HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Tuesday, May 26, 2009

Krisis Politik Perak: Cerita Harussani

Majalah Milenia Muslim edisi Mei 2009 telah memuatkan temu bual eksklusif bersama Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria dengan tajuk 'Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa'. Berikut adalah petikan dari temu bual tersebut.

Umum mengetahui bahawa pandangan Mufti Negeri Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, 70, terhadap isu-isu yang menghimpit masyarakat amat di perhatikan oleh umat Islam negara ini. Ketegasan beliau dalam mengutarakan pendapatnya adalah berpandukan al-Quran dan hadis serta ijmak.

Walaupun dikecam, beliau tidak pernah serik menyuarakan pendapat. Itulah Harussani dan itulah tanggungjawab seorang mufti. Satu lagi catatan peristiwa yang Dato' Seri Harussani beritahu ialah mengenai persetujuan UMNO Perak pada malam 8 Mac 2008 untuk bergabung dengan PAS membentuk kerajaan negeri dengan memberi PAS jawatan Menteri Besar dan kesemua jawatan EXCO.

UMNO hanya memperoleh 28 kerusi, PAS 6, DAP 18 dan PKR 7 kerusi. Kata Dato' Seri Harussani, Ketua Perhubungan UMNO negeri, Dato' Seri Diraja Tajol Rosli Mohd Ghazali, memintanya menyampaikan keputusan itu kepada Mursyidul Am PAS Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kerana ingin melihat cadangan itu yang akan membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan negeri yang kesemuanya Melayu dan beragama Islam buat pertama kalinya sejak merdeka, malam itu juga dalam hujan lebat, Dato’ Seri Harussani membawa amanat itu ke Kota Bharu. Semalaman berkereta, beliau menemui Dato' Nik Aziz sebaik sahaja Tok Guru itu mengetahui bahawa Mufti Perak turut bersama menunaikan solat fajar.

Dato' Seri Harussani berkata, Nik Aziz bersetuju dengan cadangan itu tetapi memberitahu bahawa kuasa pemutus tiada di tangannya. la di tangan Presiden parti, katanya.

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menelefon Dato' Seri Harussani pada jam 10 pagi 9 Mac memberitahu persetujuannya kepada cadangan UMNO Perak itu. Namun, kata Hadi pemutus bukan di tangannya tetapi terletak di tangan Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Ahmad Awang.

Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu dan beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.

Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini dan isu semasa yang membelenggu umat Islam. Secara terbuka diceritakan beliau dalam temu bual dengan Editor Milenia Muslim (MM) Zulkafly Baharuddin, di Jabatan Mufti Negeri, baru-baru ini.

MM: Bagaimana pandangan Dato’ Seri dengan kemelut politik yang berlaku di Perak?

Harussani: Pasal mereka bertelagah ni, kerana mereka tidak mahu ikut cakap sultan. Saya kata kita wajib taat kepada sultan. Hadis Nabi Muhammad s.a.w. pun ada sebut kita wajib taat pada pemerintah kecuali pemerintah itu zalim.

Dalam kemelut di Perak hari ini, kita tidak boleh kata sultan itu zalim. Nak hukum zalim macam mana? Semuanya dalam pertimbangan sultan.

MM: Siapa yang banyak mengkritik dalam keputusan yang dibuat sultan?

Harussani: Orang Melayulah. Orang Melayu juga yang ramai maki hamun saya. Macam-macam mereka kata. Saya tak pernah jumpa raja pun dalam hal ini. Mereka kata macam-macam pada saya. Nabi s.a.w. dah kata, dari syak kepada yakin, daripada perpecahan kepada perpaduan, daripada derhaka kepada taat. Jika mengajak kita berpecah itu bukan seruan nabi. Kerana mereka ini suka menjalankan kerja syaitan. Kenapa kita perlu dengar kepada hal-hal yang dilarang Tuhan? Mereka tidak setuju dengan pendapat saya, mereka sanggup kata saya anjing. Mufti sekarang dah jadi anjing kerajaan. Menyokong BN. Bila pula saya masuk BN? Saya tak campur pun. Sultan tidak pernah tanya saya. Waktu itu saya terperangkap. Menteri Penerangan datang, ada pula wartawan tanya saya apa hukumnya menderhaka kepada raja? Itu yang saya kena jawab bila wartawan sudah tanya. Mereka marah.

MM: Adakah Dato' Seri perjelaskan isu yang berlaku ini kepada masyarakat?

Harussani: Pakatan Rakyat bukan ada perjanjian antara mereka pun. Sekarang ini mereka sudah lebih (dalam dewan undangan). Kita sudah bagi teks khutbah Jumaat, mereka tidak baca langsung. Malahan sekarang doa untuk sultan pun mereka tidak mahu baca selepas berlaku krisis politik di negeri ini.

MM: Adakah tindakan mereka itu bertepatan dengan syariat?

Harussani: Tidak tepatlah. Walaupun mereka kata bukan pun wajib kena baca doa untuk sultan. Betul tidak wajib. Tetapi kita disuruh mendoakan agar Tuhan memberikan petunjuk kepada sultan. Apa yang tidak boleh dilakukan untuk sultan, apabila kita puji atas keadilan sultan kerana belum tentu sultan itu adil.

Jadi dalam kemelut di Perak ini, perlu kita minta kepada Allah s.w.t. memberi taufik dan hidayah, selain menanamkan sifat ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. Itu yang kita doakan untuk sultan. Memang Tuhan suruh pun.

MM: Jadi bagaimana hendak selesaikan masalah ini?

Harussani: PAS dan PKR sudah jumpa saya, jam 11 malam datang ke rumah, sedangkan saya nak tidur kerana sakit gigi waktu itu. Tapi mereka mendesak nak jumpa saya juga. Mereka suruh saya nasihatkan sultan untuk bubarkan kerajaan. Buat Pilihanraya Negeri. Ini bukan kerja saya. Saya tiada kena mengena dengan politik. Kalau saya ketuk pintu istana, walaupun sultan bagi saya masuk, nanti sultan tanya apa hal? Awak masuk parti mana? Saya nak kata apa?

Sedangkan saya yang mencadangkan nama Nizar pada sultan untuk dilantik MB selepas pakatan pembangkang menang pilihan raya lalu (PRU 12). Yang berhak jadi MB adalah PKR. Anwar Ibrahim pun telefon saya. Tapi sultan tanya saya, siapa yang kita akan pilih jadi MB? Saya kata pilihlah Nizar kerana dia berilmu dan ada agama. Nizar pun selepas dilantik jadi MB ada juga datang ke rumah dengan pengikutnya. Perrnah mereka datang di pejabat penuh sesak sehingga tidak ada kerusi nak duduk. Tapi saya tetap layan beliau.

MM: Apakah yang dibualkan?

Harussani: Tiada apa yang dibualkan pun. Yang dia kata cuma minta saya nasihatkan beliau. Saya pernah kata itu memang tugas saya. Jadi saya perjelaskan pada beliau, dalam enakmen perundangan negeri bahagian syarak, jawatan mufti adalah tertinggi, sultan hanya sebagai ketua. Raja pun saya nasihat. Saya tegur jika tindakan baginda tidak menepati syarak.

MM: Apakah pandangan Dato' Seri mengenai kepentingan orang Melayu terutama dalam isu pajakan tanah 99 tahun ini?

Harussani: Saya tidak pernah nasihat dan ambil tahu pun apa yang MB nak buat. Walaupun saya dilantik sebagai Exco tetapi bidang tugas saya hanya sebagai penasihat sahaja. Saya tidak boleh mengundi pun. Nak nasihat apa, jika ada lapan Exco Cina, hanya dua Melayu? Dah tentu keputusan memihak kepada bukan Melayu.

MM: Adakah Nizar datang meminta nasihat selepas apa yang berlaku?

Harussani: Tidak datang. Hanya hantar orang dia. Pandangannya banyak peribadi, saya tidak mahu campur. Mereka marahlah.

MM: Adakah penyelesaian terbaik antara Nizar dan Zambry yang sama-sama Melayu?

Harussani: Mereka tidak rebut kuasa. Cuma mereka (UMNO) bagi tahu pada sultan sekarang BN lebih daripada PR. Itu saja. Pasal dua wakil rakyat PR dan seorang kembali kepada BN. Terimalah hakikat tu. Tapi mereka tidak boleh terima. Sekarang majoriti wakil rakyat memihak BN.

Kalau kita mengasihi orang kafir itu haram. Kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi kita tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir. Kenapa kita lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang Islam? Orang Islam kita sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula.

Macam kes Elizabeth Wong memang dia jelas buat maksiat. Kenapa Ketua Muslimat PAS peluk sampai menangis, dan macam mana Nik Aziz (MB Kelantan) boleh menyokong isu ini. Sedangkan kita tahu mereka tidak akan sokong Islam. Tengok saja Ketua DAP kata: "langkah mayat saya dulu".

MM: Pandangan Dato' Seri melihat pemimpin Melayu hari ini?

Harussani: Pemimpin Melayu perlu fikir ke arah pemurnian akidah. Penting untuk terus pertahankan bangsa, agama dan negara, iaitu motto perjuangan kemerdekaan kita. Kenapa sekarang, kita tinggal semua hal itu? Islam adalah agama negara yang tujuannya untuk kerajaan membentuk kerajaan Islam. Orang bukan Islam tidak dibenarkan sama sekali mengganggu orang Islam.

Dulu kalau orang lain boleh berdakwah kepada orang Islam, mereka boleh didenda RM3,000 atau tiga tahun penjara. Tapi sekarang apa dah jadi? Enakmen ada tapi tidak dila

3 comments:

  1. inilah anjing umno..!!

    ReplyDelete
  2. wah kes elezebeth wong buat maksiat Harusani gamak menegurnya,sedangkan nyata pompuan itu bukan Islam dan bukan rakyat Raja perak.
    Kalau macam tu kenapa Harusani tak kritik atau tegur hamlau2 ameno yang juara maksiat kalau nak di senaraikan tak terhingga banyaknya.
    Bagi satu contoh, umeno yg membudayakan rasuah dalam pemilihan jawatan dlm perhimpunan agongnya yang lepas,cuba baca balik kenyataan Mahadey PM pencen msia.
    Tok Harusani, kalu buat terguran janganlah memileh, ada berani ke.
    Rakyat biasa bukan tak memerhati tindak tanduk Tok termasuk juga yang lain2 yang kununnya bejawatan pemimpin.
    Adios Tok.Salam Tok.

    ReplyDelete
  3. Cantik gambar latarbelakang tu. Dimana ya? KB? KL? KK? KT? KP? KKB? New York? Los Angeles? Manhattan? Texas? California? London? Paris? Tokyo? Dubai? Bila islam nak maju jika tak lihat manhaj islamiyyah dari aspek world-view dan tamadun manusia.

    ReplyDelete

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH