HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Sunday, August 29, 2010

NIIII.... APEEEEE.......?????

Saturday, August 28, 2010

KINI TIBA MASANYA ZUL NORDIN DOAKAN UNTUK KARPAL SINGH




  ITU LAH UNDANG-UNDANG ISLAM

Salam 2 all.

Saya tertarik dengan kenyataan "mursyidul am" DAP Karpal Singh semalam yang mendesak supaya perogol kanak-kanak dikenakan hukuman mati!

Yang membuat saya tertarik kerana Karpal Singh adalah orang yang paling kuat menentang hukuman mati. Malah itu antara sebab utama beliau menentang perlaksanaan hukum Islam.

Namun sekarang beliau pula meminta hukuman mati dikenakan terhadap perogol kanak-kanak. Saya sejak dahulu sehingga sekarang berpendapat bahawa perogol sepatutnya dikenakan hukuman bunuh, kerana itulah ketetapan hukum ALLAH. Malahan sepatutnya kita wajib melaksanakan undang-undang jinayat Islam.

Saya cukup konsisten dengan tuntutan ini. Bagi yang mengikuti siri ceramah dan perjuangan saya, itulah pendirian saya. Samada semasa menjadi peguam, semasa bersama dengan PAS, semasa menjadi Ahli Parlimen PKR, setelah menjadi MP Bebas, sehinggalah sekarang. Malahan saya telah pun mengemukakan usul agar Jadual 9 Senarai II Perembagaan dan Akta Mahkamah Syariah (Hukuman & Perlaksanaan) dipinda untuk membenarkan hudud, qisas dan ta'zir serta sistem perundangan jinayat Islam dilaksanakan. Dan ini kita boleh lakukan tanpa perlu meminda Perlembagaan Persekutuan.

Malangnya Ahli Parlimen Islam seramai 132 orang tidak boleh nak barsatu suara untuk melaksanakannya. UMNO takutkan MCA/ MIC, PAS terlalu menjaga hati DAP. PKR sana tidak sini pun tidak. Akhirnya walaupun dianugerah ALLAH dengan suara majoriti dalam Parlimen, tapi umat Islam menjadi bangsa paling penakut untuk melaksanakan undang-undang dia sendiri. Semuanya gara-gara terlalu berpolitik, nak menjaga perasaan kafir, tetapi keredhaan ALLAH diketepikan.

Buat pengetahuan Karpal dan yang sewaktu dengannya, apa yang beliau desak itu sebenarnya adalah sama dengan undang-undang-undang jinayat Islam - apa yang dipanggil hudud, qisas dan ta'zir.

Sebenarnya kalau hukum Islam saperti hudud, qisas dan ta'zir dilaksanakan, sudah pasti para perogol, yang disabit dengan kesalahan dengan sahih menurut perundangan Islam, akan dihukum bunuh.

Bukan itu sahaja, kalau undang-undang itu dilaksanakan sepenuhnya, insyallah negara ini pasti aman. Bukan kerana kebijaksanaan kita melaksanakan undang-undang, tetapi kerana ketaatan kita mematuhi perintah ALLAH, maka ALLAH akan jamin keamanan dan keselamatan tersebut. Tugas melaksanakan hukum tanggungjawab kita, keamanan dan keselamatan adalah anugerah ALLAH kepada ketaatan kita.

Sebab itu nasihat saya kepada Karpal, janganlah menolak hukum Islam tanpa usul periksa. Sebaliknya kajilah kebaikan dan keberkesanannya. Islam itu sendiri bermakna aman sejahtera, dan penerimaan kepada Islam itu insyallah akan pasti membawa kepada keamanaan dan kesejahteraan kerana itulah janji ALLAH, Tuhan seluruh manusia termasuk kaum Punjabi saperti Karpal.

Dan seruan saya kepada Karpal dan yang sewaktu dengannya, masuklah Islam. Seandainya kamu kembali kepada Islam, kamu akan menjadi manusia yang hebat sebagaimana sejarah Islam membuktikan pejuang-pejuang hebat saperti 'Umar ibnul Khattab, Khalid Al Walid, Ikrimah Abu Jahal dan ramai lagi. Mereka yang hebat semasa jahiliahnya muncul sebagai singa setelah kembali kepada Islam. Lagipun perkataan "Singh" itu sendiri bermaksud "singa"! Saya mendoakan moga ALLAH membuka hati kamu Karpal kepada Islam.

Insyallah dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Ustaz Ahmad AwangPendedahan tembelang Mufti Perak ( Ustaz Ahmad Awang dedah tembelang Mufti Perak )

Mufti Perak terus bermain politik. Mengajak PAS bersatu dengan Umno demi menyelamatkan Melayu. Kenyataannya panas dan diperkatakan. Namun, bagi bekas Pengarah Pusat Islam yang intim mengenali Tan Sri Harussani Zakaria sejak menjadi kadhi Pulau Pinang hingga terlantik Mufti Perak, tidak melihat kenyataan itu benar dan serius. Ustaz Ahmad Awang menyifatkan ajakan itu sarat dengan motif politik untuk memecah-belahkan PAS dan Pakatan Rakyat. Pelbagai pengalaman pahit dialami PAS Perak yang diterajuinya sebelum ini, berdepan dengan karenah Harussani

. Ikuti wawancara TARMIZI MOHD JAM dan INTAN ABDULLAH mengenai beberapa pengamatan dan pendedahan beliau terhadap mufti penuh kontroversi itu
Tan Sri Harussani mendakwa sekarang ini dia bertindak sebagai mediator atau orang tengah nak menyatupadukan Melayu dan Islam antara Umno-PAS. Apa reaksi Ustaz?
USTAZ AHMAD AWANG: Cuma yang menghairankan saya ialah bagaimana dia nak jadi orang tengah, pada hal dia duduk di sebelah sana (Umno). Selama-lamanya dia tak pernah duduk di tengah-tengah, walaupun ada juga pandangan dia yang bercanggah dengan kerajaan Umno-BN. Dia tak setuju (ketika mewakili suara para mufti) dalam isu tertentu seperti isu Sure Heboh TV3, dan murtad. Ada keberanian dia menyatakan pandangan. Tapi kerajaan Umno-BN tidak mempedulikannya. Tetapi, kita dari PAS tetap menyokong pandangan tegas dia itu. Inilah yang saya mahu katakan, PAS tak mengetepikan kesemua pandangan mufti kerana ia merupakan salah satu saluran yang ada dan kita lihat walaupun beliau berpihak kepada kerajaan Umno-BN, tetapi dalam perkara yang ada kepentingan Islam kita sokong dia.

Tidakkah sokongan itu akan mengelirukan rakyat?

Pernah satu ketika, satu rombongan Dewan Ulama PAS Pusat, yang saya uruskan pertemuannya di pejabat Mufti. Dato' Harun Taib ada ikut bersama ulama PAS Perak. Masa itu Harussani tunjuk satu surat yang dikatakan melarang dia berceramah di Selangor sehingga program yang menjemput beliau di UKM dibatalkan. Dikatakan alasan pembatalan itu disebabkan Mufti Perak terlalu 'outspoken' dalam menyatakan pandangan. Pada ketika itu, Tan Sri Hamid Osman jadi Penasihat Agama kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), dia kata apa yang dikatakan Harussani tiada asas. Ini menunjukkan PAS pertahankan Harussani supaya dia tidak rasa keseorangan. Dia pun tahu tindakan penguatkuasa di Kuala Lumpur dan Selangor yang tangkap kes khalwat, tapi PAS yang dokong penguatkuasa. Umno tidak sokong diapun. Tindakan ini tak kelirukan rakyat sebab kita akan sokong atas kepentingan Islam.


Tapi sekarang Harussani mahu memperlihatkan seolah-olah PAS yang tak mahu ke arah perpaduan...

Dia bukan tak tahu. Pernah suatu ketika di Perak dia cakap secara terus dengan saya dalam satu majlis ceramah di Masjid Kuala Kangsar dengan mengungkit tegahan menyampaikan ceramah, kuliah di satu masjid di Ipoh kerana orang kuat Umno di situ menguasai masjid itu sehingga dia sendiri tidak dibenarkan berceramah atau kuliah. Usahkan orang lain, dia pun tak diberi. Semasa Pakatan Rakyat memerintah, sesetengah masjid boleh tukar kepimpinan kariah masjid melainkan masjid itu. Begitulah kekuatan pengaruh dan kuasa Umno. Mufti ini tahu inilah Umno yang menghalang kerja-kerja dakwah Islam. Bermakna, ini satu lagi bukti Umno tak pernah berusaha untuk menegakkan Islam tapi bila Harussani kata hendak menyatukan PAS dan Umno ini, Islam boleh hancur kalau berpecah, cukup tidak logik. Sedangkan dia duduk di sebelah Umno sahaja, bagaimana dia hendak jadi orang tengah.


Tapi... barangkali Harussani ikhlas?

Harussani tahu Umno ini banyak yang tak betul sehingga dia sendiri mengalami tekanannya. Dia ini umpama seorang ayah. Anak sedang berkelahi yang diminta berbaik. Tetapi salah seorang daripadanya dipukul sedangkan seorang lagi dibuat baik dan disayangi. Kemudian diminta berdamai. Mana boleh jadi begitu. Harussani langsung tidak ikut kaedah yang adil. Jadi nampaknya dia hanya nak pastikan Umno terus berkuasa. Tindakan seperti ini, bermula selepas kekalahan Umno di Perak. Bukan sebab Islam dan Melayu. Sebaliknya sebab nak pastikan Umno terus berkuasa. Ini kerana kepercayaan dia kepada Umno yang dirasakan paling layak atas nama isu Melayu, bukannya isu Islam. Dalam satu majlis bersama pelajar di Australia baru-baru ini, dia ada sebut, kalau bukan Melayu muslim, dia tak yakin mereka akan sokong Melayu. Sebab kalau ada saat genting, bukan Melayu muslim ini akan sokong bangsa mereka. Ini memang dia beritahu dalam pertemuan dengan pelajar itu. 

Dia tak percaya India atau Cina Muslim...

Itu yang dia sebut. Taksub keMelayuannya sehingga dalam ucapannya kepada pelajar Malaysia di Adelaide itu, dia menegaskan kalau orang bukan Melayu walaupun dia muslim tidak boleh dipercayai kerana dia mesti menyebelahi bangsa mereka jika berlaku apa-apa situasi. Saya ada bukti tentang kenyataan Harussani dalam isu ini.

Harussani dakwa Ustaz yang jadi punca perpecahan di Perak?

Memang itulah fokus Harussani dengan mendakwa sayalah punca kepada huru-hara yang berlaku di Perak. Dia diwawancara sebuah majalah. Itu dakwaannya terhadap saya. Pada mulanya saya ada fikirkan untuk ambil tindakan undang-undang tetapi peguam kata elok saman majalah tersebut. Bagi saya, apa yang penting adalah nak jawab tuduhan itu, bukanlah saman. Majalah yang siarkan itu memberi kerjasama tetapi tidak menyiarkan keseluruhan temubual saya menjawab tuduhan Harussani itu. Mereka edit semula kenyataan saya bagi mengelakkan seolah-olah mufti itu melakukan kesilapan. Antaranya yang disebutkan ialah sewaktu dalam satu pertemuan PAS di rumah Harussani, kami kononnya minta jasa baik dia agar mohon Tuanku Sultan perkenan untuk membubarkan Dun Perak. Hakikatnya, kami pergi jumpa dia untuk menyampaikan hasrat isteri kepada Dato' Nasaruddin Hashim (Adun Bota-BN yang diculik) yang merayu hendak berjumpa dengan Raja Muda Perak untuk memberitahu suaminya itu seolah-olah seperti diculik. Isterinya dakwa ada dua kereta putih (salah satu kereta polis) kononnya dititah oleh Raja Nazrin yang mahu berjumpanya. Sedangkan apa yang terjadi sebenarnya beliau dilarikan ke Putrajaya. Dia menangis dan dia rakamkan dengan telefon bimbit. Itulah yang hendak ditunjukkan sebagai bukti bahawa suaminya dilarikan. Itu sebenarnya tujuan asal pertemuan PAS dengan Harussani ketika itu. Tetapi dia dakwa dalam temuramah dengan majalah itu, PAS minta jasa baik dia untuk bantu usaha membubarkan Dun Perak.

Apa lagi yang didakyah Harussani dalam cerita itu?

Kata dia dalam wawancara itu, kalau dia ketuk pintu istana dan mohon hal (bubar Dun) itu, nanti Sultan akan tanya dia pulak. "Mufti ni masuk sebelah mana (PAS ke Umno?)". Kemudian saya jawab dakwaan Harussani itu dengan menegaskan PAS tak ada tujuan itu langsung. Malah Harussani memberi alasan kononnya dia waktu itu dah tak ada ruang untuk menyampaikan perkara itu (bubar Dun) kepada Raja Nazrin, kerana dia sekarang (ketika itu) sudah ada jurang dengan Raja Nazrin. Tempat dia dalam kereta Raja Nazrin itu (Harusani satu-satunya orang yang boleh duduk sekali dengan Raja Nazrin dalam kereta) telah diambil oleh orang lain, iaitu Tan Sri Anuar Zaini. Dia anggap Anuar ini sebagai pengganggu. Sebab itu dalam majlis sambutan Jubli Sultan Perak, Harussani kata Anuar Zaini tak mahu bersalam pun dengan dia. Ini yang nak saya tegaskan dolak-dalik dia dalam isu bubar Dun dan isu datang ke rumah dia.

Nampaknya dia terlalu licik, akan ada yang terpedaya dan terperangkap kalau tak kenal betul-betul?

Memang pun. Sekarang ini, orang tengok Harussani sebagai mufti. Orang tak tahu apa yang sedang dibuatnya. Dia benar-benar berbuat sebagai seorang ahli politik. Bila dia rasa dia mufti, dia boleh bercakap lantang mengenai perkara-perkara tertentu. Dia mengeksploitasi kedudukannya sebagai mufti. Hari ini di Perak dia jelajah ke masjid-masjid dan bercakap politik dengan lantang. Sampai pada suatu ketika ada seorang muslimat di sebuah masjid cabar dia letak jawatan bertanding pilihan raya. Sebab cakap politik banyak. Bila mufti bercakap, saya terpaksa menjawab. Tapi dalam kes melibatkan undang-undang dibuat untuk kesalahan agama, tapi dalam perlaksanaan terhalang kerana adanya tekanan pemimpin Umno. Macam isu sebat terhadap Kartika kerana minum arak. Dia Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti tapi di mana dia? Dia tahu kenapa diam?

Adakah Ustaz angggap Harussani telah diperalatkan Umno...

Memanglah dia tidak layak untuk menjadi orang tengah. Sebab itu, hari ini orang hentam dia, dengan pelbagai gelaran. Saya tak pernah sokong kata-kata orang pada dia. Saya pun simpati. Tetapi kita tidak boleh kata apa-apa. Selama ini ulama PAS juga dikutuk. Kenapa Umno boleh kutuk pemimpin PAS kerana Dr Mahathir kata mereka ini bukan ulama tetapi orang politik yang peralatkan Islam. Itu alasan bagi mewajarkan Umno kutuk pemimpin PAS. Dulu orang tidak kutuk mufti tertentu, tetapi bila hari ini ada mufti mengulangkan politik mesti dielak di masjid kerana ia diibaratkan sebagai kain serban kena disangkutkan di pagar masjid. Tapi semua dah terbalik. Sekarang dia yang bawa fahaman politik ke dalam masjid dengan menghnetam PAS dalam ceramah dan kuliahnya. Jadi dia dah jadi ahli politik.
Sekarang dia kutuk PAS jadi sudah tentu dia dilihat sebagai wakil Umno, proksi Umno dengan jawatan itu. Maknanya wajarlah orang mengutuk dia. Kalau orang Umno pernah mengutuk ulama PAS sebagai orang politik jadi sekarang Harussani sudah jadi ulama politik. Sebab dia bercakap terus-terang di dalam masjid sampai ke luar negeri hentam PAS.

Sebelum ini Umno kata politik tak boleh masuk ke dalam masjid. Senario sekarang menunjukkan Umno jilat kembali ludah mereka?

Ya, malahan Umno pun arahkan mufti itu turun untuk memperkuatkan kawasan majoriti kaum Melayu di Perak seperti Lenggong. Jadi sekarang ini latar belakang mufti telah tercemar dan tercalar.

Ada banyak kenyataan Mufti Perak yang boleh disifatkan berbohong? Boleh Ustaz sahkan...

Itu perkara lain, tetapi ia juga berkaitan. Soal dia dengan Dato' Hasan Ali ini saya tidak mahu campurlah. Tapi saya ingin tegaskan PAS Perak sangat mengenali kerenah Harussani sejak 8 Mac 2008 sampailah ke hari ini. Apa yang dia buat, walaupun PAS cuba mendekatinya, tapi semua tak kena. Contohnya Pemuda PAS Perak bertemunya untuk bertukar pandangan, tapi menurut Pemuda, pendirian dia lebih cenderung kepada perkauman Melayu juga. PAS bukanlah menjauhinya.  Hal ini mungkin tidak diketahui pemimpin PAS yang lain secara mendalam. Mungkin orang Selangor ingat dia mufti yang sudah lama (lebih 25 tahun berkhidmat), banyak pengalaman tetapi dia (Hassan Ali) kata tidak perolehi apa-apa daripada Harussani. Jadi, dia langsung tak ada kelayakan untuk jadi orang tengah dalam isu penyatuan PAS-Umno. Apa yang nak ditegaskan kepada Harussani, kalau dia berhasrat sangat nak jadikan Kerajaan Perak dikuasai oleh Melayu, dengan membawa PAS bergabung dengan Umno, maka rampasan kuasa yang berlaku pada Februari 2009 sudah mencapai tujuannya kerana kerajaan Umno-BN yang ada sekarang ini hanya ada seorang Adun yang bukan Islam. 30 lagi Melayu, 27 Umno dan tiga yang lompat parti.


Maksud Ustaz, niat Harussani ajak PAS atas nama Melayu sudah pun tercapai kerana Melayu solid dalam Kerajaan Perak sekarang?

Iya. Kini ada 95 peratus kuasa Melayu. Tolak speaker dan timbalannya, masih ada lagi 30 Melayu. Maknanya 95 peratus kerajaan Melayu ini dia boleh tumpu. Wahai mufti macam mana melalui kerajaan yang masih ada tempoh satu atau dua tahun ini, diangkat Islam di negeri Perak. Pertingkatkan kerja dakwah, masjid dimakmurkan, sekolah agama diperkuatkan. Mufti patut ambil berat dalam isu tanah dan sekolah agama. Dia dakwa, dia sebagai Exco tak boleh buat apa-apa jika kerajaan bagi tanah kepada orang Cina baru-baru ini. Di situ pun kenyataannya telah mengelirukan orang ramai. Ini kerana jawatan mufti itu tak duduk dalam mesyuarat Exco tapi tarafnya saja sama dengan jawatan Exco Kerajaan Negeri. Gaji, elaun dan sebagainya sama, tapi dia tak duduk di dalam mesyuarat. Apa yang dia hendak buat sekarang kerana kerajaan Melayu 95 peratus. Melayu telah ada. Tapi mufti janganlah beriya-iya sangat dalam urusan yang tidak berkaitan dengannya, macam kata MB Kedah, Ustaz Azizan (Abdul Razak), mufti janganlah duk ambik kerja orang lain. Ada profesional dan bidang tugas masing-masing.

Sebagai Mufti Perak, apa yang Ustaz mahu Harussani lakukan?

Pertama sekali, mufti itu kena pastikan kerja Islam dalam negeri itu. Raja sebagai Ketua Agama Islam di sesebuah negeri. Dalam hal ini, kerja mufti bukan hanya upacara baca doa sahaja. Tugasnya ialah mengIslamkan Istana itu. Jangan Melayukan Istana sebab ada adat istiadat Istana Melayu masih bercanggah dengan akidah Islam. Tapi Melayu ini kena ikut Islam kerana Raja Ketua Agama. Harussani sudah lebih 25 tahun jadi mufti takkan tak tahu tentang adat istiadat yang boleh dan tidak boleh ubah? Maknanya mufti wajib mengadakan kuliah pengajian agama setiap minggu di Istana untuk Raja dan ahli keluarga sahaja. Secara eksklusif. Barulah mereka boleh faham. Sekarang ini siapa yang mengajar warga Istana? Ini tugas mufti daripada atas, kerana rakyat mengikut agama pemimpin atasan mereka. Tapi kenapa mufti tak buat? Dan dia kena ajak ulama-ulama PAS mengerjakan kerja-kerja Islam ini. 

Kalau Ustaz yang diajak, adakah Ustaz bersedia?

Saya cabar Mufti Perak dalam hal ini. Saya nak tawarkan diri untuk kerja-kerja dakwah ini tanpa bayaran satu sen pun. Saya boleh sampaikan kuliah di Istana, kalau mereka (pihak istana) setuju. Harussani mungkin sampai mati jadi akan Mufti Perak, selagi Tuanku setuju. Sebab kontraknya tidak terikat dengan prosedur kerajaan selagi dia hendak jadi mufti. Tetapi ambil tugas ini. Barulah nampak peranan mufti sebagai Penasihat Agama kepada Raja selain mengeluarkan fatwa. Kalau setakat menjawab soal jawab di radio televisyen, ustaz yang bukan mufti boleh buat.

Itu kalau di Istana, tapi dengan Umno macam mana pula?

Pada saya, Harussani tidak berani bercakap benar bila berdepan dengan Ketua Umno sebab dia sendiri mendokong Umno. Kita mahu mufti kembali menjalankan tugasnya seperti menjalankan kerja dakwah, dan usaha-usaha lain. Jangan sebut PAS-Umno dalam masjid. Tapi apa yang benar kita cakap benar sebagai mana dalam al-Quran. Berapa kerat orang Umno yang hendak berdakwah tanpa dibayar gaji? Takkan di Perak tak ada ulama yang duduk dalam Umno? Tapi mana ada yang suka rela mengajar di masjid? Sebab orang Umno budaya mereka begitu. Kita perlu perlihatkan bahawa kuasa Umno halang ceramah di masjid. 

Kenyataan Ahmad Maslan yang dakwa dia akan satukan juga PAS dengan Umno berdasarkan dengan senario yang dimulakan Harussani sarat dengan motif. Ia satu usaha memecah-belahkan PAS dan Pakatan Rakyat. Bagaimana Ustaz melihat perkara ini? 

Memang saya lihat Umno cukup gembira dengan peranan mufti ini sebab dia tahu mufti ini amat menyerlahkan apa yang dihasratkan oleh Umno. Sebab Umno tidak akan mengajak PAS untuk sama-sama bergabung melainkan untuk menghadapi masalah dalaman Umno. Saya jangkakan pilihan raya umum akan datang, Umno kalah teruk. Sebab itu mereka bersungguh untuk satukan PAS dengan Umno.

Soalnya kenapa baru sekarang nak ajak bersatu? 

Itu betul. Sebelum ini mana ada Umno pernah ajak PAS. Kalau dia menang besar seperti tahun 2004, mana ada Umno ajak PAS bersatu. Tapi tahun 1999, dia kalah sikit, dia mula tuduh PAS khianati Melayu. Umno hari ini seronok, media arus perdana membesar-besarkan perkara ini. Tinjauan Sinar Harian di Melaka, menampakkan perpaduan Melayu PAS-Umno. Rakyat di sana menyokong kerana kalau tidak sokong Melayu akan rugi. Dan sasaran kajian itu adalah orang Umno. 

Tidakkan kalau PAS tolak, PAS akan dicap sebagai degil dan anti perpaduan?

Itulah akhirnya. Umno akan buat kesimpulan bahawa PAS ini merupakan parti yang paling degil dan tidak mahu berpakat untuk kebaikan Islam dan untuk Melayu. PAS akan dituduh lebih senang berkawan orang bukan Islam dengan parti KeADILan yang dipimpin penyokong Yahudi. Sekarang Umno main serampang tiga mata dalam serangannya. Kalau terhadap PAS, serangannya dalam agenda perpaduan dengan Lokman Nor Adam bercakap, tapi tak laku. Selepas Mufti Perak barulah rakyat memperkatakannya. Kemudian mereka serang Anwar Ibrahim dengan mendakwa sebagai agen Yahudi.  Umno serang DAP melalui kerajaan Pulau Pinang, seolah-olah anti Melayu. Serang semua matlamatnya untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Untuk lemahkan PAS dengan mengatakan wujudnya puak yang inginkan penyatuan Umno-PAS, dan pemimpin PAS bukan Tok Guru Nik Aziz sahaja. Seolah-olah kaitkan yang tidak mahu berpakat adalah Tok Guru Nik Aziz sahaja. Sedangkan yang lain ada yang nak pakat dengan Umno. 

Apa yang patut PAS lakukan?

Dalam hal ini pemimpin PAS mesti tegaskan, bahawa ini adalah keputusan parti. Tidak akan mendokong bersama Umno selama Umno tidak memberi ruang kepada Islam, berdasarkan pengalaman lalu. Saya ingin bertanya kepada mufti, kenapa dia menyerang saya dengan menyatakan saya ini keras sangat dengan menyatakan PAS tak mahu berpakat dengan Umno. Walhal dalam kepimpinan PAS, saya aktif hanya dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini. Tetapi saya telah memahami hal dalaman Umno ini, jauh lebih lama dari itu ketika dalam kerajaan.

Apa yang berlaku dalam kerajaan, berdasarkan pengamatan Ustaz melihat kecenderunagn Umno terhadap Islam?

Semasa di Jabatan Perdana Menteri (JPM), saya menjadi orang pertama pegawai tinggi di Pusat Islam, yang setaraf dengan Ketua Pengarah Jakim sekarang. Saya melihat semasa menjalankan kerja-kerja dakwah, dengan memahami PAS yang ada di dalam kerajaan Perikatan kemudian BN, tiada masalah sepatutnya. Walaupun pegawai terhad kepada berbagai sasaran. Semasa penganjuran Bulan Dakwah anjuran Pusat Islam, pemimpin Umno seperti wan mokhtar, Yusof Nor, Hamid Othman tidak mahu serta, tak nak berceramah. Yang menyampaikan pengisian pada ketika itu adalah pemimpin PAS seperti arwah Ustaz Fadzil Noor. Apa yang berlaku ialah puak-puak Umno ini nampak ia seperti kempen PAS, hasilnya saya mendapat notis 24 jam dipindahkan.

Ustaz dituduh PAS? Kerana ligat anjurkan dakwah?

Ini cukup jelas. Ia menunjukkan Umno tidak mahu dakwah dan Islam. Bila pelajar di London menganjurkan beberapa program dakwah dan Islamik, mereka mendakwa ini dakwah songsang, budak-budak jadi ekstrem. Dr Mahathir dalam zaman PAS duduk dalam BN melalui Perikatan, pada tahun 1976 semasa komunis di Vietnam sedang mengamuk dengan Teori Domino, kononnya komunis akan masuk ke Thailand dan kemudian ke Malaysia. Semasa itu negara kita dilihat bakal menghadapi ancaman komunis semula. Pada masa itu, memang ada beberapa gerakan sehingga ada lapangan terbang dibom, dilihat juga Abim sebagai badan dakwah yang anti kerajaan. Semasa PAS masuk BN, Abim dianggap sebagai pembangkang. Sebab itu pada tahun 1974, Anwar Ibrahim ditahan. Ia menyebabkan Abim dilihat anti kepada percampuran antara PAS-Umno. 

Maknanya Umno ini ada sahaja sasarannya yang dilihat tak ngam dengan mereka?

PM masa itu, Tun Hussein Onn pernah minta Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjustifikasikan cadangan kerajaan untuk mengharamkan Abim, ketika itu. 

Haramkan Abim? Tak pernah dengar rasanya isu ini....

Ya, ada. Banyak orang tak tahu. Tapi wakil Bukit Aman menyatakan Abim tiada hubungan dengan gerakan bawah tanah dan ektremis dan Kementerian Luar pun buat laporan Abim ada keluar negara dan buat hubungan tetapi sekadar antara NGO dan gerakan Islam lain. Tiada yang menyatakan Abim ini militan. Yang buat laporan semua pegawai bukan Melayu. Tinggal kami sahaja yang Islam dalam komiti itu. Kami buat keputusan menyatakan tiada kewajaran untuk mengharamkan Abim. Sebab tiada bukti menunjukkan mereka ini mengancam keselamatan negara. Kalau ada pun, beberapa pemimpin yang anti-kerajaan.  Tapi, Tun Hussein Onn tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan minta ianya disemak semula. Sekiranya Teori Domino ini berlaku, kami bagi hujah, sekian ribu anggota Abim yang berani ini akan mempertahankan negara kerana mereka berpegang kepada agama yang sanggup mati syahid. Kalau Abim diharamkan, Umno-BN bimbang komunis akan memperalatkan mereka untuk menentang kerajaan pula dan ini akan jadi masalah besar kepada keselamatan negara. Akhirnya buat keputusan, tak wajar diharamkan. Abim mesti wujud dalam konteks menghadapi komunis. 

Maknanya Abim cuba nak dijadaikan galang ganti lawan komunis jika Teori Domino itu trajedi...

Inilah yang dikatakan kerajaan Umno-BN. Pragmatis. Kisah haramkan Abim ini tak ramai yang tahu. Hatta PAS yang duduk dalam BN pun, tak tahu mengenainya. Saya ketika itu ahli MKN mewakili JPM. 

Pada Ustaz, Umno memang tidak mahukan Islam dan hanya pergunakan untuk kepentingan kuasa semata-mata!

Pengalaman saya duduk dalam kerajaan telah puas melihat tindakan Umno yang anti Islam sudah cukup bagi saya. Walaupun saya tak duduk dalam parti politik waktu itu, sehinga akhirnya media Umno cabar Ahmad Awang kalau hendak berpolitik tinggalkan jawatan masuk parti politik dan bertanding. Saya dituduh menggunakan Pusat Islam untuk kepentingan politik PAS. Sedangkan saya hanya menyampaikan Islam, menyebarkan dakwah, ini kewajipan saya. Sampai saya dipindahkan ke Kementerian Pelajaran dan dibekukan sebarang tugasan sehinggalah Anwar masuk kerajaan barulah saya dibenarkan menjalankan beberapa tugas. Inilah bukti Umno tidak bersedia terima Islam dan dakwah pun ditolak. Pada masa itu, Umno ada usul agama dalam Perhimpunan Agung mereka. Tapi usul itu tidak laku. Usul agama selepas PAS ditendang keluar akhirnya menjadi usul hentam PAS. 

Tapi yang boleh dilakukan oleh ulama-ulama dalam Umno membetulkan keadaan ini?

Kebanyakan ustaz-ustaz seperti Dasuki Ahmad, Hamid Othman, Yusof Nor, Hamid Zainal Abidin, Abdul Kadir, (semua tu kawan-kawan saya) yang duduk dalam Umno adalah untuk mencari kedudukan. Mereka diperalatkan oleh Umno untuk tujuan kepentingan mereka. Apa yang mereka boleh lakukan? Mereka tak boleh jalankan dan mereka tidak boleh buat apa-apa. 

Maknanya, ajakan Mufti Perak ini juga sebahagian dari propaganda Umno; berdasarkan kecenderungan mereka dalam kerajaan yang tak berminat laksanakan Islam... 

Begitulah... Mufti Perak kena tahu inilah kerja Umno memperalatkan orang agama jika ada lagi yang minat bercakap Islam. Sebab itu tiada lagi ulama dalam Umno laku pada rakyat. Umno pun tidak terima, mereka seronok bila mufti jadi juara dalam isu ini bagi pihak mereka. Harussani sudah mencabar profesionnya dan Sultan yang dilibatkan mufti ini kepada politik maka ini sudah timbulkan masalah kepada rakyat dan negara. Apa lagi dia bercakap di Australia, dalam usaha satukan Umno PAS-Umno, dia kata Sultan telah bersetuju. Dia telah menyeret Sultan kepada parti politik. Harussani sudah cemarkan jawatannya dan kedudukan Sultan sendiri.

Wednesday, August 25, 2010

Isu khutbah: Apakah ‘Salam 1 Malaysia’ juga haram, soal Dr Asri

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Di sebalik kontroversi doa dan isu khutbah, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan mengapa salam baru — “Salam 1 Malaysia” yang turut didakwa mendoakan kesejahteraan rakyat termasuk masyarakat berbilang kaum tidak diharamkan jika ia bertentangan dengan hukum Islam.
Sehubungan itu, kata Asri (gambar), ahli-ahli politik tidak kira fahaman politik seharusnya mengelakkan fatwa-fatwa yang tidak konsisten yang beliau sifatkan sebagai “fatwa ala Taliban.”
Beliau percaya bahawa ekoran isu khutbah sekarang kemungkinan ada fatwa-fatwa baru akan dikeluarkan dan ia seharusnya tidak mencetuskan suasana “porak-peranda dan prejudis.”
“Demikian salam ciptaan baru ‘salam 1 Malaysia’ juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim.
“Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa,” katanya.
“Salam 1 Malaysia” menjadi ucapan yang diamalkan sejak konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu.
“Semua parti politik utama bagi orang Melayu dan Islam di negara ini iaitu Umno dan PAS hendaklah mengelakkan fatwa yang tidak serasi dengan keharmonian dan kehidupan negra ini, dalam konteks Malaysia... kerana Islam itu mengutamakan keamanan dan kedamaian,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini.
Dalam tulisan terbaru di blognya, Asri menjelaskan, di Malaysia secara praktiknya, orang ramai sudah biasa dengan amalan memberi ucapan — terutama di media-media kerajaan — “assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”.
“Walaupun Nabi s.a.w — seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim baginda hanya memberikan ‘assalamualaikum’ sahaja.
“Perkataan ‘assalamualaikum’ itu memang bermaksud ‘kesejahteraan ke atas kamu’. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan ‘salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam’,” katanya.
Justeru soal Asri, tidakkah “salam sejahtera kepada bukan beragama Islam” itu satu doa untuk mereka.
“Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini?” kata tokoh agama ini yang lazimnya melontarkan pandangan-pandangan dilihat ‘progresif’.
Dalam tulisannya itu di bawah tajuk “Doa untuk bukan bukan Muslim: Bicara harmoni buat Mufti Perak”, tambah Asri, para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup.
“Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan,” katanya lagi.
Asri menambah, pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara ini khususnya dalam dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.
“Kita memberitahu dunia ‘Islam adalah agama yang rahmat’, pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya.
“Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu,” katanya.
Asri berkata beliau akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian.
Katanya, doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik dan juga mungkin tujuan kempen politik.
“Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana,” katanya lagi.
Sehubungan itu Asri menjelaskan, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredahan sesuatu pihak semata.
Jelas beliau, hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian.
“Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak-peranda.
“Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman?
“Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan Muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?” ujar beliau lagi.
Asri juga berkata, “perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini.”
“Orang Cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini.

Tuesday, August 24, 2010

Senarai ajaran agama yang diajar oleh mufti Melayu kepada rakyat negara ini

Saya menggunakan tanda '' (inverted comma) setiap kali perkataan Islam digunapakai di bawah ini untuk membezakan ajaran ini dengan ajaran suci Islam sebenar seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad melalui kitab al-Quran.
  • Kita tidak boleh berdoa untuk kesejahteraan orang yang bukan 'Islam'.
  • Kita tidak boleh memberi salam (ucapan sejahtera) dalam bahasa Arab kepada orang bukan 'Islam'.
  • Kita tidak boleh memberi daging yang dikorban pada hari raya haji kepada jiran sebelah jika beliau bukan 'Islam'.
  • Kita hendaklah pergi kepada doktor yang sama agama dengan kita sahaja. Hanya jika terpaksa (tiada doktor 'Islam') kita dibenarkan pergi kepada doktor berlainan agama.
  • Wanita 'Islam' tidak boleh menunjukkan rambut kepada wanita lain jika wanita itu bukan 'Islam'.
  • Kita hendaklah membeli barang di kedai orang 'Islam' sahaja. Hanya jika terpaksa kita pergi membeli barang di kedai kepunyaan orang bukan 'Islam'.
  • Orang bukan 'Islam' tidak boleh memanggil Pencipta alam ini Allah. Orang 'Islam' mempunyai hak milik mutlak ke atas penggunaan nama Allah ini.
  • Orang Cina dan India yang memeluk 'Islam' hendaklah menukar nama mereka kepada nama 'Islam'. Nama-nama bukan 'Islam' seperti Kumar, Chong, David dan sebagainya tidak boleh digunakan. Nama-nama 'Islam' seperti Awang, Muda, Megat dan sebagainya boleh digunakan.
  • Penahanan tanpa bicara seperti ISA boleh dilakukan kerana pada zaman khalifah dahulu amalan ini pernah dilakukan.
  • Wang zakat tidak boleh diberi kepada fakir yang kelaparan jika beliau bukan 'Islam'.
  • Orang bukan 'Islam' tidak boleh menyentuh naskhah al-Quran. Jadi kita orang 'Islam' tidak boleh memberi naskhah al-Quran kepada orang bukan 'Islam' sebagai cenderamata.
  • Ajaran 'Islam' seperti di atas ini indah dan menggalakkan keamanan sejagat. Malah, ia adalah penyelesai kepada semua masalah dalam dunia ini.

Orang Islam Boleh Laksana Hudud


"Orang Islam boleh laksana hudud - Ini adalah kenyataan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giew, Menurut Beliau orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.

Keterbukaan begini yang diharap oleh rakyat terutama orang islam kerana hudud adalah satu tuntutan dalam agama islam bagi penganutnya.
Kepada YB Lim Kit Siang Dan YB Karpal Singh anda berdua patut berubah dan buktikan DAP mampu "UBAH"
- D'perbatasan
SHAH ALAM – DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud kerana ia adalah perkara yang tidak disenangi oleh orang bukan Islam dan Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeruhkan perhubungan DAP dan Pas berhubung perkara ini. 

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giew berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.

“Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.

“Hukum hudud adalah isu yang sangat sensitif dan memerlukan perbincangan yang teliti oleh semua pihak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dalam beberapa dekad ini, hukum hudud disarankan oleh sebahagian individu yang terdapat di dalam parti BN.

Seng Giew berkata, dahulu BN menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan DAP dan Pas. Dan sekarang keadaan kedua-dua parti semakin tenang, kami sudah berjaya mengatasinya.

“Dalam Pakatan Rakyat (PR) isu-isu sensitif dan menyentuh agama dielakkan, umum mengetahui bahawa PR terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil adalah cara terbaik untuk menangani masalah jenayah dan sosial yang semakin berleluasa.

http://dperbatasan.blogspot.com/

Sunday, August 22, 2010

Isu khutbah: Pakatan Pulau Pinang lulus resolusi 10 perkara

GEORGE TOWN, 22 Ogos — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang hari ini mengulangi ikrar setia kepada Yang di-Pertuan Agong ketika ia berusaha untuk menangani kontroversi mendakwa nama Tuanku Mizan Zainal Abidin digugurkan dan digantikan dengan nama Ketua Menteri Lim Guan Eng. 

Umno menyenaraikan enam masjid yang didakwa menggunakan nama Ketua Menteri, yang khutbah keduanya disampaikan oleh khatib-khatib jemputan sejak Februari lalu walaupun laporan awal menyebut ia disampaikan dua Jumaat lalu.
PR sekali lagi menafikan dakwaan itu hari ini.

Mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Lim hari ini meluluskan resolusi 10 perkara berhubung isu tersebut.

Antara lain yang menghadiri mesyuarat hari ini ialah Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu Rosidi Hussain.
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman berkata, resolusi yang dicapai mengiktiraf Yang di-Pertuan Agong sebagai pemimpin teragong negara ini.

Resolusi itu juga menggariskan pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi negara dengan agama lain boleh diamalkan selaras dengan Perkara 5(1) Perlembagaan Persektuuan.
Mansor berkata, resolusi itu juga menggesa Umno agar mengambil tindakan tegas terhadap khatib dan imam yang didapati menggunakan nama Lim dalam khutbah-khutbah dimaksudkan oleh mereka.

“Kerajaan negeri mahu Umno berhenti daripada memainkan politik perkauman yang mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat pelbagai agama di negeri ini,” kata beliau.

Beliau juga mempertahankan bahawa nama Lim tidak pernah digunakan untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang dan sebagaimana didakwa oleh akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia kelmarin.

Kata beliau, PR juga berharap rakyat Pulau Pinang tidak terpengaruh dengan muslihat digunakan Umno dalam mengalih pandangan daripada usaha kerajaan negeri membantu rakyat emas atau menambah peruntukan untuk aktiviti agama Islam di negeri itu.

Kelmarin, Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Abdul Malik Kassim berkata jabatan hal ehwal agama Islam tidak pernah menerima ataupun mengeluarkan arahan agar nama Lim digunakan dalam khutbah Jumaat.

Bagaimanapun beliau mengakui beberapa khatib ada menyebutkan nama Lim dalam konteks mendapat hidayah Allah agar beliau menerima Islam.

Dalam mesyuarat tersebut Abdul Malik telah menjelaskan teks khutbah yang disediakan oleh MAINPP dan JAIPP.

Usul-usul lain yang diputuskan dalam mesyuarat tergempar ini ialah:

— Melafazkan ikrar taat setia kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

— Mengulangi sokongan ke atas dasar kerajaan negeri Pulau Pinang yang diumumkan oleh Ketua Menteri mengharamkan judi bola yang pada awalnya diluluskan oleh Umno.

 — Menyokong pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan oleh Ketua Menteri sebanyak RM400 kepada semua ahli pentadbiran kerajaan negeri, MPPP, MPSP dan agensi kerajaan negeri yang dibuat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia.

— Mengutuk amalan politik kotor dan jahat Umno dan media massa yang dikuasai ini yang memainkan isu “Guan Eng gantikan Agong” dalam doa khutbah kedua solat Jumaat yang merupakan satu fitnah jahat yang dilakukan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

— Menafikan dengan keras dakwaan Umno kerana teks khutbah Jumaat

Saturday, August 21, 2010

ISU DOA KHUTBAH JUMMAT

SETELAh di congak di pikir  rasa -rasa marah jugak kat orang yang doa kan LIM GUAN ENG .Orang melayu ni disangkan marah kat hamba allah ni tapi orang melayu pulau pinang sayang kat LIM  GUAN ENG ok latu..yang umno dok kacau . dia nak marah kat sapa kan nak marah kat  lim guan eng kut.Dalam hal ni dia nak marah kat orang baca khutbah tu  atau kat jabatan maipp atau sapa yang dia marah tak tau la UMNO .Atau saja seronok nak buat isu tu lah kerja Umno....

PULAU PINANG, 21 Ogos: Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Hasan Ahmad sedang meneliti dan menyiasat isu nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng ada pada doa kedua khutbah Jumaat yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Menurutnya, memang dibolehkan nama orang bukan Islam jika sekiranya berdoa untuknya mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Thursday, August 19, 2010

Khasiat Kurma, Kismis & Madu

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.

Tuesday, August 17, 2010

TASKIRAH

1)                     Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala
Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat kayu . Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang mel ayu
suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

Friday, August 13, 2010

Ihya'u Ramadhan


Assalamualaikum...

Semoga ALLAH memberi kita kesempatan, INSYAALLAH




Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAFjika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Tuesday, August 10, 2010

salam ramadan

Tanpa Disedari
11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian dan kemarahan

saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a
dan kembali menjadi fitrah

Friday, August 06, 2010

KISAH IBU SUSU

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika.
Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan
sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku
yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut !
Ni kes berebut anak lelaki le… .

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama,
maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar
bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA.

Lalu doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang
doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut.
Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut
mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Jadi doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak
selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran
ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di
dalam Al-Quran.

Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari
mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya,
iaitu seorang ulama terkenal dari mesir.

Ulama dari mesir tu pun bertanya apa masalahnya. Setelah diceritakan
segalanya, Ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh
diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian
tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian,
mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan
ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut,
mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa
yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata,
ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu
sebenar kepada anak lelaki tersebut !

Kemudian doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran,
maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah
2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian
harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan
‘harta’, maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan!

Wallahua'lam..

Subhanallah… Maha Agungnya Allah…

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH