HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Wednesday, September 29, 2010

umno kutip wang rm100.warga emas



SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang ihsan kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipercayaai bersumberkan judi dalam satu majlis sambil diperhatikan Azhar Ibrahim (kanan) di Penaga, Kepala Batas.

ULASAN 1
 
Ada dua kebodohan dalam isu ini. Pertama, warga emas ini hanya dengar khabar dari laporan media, bukannya sumber sahih. Dan laporan media datang dari mamak kahwin dua (dengan artis pulak tu) dan dari blogger pencacai UMNO, pisau.net. Bukannya sumber sahih pun. Hanya hearsay (dengar cakap) sahaja. Bawa dalam mahkamah pun, hakim akan tolak berita ini.
Kedua. Kenapa serah pada ketua Pembangkang yang juga Adun UMNO, Dato Azhar Ibrahim. Kenapa tak serah pada Lim Guang Eng sendiri. Tak takut ke UMNO rembat duit tu. Kalau 40 orang darab 100, maknanya RM 4,000. Cukup untuk pemimpin UMNO tu bawak lari pergi golok. Beli tilam toto banyak-banyak kat sana.
Kan dah padam muka. Hilang rm 100 macam tu je. Memang orang tua suka diperbodohkan oleh UMNO. Kalau macam tu, baik semua kakitangan kerajaan, pulangkan duit gaji mereka. Sebab kerajaan UMNO dapat hasil dari judi, dicampur gaul dengan hasil-hasil lain seperti cukai dan wang rampasan. Nak ke kakitangan awam pulangkan duit gaji mereka kat Najib. Tentu jawabnya tak kan. Sebab mereka tak bodoh macam warga emas ini. Bukan salah warga emas itu, tapi salah UMNO yang tak nak taubat, asyik-asyik tipu orang tua je. Kalau orang muda, tak beraninya UMNO ambil kesempatan...


.....................................................................................................................................................

Lebih 40 warga emas pulangkan wang ihsan P. Pinang
 
 
 
ULASAN 2

KEPALA BATAS 29 Sept. - Lebih 40 warga emas hari ini memulangkan semula wang ihsan yang diberikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut.
Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72, berkata, dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ihsan tersebut dipercayai datang dari sumber tidak halal.
"Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.
"Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan... apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini," katanya kepada pemberita di sini.
Saidin dan kumpulan warga emas tersebut sebelum itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.
Saidin yang juga seorang imam di Pulau Mertajam di sini berkata, kesemua mereka bertindak demikian atas kerelaan hati.
Seorang lagi penerima Rosnani Mohd. Rashid, 62, berkata, dia berasa lega dapat memulangkan semula wang itu dan berharap kerajaan negeri tidak mempermainkan rakyat terutama orang Islam dengan memberikan sumbangan yang berasal dari sumber haram.
 
ULASAN 3
 

  KEPALA   BATAS : Sekumpulan 40 orang warga emas memulangkan wang ihsan
kerajaan Negeri Pulau Pinang yang di "heboh"kan  bersumberkan judi dalam satu
majlis. Kelihatan ketua pembangkang Pulau Pinang, Azhar Ibrahim (kanan berkopiah
hitam) sedang menjuarai pungutan tersebut di Penaga, Kepala Batas.



Walaupun
telah dijelaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa sumbangan tersebut
diasingkan dan diagihkan secara Islamik.



Beginilah
mainan mereka. Cuba kita lihat secara lebih terperinci. Bukankah Umno juara 
memelihara dan membiakkan serta mengutip segala hasil judi dan bisnes maksiat di
seluruh negara? Lihat juga bagaimana haramhalalnya "Lembaga Loteri Kebajikan
Masyarakat". Bagaimana wang ini diagihkan? Adakah kerajaan UBN mempunyai dua
tabung seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan Darul Naim yang ditadbir
oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat?



Amat
kasihan melihatkan warga emas yang kelihatan menyerahkan kembali wang tersebut
kepada Azhar dan rakan-rakan. Memang bijak pemimpin ini . Memakan hasil judi
memang jelas dan mutlak haramnya dalam Islam. Maka takutlah sekelian yang telah
menggunakan duit pemberian kerajaan negeri tersebut. Berebut-rebutlah mereka
mengembalikannya.



Pemimpin-pemimpin
beginilah juga yang mendiamkan diri apabila kerajaan memberikan lesen judi di
Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur, meluluskan lesen judi bola, memperbanyakkan
lesen pusat hiburan yang berbagai jenis jijiknya. Lihat sahaja pemimpin
-pemimpin ini membutakan mata dan memekakkan telinga serta membisukan mulut
melihat pusat-pusat hiburan maksiat di segenap ceruk ibu kota. Lihat sahaja di
Jalan Bukit Bintang sebagai contoh. Apa yang tidak ada di situ dan lihat juga di
bandar-bandar lain di Malaysia.



Lihat
juga judi dan maksiat yang lebih "professional", diberikan lesen-lesen untuk
kapal-kapal mewah mengoperasikan kegiatan-kegiatan tersebut. Bukankah kerajaan
UBN yang bertanggungjawab ? Perniagaan  jenis ini amat besar kutipan hasilnya.
Segala jenis hasil cukai , lesen, permit dikenakan bagi setiap jenis
perniagaan.Sebagai contoh, bagi membuka sebuah pusat hiburan, pendaftaran
perniagaan adalah wajib, lesen hiburan, bayaran kepada badan yang mengawasi
keselamatan iaitu permit dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, sekiranya mengambil
tenaga kerja dari luar negara, kemasukkan mereka ke Malaysia juga mendatangkan
hasil kepada kerajaan UBN. Segala lesen dan permit ini pula mestilah
diperbaharui dan ditetapkan pungutan hasilnya secara berkala. 



Segala
hasil pungutan ini tidak pun diasingkan seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan
Kelantan. Hasil ini jugalah yang disalurkan kembali kepada rakyat bagi membayar
gaji semua kakitangan kerajaan. Tidak ada pula yang memulangkan kembali gaji
yang di terima atau memulangkan kembali bantuan-bantuan berupa kewangan yang
diberikan oleh kerajaan UBN melalui agensi-agensi mereka. Tidak ada pula yang
menangis teresak-esak mengenangkan sudah lama makan gaji dengan kerajaan UBN
sehingga pencen memakan duit yang "tak tentu kalu" sehingga menjadi warga emas
sekarang......Bagi yang menangis tu..tambahkanlah ilmu Islam di dalam dada.
Semoga nur Islam akan memadamkan kecelaruan ini.

Ingat
masa sudah terlalu pendek dan semakin pendek untuk kita ke alam barzah !!!



Kepada
semua, UBN jadikanlah Islam sebagai rujukan dan pegangan dan PAKATAN (PR) pula
berhati-hatilah, kalau ada masalah jadikanlah ulama muktabar sebagai tempat
berguru dan menimba ilmu .









 thegreencompass:

gunakan
kompas anda : siapa yang kena tentulah celaru dan siapa yang mengena tentulah
juru harubiru.

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH