HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Wednesday, February 29, 2012

, Umno KETANDUSAN calon berwibawa .....Dollah Badawi bertanding lagi



Sumber dalaman Umno menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi akan dikekalkan untuk bertanding di Parlimen Kepala Batas. Maknanya Umno tidak mempunyai calon lain yang diyakini mampu mempertahankan kerusi tersebut. Ini bererti bahawa Abdullah adalah calon boleh menang.

Selain dari Abdullah, nama-nama lain seperti Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz dan Ahli Parlimen Tasek Gelugot, Nor Mohd Yackop juga dikatakan termasuik dalam dalam senari calon boleh menang. Kalai inilah kayu ukur Umno, maka jelas sebenarnya Umno tidak mempunyai ramai calon boleh menang dan terpaksa mengambil calon "recycle' untuk berdepan dengan PR.

Mana perginya slogan meremajakan Umno yang dikatakan bahawa pemuda akan diutamakan dalam Umno.

Tuesday, February 21, 2012

Anwar jumpa Nik Aziz perjelas isu Israel



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa berkata bahawa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima dan memahami penjelasan beliau mengenai isu Israel sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar The Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.

"Tok guru terima dan faham pendirian saya. Saya pun faham pertimbangan PAS yang cukup tegas dalam soal Israel.

"Saya jelaskan jangan ada salah tafsir tentang pengiktirafan Israel. Ia tidak berbangkit selagi syarat-syarat tidak dipenuhi," katanya ketika ditemui pemberita di lobi sebuah hotel di ibu negara, Selasa.

Pertemuan di antara Anwar dan Nik Anwar yang berlangsung selama sejam itu turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim.

Anwar berkata, beliau menjelaskan secara terperinci mengenai perkara itu untuk meleraikan keraguan mengenai hal tersebut.

"Akhirnya saya beritahu saya juga tunduk kepada Hamas dan Fatah sepertimana yang dirunding di Doha, dua minggu lalu atas inisiatif Hanif Qatar," katanya.

Anwar berkata, media Umno tidak mengeluarkan petikan penuh wawancara beliau bersama WSJ.

"Masalahnya sekarang media Umno hanya guna satu bahagian yang menyebut bahawa adakesediaan mengiktiraf dan mengawal keselamatan tetapi tidak ditekankan perkataan 'contingent' iaitu tertakluk kepada syarat," katanya.

Ketua pembangkang itu turut memberitahu Nik Aziz mengenai reaksi pertemuan beliau dengan Ketua Hamas, Khalid Mashal.

"Bila dia lihat penekaan pra syarat itu iaitu 'contingent' Israel menerima sekian...sekian...sekian syarat.

"Apa dia syarat? Syarat yang diletakkan termasuk pengunduran tentera Israel dari wilayah Palestin dan Arab," katanya.

Anwar berkata, antara syarat lain ialah menghentikan keganasan dan kepungan terhadap Gaza serta mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin.

Sehubungan itu, beliau tidak akan menyaman WSJ kerana akhbar tersebut menyiarkan kenyataan penuhnya dalam laporan wawancara berkenaan.

"Kenapa saya nak saman WSJ? Mereka letak perkataan 'contingent' yang tidak disebut. Mereka (media Umno) hanya melapor fitnah," katanya.

Sejurus selepas pertemuan itu, Anwar menuju ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Sementara itu, usaha pemberita untuk mendapatkan kenyataan Nik Aziz tidak berhasil kerana beliau enggan mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini.

Wakilnya memberitahu, satu kenyataan media mengenai pertemuan itu akan dikeluarkan lewat Selasa.

Sunday, February 19, 2012

ANDA BOLEH MENONTON LIVE DARI MAKAH

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi - Madinah, Saudi Arabiyah


SIARAN 24 JAM

Sunday, February 12, 2012

Islam lebih terpelihara dibawah PR Penang Bekas SU Akhbar Menteri di JPM

Saya menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang dan dalam tempoh tersebut dapat melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering dijadikan 'berita sensasi' mengenai untung nasib Melayu/Islam. Jika mempercayai sepenuhnya laporan-laporan yang dimuat dalam akhbar dan media elektronik 'arus perdana', kita pasti akan marah dan melemparkan 1001 tuduhan kepada pentadbiran negeri.

Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008. Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.

Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar 'Ceti' dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang 'menumpang' di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu, berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.

Dalam kawasan bandar raya, kampung Melayu/Islam yang masih kekal adalah atas tanah wakaf seperti di Lebuh Aceh (Acheen Street - wakaf Syed Hussein Idid) walaupun hanya tinggal beberapa buah rumah sahaja, Kampung Makam di Jalan Dato' Keramat (wakaf Sheikh Kassim) dan Kampung Syed di Jalan Burma (wakaf Kupima Ku Zainal Abidin/Syed Mohamad Alhabshee).

Ketiga-tiga buah kampung itu kini bernilai tinggi dan dilihat sebagai 'lombong emas' yang mengundang banyak pihak menaruh minat tetapi oleh kerana tarafnya sebagai harta wakaf, maka pihak tertentu tidak boleh menyentuhnya. Bayangkan apa akan berlaku jika ketiga-tiga kawasan atau hartanah itu bukan harta wakaf?

Sekitar tahun 1970-an ada pihak yang ingin membangunkan Kampung Makam selaras dengan kehendak dan wasiat pewakif untuk memastikan ia selari dengan kemajuan dan pembangunan sekitarnya. Malangnya, usaha tersebut dibantah oleh segelintir penduduk dan akibatnya Kampung Makam kekal seperti sedia kala hingga sekarang.

Kebelakangan ini, pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran dan kecaman oleh pihak-pihak tertentu yang antara lain menuduhnya menganaktiri dan menzalimi orang Melayu dan orang Islam. Mereka melempar tuduhan dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" sedangkan ia adalah sebuah kerajaan campuran tiga buah parti politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" pihak berkenaan berharap ia dapat membakar semangat marah di kalangan orang Melayu dan Islam.

Banyak masalah yang dibangkitkan oleh mereka sebenarnya bukan perkara baru. Ia mula berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional/Perikatan dan diwarisi oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Kebanyakan daripada masalah yang bersangkut-paut dengan isu tanah dan perumahan membabitkan soal undang-undang dan pentadbiran yang mengambil alih selepas pilihan raya umum 2008 tidak seharusnya dipersalahkan.

Pentadbiran Pakatan Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun dicemuh oleh pihak tertentu, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.

Belanjawan atau Bajet 2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja.

Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 peratus adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia. Hasil daripada pengukuhan kewangan, penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang diperolehi melalui prinsip tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah disalurkan untuk keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Antara program yang dilancarkan atau diperkenalkan sejak 2008 - Program Membasmi Kemiskinan Tegar, Program Penghargaan Warga Emas, bantuan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal serta Penghargaan Anak Emas yang bermul pada 2011.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri bertekad untuk membantu 743 Ketua Isi Rumah (KIR) yang majoritinya orang Melayu, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan yang membabitkan bantuan sebanyak RM4.0 juta setahun. Kerajaan negeri mensasarkan sebelum 2015, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan miskin tegar sepenuhnya.

Sudah tentu ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya nyatakan tetapi itulah hakikatnya dan itulah kenyataan. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi sebagai anak Pulau Pinang, saya kena akui dan terima kenyataan tanpa mengira siapa atau parti politik mana yang berkuasa.

Saya perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.


1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta


2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA

Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00


3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta


4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00


5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri


6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN

Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun


*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Saya tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP.


http://kudaranggi.blogspot.com/



Ini adalah pandangan bekas pengarang Bernama dan juga bekas setiausaha akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Syed Imran yang menyatakan pemerhatian beliau dalam blognya, Kuda Ranggi tentang apa yang telah dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang untuk Islam. Dalam pemerhatiannya yang telah menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang beliau telah melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering disensasikan oleh media arus perdana tentang untung nasib Melayu dan Islam disini.

Saturday, February 11, 2012

Surat Terbuka Kepada Hasan Ali


Datuk Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga.

NONESecara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan.

Kesedaran bahawa apa yang telah Datuk lemparkan kepada mantan parti Datuk sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Datuk di media dan juga lewat ceramah-ceramah Datuk yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Datuk untuk menilai beberapa kenyataan Datuk dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya.

Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik.
Islam moderat

Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Datuk. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Datuk mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Datuk.

NONESaya kira Datuk mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring).

Kemenangan semua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka.

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya.

Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka.

Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator.
Proses kematangan

Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip.

Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut.

pas middle east conflict protest demo 290607 womenWacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu.

Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).
Bapa parasit
Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan.

NONEMenurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Datuk merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Datuk tersilap.

Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Datuk dakwa, tetapi ia merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit.

Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Datuk ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?
Ditakuti Umno

Yakinlah Datuk, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut.

NONEInilah yang ditakuti oleh Umno dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji.

Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang.

Malang sekali apabila Datuk pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Datuk menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak Umno dan BN.

NONESaya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Datuk lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja.

Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka.
Gelombang perubahaan

Seperkara yang perlu Datuk ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah berjaya di negara masing-masing.

NONESaya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS.

Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Datuk, malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Datuk anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud.
Memaksakan hudud

Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai.

NONEApa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu.

Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

Akhirkata, jika Datuk benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Datuk lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Datuk.
Turun padang tanpa bayaran
Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Datuk untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Datuk miliki.

Mungkin juga Datuk boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran.

himpun rally hasan ali speaking 2Jika dulu mungkin Datuk sibuk dengan tugas exco, kini Datuk lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Datuk yang ingin menjaga aqidah itu.

Saya kira Datuk juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Datuk itu.

Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Datuk untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Datuk kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal.

Saya amat meyakini, jika Datuk berdakwah seperti itu, Datuk akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.




Dr Maszlee Malik
(Penulis Adalah Ahli Akademik Politik UIAM)

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir membidas pemimpin Umno yang mahu merujuknya ke Jawatankuasa Disiplin

Wednesday, February 08, 2012

Bukan 1, Tetapi 3 Kondo Mewah Keluarga Shahrizat di Singapura

Shahrizat Abdul Jalil mempertahankan diri dengan hanya mengatakan Rafizi Jambu dan ingin memberikan baju kurung merah putih kepada Rafizi. Hanya itu yang boleh dipertahankan Shahrizat berkaitan kemelut ‘balas duit’ NFC.

Kali ini Rafizi membuat pendedahan terbaru. Dengan dana NFC, dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC. Keluarga Shahrizat Abdul Jalil membeli dua lagi kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura. Sebelum ini didedahkan keluarga Shahrizat membeli satu unit kondominium mewah Orchard Scotts.

Dua lagi kondominium dengan butir-butir terperinci yang didedahkan Rafizi seperti berikut;

Kondominium Pertama
Alamat: #08-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965

Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga: S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209

Tarikh dibeli: 27 Mei 2010

Pembiaya: United Overseas Bank Limited (UOB)

Kondominium Kedua
Alamat: #11-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965

Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga: S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575

Tarikh: dibeli 27 Mei 2010

Pembiaya: Malayan Banking Berhad (Maybank)

Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.

Rafizi juga mendedahkan pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.

Adakah Shahrizat mampu membuat bayaran balik bulanan pinjaman yang begitu besar. Persoalan lagi besar tentang kemelut ini. Anggaran yang dibuat Rafizi berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.

Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato’ Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.

Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Shahrizat Jalil yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC (baik dibayar secara terus atau melalui urusniaga timbal balik berdasarkan pendepositan dana yang besar) yang telah didedahkan setakat ini adalah seperti berikut:






Kini Shahrizat semakin panas. Tudung yang dipakai sedikit sopan selepas menunaikan umrah akan kembali terbuka kerana kepanasan ini. Shahrizat nak meng’alimkan diri dengan menunaikan umrah kelihatan tak berjaya. Berapa banyak pula baju kurung merah putih yang ingin dikirimkan Shahrizat kepada Rafizi supaya kelihatan lagi jambu.

Orang UMNO tentu berbangga kerana ada Melayu yang mampu memiliki kondominium yang begitu mewah di Kota Singa!!

Saturday, February 04, 2012

BN hanya akan menang 5 negeri RISIKAN UMNO ADAKAH KEBENARANNYA

MAKLUMAT RISIKAN!!! BN hanya akan menang 5 negeri, Najib tak jadi bubar parlimen pada bulan Mac

Maklumat terbaru yang dipetik dari unit risikan Majlis Tertinggi Umno-APCO menyatakan bahawa BN hanya akan menang di lima buah negeri sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan sekitar Mac hingga Jun tahun ini.

Justeru itu, bagi meningkatkan kembali sokongan terhadap mereka, sumber itu juga turut menyatakan pilihanraya umum sudah pasti akan diadakan pada bulan Disember tahun ini.

Lima negeri tersebut adalah Sarawak, Sabah, Pahang, Terengganu dan Johor.

Manakala lain-lain negeri akan menyaksikan pertarungan sengit seperti Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis.

Adalah dipercayai, maklumat ini adalah berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh unit khas yang dilantik selain daripada maklumat risikan polis dan tentera sepanjang November hingga Disember tahun lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikhabarkan sudah memanggil kembali surat arahan pengosongan premis milik kerajaan seperti sekolah, balai raya dan dewan orang ramai yang dihantar akhir Disember tahun lalu.

Antara faktor yang menyebabkan pembubaran parlimen tidak diadakan pada bulan Mac seperti ramalan sesetengah pihak adalah kerana isu skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang kini masih dalam siasatan pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain dari senarai calon pilihanraya yang masih belum dikemukakan kepada ibu pejabat Umno-APCO di PWTC.

Penangguhan rayuan kes fitnah liwat Anwar Ibrahim sehingga tiga bulan juga dikatakan antara faktor utama kerana pembebasan Anwar dilihat mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat setelah isu pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali kini selesai.

Najib selaku perdana menteri rejim telah dimaklumkan perkara ini dan meminta Umno-APCO mengemukakan laporan segera kepada ibu pejabat tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengembalikan semula sokongan yang terus merosot di sebalik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang dalam proses pengagihan.

Negeri-negeri yang menjadi tumpuan seperti Selangor dan Perak sudah diarahkan supaya mengadakan program lebih kerap termasuk turun padang setiap dua minggu sebagai langkah susulan meningkatkan lagi tahap penerimaan rakyat terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar yang memihak Pakatan Rakyat.

Menurut laporan itu lagi, jentera pilihanraya sudah diminta supaya bekerjasama dengan SPR bagi menambah senarai daftar pengundi termasuk memasukkan sekali nama isteri anggota penjawat awam seperti polis dan tentera sebagai pengundi pos bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Kelantan dan Pulau Pinang sudah dianggap gagal kerana laporan tersebut juga menyebut aliran sokongan kekal tidak berubah dengan negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dijangka memperolehi kerusi hampir sama seperti pilihanraya umum Mac 2008 lalu.

Pulau Pinang pula kekal milik Pakatan Rakyat dengan dijangka penurunan sedikit majoriti undi di beberapa kawasan parlimen "panas" seperti Bukit Gelugor, Nibong Tebal, Bukit Mertajam dan Kepala Batas.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dijangka tidak menghadapi masalah mempetahankan kerusi parlimen Bagan selain kekal memegang kerusi DUN Air Putih dengan sedikit penurunan majoriti tetapi masih dalam keadaan selamat.

Perak dijangka kembali kepada Pakatan Rakyat dengan mandat lebih besar berbanding pilihanraya umum Mac 2008, dengan menyaksikan pertambahan kerusi DUN daripada 31 pada empat tahun lalu kepada 37 kerusi, selain berupaya menguasai 13 kerusi parlimen daripada 23 kerusi yang terdapat di negeri tersebut.

http://hotpowers.blogspot.com/

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH