HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Sunday, February 27, 2011

Presiden PAS gesa Najib bertaubat




Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.

Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.

Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu
sendiri.

Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara
jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.

Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan
pemimpinnya dizalimi.

Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.

"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.

"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya.

harakahdaily

Monday, February 21, 2011

Jaminan PAS untuk Malaysia Baru

PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.
Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.
Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.
PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:
1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;
2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;
3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;
4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;
5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;
6.  PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;
7.  PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;
8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;
9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;
10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;
11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;
12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.   
Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa – Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.
“Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita’arafu  yakni Politik Saling Menghormati.
“Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.
Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.
Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.
Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;
Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;
Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;
Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;
Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;
Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;
Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.

Saturday, February 19, 2011

BOB LOKMAN Allah didahulukan, taqwa diutamakan sepotong ucapan semasa majlis penyerahan AHLI PAS


Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH. Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN".

Kalau dahulu aku bersama-sama membenarkan kemungkaran dan aku berstatuskan munafiq, hari ini ALLAH telah memberikan aku hidayah dan menguasakan aku untuk beriktikad dengan AKIDAH "LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULALLAH".

Portfolio khas : MAJLIS PERUNDAGAN AGAMA PULAU PINANG

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao yakin negeri-negeri lain akan turut mengadakan portfolio bagi hal ehwal agama-agama bukan Islam sebagaimana dilakukan kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
Presidennya Dr Thomas Philips berkata, langkah yang diambil kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang itu dapat membantu orang bukan Islam menyelesaikan isu-isu yang wujud dalam masyarakat masing-masing.
“Bagi saya ia adalah satu langkah yang baik bagi orang bukan Islam kerana selama ini tiada pihak (badan) yang membolehkan, dapat menguruskan hal ehwal agama bukan Islam.
“Islam memang sudah ada yang menjaganya tapi orang bukan Islam tiada. Jadi, apa yang dibuat itu adalah satu tindakan yang tepat,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Justeru, beliau mencadangkan agar semua negeri mengikut langkah diambil kerajaan negeri Pulau Pinang demi semangat 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Bagi saya setiap negeri perlu mewujudkan portfolio itu, ini bukan soal apa-apa... baru ada 1 Malaysia,” kata beliau.
Kata beliau, selama ini orang bukan Islam berhadapan dengan kesukaran untuk membawa masalah atau isu-isu yang wujud.
“Kalau dulu orang yang beragama Hindu atau Kristian yang mempunyai masalah, mereka tidak tahu mana nak bawa masalah mereka, jadi (kami merasakan) portfolio ini akan membantu,” katanya.
Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang akan mewujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di negeri itu.
Dengan keputusan itu, portfolio tersebut akan memberi tumpuan ke atas hal ehwal agama Buddha, Kristian, Sikh, Taoisme dan Hindu dan akan dipengerusikan oleh ketua menteri sendiri.
“Ini kali pertama satu portfolio majlis eksekutif negeri diadakan,” kata Lim.
Langkah yang diambil Lim itu, mendapat respons positif daripada rakan komponen Pakatan Rakyat yang mana masing-masing menyifatkan ia satu langkah tepat dalam suasana negara sekarang.
Pemimpin PAS dan PKR berkata pihaknya  tidak menghalang langkah kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sementara itu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata cadangan untuk mewujudkan portfolio tersebut tiada masalah, malah Islam tidak menghalang.
Namun menurut Mohd Asri, adalah lebih baik sekiranya kandungan portfolio itu dijelaskan terlebih dahulu kepada umum.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia, AP Raja Retinam juga menyambut baik langkah itu dengan menyifatkannya sebagai usaha tepat.
Oleh itu kata beliau, pihaknya berharap ia akan turut diadakan di peringkat persekutuan.
“Saya pernah mengesyorkan perkara ini pada masa-masa lalu kepada kerajaan pusat. Jadi, kami berharap kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib juga akan mengadakan jabatan macam ini supaya dapat membantu bukan Islam membawa isu dan hal ehwal mereka kepada pihak berkuasa,” katanya.
Beliau juga berharap usaha sedemikian akan mendapat sokongan masyarakat Islam negara ini kerana jabatan atau unit yang disyorkan akan membawa kebaikan kepada semua kaum.
“Saya berharap rakan-rakan kita beragama Islam akan memberikan sokongan mereka, kerana ia hanya satu badan yang boleh membantu menyelesaikan isu atau perkara yang timbul dari semasa ke semasa,” katanya.

Friday, February 18, 2011

RM 2000 Bantuan Kepada Pelajar Pulau Pinang Di Mesir

GEORGE TOWN 17 FEB: Kira-kira 318 orang pelajar kelahiran Pulau Pinang yang menuntut Mesir akan diberi imbuhan oleh kerajaan negeri untuk menyambung kembali pelajaran apabila keadaan di sana kembali stabil.
Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Exco hari ini dan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman di sini.
Pemberian ini menunjukkan Kerajaan Negeri sangat prihatin kepada semua isu permasalahan masyarakat dan rakyat negeri ini.
Sehingga kini ada 318 pelajar di mana 111 orang adalah pelajar bagi bidang perubatan manakala 207 orang lagi adalah pelajar bidang syariah.
“Ada 318 orang pelajar kesemuanya. Kerajaan negeri telah bersetuju dalam mesyuarat Exco yang lepas bahawa kita akan memberikan sedikit imbuhan untuk mereka pulang semula ke Mesir. Kita akan memberi RM 2,000 kepada seorang pelajar.
“Ini untuk membantu mereka bagi memberi tiket penerbangan balik dan mengurangkan bebanan keluarga. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri prihatin kepada masalah yang dihadapi masyarakat dan rakyat,” katanya.
Wang imbuhan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjumlah RM 1,000 dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIP) juga memberikan sejumlah RM 1,000.
Bantuan kewangan ini diberikan bagi meringankan bebanan keluarga pelajar selain membantu membeli tiket untuk pulang semula ke negara itu.
Mengulas perkara sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Kerajaan Persekutuan juga memberi sedikit bantuan bagi pelajar-pelajar ini.

Monday, February 14, 2011

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Terdapat beberapa peristiwa sejarah berkenaan tarikh
14 Februari
PERTAMA
Ia  dirayakan  sempena  kejatuhan  Kerajaan  Islam  Andalusia  di
Sepanyol  pada  14  Februari  1492.  St.  Valentino  merupakan
individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha
menjatuhkan  kerajaan  Islam  pada  masa  itu.  Disebabkan
sumbangan  tersebut,  St. Valentino  dianggap  sebagai  kekasih
KEDUA
Sambutan  ini  mengaitkan  dengan  kematian  paderi  St. Valen-
tino ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.
Terdapat  dua  versi  cerita  berkaitan  dengan  St. Valentino  ini.
VERSI PERTAMA
Pada  masa  pemerintahan  Claudius  II,  kerajaan  Rom  yang
menyembah  dewa-dewi  amat  memusuhi  penganut  agama
Kristian  dan  para  mubaligh  Kristian  telah  dipenjara  serta
disiksa.  St.  Valentino  sebagai  seorang  yang  kuat  berpegang
dengan ajaran Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut
turut  dipenjarakan  oleh  Claudius  II.  St. Valentino  diseksa  dan
akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang
dilakukan  oleh  St.  Valentino  ini  dianggap  oleh  penganut
Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan
beliau  terhadap  agamanya.  Malah  St.  Valentino  disamakan
dengan  Jesus  yang  dianggap  oleh  penganut  Kristian  mati
kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan
juga  bahawa  ketika  di  dalam  penjara,  dia  telah  jatuh  cinta
dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayat-
nya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta
kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valen-
tine’  (Daripada  Valentinemu).  Maka  orang-orang  Kristian
mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih
sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka iaitu
rakyat.
St. Valentino.
VERSI KEDUA
Claudius  II  beranggapan bahawa anggota  tentera  yang muda
masih  bujang  adalah  lebih  tabah  dan  kuat  ketika  berada  di
medan  peperangan  berbanding  dengan  mereka  yang  telah
berkahwin.  Jesteru  itu,  Claudius  II menghalang  para  pemuda
dari berkahwin. Namun demikian St. Valentino menentangnya
dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan
terharap  para  pemuda-pemuda  Rom  secara  sulit.  Aktiviti  St.
Valentino  ini  akhirnya  dapat  diketahui  oleh  Claudius  II  lalu
beliau  mengarahkan  St.  Valentino  ditangkap  dan  dihukum
gantung  pada  14  Februari  269  M.
Valentine’s Day  berkaitan dengan pesta sambutan  kaum Rom
Kuno sebelum kedatangan agama Kristian dinamakan Luperca-
lia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlang-
sung  dari  13  hingga  18  Februari.  Dua  hari  pertama  mereka
menyembah  dewi  cinta  bagi  kaum  Rom  Kuno  yang  bernama
Juno  Februata. Pada  hari  berikutnya mereka  akan  melakukan
upacara penyembahan dan membuat perarakan secara besar-
besaran  terhadap  dewi  cinta  mereka.
KETIGA
Ada pandangan sejarah juga menyatakan sambutan Hari Valen-
tine  ini  bersempena  dengan  sifat  burung  pada  musim  men-
gawan yang  jatuh pada 14 Februari. Ini merupakan pendapat
KEEMPAT
Ada pandangan sejarah juga menyatakan sambutan Hari Valen-
tine  ini  bersempena  dengan  sifat  burung  pada  musim  men-
gawan yang  jatuh pada 14 Februari. Ini merupakan pendapat
tradisi orang Inggeris.

www.perkim.net.my

IBU PEJABAT PERKIM,
TINGKAT 4 & 6, BANGUNAN PERKIM,
150, JALAN IPOH, 51200 KUALA LUMPUR.
TEL: 03-4042 6224/ 03-4041 2482 FAKS: 03-4042 7403

dun penaga

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran dalam semakan kehakiman yang difailkan oleh Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim terhadap Pejabat Daerah Seberang Perai Utara berhubung arahan untuk mengosongkan Pusat Komuniti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga akan didengar pada 1 Mac depan.
Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Rohana Yusuf pada Isnin, selepas berjumpa dengan pihak-pihak yang terlibat dalam permohonan tersebut.
Azhar, 65, memfailkan semakan tersebut pada 19 November 2010 bagi mendapatkan perintah supaya semua prosiding yang terlibat ditangguhkan sehingga semakan kehakiman itu selesai.
Beliau menamakan pejabat daerah dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai responden dalam permohonan semakannya. Beliau yang merupakan ADUN Penaga yang bertanding atas tiket Barisan Nasional juga memohon deklarasi bahawa arahan yang dikeluarkan oleh pejabat daerah itu sebagai tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.
Permohonan itu dibuat atas alasan ia dilakukan dengan niat jahat (mala fide) dan berdasarkan agenda politik.
Berdasarkan rekod mahkamah, Azhar yang menjadi ADUN sejak 1990, mendakwa terdapat perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat pada 2005 untuk membina pusat komuniti yang dikenali sebagai Pusat Komuniti Kadun Penaga.
Dalam afidavit yang diikrarkan beliau pada 13 Disember lalu, beliau mendakwa pusat itu dibina pada tanah milik Kerajaan Negeri manakala Kerajaan Pusat memberi peruntukkan RM245,000.
Beliau menambah, kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa pusat itu akan digunakan oleh ADUN Penaga yang dilantik, tanpa mengambil kira pegangan politik.
Dalam saman tersebut, Azhar mendakwa, pusat itu mula beroperasi pada 2006 dan digunakan oleh pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pergerakan pemuda dan juga sebagai pusat aktiviti agama.
Beliau turut mendakwa, telah menerima notis pada 8 November lalu daripada pejabat daerah berkenaan mengarahkan beliau untuk memulangkan kunci pusat komuniti atas alasan ia terletak di tanah Kerajaan Negeri.
Azhar seterusnya mendakwa, beliau telah menghantar surat bertarikh 16 November lalu untuk pegawai tersebut mempertimbangkan arahan itu, tetapi masih belum menerima sebarang balasan.
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, February 08, 2011

1 MALAYSIA 1 UMMAH BERCANGGAH DENGAN ISLAM


SLOGAN `1 Malaysia 1 Ummah' dikatakan menjadi thema sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun ini. Biasalah, kerajaan sekarang semuanya mahu dijadikan `1 Malaysia' dengan berbagai jenama `1 Malaysia' di tempelkan. Apa yang tidak kena dengan thema `1 Malaysia 1 Ummah' ini?

Pertamanya, kita diberitahu bahawa konsep 1 Malaysia adalah menunjukkan kesamarataan di antara semua kaum dan agama di negara ini. Konsep ini kununnya memberi keadilan kepada semua kaum dan agama. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain, begitu juga semua agama seperti Islam, Kristian, Budha, Hindu dan lain-lainnya adalah terdapat di dalam konsep 1 Malaysia. Ertikata, konsep 1 Malaysia meliputi semua kaum dan agama di negara ini.

Apa pula yang dimaksudkan dengan `Ummah' di dalam konteks Islam? Di dalam Islam, yang dimaksudkan dengan Ummah itu adalah semua penganut agama Islam. Adakah penganut ugama Kristian, Budha, Hindu dan selain dari Islam itu termasuk di dalam konteks `Ummah'? Jawapannya sudah pasti tidak. Kristian bukan Ummah yang sama dengan Ummah Islam. Kristian tentulah ada Ummahnya sendiri iaitu Umat Kristian. Begitu juga dengan ugama yang lainnya.

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang berhubung kait dengan Nabi Muhammad SAW iaitu sambutan bercorak keagamaan di dalam Islam. Justeru itu, wajarkah konsep `1 Malaysia' dicampor adukkan di dalam sambutan keagamaan Islam seperti ini? `1 Malaysia 1 Ummah' bermaksud semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia itu adalah 1 Ummah dengan Islam? Betulkah begitu? Adakah kita mengiktiraf semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia adalah 1 Ummah dengan kita sebagai umat Islam?

Saya merasakan thema sedemikian tidak tepat samasekali malahan ianya amat bertentangan. Umat Islam tidak boleh disamakan dengan Umat ugama lain, jauh sekali untuk disatukan. Saya berharap agar pihak-pihak berkenaan lebih berhati-hati dengan memilih thema bagi program atau sambutan keagamaan yang melibatkan ugama Islam yang maha suci ini. Jangan kerana terlalu inginkan kemegahan di dalam jenama 1 Malaysia, kita satukan kesemuanya

Wednesday, February 02, 2011

KEAJAIBAN KALIMAH ALLAH


ILUSI PENGLIHATAN - Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.

Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini.

Tepat... sungguh indah sekali...


Tuesday, February 01, 2011

UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN DIMESIR

UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN SiLA KLIK SEBELAH KANAN (tv pas jelas berbeza )
klik web TV (Diatas petak ke dua selepas youtube} PILIH TV ONE {IND}                                   SELAMAT MENONTON

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH