HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Thursday, May 10, 2012

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL pr. kekal memerintah ditiga negeri ini


KUALA LUMPUR 10 Mei: Kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati, sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN) di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Memetik laporan Harakah Daily, kajian ini menolak gembar gembur BN sekarang bahawa Kerajaan Negeri PR di ketiga-tiga negeri itu akan jatuh dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut kajian itu, masyarakat India paling kuat menyokong PR di Selangor iaitu 60 peratus menyokong PR, 20 peratus BN dan 20 peratus lagi tidak pasti.

Untuk masyarakat Melayu pula, kajian itu mendapati, BN mendapat 34 peratus, PR (33 peratus) dan tidak pasti (33 peratus).

Di kalangan orang Cina pula, 49 peratus dari mereka menyatakan sokongan kepada PR, BN (hanya 16 peratus) dan tidak pasti (35 peratus).

Menurut kajian ini juga, PR mendapat sokongan pengundi Melayu di Kedah iaitu 43 peratus berbanding BN hanya 33 peratus manakala 24 peratus lagi tidak pasti.

Pengundi Cina juga menyokong PR iaitu 50 peratus berbanding BN (38 peratus) dan tidak pasti (12 peratus).

Namun begitu, 65 peratus pengundi India menyokong BN berbanding PR (10 peratus) dan tidak pasti 25 peratus.

Sokongan rakyat kepada PR juga meninggalkan BN di Kelantan iaitu PR 44 peratus, BN (27 peratus) dan tidak pasti (29 peratus).

Bagaimanapun, mengikut kajian ini, BN akan terus menang di Perak dan Negeri Sembilan serta peringkat nasional.

Bilangan responden kajian ini adalah 2282 orang.

Kajian ini dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

Kajian lapangan dilakukan pada 31 Mac 2012 hingga 15 April 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kajian ini melibatkan 43 orang enumerator dan tiga penyelia. Ia dijalankan sebelum isu PTPTN dan Bersih 3.0.

Projek penyelidikan ini dibiayai oleh Fundamental Research Grant Scheme (FRGS).

Kajian tidak dibuat untuk Pulau Pinang dan lain-lain negeri.

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH