HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Tuesday, November 02, 2010

Galas: BN di depan, majoriti belum buat keputusan

Galas: BN di depan, majoriti belum buat keputusan
Harakahdaily

SHAH ALAM, 2 Nov: Kajian lapangan yang dijalankan oleh Ilham Centre pada 29 hingga 31 Oktober mendapati BN mendahului PAS sebagai parti yang akan memenangi pilihan raya ini iaitu 22 peratus manakala PAS 15.6 peratus namun 54.1 peratus lagi respondan tidak membuat kenyataan pasti.

Ilham Centre, sebuah firma penyelidikan lapangan bebas, menemui bahawa jumlah pengundi yang meletakkan jawapan TIDAK PASTI dalam jangkaan parti mana akan menang adalah paling tinggi berbanding kawasan lain dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini terutama dalam saat hampir dengan tarikh pengundian.

Jumlah pengundi ini boleh ditafsirkan sebagai pendirian berhati-hati dan mengambil pendirian tunggu dan lihat. Ini juga dilihat menyediakan peluang terbuka kepada kedua parti ini untuk berusaha meyakini dan memenangi hati pengundi untuk parti masing-masing menang dalam pilihan raya ini.

Dapatan kajian lapangan di kalangan pengundi di DUN Galas mendapati bahawa pengundi terlalu berhati-hati dalam menyatakan kecenderungan pola pengundian mereka.

Namun begitu, hasil kajian ini tidak perlu dirungsingkan sangat oleh PAS kerana 45 peratus respondan adalah ahli Umno berbanding dengan 20 peratus PAS dan PR dan 35 peratus lagi pengundi atas pagar.

Berikut adalah sebahagian ringkasan eksekutif yang dibuat oleh penal penyelidik Ilham Centre terhadap kajian mereka ini.

Jika diamati pada dapatan kajian, kebanyakan pengundi mengambil pendirian tunggu dan lihat “tawaran politik” oleh kedua-dua parti yang bertanding. Ini merujuk kepada soalan kepada mereka mengenai parti mana yang akan menang dan jawapan kepada numerator kebanyakannya memilih TIDAK PASTI akan mengundi siapa dan TIDAK RESPON sebagai tanda menyembunyikan pendirian politik mereka begitu tinggi.

Ini juga memperlihatkan satu trend menarik pengundi yang mana pendirian mereka yang memerlukan komitmen politik oleh kedua-dua parti dalam survival kehidupan mereka.

Mereka memerlukan PAS untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri seperti pemilikan tanah, peluang pekerjaan, keperluan infrastruktur seperti air dan perparitan dan sebagainya.

Mereka juga masih memerlukan BN bagi pihak kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan keperluan dan bantuan pertanian seperti baja, kemudahan infrastruktur dan pembangunan dalam cakupan kuasa federal kerana corak majoriti pengundi merupakan petani.

Maka, ILHAM dapati, dilema pendirian ini menyebabkan mereka mengambil pendirian berhati-hati sebelum menterjemahkan sokongan politik mereka kepada calon dan parti yang bertanding.

Mereka juga dilihat seolah-olah cuba mengelak daripada dilabel sebagai memihak dan berusaha menyembunyikan pendirian politik mereka dikhuatiri akan menjejaskan peluang untuk mendapatkan tuntutan setempat mereka.

Kajian ini dilaksanakan bagi melihat empat asas utama dalam kerangka pilihan raya iaitu, menilai sikap pengundi terhadap calon yang bertanding, mengetahui isu yang mempengaruhi undi, mengukur kekuatan jentera parti pada persepsi pengundi dan parti manakah pada pengamatan mereka akan memenangi dalan pilihan raya ini.

1. Populariti calon PAS melebihi calon UMNO


Calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad dilihat lebih dikenali di kalangan pengundi berbanding calon BN. Merujuk kepada soalan mengenai calon yang mereka kenali, sejumlah 60 peratus pengundi yang ditemubual mengakui mengenali calon PAS ini. Ini kerana beberapa faktor antara yang jelas ialah, Dr Zulkifli ini pernah bertanding sebagai calon Parlimen pada pilihan raya lepas. Ini sebenarnya boleh ditafsirkan sebagai kelebihan kepada jentera PAS berbanding BN. Namun begitu, calon UMNO/BN mengekori rapat dengan 56.7 peratus popular di kalangan pengundi.

2. Isu Tanah dan Infrastruktur tidak lengkap membelit kempen PAS.

Dalam dapatan kaji selidik menunjukkan bahawa isu pemilikan tanah agak kritikal dibangkitkan oleh pengundi terutama di Daerah Mengundi Kampung Pulai, Batu Papan, Lepan Tupai dan Sungai Terah. Isu tanah diwakili peratusan tertinggi isu utama bagi pengundi Galas iaitu sebanyak 56.5 peratus Rungutan infrastruktur yang kurang memuaskan sebanyak 45 peratus.

Merujuk kepada isu tanah, di Kampung Pulai misalnya, permintaan pengundi Cina Peranakan terhadap status tanah yang diterokai mereka masih belum jelas status hak milik menyebabkan pendirian politik mereka agak dingin. Ini sedikit memberi tekanan dalam kempen PAS, kerana pengundi di sini ingin melihat penyelesaian konkrit dalam permasalahan ini.

3. Jentera tempatan tidak kelihatan, didominasi jentera luar dan kekuatan hampir seimbang antara kedua parti.

Sepanjang pemerhatian lapangan, kempen menerusi jentera mahupun program kerajaan agak kurang meriah berbanding beberapa siri pilihan raya kecil yang lain. Jentera kedua parti yang bertanding kelihatan sukar menghidupkan pos-pos bertugas parti. Kebanyakannya digerakkan oleh jentera daripada luar Galas. Namun, jika dibandingkan, jentera PAS dilihat lebih komited dan agresif berbanding jentera UMNO/BN setakat tempoh kajian lapangan ini dijalankan.

4. Kesimpulan

Dari hasil kajian lapangan di atas bolehlah di buat kesimpulan bahawa setakat tempoh berkempen ini, bacaan sikap pengundi atas pagar, dan orang asli adalah penentu kejayaan calon UMNO/BN untuk menang. Manakala PAS perlu mengekalkan momentum kejayaan pada pilihan raya lepas dengan mengekalkan sokongan pengundi Cina di kawasan Bandar, bergantung kepada pengundi luar Galas serta memenangi hati pengundi UMNO/BN yang kecewa dengan kerajaan persekutuan.

ILHAM melihat, dalam fasa akhir kempen yang berbaki 2 hari lagi, peluang kedua parti untuk menang masih terbuka luas dengan syarat jentera harus agresif meyakinkan pengundi.

Latar belakang kajian lapangan “Tinjauan Awal Perspektif Umum dan KecenderunganTrend Pengundian di N31 Bagan Pinang”.

• Para pengundi berdaftar dan penduduk di N31 Bagan Pinang dipilih menerusi kaedah pemilihan berstruktur dan ditemubual (interviews) di samping pemerhatian secara terus dan penglibatan di lapangan (survey by direct and participant observation).

• Responden terdiri daripada 81.0 peratus pengundi Melayu dan 19.0 peratus Cina. Orang Asal tidak termasuk dalam kajian lapangan ini.. Respondan dipilih berdasarkan komposisi kaum dan lokaliti Unit Peti Undi (UPU) mengikut saluran di tempat itu.

• Persampelan dibentuk dengan mengambilkira jumlah pengundi berdaftar/ penduduk di setiap DUN dalam N45 Galas berasaskan parti, pecahan kaum, UPU, lokaliti kawasan, jantina, umur dan pekerjaan.

• Kawasan/lokaliti kajian adalah sekitar Galas yang melibatkan kawasan bandar dan luar bandar di 7 buah Unit Peti Undi (UPU) (Lepan Tupai, Batu Papan, Kampung Pulai, Sungai Terah, Bandar Lama Gua Musang, Bandar Baru Gua Musang dan Kampung Bharu)

• Temubual dan observasi dijalankan dari 29 hingga 31 Oktober 2010

• Ralat bagi kaji selidik ini adalah ±3.25 peratus.

Mengenai ILHAM CENTRE (KT0211031-M)

ILHAM Centre ditubuhkan pada 2006 sebagai sebuah firma penyelidikan bebas yang menumpukan pengkhususan dalam kajian lapangan. Fokus dan tumpuan penyelidikan berasaskan kajian lapangan mengambil kira pendekatan sepertimana kaedah penyelidikan akademik di peringkat pengajian tinggi. Penyelidikan pandangan awam yang dilakukan menerusi kaji selidik lapangan dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan dan kajian dasar.

Ilham Centre dibarisi oleh para pengkaji sosial yang mempunyai kepakaran di dalam bidang sains politik, politik antarabangsa, ekonomi dan kewangan, sains kemasyarakatan dan juga kajian dasar.

ILHAM Centre yakin bahawa sebuah negara yang maju harus didukungi dengan fakta dan statistik. Usaha ini juga bagi meletakkan harapan untuk menyumbangkan kepakaran untuk mengangkat tamadun Malaysia yang didasari dengan penggubalan dasar berdasarkan suara rakyat terbanyak.

Sekian, terima kasih.
Di sediakan oleh:
Panel Penyelidikan ILHAM Centre

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH