HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Saturday, May 30, 2009

Ungkapan Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu

Polemik

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan mematikan. Segala puji bagi Allah yang memberikan kekuatan untuk terus berdiri bersama sahabat-sahabat yang ikhlas berjuang sambil membantu membentuk naluri jiwa yang hampir kendur ini.

Pertama kali menulis artikel secara serius, mendapat dorongan dari roommate al-Faisal (www.demipena.blogspot.com), dan selepas mendapat pertanyaan-pertanyaan yang serupa,terdorong hati ini untuk membuat kajian yang serius tentang satu topik, iaitu ‘Lelaki dianugerahi 9 akal dan 1 nafsu manakala Wanita dianugerahi 9 nafsu dan 1 akal”.

Terlebih dahulu ,saya suka dan gembira untuk menyatakan bahawa saya cuba untuk tidak bersifat ‘biased’ dalam hal ini memandangkan saya adalah seorang lelaki manakala ibu,adik, dan bakal isteri merupakan seorang wanita solehah ,InsyaAllah.

1. Pendefinisian semula

1.1 Definisi akal ?

-akal 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja;

-akal ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ keling = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejengkal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain;

-akal ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmuprb dikatakan kpd orang yg pandai;

1.2 Definisi nafsu ?

-nafsu Ar 1. keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat, dorongan hati: ~ belajarnya tidak padam-padam; terburu ~ = keburu ~ Id berbuat sesuatu dgn tergesa-gesa kerana nafsu (dgn tidak berfikir panjang); 2. = hawa ~ kehendak hati yg kuat utk melakukan sesuatu yg melampau atau kurang baik (spt berseronok antara laki-laki dgn perempuan dll): perempuan tidak boleh melakukan sesuatu yg boleh membangkitkan ~ dan perasaan laki-laki; 3. = ~ makan keinginan utk makan, selera: fikiran yg tenang itu biasanya tidak mengganggu ~ makan; patah ~ hilang selera; ~ amarah a) dorongan hati utk melakukan sesuatu yg kurang baik; b) kepanasan hati, kemarahan; ~ kuda hawa nafsu yg melampau; ~-nafsi berbagai-bagai jenis nafsu, pelbagai nafsu; ~ tabiat † kemahuan semula jadi, naluri; ~-nafsi, raja di mata, sultan di hati prb melakukan sesuatu dgn sesuka hati sendiri;

-nafsu bernafsu dgn penuh nafsu, ada (mengandungi, menunjukkan) nafsu: mereka tidak begitu ~ utk memakan kuih itu; matanya penuh ke muka Nahidah, pandangannya ~.

2. Sumber dan sejarah

Ungkapan Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ; Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal,telah digunakan secara meluas, samada oleh pelajar, guru, ibu bapa, pensyarah, dan sebagainya. Dan apabila ditanya dari manakah datangnya ungkapan tersebut, pasti sukar untuk kita jawab bukan? Tetapi biasanya jawapan yang diberikan adalah, ungkapan tersebut adalah berasaskan fakta, bahawa perempuan lebih mengikut nafsu dalam membuat keputusan, manakala lelaki lebih menggunakan akal.

Ada juga yang membuat teori sendiri dengan mereka satu formula ‘Akal lelaki + perempuan = 9 + 1 =10 ; Nafsu lelaki + perempuan = 1 + 9 = 10 = NORMAL. Tetapi dari mana datangnya sumber dan sejarah, tidak dapat dipastikan secara jelas . YANG PASTINYA, TIDAK ADA SATU PUN NAS ATAU DALIL DARI AL-QURAN DAN HADIS MENERANGKAN TENTANG PERKARA INI.

3. Sumber dari Al-Quran dan Hadis

Saya lebih tertarik untuk mencari penggunaan perkataan nafsu di dalam al-quran, adakah ayat-ayat tentang nafsu banyak ditujukan kepada perempuan atau tidak. Jikalau betul ungkapan tersebut, sudah tentu kebanyakan ayat-ayat di dalam al-quran dan hadis yang membicarakan tentang nafsu ditujukan kepada wanita bukan? Mari kita lihat dari sumber al-quran tentang penggunaan perkataan nafsu.

3.1 Sumber dari Al-quran

3.11 Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan kuffar

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? (al-baqarah : 87)

3.12 Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan nasrani dan yahudi

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (al-baqarah :120)

3.13 Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan fasiq

Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. (an-nisa’ :27)

3.14 Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan yang beriman

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (annisa :135)

3.15 Perkataan nafsu ditujukan kepada golongan lelaki

i) Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (ali imran :14)

ayat ini secara umum adalah kepada manusia,tetapi ungkapan nafsu terhadap perempuan-perempuan sudah tentulah ditujukan kepada lelaki.

ii) Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya, lalu dia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.(almaidah:30)

iii) Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.(al-a’raf:81)

ayat ini ditujukan kepada golongan lelaki yang homoseksual dan gay secara jelas,tetapi ditafsirkan secara umum kepada pasangan yang bersamaan jantina termasuk lesbian

iv) Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu."

Ayat ini ditujukan kepada adik beradik Nabi Yusuf, dimana mereka adalah lelaki

Mari kita lihat ayat ini pula :

-Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-nur :30)

- Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-nur:31)

Kesimpulan dari 2 ayat di atas, ialah

i) Allah menurunkan ayat 30, kepada lelaki dahulu kemudian barulah ayat 31 iaitu kepada wanita. Ini menunjukkan Allah menekankan lelaki khususnya supaya menjaga pandangan (saya definisakan sbg nafsu) ,kemudian barulah diturunkan kepada perempuan.

ii) Allah menyuruh perempuan menutup aurat dengan memakai tudung pada ayat ke 31, iaitu menyuruh wanita daripada dilihat aurat mereka kepada kaum lelaki terutamanya. Ini menunjukkan lelaki lebih bernafsu daripada daripada perempuan . Jikalau tidak, pasti Allah menurunkan perintah yang sama kepada lelaki.

Juga lihat ayat ini :

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (an-nisa :3)

Apa yang boleh saya ambil dari ayat ini,berdasarkan perbincangan tentang nafsu ialah, Allah memberikan kemudahan kepada lelaki untuk berkahwin sehinga 4 jikalau dapat berlaku adil. Ini menunjukkan keperluan lelaki untuk memenuhi nafsunya secara halal adalah besar,tetapi untuk perempuan hanyalah satu.Bermakna perempuan tidak perlukan sehingga 4 orang suami untuk memenuhi keperluan nafsu secara total. Selain itu juga, saya tidak nafikan ada sebab musabab lain mengapa Allah melarang perempuan berkahwin lebih daripada satu, mungkin boleh diperbincangkan pada artikel yang lain.

3.2 Sumber dari hadis

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim]: no 2485

Daripada hadis di atas, menunjukkan galakan daripada Rasulullah kepada golongan *pemuda supaya berkahwin jikalau sudah ada keupayaan dari segi zahir dan batin. Galakan ini bukan mengenepikan kaum perempuan untuk digalakkan berkahwin,tetapi Rasulullah menekankan secara khusus kepada kaum lelaki

*pemuda = orang yg masih muda (lelaki), anak (lelaki) yg masih remaja.

4. Perempuan dan emosi

Secara total,saya menolak ungkapan ‘Lelaki mempunyai 9 akal,1 nafsu; Wanita mempunyai 9 nafsu,1 akal’, tetapi, saya tidak menolak pendapat yang menyatakan bahawa perempuan melebihkan emosi untuk membuat satu-satu keputusan berbanding lelaki. Tetapi ini bukan menunjukkan bahawa wanita itu lemah,malah ini adalah satu advantage kepada kaum wanita berbanding lelaki.

Untuk membezakan perkataan nafsu dan emosi adalah sungguh jauh jurangnya.

Definisi emosi

-emosi (émosi) perasaan jiwa yg kuat, spt sedih, gembira, takut, dll: masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan ~ yg kurang sihat; ada juga beberapa perkara lagi yg perlu diketahui oleh bakal seniman, misalnya soal menunjukkan ~, ketawa, dan menangis;

-emosi beremosi mempunyai emosi: peluang komunikasi spt itu, lagi tepat dan jelas, lagi tidak ~.

Daripada definisi di atas, jelas menunjukkan bahawa wanita lebih memenuhi ciri-ciri beremosi berbanding lelaki,tetapi lagi sekali saya jelaskan bahawa sifat fitrah wanita ini bukan satu kekurangan,tetapi adalah satu kelebihan berbanding lelaki.



Kesimpulan total :

Penggunaan ungkapan ‘Lelaki mempunyai 9 akal,1 nafsu ;Perempuan mempunyai 9 nafsu ,1 akal’ adalah tertolak sama sekali. Ini adalah berdasarkan :

i) Tiada asal secara sahih daripada al-quran dan sunnah

ii) Bertentangan dengan fakta keadaan sebenar .Contohnya kes rogol oleh kaum lelaki dan kejayaan oleh pelajar perempuan di institusi pendidikan

iii) Menjatuhkan martabat wanita secara terang-terangan. Lelaki 9 akal, perempuan 1 akal, dan binatang 0 akal. Sungguh hampirkah tahap pemikiran perempuan dengan binatang.?

iv) Nisbah dan jurang yang terlalu besar 9:1. Jikalau 6:4 ,mungkin boleh dibincangkan dengan lebih lanjut.

Menolak ungkapan ini, bukan sekadar perbincangan kosong . Tetapi kesan terhadap islam sungguh dasyat jika orang bukan islam mengetahui tentang penerimaan orang-orang islam menggunakan ungkapan tersebut. Antara persoalan yang mungkin bermain di fikiran mereka ialah :

i) Adakah islam terlalu menghina perempuan sehingga mengganggap mereka adalah punca segala kejahatan ,dengan nisbah 9 nafsu berbanding lelaki hanya satu?

ii) Adakah Allah zalim, sehingga memberikan 1 akal sahaja kepada perempuan berbanding lelaki yang mempunyai 9 akal? Adakah bermakna perempuan pendek akal?

Jikalau ini yang non-muslim fikirkan, pasti mereka membenci islam atas salahtanggapan terhadap islam yang dicipta oleh orang islam sendiri.

Tujuan artikel ini dikarang adalah untuk memenuhi permintaan beberapa sahabat supaya menjelaskan dengan lebih lanjut tentang perbincangan ini. Artikel ini bukan bukan bertujuan untuk membuktikan bahawa lelaki lebih bernafsu ,tetapi untuk menolak penggunaan ungkapan yang diperbincangkan di atas.Setiap lelaki dan wanita ada hak masing-masing, yang sentiasa saling lengkap-melengkapi. Islam itu adil,dan memenuhi kehendak fitrah manusia secara semulajadi. Segala silap dan salah ,sila betulkan. Saya hanyalah insan lemah yang ingin berkongsi sedikit ilmu yang cetek. Wassalam


No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH