Surah Al-Anfal ayat 36 - 37
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan di kalahkan. Dan dalam neraka Jahannamlah orang-orang kafir itu dikumpulkan. Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dengan yang baik dan menjadikan golongan yang buruk itu sebahagiannya di atas sebahagian yang lain. Lalu kesemuanya ditumpukkanNya dan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang rugi."
Orang-orang Kafir Membelanjakan Harta Untuk Menghalangi Orang-orang Beriman
Orang-orang kafir, mereka belanja harta mereka, secara tolong menolong antara satu dengan yang lain untuk menyekat manusia daripada mengambil jalan Allah. Allah Subhanahu Wataala telahpun memberikan ingatan kepada mereka yang usaha-usaha mereka itu akan rugi, dan akan menemui kegagalan. Kerugian untuk mereka di dunia dan di akhirat. Dan akhimya mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.
Muhammad Ibnu Ishaq melalul AI Zuhri berkata: "Setelah orang-orang kafir quraish kalah dalam peperangan Badr, mereka pulang dan terus merancang untuk menyerang kembali orang-orang Islam. Mereka berjumpa dengan Abu Sufyan yang telah dapat melepaskan dirinya dan harta dagangannya dari serangan tentera-tentera Islam. Mereka lalu menceritakan pada Abu Sufyan bahawa banyak di antara mereka kehilangan anak, ayah dan saudara mara dalam peperangan Badr. Mereka berkata pada hartawan dan pedagang quraish itu: "Sesungguhnya Muhammad telah ganjilkan kita. Jadi bantulah kami dengan harta kamu, mungkin kali ini kita akan dapat menebus kekalahan (di Badr). Lalu merekapun menyerahkan harta mereka untuk tujuan mereka itu ... "
Oleh kerana peristiwa inilah Allah Subhanahu Wataaala telah menurunkan ayat dari surah Al Anfal ini, untuk menyatakan pada Usbah Muslimah yang pertama dan juga pada orang-orang kafir bahawa usaha mereka yakni orang-orang kafir itu akan menemui kegagalan dan di akliirat kelak mereka (orang kafir) akan di masukkan ke dalam api neraka Jahannam.
Sikap seperti ini adalah satu cara tradisi bagi setiap musuh-musuh Islam, semasa dahulu mahupun sekarang ini, malah sampailah pada hari akhirat. Inilah satu sunnatullah yang mesti difahami oleh setiap orang yang beriman dan yang berusaha untuk melaksanakan Islam dalam masyarakatnya. Sememangnya seperti yang berlaku dahulu, mereka orang-orang kafir ini, akan berusaha secara tolong menolong dengan harta dan tenaga mereka untuk menyekat kebe:naran dakwah Islamiah, malah kebenaran Islam, Deen Allah SWT yang syumul dan lengkap.
Mereka orang-orang kafir ini akan meletakkan berbagai-bagai halangan pada orang-orang yang beriman. Sejak dari titik mula dakwah ini lagi mereka telah berusaha dengan sepenuh tenaga untuk menghalang dakwah ini. Halangan-halangan ini rnungkin berbentuk kesenangan atau berbentuk kesukaran. Sebagaimaria yang berlaku pada Rasulullah SAW semasa baginda sedang mengajak kaumnya di Mekah, datang sekumpulan pembesar kafir quraish menawarkan pada baginda berbagai bentuk kesenangan;
Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq: "..dan merekapun berkata pada Rasulullah SAW, "Sekiranya kamu mahukan harta, maka kami akan kumpulkan harta-harta itu, dan menjadikan kamu orang yang paling kaya di antara kami, dan sekiranya kamu mahukan kemuliaan, maka karni akan melantik kamu menjadi ketua dan penguasa ke atas kami, dan kami tidak akan mengambil sebarang keputusan tanpa keizinanmu......
Kita melihat juga bagaimana mereka menyeksa Bilal bin Rabah ra, keluarga Yasir, Khabbab al Arit, dan lain-lainnya. Mereka menyekat daripada memberi bantuan makanan dan minuman kepada Usbah Muslimah yang pertama itu. Mereka menggunakan kata-kata mereka yang mengelirukan orang-orang Islam yang lemah imannya... Seperti yang diperkatakan oleh seorang kafir quraish Aas bin Wail As-Sahammi "...Tinggalkanlah Muhammad itu, sesungguhnya dia adalah seorang yang tiada berketurunan. Tidak akan ada sesiapa yang meneruskan ajarannya, dan dia akan dilupakan setelah dia mati kelak.." Al Quran telah menggambarkan sikap mereka ini dalam surah Luqman ayat 6 yang bermaksud:
'Dan di antara nianusia ada yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa penqetahuan dan menjadikan
jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperolehi azab yang menghinakan...'
Mereka melakukan ini semua secara tolong menolong, malah secara yang tersusun. Mereka sebenarnya sedar apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu benar namun kerana dikuasai oleh nafsu dan keangkuhan mereka, mereka lebih suka untuk berada dalam kesesatan dan menerima azab Allah SWT. Pernah seorang musuh besar ummat Islam ketika itu, an-Nadr bin Harith berkata: "...Wahai kaum quraish! Kamu berhadapan dengan satu masalah. Muhammad dulunya adalah seorang yang sangat mempersonakan kamu. Lebih jujur daripada sesiapa di antara kamu dan lebih amanah (daripada kamu). Setelah dia mula menghina berhala kamu, dan setelah dia menyampaikan kepada kamu ajarannya, tiba-tiba sekarang kau katakan dia seorang ahli nujum, tukang sihir, penyaer; dan kamu katakan dia seorang yang gila. Sebenarya tidak satupun daripada tuduhan ini benar! Wahai kaum quraish! Fikirkanlah atas keputusan yang telah kamu ambil ini, demi Allah, sesuatu yang besar disediakan untuk kesudahan kamu... "
Orang-orang yang beriman, yang melalui proses didikan di bawah Madrasah Rasulullah SAW mereka faham yang halangan-halangan in adalah satu sunnatullah, yang sudah semestinya mereka hadapi dengan penuh kesabaran. Orang-orang yang beriman, mereka faham yang mereka juga mesti berada bersama-sama dalam satu Jamaah, dan berjihad dengan segala apa yang ada pada diri mereka, sama ada dengan harta, tenaga dan jiwa raga mereka. Bagi mereka tidak ada hudnah dalam menyebarkan Fikrah Islamiyah, yaitu dalam erti kata tetap melaksanakan Islam dan beriman dengan Allah SWT dalam setiap suasana yang mereka hadapi. Sabda Rasulullah SAW yyang bermaksud;
"Jihad tidak akan berhenti sehingga ke hari kiamat. "
Orang-orang kafir, mereka tidak akan berhenti daripada usaha mereka itu, dan tidak akan membiarkan orang-orang beriman bersenang-senang. Oleh itu kita mestilah menyusun dan merancang kerja-kerja kita untuk menentang jahiliyah. Adalah satu sunnatullah, sekiranya kita ingin menentang jahiliyah maka mestilah dalam satu usaha yang tersusun rapi. Berada dalam satu Harakah Islam yang mempunyai satu sistem tarbiyah yang benar, dan berkembang dengan cara yang benar juga. Bukan berkembang dengan cara yang tidak masyruk.
Orang-orang beriman dia sedar jahiliyah itu lemah, kerana ia tidak ada kekuatan mutlak. la hanya bergantung pada ketua-ketua dan kekuatan kebendaan sahaja. Namun bagi orang-orang beriman senjata mereka adalah di tangan Allah SWT. Kata as-Syahid Syed Qutb: "Kamu adalah lebih tinggi, oleh itu jangan kamu merasa lemah dan rendah lantas meminta damai (dengan jahiliyah). Kamu adalah lebih tinggi dari segi aqidah dan konsepsi hidup. Kamu adalah lebih tinggi dari segi ikatan penghubung dengan Tuhan yang Maha Tinggi dan Agung... kamu adalah lebih tinggi dari segi kekuatan, keteguhan dan kemenangan kerana kekuatan Yang Teragung adalah bersama-sama kamu. Kamu tidak bersendirian, tetapi kamu adalah didampingi oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa.....".
Pergolakan yang berlaku ini, iaitu pergolakan di antara tentera jahiliyah dengan barisan orang-orang mukmin ini akan memperlihatkan hakikat atau tabiat seseorang itu. Siapakah yang menegakkan yang Haq, dan siapakah yang menegakkan kebathilan. Yang mana pendukong al Haq, dan yang mana pendukong kebathilan. Mungkin pada mulanya yang Haq dan bathil bercampur, tetapi apabila diadakan ujian dan tapisan, akhirnya yang haq dan bathil ini akan terpisah. Kerana Allah SWT tidak mahu kemenangan itu diberi pada yang campur aduk, tetapi Allah SWT hanya akan memberi pertolongan dan kemenangan pada yang bersih. Walaupun ada terkadang kala pada zahirnya kita lihat orang-orang kafir seolah-olah mendapat kemenangan, tetapi ianya hanya dalam bentuk istidraj (Allah beri dalam keadaan murka)
Bagi orang-orang yang beriman mereka perlulah sentiasa berdoa: "Ya Tuhan kami, janganlah kamu jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami Rahmat dari sisi Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia).
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment