HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Saturday, February 19, 2011

Portfolio khas : MAJLIS PERUNDAGAN AGAMA PULAU PINANG

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao yakin negeri-negeri lain akan turut mengadakan portfolio bagi hal ehwal agama-agama bukan Islam sebagaimana dilakukan kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
Presidennya Dr Thomas Philips berkata, langkah yang diambil kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang itu dapat membantu orang bukan Islam menyelesaikan isu-isu yang wujud dalam masyarakat masing-masing.
“Bagi saya ia adalah satu langkah yang baik bagi orang bukan Islam kerana selama ini tiada pihak (badan) yang membolehkan, dapat menguruskan hal ehwal agama bukan Islam.
“Islam memang sudah ada yang menjaganya tapi orang bukan Islam tiada. Jadi, apa yang dibuat itu adalah satu tindakan yang tepat,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Justeru, beliau mencadangkan agar semua negeri mengikut langkah diambil kerajaan negeri Pulau Pinang demi semangat 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Bagi saya setiap negeri perlu mewujudkan portfolio itu, ini bukan soal apa-apa... baru ada 1 Malaysia,” kata beliau.
Kata beliau, selama ini orang bukan Islam berhadapan dengan kesukaran untuk membawa masalah atau isu-isu yang wujud.
“Kalau dulu orang yang beragama Hindu atau Kristian yang mempunyai masalah, mereka tidak tahu mana nak bawa masalah mereka, jadi (kami merasakan) portfolio ini akan membantu,” katanya.
Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang akan mewujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di negeri itu.
Dengan keputusan itu, portfolio tersebut akan memberi tumpuan ke atas hal ehwal agama Buddha, Kristian, Sikh, Taoisme dan Hindu dan akan dipengerusikan oleh ketua menteri sendiri.
“Ini kali pertama satu portfolio majlis eksekutif negeri diadakan,” kata Lim.
Langkah yang diambil Lim itu, mendapat respons positif daripada rakan komponen Pakatan Rakyat yang mana masing-masing menyifatkan ia satu langkah tepat dalam suasana negara sekarang.
Pemimpin PAS dan PKR berkata pihaknya  tidak menghalang langkah kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sementara itu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata cadangan untuk mewujudkan portfolio tersebut tiada masalah, malah Islam tidak menghalang.
Namun menurut Mohd Asri, adalah lebih baik sekiranya kandungan portfolio itu dijelaskan terlebih dahulu kepada umum.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia, AP Raja Retinam juga menyambut baik langkah itu dengan menyifatkannya sebagai usaha tepat.
Oleh itu kata beliau, pihaknya berharap ia akan turut diadakan di peringkat persekutuan.
“Saya pernah mengesyorkan perkara ini pada masa-masa lalu kepada kerajaan pusat. Jadi, kami berharap kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib juga akan mengadakan jabatan macam ini supaya dapat membantu bukan Islam membawa isu dan hal ehwal mereka kepada pihak berkuasa,” katanya.
Beliau juga berharap usaha sedemikian akan mendapat sokongan masyarakat Islam negara ini kerana jabatan atau unit yang disyorkan akan membawa kebaikan kepada semua kaum.
“Saya berharap rakan-rakan kita beragama Islam akan memberikan sokongan mereka, kerana ia hanya satu badan yang boleh membantu menyelesaikan isu atau perkara yang timbul dari semasa ke semasa,” katanya.

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH