HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Tuesday, July 17, 2012

Apa itu Air Ketum




TAU tak apa itu ketum..??


Mungkin ada yang dah tau dan ada juga yang tidak tau kan..??
Selain ketum nama lainnya adalah "Biak".. Air ketum nie dihasilkan dengan cara merebus daun pada pokok ketum ini. Dalam bahasa English pokok nie dinamakan "Kratom".Pokok nie kebanyakkan terdapat di afrika,Utara dan tengah semenanjung serta di selatan thailand.Di Thailand pokok nie dinamakan Kakuan,Lthang,Dan juga Thom. Nama saintifik bagi pokok ini adalah Mitragyna speciosa korth.



Daun ketum ini sebenarnya digunakan oleh orang tua zaman dahulu sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru bersalin,Ia juga digunakan sebagai rawatan membuang angin dalam badan serta rawatan sakit belakang,Selain itu ia juga digunakan untuk melegakan Cirit-birit dan sebagainya.Namun sekarang ia disalahgunakan dan dijual secara berleluasa oleh pihak yang tidak bertangungjawab. Seperti kita tahu apa sahaja ubat-ubatan jika diambil secara berlebihan akan memberi kesan yang memudaratkan pada diri kita. Ia juga sama seperti air ketum ini.Malah Air ini juga boleh membuat seseorang itu mabuk jika diminum secara berlebihan.


Untuk pengetahuan anda pokok ketum ini mempunyai Mitraginin yang membolehkan seseorang itu ketagih jika meminumnya.





Antara Kesan-kesan Penagihan Air Ketum

Susut berat badan
Insomnia
anoreksia
Bibir menjadi kering
Sembelit atau kesukaran membuang air besar
Kesan lebam terbakar di muka terutamanya di bahagian pippi dan sebagainya

Kalau tak salah saya air ketum ini telah dikategorikan sebagai bahan larangan sejak tahun 2003 lagi

Oke setakat ini dulu pengenalan mengenai air ketum.Entry yang akan datang saya akan ceritakan bahan yang digunakan untuk merebus air ketum di pasaran gelap.

Mungkin ada yang terkejut dengan bahan yang mereka gunakan.

Insyaallah kita jumpa lagi.. :-)

Rujukan :- Wikipedia

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH