HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Tuesday, February 23, 2010

Anwar belum dibuktikan bersalah ...

KUALA LUMPUR : Tindakan Utusan yang menyiarkan kenyataan seorang pensyarah yang antara lain berkata, Pakatan Rakyat (PR) perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR dianggap sebagai kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah kerana Anwar belum dibuktikan bersalah.
"Utusan akhbar yang diperkudakan Umno untuk mengelirukan rakyat terus istiqamah melakukan kerja terkutuk memporak perandakan pemikiran rakyat supaya lebih bercelaru dan kacau.
"Tidak ada kerja lain selain melaga-laga, memfitnah, membohong dan sebagainya. Tujuan hanya satu memecahbelahkan PR dan memberikan gambaran bukuk PR kepada rakyat," jelas Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab kepada Erapakatan.com.
Beliau juga dalam kenyataannya menasihatkan pensyarah tersebut dan Utusan supaya menggesa pemimpin Umno yang jelas disabitkan dengan kesalahan rasuah supaya meletakkan jawatan terlebih dahulu antaranya Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain bukan Anwar yang belum dibuktikan bersalah.

"Ada pemimpin Umno yang 'melarikan' anak raja, membawa duit 'cash' keluar negeri dengan banyak, rasuah, skandal, pernah bunuh orang dan sebagainya tetapi masih mendapat tempat dalam Umno selepas melakukan perkara tersebut tetapi mengapa Umno dan pimpinannya terus memberikan kepercayaan kepada mereka itu pada suatu ketika dahulu," jelas beliau.
Hari ini Utusan menyiarkan kenyataan seorang pensyarah IPTA yang antara lain berkata, PR perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR.
Kenyataan dipetik berkata, perkara itu perlu kerana Anwar memberi rekod paling buruk kepada pakatan pembangkang dalam sejarah negara.
Pensyarah itu berkata, ini kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah.
Justeru kata pensyarah itu, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwar.


KUALA LUMPUR : Tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan kenyataan seorang pensyarah yang antara lain berkata, Pakatan Rakyat (PR) perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR, sebagai kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah kerana Anwar belum dibuktikan bersalah.

"Utusan, adalah akhbar yang diperkudakan Umno untuk mengelirukan rakyat dan ia terus istiqamah melakukan kerja terkutuk memporak perandakan pemikiran rakyat supaya lebih bercelaru dan kacau.

"Tidak ada kerja lain selain melaga-laga, memfitnah, membohong dan sebagainya. Tujuannya hanya satu, iaitu memecahbelahkan PR dan memberikan gambaran buruk PR kepada rakyat," jelas Ketua Penerangan Pas Melaka, Sofi Wahab kepada Erapakatan.com.

Beliau juga dalam kenyataannya menasihatkan pensyarah tersebut dan Utusan supaya menggesa pemimpin Umno yang jelas disabitkan dengan kesalahan rasuah supaya meletakkan jawatan terlebih dahulu; antaranya Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain bukan Anwar yang belum dibuktikan bersalah.

"Ada pemimpin Umno yang 'melarikan' anak raja, membawa duit 'cash' keluar negeri dengan banyak, rasuah, skandal, pernah bunuh orang dan sebagainya tetapi masih mendapat tempat dalam Umno selepas melakukan perkara tersebut tetapi mengapa Umno dan pimpinannya terus memberikan kepercayaan kepada mereka itu pada suatu ketika dahulu?" soal beliau.

Hari ini Utusan menyiarkan kenyataan seorang pensyarah IPTA yang antara lain berkata, PR perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR.

Kenyataan itu dipetik sebagai berkata, perkara penggantian Anwar itu perlu kerana beliau memberi rekod paling buruk kepada pakatan pembangkang dalam sejarah negara.

Pensyarah itu berkata, ini kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah.

Justeru, kata pensyarah itu, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwa

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH