HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Friday, July 31, 2009

Bila tiba hari raya


Ini bukan selsema babi .. tapi penyakit gila babi.
Bila tiba hari raya .. semua gula sudah tiada.
Yang ada cuma kopi, shampoo, sabun dan ubat gigi.
Tak payah ada menteri .. kita tetap raya.
Kalau gitu tak perlu ada menteri kalau gula asyik tak ada.

Cerita berkaitan
Peniaga bingung gula kurang

Thursday, July 30, 2009

Anda suka minum coca-cola


Anda suka minum coca-cola? Baca ini....

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?


Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot? Tapi kat malaysia ada Radix Kola, so,itu adalah alternatif buat kita di Malaysia.

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak?

Wednesday, July 29, 2009

Utusan Meloya memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat


Utusan Meloya memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan diatas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan didalam Utusan Meloya pada 11 Jun 2009.

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa nasihat beliau tidak semestinya didengar ketika mengulas cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu,tajuk atas sebelah kiri muka surat hadapan Utusan Meloya pada 15Jun 2009 iaitu nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan mengambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau pada muka surat 7 , Utusan Meloya keluaran 15 Jun 2009 adalah salah.

Utusan Meloya dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Nik Abdul Aziz diatas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin berlaku kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

Monday, July 27, 2009

menarik tentang Islam




Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.


5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa.. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Aku hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan... Wallahu'alam.

sumber:isuhangat.blogspot.com

Sunday, July 26, 2009

Mengapa Air Laut Masin?



SainsSumber: Blog Misteri

Mari kita menyelongkar misteri di sebalik kemasinan air laut...

Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.

Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.

Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.

Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.

Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.

Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.

Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.

Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.

Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.

Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian dunia.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.
Posted on Sunday, July 26 @ 12:23:55 MYT by velo

Saturday, July 25, 2009

Pendedahan Pembuatan Udang Geragau Yg Kotor / Najis











Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.

Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

Friday, July 24, 2009

Kisah dan Tauladan: Pramugari koma di tanah suci



Oleh : Zailina Mahmud

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata
doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dah
Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wa nita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.
Kakak betul- betul bertaubat."

Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wa nita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wa nita Islam yangsengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah
bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... .. " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

Wednesday, July 22, 2009

Tan Sri Khalid akan ditangkap


by ;http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Bebarapa bulan lalu, sebaik sahaja selepas kejatuhan Perak, Malaysia Today mendedahkan satu perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Malangnya, Pakatan Rakyat tidak mengambil langkah-langkah untuk memperkuatkan Pakatan, sebaliknya terlibat dalam persengketaaan sesama sendiri. Dan kebanyakan daripada sengketa tersebut adalah soal-soal remeh yang melibatkan ego dan personaliti masing-masing.

Perak hanya lah permulaan, Selangor, Penang dan Kedah akan menyusul. Akhirnya, semua negeri dibawah Pakatan rakyat, kecuali Kelantan akan kembali jatuh ketangan Barisan Nasional.

Perancangan di Selangor mudah saja. Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa EXCO yang lain akan ditangkap dan didakwa atas alasan-alasan rasuah. Mereka akan ditahan selama mungkin beberapa hari didalam lokap dan kemudiannya di bawa ke mahkamah. Perbicaraan akan berlangsung sepantas kilat, di mana mereka perlu meletak jawatan atau pun hilang kelayakan. Dengan itu, tamatlah riwayat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Modus Operandi yang dibuat sama dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Seseorang itu tidak perlu menerima wang ataupun mendapat keuntungan kewangan untuk disabitkan dengan rasuah. Malah kalau pejabat anda digunakan untuk mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu - walaupun tidak ada transaksi kewangan - itu pun boleh dianggap rasuah dan anda boleh dipenjarakan.

SPRM telah diarahkan untuk mencipta kes terhadap beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Selangor. dari Menteri Besar hingga lah kepada Ahli EXCO. Dan untuk mensabitkan pemimpin ini dengan rasuah, pegawai-pegawai yang lebih junior akan ditahan dan dipaksa membuat kenyataan bahawa ketua mereka telah mengarahkan mereka ‘melakukan sesuatu’. Ini akan digunakan sebagai bukti untuk menangkap dan mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, Anwar Ibrahim telah ditangkap, didakwa, didapati bersalah dan dipenjara selama 6 tahun dengan cara yang serupa! Apa yang perlu mereka lakukan ialah dengan mendedahkan bahawa Anwar telah mengarahkan Cawangan Khas untuk ‘campurtangan’ dalam siasatan polis. Dan itu sudah merupakan bukti yang kuat untuk menghantar Anwar ke penjara.

Semua ini terdedah semasa perbicaraan Anwar pada tahun 1998 walaupun ramai tidak memahami akibatnya waktu itu. Pegawai cawangan Khas memberi keterangan bahawa Anwar telah memanggil mereka ke pejabatnya. Dan semasa di dalam pejabat Anwar, mereka berbincang. Dan perbincangan tersebut berkisar tentang Anwar mengarah Cawangan Khas untuk memaksa Azizan Abu Bakar untuk menarik balik tuduhan liwatnya.

Setiausaha politik Anwar pada masa itu, Azmin Ali, memberi keterangan bahawa Anwar tidak memanggil pegawai cawangan Khas ke pejabatnya. Mereka sebenarnya datang ke pejabat Anwar dan memohon untuk berjumpa Anwar. Azmin memberitahu bahawa Anwar sibuk dan tidak dapat menemui mereka tetapi mereka memberitahu Azmin bahawa perkara itu penting dan mendesak supaya mereka dibenarkan berjumpa Anwar.

Dan apabila mereka berjumpa Anwar, mereka cuba untuk mempengaruhi Anwar untuk membenarkan mereka menahan azizan supaya mereka boleh menyoalsiasat dan mengetahui siapakah ‘kuasa’ di belakang tuduhan liwat tersebut. Tetapi Anwar keberatan untuk membenarkan mereka dan memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk memikirkannya. Anwar kemudiannya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dr. mahathir dan meminta nasihat. Mahathir menasihatkan Anwar untuk membiarkan saja tuduhan tersebut. Mahathir mengatakan, kalau Anwar mahu bertindak pada setiap tuduhan, mana mungkin mampu melakukan kerja-kerja yang lain.


video
Pegawai Cawangan Khas kembali menemui Anwar dan Anwar memberitahu mereka apa yang dikatakan oleh Mahathir. Pegawai cawangan Khas, walaubagaimanapun, berkeras meminta Anwar membenarkan mereka menahan Azizan. Perkara ini melibatkan ‘keselamatan negara’. Ia bukannya tentang Anwar tetapi tentang ‘beberapa kuasa’ yang merancang untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri dan adalah penting untuk polis mengetahuinya demi keselamatan negara.

Akhirnya Anwar tidak mempunyai pilihan melainkan bersetuju.
Isunya mudah. Adakah Anwar mengarahkan Cawangan Khas kepejabatnya atau mereka yang datang berjumpa Anwar? Dan adakah Anwar yang mengarahkan mereka menahan Azizan atau Cawangan Khas yang meminta kebenaran untuk menahan Azizan?

Anwar and Azmin said it was the Special Branch officers who came to Anwar’s office and it was they who insisted that they meet Anwar. Anwar did not summon them to his office. And Anwar did not agree for them to arrest Azizan. It was the Special Branch that insisted Anwar allow them to arrest Azizan. But before they could do that Anwar would first have to make a police report.

Anwar dan Azmin memberitahu bahawa pegawai Cawangan Khas yang datang ke pejabat Anwar dan merekalah yang mendesak untuk berjumpa Anwar. Anwar tidak menjemput mereka dan Anwar tidak bersetuju untuk mereka menangkap Azizan. Sebenarnya, Cawangan Khas lah yang mendesak untuk membenarkan mereka menahan Azizan Tetapi sebelum mereka melakukan perkara tersebut, Anwar perlu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Mahkamah menerima hujah Cawangan Khas, bukan hujah Anwar dan Azmin walaupun semasa perbicaraan, pegawai Cawangan Khas menyatakan bahawa mereka sanggup menipu kalau diarahkan berbuat demikian. Apapun, Anwar didapati bersalah dan dihantar ke penjara.

Tak susah untuk menghantar seseorang ke penjara kerana rasuah. Apa yang diperlukan ialah untuk mendapatkan seseorang untuk memberi keterangan bahawa seseorang telah mengarahkan dia untuk ‘melakukan sesuatu’. Dan sekiranya ’sesuatu’ itu dianggap menyalahgunakan kuasa, seseorang itu boleh dipenjarakan.
SPRM mahukan Teoh berkata bahawa dia juga telah diarahkan untuk melakukan ’sesuatu’ oleh mereka di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sekiranya dia berkata sesuatu, maka SPRM mempunyai kes terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Dan mereka mahukan semua ini dilakukan dengan cepat. Ianya mesti diselesaikan sebelum Jumaat kerana itu merupakan hari di mana Tan Sri Khalid dan beberapa ahli EXCO akan ditangkap.

SPRM terpaksa bekerja overtime. Tarikh akhir ialah Jumaat. Mereka mahukan Tan Sri Khalid ditangkap pada hari tersebut. Dan mereka akan melakukan kekerasan terhadap Teoh, jika perlu, untuk memaksa Teoh melakukan apa yang dimahukan oleh SPRM. Dan di dalam keghairahan mereka untuk memaksa Teoh…mereka membunuhnya. Saksi terpenting kini sudah mati. Dan mereka tidak dapat menangkap Tan Sri Khalid dan ahli-ahli EXCOnya pada hari Jumaat seperti yang dirancangkan.

Kini…SPRM terpaksa merancang kembali. Mereka kini memerlukan seorang ’saksi’ baru. Beberapa pegawai junior di dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu ditahan sebagai saksi dan mereka akan dipaksa memberi keterangan bahawa mereka telah di’arahkan’ untuk melakukan sesuatu oleh ‘pemimpin tertentu.’ Kemudian, ‘pemimpin’ tertentu ini akan ditahan dan didakwa kerana rasuah. Ketika itu, Pakatan rakyat selangor akan digulingkan.

Monday, July 20, 2009

Teoh Beng Hock seorang saksi?


HARUSKAH SEORANG SAKSI DILAKUKAN SEBEGINI..........? SAKSI HARUS DILINDUNGI?FIKIRLAH RAKYAT MALAYSIA OH SPRM

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini bin







Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.

Picture (Metafile)

Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.




Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sebuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT .. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

Sunday, July 19, 2009

Nota Ilmiah Israk dan Mikraj


Alhamdulillah, Tuhan Pencipta alam, WujudNya azali abadi tanpa permulaan dan tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad, para sahabat dan ahli keluarga baginda.
Antara peristiwa sejarah hebat yang berlaku pada bulan Rejab ini adalah Isra’ Dan Mi’raj.

Al-ISRA’

Ketahuilah bahawa Isra’ merupakan perkara yang telah sabit (tetap) berdasarkan nas Al-Quran. Berdasarkan dari firman Allah ta’ala yang bermaksud :

“ Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjid Al-Haram menuju ke masjid Al-Aqso yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami, dan sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat ”.

Maka wajib beriman bahawa Allah ta’ala telah memperjalankan (mengisra’kan) Nabi Muhammad pada waktu malam dari bumi Mekah ke masjid Al-Aqso dan ulama islam dari kalangan ulama Salaf hakiki, Khalaf, para Muhaddith, para Mutakallimin, para Mufassirin, para Fuqoha dan ulama-ulama islam yang lain telah mempersepakati bahawa berlakunya peristiawa Isra’ terhadap Nabi Muhammad itu adalah dengan ruh dan jasab baginda, dan bukanlah suatu mimpi.



Perkara Ajaib Yang Berlaku Ketika Isra’

Diantara perkara-perkara pelik yang berlaku ketika isra’ Rasulullah adalah Rasulullah melihat kubur Saiyidah Masyitah Binti Fir’aun dan baginda mencium bauan yang amat wangi dari kuburnya.Masyitah merupakan seorang mukminah solehah. Kisahnya, ketika Masyitah sedang menyikat rambut anak Firaun, tiba-tiba sikatnya terjatuh dari genggaman tangannya seraya menyebut : Dengan nama Allah. Lalu anak perempuan Firaun bertanya : Adakah anda mempunyai tuhan selain bapaku? Masyitah menjawab : Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah. Anak Firaun itu berkata : Aku beritahu bapaku? Masyitah menjawab : Beritahulah. Anak Firaun pun memberitahu ayahnya dan Firaun meminta Masyitah kembali kepada agama asalnya. Namun, Masyitah enggan. Mendengar pendirian Masyitah, Firaun pun memanaskan air sehingga benar-benar panas lalu mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam didihan air tersebut.

Akhirnya, apabila tiba giliran anaknya yang sedang menyusu di kendongannya, Masyitah menjauhkan diri ( melambatkan penyerahan bayinya ). Masyitah sangat takut, terkejut dan bimbang. Dengan kuasa Allah, bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut :
“ Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia, usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar ”.
Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata : Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau
( Firaun ) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata : Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

( Nota Penting Berkaitan Al-Isra’ )
1- Barangsiapa yang mengingkari Isra’ maka dia jatuh kafir.
Peristiwa Isra’ telah jelas berdasarkan firman Allah dalam Al-Isra’ ayat 1 dan berdasarkan kisah peristiwa Isra’ dari Hadith Nabawi yang telah diriwayatkan oleh Imam Baihaqi. Maka sesiapa yang mengingkari peristiwa Isra’ setelah dijelaskan dalil kebenarannya maka terkeluar dari Islam.

2- Isra’ berlaku dengan ruh dan jasad Nabi Muhammad.
Peristiwa Isra’ berlaku pada Nabi bukan mimpi bahkan secara yaqozoh iaitu secara jaga dengan ruh dan jasad Nabi sendiri.

Al-Mi’raj
Mikraj merupakan perjalanan yang dimulai dari masjid Al-Aqso di Palestin hingga ke langit yang ketujuh dengan menaiki tangga yang terpaut di antara langit dan bumi mengunakan anak tangga yang diperbuat daripada emas dan perak. Antara tujuan diMi’rajkan Nabi ke langit adalah untuk diperlihatkan keajaiban di alam atas dan bukannya untuk bertemu dengan Allah kerana Allah wujud tanpa tempat.

( Nota Penting Berkaitan Al-Mi’raj )
1- Difardhukan solat lima waktu.
Solat lima waktu telah difardhukan pada malam Mi’raj tersebut juga berdasarkan hadist riwayat Muslim. Nabi Musa menyuruh Nabi Muhammad memohon kepada Allah agar solat yang pada mulanya difardhukan sebanyak 50 solat agar dikurangkan, maka jadilah 5 solat. Ini membuktikan para Nabi memberi manfaat walaupun selepas kewafatan mereka.Apabila Nabi Musa mengatakan pada Nabi Muhammad agar kembali kepada Tuhanmu ianya bererti pergilah ke tempat yang kamu mendengar kalam Allah dan bukannya zat Allah berada disitu.

2- Allah Wujud Tanpa Memerlukan Langit, Arasy dan tempat-tempat lain.
Ketahuilah bahawa tidak ada dalil dari nas Al-Quran mahupun Al-Hadith bahawa Allah memerlukan tempat, bahkan disana pelbagai dalil yang menyatakan bahawa Allah wujud tanpa bertempat seperti firman Allah dalam surah As-Syura ayat 11 yang bermaksud : “Tiada sesuatupun yang menyerupai Dia (Allah)”.

*Penambahan penting :
- Awasi golongan Wahhabi kerana Wahhabi beriktikad bahawa Arash merupakan tempat bagi zat Allah dan kononnya Allah duduk di atas arasy.Lihat kitab WahhabiFathul Majid Syarah Kitabut Tauhid m/s 485, 627, 629.

- Dalil Al-Hadith bahawa Allah wujud tanpa memerlukan tempat adalah sabda Rasulullah yang bermaksud : “ Dan Engkau Ya Allah, Yang Az-Zhohir, maka tiada sesuatu diatasMu, dan Engkau Ya Allah, Yang Al-Bathin, maka tiada sesuatu dibawahMu ”. Sohih Muslim.
Didalam hadith yang sama riwayat Imam Baihaqi didalam kitab beliau yang berjudul Al- Asma’ Wa As-shifat m/s 400 dinyatakan selepas sabda Nabi : “ Maka, jika diatas Allah tiada sesuatu dan dibawahNya pula tiada sesuatu ini menunjkkan bahawa Allah bukan ditempat ”.

- Awasi kitab yang disandarkan kepada Ibnu Abbas berjudul Kitabul Mi’raj kerana terdapat pelbagai kisah yang dongeng dan karut-marut serta hadith palsu. Ketahuilah bahawa Ibnu Abbas tidak menyatakan seperti yang termaktud dalam kitab dusta tersebut.

Thursday, July 16, 2009

Update: SU Politik mati di ibupejabat SPRM




Shah alam-Setiausaha politik ADUN seri kembangan, Teoh Beng Hock ditemui mati di ibupejabat SPRM hari ini.

Punca kematian belum diketahui, samada beliau jatuh atau terjun dari bangunan tersebut.


Mengikut sumber, sebab kematian tidak jelas samada jatuh atau terjun daripada Ibupejabat SPRM tingkat 14 di Plaza Massalam, Seksyen 9, Shah Alam.

Beliau ditahan untuk soalsiasat berhubung kes rasuah semalam di ibupejabat SPRM Shah Alam.

Ini adalah kali pertama tahanan mati di dalam tahanan SPRM.......

sumber: themalaysianinsider.com.my


untuk selanjutnya, sila klik disini

Wednesday, July 15, 2009

Mungkin sebab ini kot PAS hampirrrrr kecundang







Ayat-ayat orang kalah......6-0



Pertama kali dengar, bila kalah pilihanraya bersyukur. Nampaknya tradisi kalah pilihanraya kecil berterusan dari Pak Lah ke Najib.

Maknanya rakyat tolak BN walaupun ditaburkan dengan pelbagai janji, duit dan jambatan tambahan lagi keadaan Pakatan Rakyat yang masih lagi berceramuk dengan idea kerajaan perpaduan anjuran BN.

Ucapan terima kasih setingginya dan sekalung taniah kepada rakyat di Manik Urai.

Syukur pada ilahi, kepimpinan ulama dikekalkan di Manik Urai.

Orang-orang Kafir Membelanjakan Harta Untuk Dakyah Mereka....Cabaran Untuk Muslim Hari Ini.

Surah Al-Anfal ayat 36 - 37

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan di kalahkan. Dan dalam neraka Jahannamlah orang-orang kafir itu dikumpulkan. Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dengan yang baik dan menjadikan golongan yang buruk itu sebahagiannya di atas sebahagian yang lain. Lalu kesemuanya ditumpukkanNya dan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang rugi."

Orang-orang Kafir Membelanjakan Harta Untuk Menghalangi Orang-orang Beriman

Orang-orang kafir, mereka belanja harta mereka, secara tolong menolong antara satu dengan yang lain untuk menyekat manusia daripada mengambil jalan Allah. Allah Subhanahu Wataala telahpun memberikan ingatan kepada mereka yang usaha-usaha mereka itu akan rugi, dan akan menemui kegagalan. Kerugian untuk mereka di dunia dan di akhirat. Dan akhimya mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.

Muhammad Ibnu Ishaq melalul AI Zuhri berkata: "Setelah orang-orang kafir quraish kalah dalam peperangan Badr, mereka pulang dan terus merancang untuk menyerang kembali orang-orang Islam. Mereka berjumpa dengan Abu Sufyan yang telah dapat melepaskan dirinya dan harta dagangannya dari serangan tentera-tentera Islam. Mereka lalu menceritakan pada Abu Sufyan bahawa banyak di antara mereka kehilangan anak, ayah dan saudara mara dalam peperangan Badr. Mereka berkata pada hartawan dan pedagang quraish itu: "Sesungguhnya Muhammad telah ganjilkan kita. Jadi bantulah kami dengan harta kamu, mungkin kali ini kita akan dapat menebus kekalahan (di Badr). Lalu merekapun menyerahkan harta mereka untuk tujuan mereka itu ... "

Oleh kerana peristiwa inilah Allah Subhanahu Wataaala telah menurunkan ayat dari surah Al Anfal ini, untuk menyatakan pada Usbah Muslimah yang pertama dan juga pada orang-orang kafir bahawa usaha mereka yakni orang-orang kafir itu akan menemui kegagalan dan di akliirat kelak mereka (orang kafir) akan di masukkan ke dalam api neraka Jahannam.

Sikap seperti ini adalah satu cara tradisi bagi setiap musuh-musuh Islam, semasa dahulu mahupun sekarang ini, malah sampailah pada hari akhirat. Inilah satu sunnatullah yang mesti difahami oleh setiap orang yang beriman dan yang berusaha untuk melaksanakan Islam dalam masyarakatnya. Sememangnya seperti yang berlaku dahulu, mereka orang-orang kafir ini, akan berusaha secara tolong menolong dengan harta dan tenaga mereka untuk menyekat kebe:naran dakwah Islamiah, malah kebenaran Islam, Deen Allah SWT yang syumul dan lengkap.

Mereka orang-orang kafir ini akan meletakkan berbagai-bagai halangan pada orang-orang yang beriman. Sejak dari titik mula dakwah ini lagi mereka telah berusaha dengan sepenuh tenaga untuk menghalang dakwah ini. Halangan-halangan ini rnungkin berbentuk kesenangan atau berbentuk kesukaran. Sebagaimaria yang berlaku pada Rasulullah SAW semasa baginda sedang mengajak kaumnya di Mekah, datang sekumpulan pembesar kafir quraish menawarkan pada baginda berbagai bentuk kesenangan;

Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq: "..dan merekapun berkata pada Rasulullah SAW, "Sekiranya kamu mahukan harta, maka kami akan kumpulkan harta-harta itu, dan menjadikan kamu orang yang paling kaya di antara kami, dan sekiranya kamu mahukan kemuliaan, maka karni akan melantik kamu menjadi ketua dan penguasa ke atas kami, dan kami tidak akan mengambil sebarang keputusan tanpa keizinanmu......

Kita melihat juga bagaimana mereka menyeksa Bilal bin Rabah ra, keluarga Yasir, Khabbab al Arit, dan lain-lainnya. Mereka menyekat daripada memberi bantuan makanan dan minuman kepada Usbah Muslimah yang pertama itu. Mereka menggunakan kata-kata mereka yang mengelirukan orang-orang Islam yang lemah imannya... Seperti yang diperkatakan oleh seorang kafir quraish Aas bin Wail As-Sahammi "...Tinggalkanlah Muhammad itu, sesungguhnya dia adalah seorang yang tiada berketurunan. Tidak akan ada sesiapa yang meneruskan ajarannya, dan dia akan dilupakan setelah dia mati kelak.." Al Quran telah menggambarkan sikap mereka ini dalam surah Luqman ayat 6 yang bermaksud:

'Dan di antara nianusia ada yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa penqetahuan dan menjadikan

jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperolehi azab yang menghinakan...'
Mereka melakukan ini semua secara tolong menolong, malah secara yang tersusun. Mereka sebenarnya sedar apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu benar namun kerana dikuasai oleh nafsu dan keangkuhan mereka, mereka lebih suka untuk berada dalam kesesatan dan menerima azab Allah SWT. Pernah seorang musuh besar ummat Islam ketika itu, an-Nadr bin Harith berkata: "...Wahai kaum quraish! Kamu berhadapan dengan satu masalah. Muhammad dulunya adalah seorang yang sangat mempersonakan kamu. Lebih jujur daripada sesiapa di antara kamu dan lebih amanah (daripada kamu). Setelah dia mula menghina berhala kamu, dan setelah dia menyampaikan kepada kamu ajarannya, tiba-tiba sekarang kau katakan dia seorang ahli nujum, tukang sihir, penyaer; dan kamu katakan dia seorang yang gila. Sebenarya tidak satupun daripada tuduhan ini benar! Wahai kaum quraish! Fikirkanlah atas keputusan yang telah kamu ambil ini, demi Allah, sesuatu yang besar disediakan untuk kesudahan kamu... "

Orang-orang yang beriman, yang melalui proses didikan di bawah Madrasah Rasulullah SAW mereka faham yang halangan-halangan in adalah satu sunnatullah, yang sudah semestinya mereka hadapi dengan penuh kesabaran. Orang-orang yang beriman, mereka faham yang mereka juga mesti berada bersama-sama dalam satu Jamaah, dan berjihad dengan segala apa yang ada pada diri mereka, sama ada dengan harta, tenaga dan jiwa raga mereka. Bagi mereka tidak ada hudnah dalam menyebarkan Fikrah Islamiyah, yaitu dalam erti kata tetap melaksanakan Islam dan beriman dengan Allah SWT dalam setiap suasana yang mereka hadapi. Sabda Rasulullah SAW yyang bermaksud;

"Jihad tidak akan berhenti sehingga ke hari kiamat. "

Orang-orang kafir, mereka tidak akan berhenti daripada usaha mereka itu, dan tidak akan membiarkan orang-orang beriman bersenang-senang. Oleh itu kita mestilah menyusun dan merancang kerja-kerja kita untuk menentang jahiliyah. Adalah satu sunnatullah, sekiranya kita ingin menentang jahiliyah maka mestilah dalam satu usaha yang tersusun rapi. Berada dalam satu Harakah Islam yang mempunyai satu sistem tarbiyah yang benar, dan berkembang dengan cara yang benar juga. Bukan berkembang dengan cara yang tidak masyruk.

Orang-orang beriman dia sedar jahiliyah itu lemah, kerana ia tidak ada kekuatan mutlak. la hanya bergantung pada ketua-ketua dan kekuatan kebendaan sahaja. Namun bagi orang-orang beriman senjata mereka adalah di tangan Allah SWT. Kata as-Syahid Syed Qutb: "Kamu adalah lebih tinggi, oleh itu jangan kamu merasa lemah dan rendah lantas meminta damai (dengan jahiliyah). Kamu adalah lebih tinggi dari segi aqidah dan konsepsi hidup. Kamu adalah lebih tinggi dari segi ikatan penghubung dengan Tuhan yang Maha Tinggi dan Agung... kamu adalah lebih tinggi dari segi kekuatan, keteguhan dan kemenangan kerana kekuatan Yang Teragung adalah bersama-sama kamu. Kamu tidak bersendirian, tetapi kamu adalah didampingi oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa.....".

Pergolakan yang berlaku ini, iaitu pergolakan di antara tentera jahiliyah dengan barisan orang-orang mukmin ini akan memperlihatkan hakikat atau tabiat seseorang itu. Siapakah yang menegakkan yang Haq, dan siapakah yang menegakkan kebathilan. Yang mana pendukong al Haq, dan yang mana pendukong kebathilan. Mungkin pada mulanya yang Haq dan bathil bercampur, tetapi apabila diadakan ujian dan tapisan, akhirnya yang haq dan bathil ini akan terpisah. Kerana Allah SWT tidak mahu kemenangan itu diberi pada yang campur aduk, tetapi Allah SWT hanya akan memberi pertolongan dan kemenangan pada yang bersih. Walaupun ada terkadang kala pada zahirnya kita lihat orang-orang kafir seolah-olah mendapat kemenangan, tetapi ianya hanya dalam bentuk istidraj (Allah beri dalam keadaan murka)

Bagi orang-orang yang beriman mereka perlulah sentiasa berdoa: "Ya Tuhan kami, janganlah kamu jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami Rahmat dari sisi Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia).

Tuesday, July 14, 2009

Peluang Menyemak Arah Kiblat





Bismillah...

Pada 16 Julai 2009 (khamis) semua umat Islam di Malaysia berperluang menyemak arah kiblat di rumah sendiri, masjid, surau ataupun tempat - tempat solat yang lain.

ISTIWA 'AZAM


Istiwa 'Azam ini bermaksud fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit kaabah ketika melintasinya. Fenomena ini hanya berlaku 2 kali setahun iaitu :

1. Pada 28 Mei ( jam 5.16 petang )
2. Pada 16 Julai ( jam 5.28 petang )

Cumanya anda jangan keliru apabila isu semakan arah kiblat diwarwarkan, dengan andaian bahawa arah kiblat sentiasa berubah. Pendapat atau andaian sebegini adalah tidak benar sama sekali kerana Kaabah tidak pernah beralih, justeru kiblat tidak akan berubah. Apa yang dimaksudkan dengan peluang menyemak arah kiblat adalah bagi mereka yang belum melakukannya atau mungkin untuk sekadar kajian. Bagi yang telah melakukannya sebelum ini, semakan semula adalah tidak perlu, kecuali atas sebab-sebab keraguan atau sebagainya. (contoh: pembinaan semula, pemasangan semula karpet dsb.)


KAEDAH PENYEMAKAN



1. Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya sebagaimana di dalam gambarajah.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus,

3. Tempat yang dipilih untuk menyemak arah kiblat hendaklah tempat yang tidak terlindung dari sinaran matahari,


4. Tepat pada masa yang telah ditetapkan, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan adalah bertentangan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah yang menghadap ke barat.



5. Selain dari tiang yang dipacakkan, kita juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang diyakini tegak dan lurus untuk menyemak arah kiblat.


* Umat Islam adalah disarankan agar memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.


Sebarang keraguan arah kiblat bagi Masjid dan Surau hasil dari semakan tersebut boleh menghubungi Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah, di talian No. 088 – 218322/268427 hanya mereka yang berada di negeri Sabah sahaja. Bagi negeri - negeri lain bolehlah rujuk kepada Jabatan Mufti negeri masing - masing.

Wallahu'alam.

Monday, July 13, 2009

Video Wacana Ilmu-Khairy tidak berani datang. siri 1

[MP4]
14:22 - Yesterday sharpshooterblogger.blogspot.com
Wacana Ilmu anjuran UMNO Bahagian Tanjong bertajuk "Penyatuan Ummah - Retorik atau survival" pada asalnya di antara YB Dr Mujahid, Ustaz Shabudin Yahya dan Khairy, tetapi ...
sharpshooterblogger.blogspot.com

Friday, July 10, 2009

1500 PELAJAR BANTAH ROSMAH SEBAGAI CANCELOR UNISEL



Satu resolusi tergempar telah di luluskan malam tadi di Dewan Utama Unisel – Kampus Bistari Jaya Batang Berjuntai.

Resolusi ini : Menuntut agar Rosmah Mansor dilucutkan dari menjadi Cancelor Unisel.

Seramai 1500 pelajar yang berasak -asak membanjiri dewan telah mengangkat tangan dan sebulat suara menyokong resolusi tersebut.

Awalnya satu forum ‘ Memperkasakan Mahasiswa dan Realiti Politik Kampus’ telah di adakan didalam dewan yang sama. Forum ini adalah anjuran bersama Kelab Anwar Ibrahim ( AIC) dan Majlis Perwakilan Pelajar Unisel.

Ahli panel : Naib Presiden Parti KeadilanRakyat Mustafa Kamil Ayub, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff .

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim telah memberikan ucapan. Setelah selesai uacapan Anwar telah membuka ruang untuk soal jawab. Ketika ruang soal jawab inilah resolusi tergempar itu telah diluluskan dengan sebulat suara.

Tidak ada seorang pun pelajar dan anak muda dalam Dewan Utama Unisel pada malam tadi yang membantah.

Majlis Perwakilan Pelajar Unisel akan berbincang tidak lama lagi untuk mencari ganti canselor Unisel yang baru.

Forum ini telah di pengerusikan oleh Profesor Mohd Noh Nawawi.

Thursday, July 09, 2009

UMNO perjuang Islam? lawok..lawok..lawok





Berita Oleh: rusly_islam

"Selepas Presiden UMNO ketar lutut nak berdebat dengan Tok Guru Mursyidul AM, kini Timbalannya pulak cuba nak jadi hero, nak buktikan UMNO memperjuangkan Islam.

Kawan-kawan nilai lah sendiri... UMNO sudah sukar untuk dipercayai..berikut kenyataan beliau dari Mstar..

Muhyiddin cabar Pas buktikan UMNO tidak perjuang Islam

KUALA KRAI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar PAS supaya membuktikan semasa pilihan raya kecil Manik Urai bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam selama parti itu memerintah negara.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata parti itu yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 terlebih dahulu memperjuangkan syiar Islam daripada PAS dengan memperjuangkan kemerdekaan negara yang juga tuntutan fardu kifayah.

"Kalau dilihat dalam Perlembagaan UMNO salah satunya adalah untuk menegakkan syiar Islam," katanya ketika berucap kepada penduduk kawasan Manik Urai Lama pada hari ketiga kempen pilihan raya kecil Manik Urai di sini semalam.

Fasal 3 Perlembagaan UMNO menyebut mengenai asas dan tujuan penubuhan UMNO yang antara lain, "menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama".

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau terkejut dengan dakwaan PAS yang menuduh parti itu tidak memperjuangkan Islam dalam ceramah politiknya untuk menarik sokongan 12,293 pengundi Manik Urai.

Muhyiddin juga menepis dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) memperkecilkan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan yang mempunyai kelulusan rendah berbanding calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, bekas pegawai Kesedar.

"Nak jadi pemimpin kena ada ilmu," kata Muhyiddin.

Mengenai usaha menjadikan Manik Urai sebagai kawasan "anak angkat", beliau berkata kawasan itu berhak lebih daripada itu untuk menjadi "anak emas" Kerajaan Persekutuan, sekiranya BN menang.

Dengan itu ia akan menerima pembelaan yang sewajarnya daripada BN, katanya.

Dalam majlis itu, Muhyiddin turut menjawab tuduhan PAS yang menuduh Kesedar tidak melakukan apaapa sedangkan kerajaan negeri juga bertanggungjawab untuk membangunkan Manik Urai.

Beliau menyamakan tuduhan itu dengan taktik kerajaan negeri Pulau Pinang yang lepas tangan mengenai masalah penduduk Kampung Buah Pala di negeri itu supaya kerajaan pusat campurtangan.

Penduduk Kampung Buah Pala diminta berpindah berikutan pihak pemaju ingin membangunkan kawasan itu. "

Wednesday, July 08, 2009

TANDA-TANDA KEMATIAN HATI MANUSIA



"من علامات موت القلب عدم الخزن على ما فاتك من الموافقات , وترك الندم على ما فعلته من الزلات" .

"Sebahagian tanda-tanda kematian hati ialah tidak gundah dan susah atas sesuatu yang telah luput ia pada anda (manusia), berupa segala sesuatu yang bersesuaian (dengan perintah dan anjuran agama Allah swt). Dan meninggalkan penyesalan atas sesuatu yang telah anda kerjakan dari segala hal yang tidak baik."

Bagi orang yang sedang berjalan dengan amal ibadahnya menuju keredhaan Allah swt, mendekatkan diri kepada Allah dan menambah makrifatnya tentang Allah Yang Maha Esa, adalah syarat yang terpenting bagi orang itu supaya hatinya selalu hidup.

Hidup yang dimaksudkan di sini bukan hidup jasmaniah tetapi hidup hati atau rohaniah. Atau dengan pengertian lain, bahawa hati itu hidup dengan keimanan yang mantap kepada segala sesuatu yang wajib diimani. Kerana itulah, maka ulamak Al-Imam Ibnu Athaillah menerangkan kepada kita, bahawa hati yang hidup dengan keimanan itu ialah hati yang gundah-gulana. Apabila yang punya hati sendiri meninggalkan perintah-perintah Allah swt, apalagi bertentang dan berlawanan denganNya.

Hati yang hidup adalah hati yang merasa pedih dan pilu apabila yang punya diri mengerjakan maksiat-maksiat, tetapi hati yang hidup akan senang sekali apabila dirinya mengerjakan perbuatan-perbuatan yang diperintahkan atau yang dianjurkan Allah swt. Bahkan hati itu sendiri mencari-cari segala sesuatu yang diredhai oleh Allah swt. Kerana itulah apabila hati sudah tidak merasakan pedih dan pahit, tidak menyesali perbuatan dan amalan yang mungkar, malah berbangga dan berusaha menambah kemungkaran walaupun telah sekian lama nasihat diberikan dan melihat sendiri contoh-contoh akibat orang sering melakukan kerosakan, namun ia tetap terus dengan kedegilan, maka ini adalah contoh orang yang telah mati hatinya atau paling tidak hatinya telah sarat dengan karat dan perlu kepada taubat dan beramal soleh untuk menggilap semula hatinya supaya nur dan cahaya akan menerangi hatinya.

Sebagai dalil bagi keterangan di atas, dapat kita lihat adanya perbedaan antara manusia yang hidup dengan manusia yang mati. Manusia yang hidup dapat merasakan segala-galanya. Dapat meraskan kesenangan, maka gembiralah ia, dan dapat meraskan kepahitan dan kesakitan, maka gundahlah ia dan menyesallah ia atas yang tidak baik itu. Tetapi manusia yang mati tidak dapat merasakan segala-galanya, tidak merasakan kesenangan, tidak merasakan kegundahan dan tidak ada padanya penyesalan apa-apa. Kalaulah demikian, maka demikian pulalah hati manusia dengan perbezaan antara hati yang hidup dan hati yang mati.

Di dalam hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Thobrani dari Abu Musa r.a, Nabi kita telah bersabda tentang membayangkan hati yang hidup dan hati yang mati, beliau bersabda :

من سرته حسنته وساءته فهو مؤمن""

"barang siapa yang menggembirakan akannya oleh kebaikannya dan menyusahkan akannya oleh kejahatannya, maka orang itu ialah orang yang beriman".

Maksudnya, apabila kita mengerjakan amal yang baik menurut agama kita, maka senang hati kita, lega perasaan kita dan gembira kita kerananya. Maka kita adalah orang yang beriman kepada Allah swt. Dan juga apabila kita mengerjakan sesuatu yang tidak baik, seperti mengerjakan larangan Allah, maka hati kita sempit, kita selau dalam resah gelisah, maka kita adalah orang yang beriman.

Tetapi apabila sebaliknya yang dilakukan, yakni mengerjakan amal kebajikan tidak lapang hati kita, seperti berwaqaf atau bersedekah atau memberi makan fakir miskin, terasa oleh kita harta kita kurang jadinya atau memberikan sesuatu tanpa faedah, maka kita adalah orang yang tidak berdiri di atas kebenaran.

Demikian pula dalam mengerjakan maksiat, apabila hati kita merasa senang menghadapinya, apalagi kalau hati kita telah ingin dan ketagih, maka bererti hati kita sudah mati semati-matinya.

Inilah pertanda bagi kita, bahawa amal kebajikan adalah tanda atas adanya redha Allah swt atas kita dan amal kejahatan adalah tanda atas kemarahan Allah swt pada yang mengerjakannya.

Apabila Allah swt telah memberikan taufiq kepada kita untuk amal soleh, maka Allah menggembirakan hati kita pada menghadapinya dan pada mengerjakannya. Sebab Allah telah redha atas kita, dan kerana itu hati kita pun selalu berharap kepadaNya di samping perbuatan kita mengikuti tujuan kehendak hati kita.

Harap kepada redha Allah menimbulkan kita mengerjakan taat, baik yang bersifat perintah mahupun yang bersifat sunnah atau anjuran. Tidak terjadi bagi orang yang hatinya selalu mengharap keredhaan Allah, meninggalkan taat dan tidak ada susah, apabila ia mengerjakan masiat dan meninggalkan taat. Jadi, hati yang hidup tidak sunyi pula dari harapan kepada Allah swt.

Apabila berbicara tentang Rajaa' atau mengharap kepada Allah, maka hal tersebut terbahagi kepada tiga bahagian :

1. Orang yang mengamalkan amal kebajikan, orang itu mengharapkan semoga amalnya itu diterima oleh Allah swt.
2. Orang yang mengamalkan atau mengerjakan pekerjaan yang tidak baik, kemudian ia kembali bertaubat dan memohonkan keampunan Allah swt. Hatinya selalu berharap atas keampunan Tuhan.
3. Orang yang selalu mengerjakan dosa dan terus dalam mengerjakan dosa, tetapi hati kecilnya berkata, bahawa aku pun mengharap keampunan Allah swt. Orang ini apabila ia mengaku bahawa dirinya telah berdosa, maka sepantasnya takutnya kepada Allah swt, harus lebih kuat daripada harapannya kepada rahmat Allah.

Apabila Allah swt belum memberikan taufiq pada kita dalam mengerjakan amal soleh, lantas kita mengerjakan kemaksiatan, maka gundah hati kita kerananya, sebab hal ini merupakan tanda kemarahan Allah atas kita. Dengan sebab itu, maka takut kita kepadaNya akan bertambah-tambah dalam hati kita.

Ini adalah suatu tanda kebaikan yang cerah pada kita. Sebab takut kepada Allah menjadikan kita harus sangat menjauhkan segala perbuatan maksiat dan segala tindak-tanduk yang jahat. Tidak diterima akal menurut kebiasaan, orang yang mengerjakan maksiat tidak ada penyesalan dalam hatinya, sedangkan hatinya takut kepada Allah swt. Cuma apabila kejadian juga yang demikian, hatinya tidak putus asa kepada rahmat Allah swt, dan timbul harap dalam hatinya, bahawa Allah akan mengampuni segala dosanya.

Bagi orang yang beriman yang betul-betul beriman, hatinya pasti hidup dan tidak mati. Ertinya dalam hatinya berkumpul dua hal yang tidak dapat tidak harus ada padanya.

1. Perasaan takut kepada Allah swt, kalau-kalau tuhan bertindak apakah amal ibadahnya tidak diterima oleh Allah atau dosa-dosanya tidak diampuni olehNya. Dan ini terus menjadi buah fikirannya. Sebab itu ia berhati-hati sekali bagaimana ia menjauhkan segala yang tidak diredhai Allah swt.
2. Perasaan yang selalu mengharapkan rahmat Allah swt, dengan pengertian mudah-mudahan Allah swt mengampunkan dosa-dosanya, atau dengan pengertian lain, semoga ia tidak putus asa kepada rahmat Allah swt. Perasaan takut dan mengharap rahmat Allah menurut ulamak tasawuf Abu Ali Ar-Ruzbary adalah laksana dua sayap burung, apabila sama kedua sayapnya, maka burung itu baik dan sempurna apabila dia terbang. Dan apabila salah satu dari dua sayapnya kurang, maka terjadilah kekurangan pada burung itu sehingga ia tidak dapat terbang. Dan apabila hilang kedua sayapnya, maka jadilah ia burung yang mati, tidak ada ertinya sama sekali.

Kesimpulan.

1. Hati yang mati adalah hati yang tidak gundah, apabila tidak mengerjakan keredhaan Allah dan tidak menyesal pada waktu menghadapi dan mengerjakan larangan-larangan Allah.
2. Hati yang hidup adalah sebaliknya dari hal di atas dan pada hakikatnya pada hati yang hidup mengandungi Nur Ilahi, tetapi nur-nur tuhan itu pada umumnya tidak dapat dirasakan dan ditangkap oleh perasaan, apalagi oleh pancaindera, di sebabkan masih banyak debu pada hati yang merupakan hijab dan dinding yang masih tebal dan gelap antara kita dengan Allah swt. Selain kita cuma dapat melihat sebahagian tanda-tandanya sahaja iaitu timbul gembira dalam hati apabila mengerjakan taat dan timbul susah dan takut dalam hati apabila mengerjakan maksiat. Hal keadaan ini tepat seperti apa yang dibayangkan oleh Ibnu Mas'ud sebagia berikut :

"المؤمن يرى نفسه من ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف ان يقع عليه , والمنافق يرى ذنوبه كذباب وقع على انفه , فقال به هكذا فأطاره"

"Orang mukmin melihat ia akan dirinya dari dosa-dosnya seolah-olah ia duduk di bawah bukit di mana ia takut kalau-kalau bukit-bukit itu jatuh di atasnya. Dan orang munafik melihat ia akan dosa-dosanya laksana lalat-lalat yang menghinggap pada hidungnya, mudah untuk menghalaunya dengan jari telunjuknya sahaja".

Maksud dari perkataan Ibnu Mas'ud salah seorang sahabat Nabi seperti tersebut di atas, ialah tentang perbezaan antara orang-orang yang betul-betul beriman, kerana itu hatinya hidup dan orang-orang yang belum betul-betul ada keimanan pada hatinya, maka ia masih dianggap munafik kerana hatinya mati. Perbezaan orang-orang yang betul-betul beriman apabila ia berdosa seolah-olah ia duduk di lembah di mana hatinya selalu diselubungi oleh perasaan takut kalau-kalau bukit itu menimpa dirinya.

Tetapi orang muslim yang hatinya mati menganggap dosa-dosa yang ia kerjakan laksana lalat-lalat yang berterbangan di atas hidungnya atau yang hinggap atas hidungnya dan ia yakin, bahawa ia dengan mudah akan dapat menghalau lalat-lalat itu.

Demikianlah perasaannya yang begitu ringan dan tipis, tidak gundah dan tidak takut, tetapi masih terus tenang-tenang saja dalam menghadapi dosa-dosa dan mengerjakan dosa-dosa itu.

Demikianlah tafsiran dari Kalam Hikmah Al-Imam Ibnu Athaillah Askandary mengenai hati yang mati dan sebahagian tanda-tandanya yang dapat kita tangkap dengan mudah dan selalu terjadi pada diri setiap kita selaku manusia.

Mudah-mudahan kita selalu dipimpin oleh Allah swt dan jadilah kita hendaknya orang-orang yang betul-betul beriman kepadaNya sehingga hati kita hidup dalam menjalankan keredhaanNya, dan tidak mati hati kita seperti hati orang-orang yang munafik yang belum betul-betul beriman kepadaNya.

Mutiara Kata..



Said bin Musayyab berkata :


“Sesungguhnya orang yang mulia, alim dan memiliki kelebihan, pasti dalam dirinya ada kekurangan (aib). Namun di antara manusia ada orang yang tidak ingin kesalahannya disebut (untuk diperbaiki)


Engkau menginginkan menjadi seorang yang mulia tanpa cacat cela


Adakah batang yang terbakar tanpa asap?”


Syair :

وفي النفس حاجات وفيك فطانة سكوتي بيان عندها وخطاب

Dalam jiwa ada keperluan, dan dalam dirimu ada kecerdasan

Diamku adalah penjelasan dan keterangan untuk keperluan itu.

Kata-kata Saidina Ali k.w

ولا يكونن المحسن والمسيئ عندك بمنزلة سواء

“janganlah kedudukan orang yang berbuat baik dan orang yang berbuat buruk itu sama di sisi mu”

Saidina Ali k.w berkata dalam syairnya :

رضينا قسمة الجبار فينا لنا علم وللأعداء مال

وإن المال يفنى عن قريب وإن العلم يبقى لا يزال

“Kami rela dengan pembahagian Allah yang Maha Perkasa pada kita,

Kita diberi ilmu dan musuh diberi harta,

Dan sesungguhnya harta akan punah dalam sekejap sahaja,

Dan sesungguhnya ilmu tetap kekal tak akan hilang”.

Syaikhul Islam Burhanuddin (Ibnu Taimiyyah) berkata :

وفي الجهل قبل الموت موت لأهله فأجسامهم قبل القبور قبور

وإن امرأ لم يحي بالعلم ميت فليس له حتى النشور نشور

“Dalam kebodohan sebelum mati adalah kematian bagi pemiliknya,

Tubuh mereka sebelum dikubur adalah kuburan,

Sesungguhnya, jika seseorang hidup tanpa ilmu maka dai adalah mayat,

Saat dibangkitkan baginya tidak ada kebangkitan.

Ungkapan arab ada menyatakan :

بالحلم تكثر الأنصار وبالرفق تستخدم القلوب

Dengan kelembutan, anda akan memperbanyakkan penolong,

Dan dengan kelembutan, anda telah membuat hati terpaut.

Kata-kata hikmah :

إن أعز شيئ في اللغة اسم الرجل

“sesungguhnya sesuatu yang paling berharga dalam berbahasa adalah (memanggil) dengan nama seseorang”.

Kata-kata hikmah :

من طلب الجهد الثقيل والعمل القاسي من أتباعه فليكن مثالا للعمل أولا

“barangsiapa yang menginginkan jerih payah, dan kerja yang serius dari para pengikutnya, maka ia harus menjadi contoh pertama dalam bekerja”

Monday, July 06, 2009

Sah! Hanya BN lawan PAS di Manek Urai




KUALA KRAI: Sah! Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan saingan satu penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili oleh Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS pula Mohd. Fauzi Abdullah, 50.

Status mereka disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin sebentar tadi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi menewaskan calon BN Mohamed Zulkifli Omar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Julai sebagai tarikh pengundian.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:52 AM
0 ulasan:

Saturday, July 04, 2009

IBrahim Katak Berkempen Untuk UMNO Di Manek Urai



Ibrahim katak mengajak semua pengundi-pengundi di MU supaya memberi Undi Untuk UMNO...

brehim katak mengajak semua pengundi-pengundi di MU supaya memberi Undi Untuk UMNO dan seterusnya memenangkan calon UMNO demi untuk pembangunan di Manek Urai ...
IBrahim Katak Berkempen Untuk UMNO Di Manek Urai

Semalam bertempat di kampung Laloh berdekatan stesen Minyak Caltex ibrahim katak secara terbuka tanpa segang silu mengajak pengundi-pengundi di Manek Urai supaya mengundi calon Umno BN dalam Pilihanraya nanti. Bherim katak berharap agar penduduk di manek urai dapat memberi kemenangan kepada calon UMNO BN demi untuk pembangunan di kawasan Manek Urai.

Pas tidak akan terjejas sedikitpun dengan kemenangan UMNO di MU katanya.Lagipun sepanjang 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan tidak ada pun pembangunan yang telah dibuat oleh Tok Guru katanya lagi.Ceramah yang dihadiri hampir 1000 orang lebih itu turut dihadiri penceramah import dari selangor iaitu Datuk Fuad Hassan.Tidak ketinggalan juga pelakon terkenal tanah air jalaluddin hassan juga turut berada di atas pentas bersama dengan brehim katak…

Cubalah bagi mandat sekali pada BN di Manek Urai ini demi pembangunan… itulah moto yang diulang berkali-kali oleh ibrahim katak dalam ceramahnya semalam

brehim katak memberi jaminan yang beliau sendiri akan memberitahu najib untuk pembangunan di Manek Urai sekirannya Umno BN menang di Manek Urai dalam Pilihanraya nanti….

Jutaaaan Tahniah Buat Brehim Katakkkk

Anda sememangnya seorang ahli Politik yang tidak ada tolak bandingnya di Malaysia ini…

Rakyat Kelantan Khususnya penduduk di Pasir Mas akan sentiasa Mengigati anda sepanjang mas…

Jumpa lagi dalam Pilihanraya akan datang wahai Brehim Katak

Dikirim dalam News & Politics

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH