sampai di otak, maka ia menyebabkan sakit yang ringan pada awalnya, hingga akhirnya mati dan tidak bisa keluar darinya. Hal ini menyebabkan dis-fungsi yang sangat keras pada susunan organ di kawasan yang mengelilingi cacing itu di otak. Penyakit-penyakit "cacing pita" merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang terjadi melalui pemakanan daging babi. Ia berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar ”1000 ekor dengan panjang antara 4 - 10 meter”, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).

Saya pernah membaca sebuah artikel yang mengatakan : ”Bahwa seseorang itu berkelakuan sesuai dengan apa yang dimakannya.” Melihat tayangan di salah satu TV swasta kelmarin, seorang profesor dari IPB (lupa namanya) telah meneliti struktur DNA babi. Sesuatu yang mengejutkan ternyata, struktur gen babi itu mirip dengan struktur gen manusia. Jadi dapat dikatakan gen babi = gen manusia, jadi sama dengan kita memakan daging manusia (=kanibal), na'udzubillah.

Jadi ada betulnya artikel tadi mengatakan kalau kita memakan babi bukan tidak mungkin karakter babi menempel pada kita, tidak pada kita, boleh jadi pada keturunan kita ! wallahu a’lam.

KEHARAMAN BABI
Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, maupun bagian-bagian lainnya. Firman Allah SWT dalam QS.5:3 mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Demikian juga dengan firman-Nya dalam QS.6:145 dan QS.16.115, mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Dalil-dalil pada beberapa ayat ini merupakan nash yang jelas, yang menegaskan tentang keharaman, antara lain menggunakan babi.

Al-Qur’an menggunakan kata lahma (daging) karena sebagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Qur’an menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya. Tetapi seluruh tubuh haiwan babi.

Pandangan ini sesuai dengan kaedah ushul fiqh: min dzikri’l-juz I wa iradati’l kulli. Artinya yang disebutkan sebahagian dan dikehendaki seluruhnya.Bahwa daging babi mengandung cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah mengenalnya. Ternyata tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan babi. Lemak babi mengandung kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak hewan lainnya. Darahnya mengandung asam urat paling tinggi. Asam urat merupakan bahan yan jika terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai penyakit pada manusia. Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa sedikitnya 70 jenis penyakit yang lazim dihidap haiwan babi dan beberapa diantaranya dapat menjankiti manusia yang memakannya.

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli kesehatan modern. Mereka mengatakan bahwa cacing tersebut mudah dihilangkan bahkan dengan teknik pemasakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh menyesatkan karana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT mengharamkan sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap bahwa peralatan masak modern telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menrima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.

Mereka lupa bahwa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahwa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui bentuk dan karakteristik segala makhluk-Nya.

Munculnya penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) di Malaysia, nyaris semua mata kembali terbuka. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun sejauh ini manusia tetap nekad memakannya.

BABI DALAM DUNIA FARMASI
Bagi pengguna Muslim babi adalah “jawara”-nya bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Padahal babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, dikaranakan adanya kemiripan sistem penting dalam tubuhnya. Keterlibatan babi dalam industri farmasi ternyata cukup signifikan. Mulai dari cangkang kapsul baik sebagai kapsul lunak, penyumbang organ-organ tubuh, dan hormon serta enzimnya. Beberapa bagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmasi adalah sebagai berikut :

Kelenjar adrenal babi
Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.

Kelenjar pancreas babi
Salah satu hormon yang dihasilkan oleh organ ini adalah insulin. Insulin sangat akrab dengan penderita diabetes. Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia kedokteran adalah insulin babi. Untuk menghasilkan 1 pound insulin didapatkan dari 60 ribu ekor babi serta diperkirakan mampu mengubati pengidap diabetes sebanyak 750-1.000 orang selama setahun . Jika produksi babi pertahun sebanyak 85 juta maka insulin yang mampu dihasilkan selama setahun adalah 1.400 pound. Jumlah tersebut dapat mengubati pesakit sebanyak 1, 050 juta – 1,4 juta pertahunnya. Jumlah yang cukup besar. Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih sedikit mahal, ternyata cukup diminati oleh pesakit muslim untuk mengganti hormon insulin babi.

Lambung babi
Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).

Usus halus babi
Heparin adalah bahan yang ditemukan secara ekslusif pada dinding dalam usus halus (babi). Heparin diklasifikasikan sebagai produk pharmaceutical yang esensial.

Jantung babi
Jantung babi digunakan untuk mengganti beberpa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian Jantung babi yang digunakan pada manusia,ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahwa banyak kemiripan system vital yang terjadi pada manusia dan babi.

Kulit babi
Kulit dalam bentuk gelatin digunakan dalam industri pembuatan kapsul. Selain itu kolagen yang merupakan bagian dari kulit digunakan untuk menstimulasi pembekuan darah selama operasi pembedahan.

Darah babi
Fibrin darah yang diekstraks dari darah babi digunakan untuk membuat asid amino yang menjadi bagian dari cairan infus yang ditujukan untuk memberikan nutrisi bagi pesakit yang mengalami beberapa pembedahan tertentu. Darah babi juga dipergunakan untuk keperluan media microbial dan kultur sel.

MENGAPA BABI HARAM BUAT UMAT MUSLIM
Ada orang asing (ilmuwan) bertanya kepada seorang Ulama mengenai haiwan babi ini.

Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan karana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedokteran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?

Ulama : Haramnya babi bukan karana sebab itu saja. Tetapi ada sifat Babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam

Ilmuwan : Apakah itu? Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi isi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menerkanya!! !

Ilmuwan : Tidak boleh!!!!??? ? Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 (ekor ayam betina, yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.

Ilmuwan : Pada kandang Babi? Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi yang terjadi adalah 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut2an memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.

KATA USTAZ…
Perbezaan antara seorang mukmin dengan kafir dalam amal perbuatannya terutama didasarkan dari niatnya. Seorang yang beriman ketika mengerjakan sesuatu atau meninggalkannya, selalu mendasarkan tindakannya itu atas perintah dan larangan dari Allah SWT. Sebaliknya seorang kafir tidak pernah menjadikan perintah dan larangan Allah SWT sebagai landasan amalnya.

Misalnya, ketika seorang muslim melakukan solat dan ditanyakan kepadanya, mengapa dia solat?, maka jawabannya adalah bahwa karana Allah SWT telah memerintahkannya untuk solat. Tentang solat itu ada manfaatnya buat kesihatan atau ketenangan jiwa dan sebagainya, tidaklah menjadi landasan dasar atas solatnya. Dan di situlah niat yang sesungguhnya.

Demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan arak, zina, judi dan makan babi, niatnya semata-mata karana dia tunduk, taat dan patuh kepada larangan dari Allah SWT. Bukan sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi. Tidak minum arak bukan karana sekedar mabuk, melainkan semata-mata karana Allah SWT mengharamkannya. Tidak mau zina bukan karena takut kena sipilis atau HIV, tetapi karana ada larangan dari Allah SWT. Demikian juga, tidak makan babi bukan karana takut ada cacing pita, melainkan karana Allah SWT sudah mengharamkannya.

Sebenarnya masih banyak lagi rahasia dan hikmah di balik pelarangan makan babi yang boleh dapatkan. Namun semua itu sekadar menambah keyakinan yang sudah ada di dalam hati kita. Bukan sebagai landasan utama. Dan buat kita, apakah di balik larangan makan babi itu ada hikmah atau tidak, sama sekali tidak ada hubungannya dengan ketaatan kita kepada Allah SWT yang telah melarang kita makan babi.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disebut selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Semoga bermanfaat….

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH