HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Sunday, August 16, 2009

kehidupan tok guru nik aziz nik mat...

Nik Aziz liabiliti Pas?



Nik Aziz liabiliti Pas?
« pada: Hari ini ~
UTUSAN MALAYSIA 16 Ogos 2009 / 25 Syaaban 1430



Kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bahawa DAP boleh menghina Islam, mengundang bantahan pelbagai pihak dari kalangan orang Islam.

Setelah dikritik hebat kerana menentang perbincangan idea kerajaan perpaduan dan menghina UMNO (“pergi jahanam dengan UMNO” dan “UMNO lebih buruk daripada komunis”), sekali lagi masyarakat Islam membidas Menteri Besar Kelantan itu.

Rumusan yang dibuat oleh kalangan orang Islam ialah Nik Aziz tidak lagi boleh menjadi sandaran dalam menjaga kesucian agama Islam serta perpaduan ummah.

Kenyataan beliau lebih menjurus menjaga kepentingan politik dan bukan kepentingan Islam. Sudah menjadi bahan sinikal termasuk di kalangan ahli Pas, Nik Aziz dikatakan rela mengutamakan kepentingan DAP daripada menjaga kepentingan Islam. DAP dulu, Islam kemudian.

Sebab itu, tiada pemimpin Pas tampil mempertahankan kenyataan beliau kerana sedar apa yang dinyatakan oleh Nik Aziz berhubung isu itu adalah salah. Awang turut menerima panggilan daripada seorang profesional yang menjadi aktivis Pas bahawa komen Nik Aziz dikhuatiri menjadi liabiliti kepada parti itu.

“Kami tidak mahu Tok Guru dilihat membawa malu kepada Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Ayah Pin (pengamal ajaran sesat yang sedang diburu pihak berkuasa),” katanya lagi.

Lalu aktivis itu menyatakan kenyataan Nik Aziz tidak mencerminkan pemikiran seluruh pemimpin dan ahli parti itu. Katanya, Nik Aziz juga manusia biasa dan tidak terlepas daripada kesilapan. Dari satu segi Awang setuju. Tetapi persoalannya sudah terlalu banyak kesilapan yang beliau lakukan, yang dikhuatiri boleh membawa mudarat kepada umat Islam dan kesucian agama.

Adakalanya Awang pelik hujah Nik Aziz selalu berbelit-belit dan tidak konsisten, dulu haram sekarang tidak. Dulu kafir tetapi kini sahabat politik. Bukan Islam luar negara tidak boleh hina Islam, anehnya DAP boleh. Memang banyak kenyataannya yang meragukan termasuk boleh bekerjasama dengan syaitan dan memperlekehkan sesama orang Islam. Sesungguhnya umat Islam mengharapkan walaupun Tok Guru adalah orang politik tetapi dapat mempertahankan kepentingan Islam mengatasi pertimbangan politik. Itulah yang dibuktikan oleh Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru (PKR) Zulkifli Nordin, yang tidak gentar mendahulukan kepentingan Islam. Beberapa pemimpin Pas yang lain juga setidak-tidaknya berdiam dan tidak akan menyokong DAP jika menghina Islam.

Persoalannya sekarang Awang bimbang, lagi banyak Nik Aziz bersuara makin banyak kesilapan yang beliau lakukan, yang bukan sahaja merugikan umat Islam malah juga Pas. Mungkinkan beliau perlu berdiam untuk menyelamatkan imej Pas?

Awang Selamat


P/S: salam...memang sudah menjadi tradisi akhbar arus perdana memutarbelitkan kenyataan..hmm..dan siapa sebenarnya yang menghina islam?di sini hamba sertakan kenyataan sebenar tok guru nik abdul aziz..nilai la sendiri ye...

Friday, August 14, 2009

Khianat Siapa' di Kubang Semang

Demo 'Siapa


14 Ogos 2009 - Amk Permatang Pauh mengadakan demo 'Siapa Khianat Siapa' selepas solat Jumaat di Masjid Kubang Semang.

YB Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen parit Buntar menjadi Khatib pada hari ini. Beliau turut berdemo selepas solat Jumaat.

YB Dr Mansor Othman TKM 1 P.Pinang hadir bersama demo tersebut tetapi lewat sedikit kerana solat Jumaat di Masjid Guar Perahu bersama TYT P.Pinang.

Thursday, August 13, 2009

Bengkel putuskan daftar Pakatan Rakyat



Bengkel putuskan daftar Pakatan Rakyat
on
Aug
13
ImageVERSI TERKINI

PETALING JAYA, 13 Ogos: Hampir 100 para pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu dari PAS, PKR dan DAP berhimpun di Tropicana Golf Club pagi ini mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan tidak lama lagi.

Keputusan ini dicapai selepas menerima cadangan dari pimpinan Pakatan yang telah membincangkan perkara itu sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Harakahdaily.

Menurut Anwar, mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang akan memperincikan perkara ini dan seterusnya mendaftar Pakatan Rakyat kepada Pendaftar Pertubuhan.

Menurut Anwar, beberapa persoalan teknikal seperti jumlah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat perlu tujuh parti akan diperincikan kemudian.

"Ini bukan undang-undang, ia hanya peraturan dalam mendaftar sahaja," kata Anwar.

Isu kedudukan Pakatan Rakyat yang dianggap longgar ekoran tidak didaftar secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional (BN) menjadi salah satu topik perbincangan dalam Bengkel Memperkasakan Pakatan Rakyat di Tropicana Golf Resort hari ini.

Hampir 100 pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyertai bengkel bermula jam 9 pagi dan akan berakhir sehingga lewat petang ini.

Selain Anwar, turut serta adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Image
Yang tidak kelihatan hanya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Karpal Singh, Pengerusi DAP.

Setiap parti menghantar kira-kira 30 perwakilan ke dalam bengkel sehari ini.

Turut sama dibincangkan adalah isu menangani arak di Selangor, Jawatankuasa Disiplin Pakatan Rakyat dan serangan BN terhadap Pakatan Rakyat.

Untuk isu arak, bengkel bersetuju dengan pendirian Selangor dalam hal ini. Isu pertembungan peribadi antara Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu dan Datuk Dr Hassan Ali juga selesai dalam bengkel ini.

Sehingga Pakatan Rakyat didaftarkan secara rasmi, isu disiplin akan ditangani oleh parti masing-masing.

Isu serangan BN terhadap Pakatan juga dijawab oleh Anwar apabila ditanya wartawan.

"Kita akan pertahan habis-habisan kerajaan Selangor dan kita yakin BN memang akan berusaha ke arah itu sebagai yang mereka buat di Perak," kata Anwar.

Pergi Tak Kembali - Ustaz Asri Rabbani




Vokalis utama kumpulan Nasyid Rabbani, Ustaz Mohamad Asri Ibrahim meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Ustaz Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.


Beliau yang baru berusia 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Satu kehilangan besar buat dunia nasyid di Malaysia.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman. Al-Fatihah

Wednesday, August 12, 2009

Nik Aziz tak bantah DAP hina Islam




KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpinpemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," katanya.BERNAMA

Tuesday, August 11, 2009

‘Biodata’ ringkas Dajjal:





Bayi DajjalSudah lama saya menerima e-mel seorang anak Yahudi yang dilahirkan di Israel (moga Allah memusnahkan negara ini) bermata satu. Ditanya: Inikah Dajjal yang dijanjikan dalam hadis Nabi bahawa ia akan muncul di akhir zaman? Sementelah pula kita memang berada di akhir zaman sekarang. Tanda-tanda kecil Kiamat sudah meratai dan hampir menyeluruh. Hanya menunggu tanda-tanda besar sahaja yang di antaranya Dajjal.

Saya memetik beberapa perkara penting tentang Dajjal seperti di bawah. Saudara boleh merujuk kepada kuliah tafsir surah al-Kahfi yang saya telah uploadkan di ruangan koleksi ceramah dan kuliah, serta beberapa siri kuliah (akan diupload kemudian insyaAllah) dari kitab Bahr al-Mazi tentang Dajjal yang saya sampaikan di sebuah masjid di Kemaman ini.

Dari segi bahasa, ia berasal dari ad-Dajl iaitu menyelubungi. Dinamakan orang yang sangat pembohong sebagai Dajjal kerana ia menyembunyikan kebenaran dengan menzahirkan kebatilan.

Beberapa perkara asas yang perlu diketahui tentang Dajjal ialah:

-Adakah ia Ibn Sayyad atau selainnya? Dan jika Dajjal itu ialah selain Ibn Sayyad, adakah ia telah muncul di zaman Nabi SAW atau belum?

-Bila ia keluar?

-Kenapa ia keluar?

-Dari mana ia keluar?

-Apa ciri-cirinya?

-Apa yang ia dakwakan?

-Apakah fenomena yang berlaku ketika munculnya sehingga pengikutnya begitu ramai?

-Bilakah ia binasa dan siapakah yang membunuhnya?

Menjawab soalan-soalan di atas:

Pertama: Dalam Kitab ‘al-I’tisam’ ketika dihuraikan hadis Jabir bahawa Ibn Sayyad itulah Dajjal. (Ibn Sayyad ialah seorang kanak-kanak lelaki Yahudi yang mempunyai ciri-ciri Dajjal, menjawab balik jawapan Nabi dengan biadab. Hadis berkenaan dengannya sangat terkenal dan boleh dibaca dlm kitab-kitab Hadis)

Kedua: Hadis Fatimah binti Qais tentang kisah Tamim ad-Dari yang dikeluarkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu telah muncul semenjak zaman Nabi SAW lagi. Ia ditahan di satu pulau.

Ketiga: Hadis an-Nawwas yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu keluar ketika orang Islam membuka Qonstantinopel.

Keempat: Sebab keluarnya ialah kerana ia marah terhadap satu perkara. Ini di sebut di dalam hadis Ibn Omar dari Hafsah yang driwayatkan oleh Muslim.

Kelima: Keluarnya dari Timur. Dalam satu riwayat yang dikeluarkan oleh Ahmad, al-Hakim dari hadis Abu Bakar ia keluar dari Khurasan. Dalam riwayat lain oleh Muslim ia keluar dari Isfahan.

Keenam: Sifatnya ialah bermata satu dll

Ketujuh: Ia mendakwa pada awalnya iman, baik, kemudian nabi, dan kemudian Tuhan. Ini di sebut dalam riwayat yang dikeluarkan oleh atTabrani dari Sulaiman bin Shihab.

Kelapan: Ia binasa selepas munculnya di bumi dan memasuki semua tempat melainkan Mekah dan Madinah. Ia menuju Bait al-Maqdis. Nabi Isa turun lalu membunuhnya.

Abu Nuaim mengeluarkan ketika menerangkan tentang Hassan bin Atiyyah, katanya: Tidak terlepas dari fitnah Dajjal melainkan 12, 000 lelaki dan 7 ribu wanita. Wallahua’lam. (Ibn Hajar al-Asqalani j 13 ms131)

Kesimpulan dari hadis tentang Dajjal:

* Dajjal ialah seorang Yahudi
* Disebut juga sebagai al-Masih ad-Dajjal
* Dajjal hanya bermata satu kerana matanya yang sebelah buta
* Ramai pengikutnya Yahudi
* Dajjal akan menguasai dunia untuk satu tempoh masa dengan izin Allah dan mendakwa dirinya Tuhan
* Bakat ilusi dan tipudayanya tersangat hebat yang tidak pernah disaksikan sebelumnya
* Ia akan dibunuh di sebuah kampung bernama Bab al-Lud di Bait al-Maqdis

Kepercayaan orang Yahudi tentang personaliti yang disebut-sebut akan muncul di akhir zaman:

* Kedatangan Nabi atau Raja Bani Israel di akhir zaman yang dikenali al-Masih
* Al-Masih ini didakwa akan mewujudkan Kerajaan Tuhan di dunia atau ‘Kingdom of God on Earth’ dan membinasakan semua agama lainKabbala
* Penduduk kerajaan Tuhan di Dunia adalah semata-mata bangsa Yahudi yang mengikut agama Judaisme (Kebanyakan anggota Illuminati yang merupakan golongan pemodal elit antarabangsa adalah orang Yahudi yang beraliran mistik Kabbala dan bertuhankan Lucifer. Simbol mewakili Lucifer ialah mata satu yang bermaksud ‘Tuhan Lucifer’ melihat semuanya. Freemasson (kuda tunggangan Illuminati) juga menggunakan simbol mata satu ini. Aliran Yahudi Kabbala mendapat publisiti meluas di media antarabangsa sejak akhir-akhir ini berikutan penganutan bintang terkemuka penuh kontroversi AS, Madonna yang menjadi pengikut setia dan menyebarkan dakyahnya) fremason
* Terdapat satu aliran mistikal di kalangan umat Yahudi yang percaya kepada kemunculan Tuhan Lucifer yang bermata Satu. Mempunyai tipu ilusi yang tiada tolok banding (ingat Hollywood dan media maya)

(rujukan:

Sesungguhnya Tuhan kamu tidak bermata satu, Crescent News (KL) Sdn Bhd, cet 1, 2007 ms 126)

Kamarul Ramizu umum tanding calon Bebas di Permatang Pasir




KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Kamarul Ramizu Idris, 43, yang sebelum ini pernah bertanding dua pilihan raya kecil, malam ini mengumumkan bertanding untuk kali ketiga pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pauh pada 25 Ogos ini atas tiket Bebas.

Berasal dari Taiping, Perak dan berpendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), King Edward VII, Taiping, beliau sekali lagi mempertaruhkan nasib walaupun kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan pilihan raya kecil DUN Penanti sebelum ini.

Ketika menghubungi Berita Harian Online, Kamarul yang juga penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Pekida), berkata beliau akan menggunakan simbol payung hitam dan berkempen lebih tersusun menggunakan lebih 300 jentera terdiri penyokongnya.

Monday, August 10, 2009

BETUL MUHYIDDIN, DIA MEMANG PENGKHIANAT MELAYU!!

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengkhianat Melayu yang dibuktikan menerusi beberapa tindak tanduknya selama ini. Memang betul Tan Sri, dia adalah pengkhianat Melayu. Dia memang pengkhianat Melayu, dia memang pengkhianat Melayu, dia memang pengkhianat Melayu!

Dia yang diberi nama UMNO itu diberi masa setengah abad untuk membantu Melayu, tapi dia lebih banyak mengkhianati Melayu demi kuasa dan memenuhkan kantung diri dan kroninya!!

BETUL MUHYIDDIN, DIA MEMANG PENGKHIANAT MELAYU!!

Betul katamu, Muhyiddin memang dia pengkhianat Melayu
memang dia pengkhianat Melayu
setengah abad diberi tampuk kuasa
tapi dia pengkhianat Melayu
ekuiti Melayu masih di takuk gitu-gitu juga
kerana mereka songlap harta negara atas tiket Bumiputra
kantung mereka merempah ruah, kantung kita tiris kosong
mereka tidur dalam mahligai agam penuh kemegahan
kita tidur dalam teratak usang penuh kedukaan
mereka berbelanja bagai nak rak di luar negara
kita bernafas semput ketika rezeki semakin susut.

Betul katamu, Muhyiddin memang dia pengkhianat Melayu
memang dia pengkhianat Melayu
setengah abad diberi tampuk kuasa
Bahasa Melayu hanya arca hiasan
mesyuarat kabinet Bahasa Inggeris
mesyuarat di pejabat Bahasa Inggeris
wawancara di TV Bahasa Inggeris
pengumuman di pasaraya Bahasa Inggeris
kain rentang Bahasa Inggeris
Sains Matematik 6 tahun Bahasa Inggeris
nak ubah PPSMI ke Bahasa Melayu terkemut-kemut 3 tahun
precint, House of Justice, Bank Agro dan lain-lain
mana Bahasa Melayu, mana Bahasa Melayu
kerana mereka nampak Bahasa Melayu tiada nilai komersil

Betul katamu, Muhyiddin memang dia pengkhianat Melayu
memang dia pengkhianat Melayu
setengah abad diberi tampuk kuasa
Melayu mendepani Rekod Guiness Malaysia:
Melayu jaguh dadah
Melayu jaguh rempit
Melayu jaguh buang anak haram
Melayu jaguh korupsi
Melayu jaguh lepak kosong
Melayu jaguh ragut
Melayu jaguh dan jaguh
Melayu jaguh segalanya yang bernama buruk dan keji.

Betul katamu, Muhyiddin memang dia pengkhianat Melayu
memang dia pengkhianat Melayu
setengah abad diberi tampuk kuasa
UMNO lebih banyak bercakap dari melakukannya
memang UMNO pengkhianat Melayu
dan Melayu akan pastikan
pengkhianat itu tidak akan bernafas lagi dalam PRU ke-13
kerana dia memang pengkhianat Melayu!!

Pilihan raya kecil Permatang Pasir 25 Ogos

Isnin Ogos 10, 2009
Pilihan raya kecil Permatang Pasir 25 Ogos

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan berlangsung pada bulan Ramadan dengan penamaan calon ditetapkan pada 17 Ogos ini.

Jika ada pertandingan, hari mengundi adalah pada 25 Ogos.

Ia diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Sunday, August 09, 2009

Doa untuk keselamatan dan kesentosaan dari wabak dan segala penyakit

Oleh kerana sekarang ini berlaku pelbagai wabak penyakit seperti selsema babi, sebaiknya kita umat islam meminta perlindungan dari Allah, supaya dijauhkan penyakit seperti ini.

Ini doa nya, di baca tiga kali pada pagi dan petang
بسم الله الرحمن الرحيم
تَحَصَّنَا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اَلَّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, dan kami berlindung dengan tuhan yang memilik alam gaib, dan kami bertawakal kepada tuhan yang hidup lagi yang tidak mati, ya Allah jauhkan lah kami daripada wabak ini dan taun, dan segala bala, (kami mohon) dengan ihsan mu wahai tuhan yang maha lemah lembut lagi maha mengetahui sesunguh engkau diatas setiap sesuatu amat berkuasa,

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحم

Thursday, August 06, 2009

Kesian betul, cuma mereka dan kroni aje yang melatah




Kalau cuma 20 peratus yang kata demo mansuh ISA menyusahkan...maksudnya apabila mereka terpekik terlolong mengatakan rugi 200 juta...20 juta, semuanya auta belaka.

Cuma menjustifikasi tindakan luar batasan manusia, apabila majoriti 80 peratus rakyat malaysia mengatakan tidak menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

Padahal apabila rakyat Malaysia berhimpun di sekitar Kuala Lumpur, pendapatan penjaja dan peniaga bertambah.

Keuntungan berlipat ganda bagi peniaga dan tokey gedung-gedung perniagaan di Sogo, Masjid India dan KLCC.

Keuntungan operator pengangkutan awam pun bertambah......

Yang menjadikan rugi apabila yang mengganggu ketenteraman awam adalah mereka yang tidak mengerti dan buat-buat tak reti tentang hak berhimpun dan bukannya rakyat biasa yang keluar meluahkan perasaan tanpa menjejaskan kehidupan harian masyarakat di Kuala Lumpur.

Tuesday, August 04, 2009

KENYATAAN AKHBAR ZULKIFLI BIN NOORDIN



ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
Isnin 12 Sya'ban 1430 / 03 Ogos 2009

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong (DAP)merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12.

Didalam kenyataannya, YB Ooi mengkritik hebat Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR.

YB Ooi menuduh Sdr. Mohd. Razali sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).

YB Ooi mendesak "the council should not allow "a religious extremist" in its administration" (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam)di dalam pentadbirannya). Beliau selanjutnya menyatakan "the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system" (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang untuk membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan").

Saya mengambil pendirian mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh YB Ooi tersebut. Adalah jelas kenyataan tersebut di buat samada sebagai seorang yang terlalu dangkal dan bodoh atau pun kerana kesombongan dan keangkuhan yang melampau.

Pertama, Sdr. Mohd. Razali Abdullah adalah seorang jurutera yang berkelayakan dan mendapat kelulusan akadamik yang cemerlang. Beliau adalah ahli Parti Keadilan Rakyat dan diberi amanah dan mandat mewakili PKR didalam Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang.

Kedua Jemaah Islah Malaysia adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar diluar negeri. JIM tidak ada kena mengena dengan Kumpulan JI yang difitnah dan ditohmah sebagai sebuah badan teroris oleh Barat dan yang sewaktu dengannya.

Buat pengetahuan YB Ooi, kebanyakan pelajar Muslim Malaysia yang belajar di luar negeri akan menjadi ahli kepada beberapa gerakan dan NGO Islam samada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Jemaah Tabligh Malaysia ataupun Kelab Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan lain-lain.

Buat makluman YB Ooi dan yang sewaktu dengan beliau, menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana "bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang menerima pakai undang-undang syariah sepenuhnya" adalah satu pertuduhan yang biadap dan melampau. Setiap Muslim yang beriman, samada di Malaysia atau di mana juga di dunia ini, sudah pasti akan mempunyai cita-cita seperti itu. Hanya cara dan mekanisma untuk mencapainya sahaja yang berbeza. Ada yang berjuang melalui perjuangan bersenjata, ada yang melalui ruang politik, ada yang melalui proses demokrasi, ada yang melalui cara berdakwah dan banyak lagi kaedah dan cara. Pokok pangkalnya, setiap Muslim beriman mempunyai cita-cita yang sama.

Every Muslim worth his salt would definitely aspire to have full syariah law implemented in their way of life. To accuse such Muslim as extremist for believing so would mean you are accusing every single faithful Muslim gulity of being an extremist. And if aspiring to have syariah law implemented in full is considered extremist, then every faithful Muslim would be proud to be labelled as extremist!

Sebenarnya sikap yang ditunjukkan oleh YB Ooi dalam mengeluarkan kenyataan tersebut menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang yang ekstremis dan chauvinis.

Saya dengan ini mendesak YB Ooi supaya menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka khususnya kepada Sdr. Mohd. Razali Bin Abdullah dan Jemaah Islah Malaysia, dan umumnya kepada umat Islam. Kenyataan dangkal, bodoh dan sombong yang di buat beliau itu telah mengguris perasaan umat Islam yang telah lama bersabar dengan karenah dan mehnah serta sikap sombong melampau orang seperti beliau.

Saya khuatir dengan sikap Islamophobia dan prejudis dan prasangka terhadap agama Islam dan umat Islam yang ditunjukkan oleh pimpinan DAP saperti YB Ooi yang sudah pasti akan membawa kesan negatif kepada usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan dan perpaduan di antara agama di negara ini. Malaysia tidak memerlukan mereka yang bersikap ekstremis dan chauvinis serta berfahaman sempit saperti YB Ooi ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin


Untuk makluman anda, saya pernah mengeluarkan artikal minggu depan Isu Besar akan meletup di P.Pinang. Baca di sini. Ia memang ada berkaitan dengan isu Jeff Ooi YB DAP Jelutong yang terlampau ini.

Saya dihubungi oleh Hj Razali petang tadi mengatakan betapa biadapnya Jeff Ooi ini. Mengapa Jeff Ooi marah sangat kepada Hj Razali bin Abdullah?

Hj Razali adalah adik kepada YB Manek Urai yang baru menang Hj Mohd Fauzi Abdullah. Semasa tempoh kempen di Manek Urai saya tanya beliau, mengapa isu besar tidak jadi meletup? Beliau menjawab saya cuba guna saluran dalaman dulu.

Nampak gayanya Jeff Ooi sudah terlalu biadap. Isu kubur Islam di Jelutong adalah satu sebab mengapa Jeff Ooi marah sangat kepada 2 Ahli Majlis MPPP dari PKR iaitu Hj Razali dan Bakhtiar.

bersambung...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Monday, August 03, 2009

Tok Guru Kata ISA Hina Martabat Manusia!




Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menghina martabat manusia di muka bumi ini, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, manusia merupakan makhluk terbaik ciptaan Ilahi dan penggunaan ISA tidak ubah seperti ‘melayan haiwan’ yang boleh diperlakukan pelbagai cara oleh manusia.

“Penggunaan ISA, bukan manusia melayan seperti manusia, (tetapi) ia seperti haiwan yang (boleh) dipukul dan diperlakukan dengan pelbagai cara,” katanya ketika ditemui selepas hadir di Kelantan Delight, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perarakan yang dilakukan oleh penyokong Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang diadakan di beberapa lokasi di ibu negara semalam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ISA tidak seharusnya dipinda seperti mana yang dinyatakan oleh pimpinan BN, sebaliknya harus dihapuskan dan diganti dengan penambahbaikan undang-undang jenayah.

“(Jika) Nak pinda, ertinya ISA masih ada dan menteri masih lagi berkuasa daripada undang-undang, kuasa menteri lebih, itu tidak betul, menteri juga terletak di bawah Allah, tidak boleh,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku kini, undang-undang di negara ini hanya berkuat kuasa kepada rakyat sebaliknya ia tidak diperuntukkan kepada menteri yang melakukan kesalahan.

Mengulas mengenai kenyataan pimpinan UMNO yang menyuarakan keyakinan tinggi meraih sokongan rakyat pada pilihan raya kecil Permatang Pasir, Nik Aziz berharap parti tersebut tewas dalam pilihan raya itu.

“Saya harap UMNO tidak akan naik (kembali) sampai bila- bila, tidak perlu ada UMNO tetapi jika tidak ada Pas tidak boleh. Kalau orang UMNO masuk Pas lagi baik, selagi ada UMNO selagi itu tindakan karut berlaku.

“Di Manek Urai, undi (Pas) turun sebab duit, orang kampung kelabu mata. Jika tidak ada duit UMNO tidak akan wujud di muka dunia ini,” katanya. -SH

Sunday, August 02, 2009

UMNO BAKAL HILANG WANG PERTARUHAN DI PRK PERMATANG PASIR



1 Ogos...Modal kempen PAS di PRK Permatang Pasir
"Kenyataan beberapa menteri mengatakan ISA tidak akan dihapuskan kurang bijak dan telah menimbul provokasi kalangan rakyat dan ianya tidak wajar dilakukan."

"Himpunan semalam menjelaskan bahawa pengaruh Pas dari peringkat bawahan kalangan Melayu sangat besar. Kedudukan ini Pas berpotensi untuk menerajui Pakatan ataupun menjadi parti alternatif. Sekiranya himpunan semalam tanpa disertai Pas atau dimobilisasikan Pas mungkin ianya tidak berjaya dan memberi impak besar kepada UBN."




"Himpunan semalam juga menyaksikan kekuatan dan pengaruh Pas yang sebenarnya. Ahli dan penyokong Pas sedia bila-bila masa saja untuk dikerah. Mereka juga akur dan taat kepada seruan pemimpin mereka atas nama jihad menuju keredhaan Allah."

"Kedudukan ini Pas berpotensi untuk menerajui Pakatan ataupun menjadi parti alternatif. Sekiranya himpunan semalam tanpa disertai Pas atau dimobilisasikan Pas mungkin ianya tidak berjaya dan memberi impak besar kepada UBN." -MSO

usinkata;Rakaman peristiwa tarikh 1 Ogos 2009 akan menjadi "tonik" dan "air tongkat ali" buat PAS bagi menghadapi PRK Permatang Pasir...Kebangkitan PAS selepas kemenangan "tipis" di Manik Urai akan terserlah di Permatang Pasir...ini dikuatkan lagi dengan desas desus bahawa PAS akan meletakan calon yg paling popular iaitu Abg Mat Sabu utk bertanding diPermatang Pasir nanti.

Apakah kita akan melihat kekalahan paling memalukan yg dialami oleh UBN sekiranya gagal menjawab dan memberikan penjelasan apa yg berlaku pada 1 Ogos lalu.Seandainya UBN hanya sekadar bertahan didalam isu 1Ogos ini maka akan termaktublah kekalahan paling memalukan buat Najib/UMNO/BN.
Kita tentu sahaja ingin melihat tajuk berita ini selepas keputusan rasmi diumukan.....
"UMNO HILANG WANG PERTARUHAN PRK PERMATANG PASIR" - apadianie.blogspot.com

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH