HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Sunday, January 08, 2012

Hasan Ali Dipecat Pas







TERKINI : Pas telah memecat Exco Kerajaan Selangor Datuk Hasan Ali daripada parti itu kerana merugikan kepentingan parti.

Pas Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaannya untuk memecat keahlian Hasan sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Menurut kenyataan media PAS yang dipetik daripada lidah rasmi parti itu, Harakahdaily, Pas pusat telah mengambil tindakan tersebut setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Kenyataan itu berkata Hasan telah menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Sejak kebelakangan ini, Hasan telah menimbulkan pelbagai kontroversi di dalam Pas dan Pakatan Rakyat apabila mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti dan gagasan itu.

Yang terbaru, Hasan telah mengeluarkan kenyataan pada 5 Januari mengesa orang ramai dan mahasiswa supaya jangan menyertai perhimpunan "Bebaskan Anwar" di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 9 Januari akan datang.

Kenyataan itu bercanggah dengan pendirian Pas untuk menurunkan ahli-ahlinya ke perkarangan mahkamah esok untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Kenyataan Hasan itu dibidas oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang menggesa Pas supaya mengambil tindakan terhadap Hasan.

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH