14 Februari
PERTAMA
Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di
Sepanyol pada 14 Februari 1492. St. Valentino merupakan
individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha
menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan
sumbangan tersebut, St. Valentino dianggap sebagai kekasih
KEDUA
Sambutan ini mengaitkan dengan kematian paderi St. Valen-
tino ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.
Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentino ini.
VERSI PERTAMA
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang
menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama
Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta
disiksa. St. Valentino sebagai seorang yang kuat berpegang
dengan ajaran Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut
turut dipenjarakan oleh Claudius II. St. Valentino diseksa dan
akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang
dilakukan oleh St. Valentino ini dianggap oleh penganut
Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan
beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentino disamakan
dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati
kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan
juga bahawa ketika di dalam penjara, dia telah jatuh cinta
dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayat-
nya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta
kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valen-
tine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian
mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih
sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka iaitu
rakyat.
St. Valentino.
VERSI KEDUA
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda
masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di
medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah
berkahwin. Jesteru itu, Claudius II menghalang para pemuda
dari berkahwin. Namun demikian St. Valentino menentangnya
dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan
terharap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St.
Valentino ini akhirnya dapat diketahui oleh Claudius II lalu
beliau mengarahkan St. Valentino ditangkap dan dihukum
gantung pada 14 Februari 269 M.
Valentine’s Day berkaitan dengan pesta sambutan kaum Rom
Kuno sebelum kedatangan agama Kristian dinamakan Luperca-
lia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlang-
sung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka
menyembah dewi cinta bagi kaum Rom Kuno yang bernama
Juno Februata. Pada hari berikutnya mereka akan melakukan
upacara penyembahan dan membuat perarakan secara besar-
besaran terhadap dewi cinta mereka.
KETIGA
Ada pandangan sejarah juga menyatakan sambutan Hari Valen-
tine ini bersempena dengan sifat burung pada musim men-
gawan yang jatuh pada 14 Februari. Ini merupakan pendapat
KEEMPAT
Ada pandangan sejarah juga menyatakan sambutan Hari Valen-
tine ini bersempena dengan sifat burung pada musim men-
gawan yang jatuh pada 14 Februari. Ini merupakan pendapat
tradisi orang Inggeris.
www.perkim.net.my
IBU PEJABAT PERKIM,
TINGKAT 4 & 6, BANGUNAN PERKIM,
150, JALAN IPOH, 51200 KUALA LUMPUR.
TEL: 03-4042 6224/ 03-4041 2482 FAKS: 03-4042 7403
No comments:
Post a Comment