Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Tuesday, August 04, 2009
KENYATAAN AKHBAR ZULKIFLI BIN NOORDIN
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
Isnin 12 Sya'ban 1430 / 03 Ogos 2009
Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong (DAP)merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12.
Didalam kenyataannya, YB Ooi mengkritik hebat Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR.
YB Ooi menuduh Sdr. Mohd. Razali sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).
YB Ooi mendesak "the council should not allow "a religious extremist" in its administration" (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam)di dalam pentadbirannya). Beliau selanjutnya menyatakan "the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system" (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang untuk membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan").
Saya mengambil pendirian mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh YB Ooi tersebut. Adalah jelas kenyataan tersebut di buat samada sebagai seorang yang terlalu dangkal dan bodoh atau pun kerana kesombongan dan keangkuhan yang melampau.
Pertama, Sdr. Mohd. Razali Abdullah adalah seorang jurutera yang berkelayakan dan mendapat kelulusan akadamik yang cemerlang. Beliau adalah ahli Parti Keadilan Rakyat dan diberi amanah dan mandat mewakili PKR didalam Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang.
Kedua Jemaah Islah Malaysia adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar diluar negeri. JIM tidak ada kena mengena dengan Kumpulan JI yang difitnah dan ditohmah sebagai sebuah badan teroris oleh Barat dan yang sewaktu dengannya.
Buat pengetahuan YB Ooi, kebanyakan pelajar Muslim Malaysia yang belajar di luar negeri akan menjadi ahli kepada beberapa gerakan dan NGO Islam samada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Jemaah Tabligh Malaysia ataupun Kelab Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan lain-lain.
Buat makluman YB Ooi dan yang sewaktu dengan beliau, menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana "bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang menerima pakai undang-undang syariah sepenuhnya" adalah satu pertuduhan yang biadap dan melampau. Setiap Muslim yang beriman, samada di Malaysia atau di mana juga di dunia ini, sudah pasti akan mempunyai cita-cita seperti itu. Hanya cara dan mekanisma untuk mencapainya sahaja yang berbeza. Ada yang berjuang melalui perjuangan bersenjata, ada yang melalui ruang politik, ada yang melalui proses demokrasi, ada yang melalui cara berdakwah dan banyak lagi kaedah dan cara. Pokok pangkalnya, setiap Muslim beriman mempunyai cita-cita yang sama.
Every Muslim worth his salt would definitely aspire to have full syariah law implemented in their way of life. To accuse such Muslim as extremist for believing so would mean you are accusing every single faithful Muslim gulity of being an extremist. And if aspiring to have syariah law implemented in full is considered extremist, then every faithful Muslim would be proud to be labelled as extremist!
Sebenarnya sikap yang ditunjukkan oleh YB Ooi dalam mengeluarkan kenyataan tersebut menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang yang ekstremis dan chauvinis.
Saya dengan ini mendesak YB Ooi supaya menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka khususnya kepada Sdr. Mohd. Razali Bin Abdullah dan Jemaah Islah Malaysia, dan umumnya kepada umat Islam. Kenyataan dangkal, bodoh dan sombong yang di buat beliau itu telah mengguris perasaan umat Islam yang telah lama bersabar dengan karenah dan mehnah serta sikap sombong melampau orang seperti beliau.
Saya khuatir dengan sikap Islamophobia dan prejudis dan prasangka terhadap agama Islam dan umat Islam yang ditunjukkan oleh pimpinan DAP saperti YB Ooi yang sudah pasti akan membawa kesan negatif kepada usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan dan perpaduan di antara agama di negara ini. Malaysia tidak memerlukan mereka yang bersikap ekstremis dan chauvinis serta berfahaman sempit saperti YB Ooi ini.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Untuk makluman anda, saya pernah mengeluarkan artikal minggu depan Isu Besar akan meletup di P.Pinang. Baca di sini. Ia memang ada berkaitan dengan isu Jeff Ooi YB DAP Jelutong yang terlampau ini.
Saya dihubungi oleh Hj Razali petang tadi mengatakan betapa biadapnya Jeff Ooi ini. Mengapa Jeff Ooi marah sangat kepada Hj Razali bin Abdullah?
Hj Razali adalah adik kepada YB Manek Urai yang baru menang Hj Mohd Fauzi Abdullah. Semasa tempoh kempen di Manek Urai saya tanya beliau, mengapa isu besar tidak jadi meletup? Beliau menjawab saya cuba guna saluran dalaman dulu.
Nampak gayanya Jeff Ooi sudah terlalu biadap. Isu kubur Islam di Jelutong adalah satu sebab mengapa Jeff Ooi marah sangat kepada 2 Ahli Majlis MPPP dari PKR iaitu Hj Razali dan Bakhtiar.
bersambung...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment