HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Saturday, January 02, 2010

fakta Benarkah dakwaan Umno, PAS pesongkan fakta?

Umno mendakwa kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS sengaja memutarbelitkan fakta sejarah dengan mempersalahkan Barisan Nasional (BN) sebagai punca kepada keputusan mahkamah agar dibayar ganti rugi RM800 juta kepada syarikat pembalakan, kelmarin.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata kerajaan negeri tidak sepatutnya meletakkan kesalahan total ke atas Umno-BN kerana apa yang berlaku adalah di bawah pentadbiran Menteri Besar dari PAS ketika itu.

“Silap kalau kata PAS menanggung dilema yang diwarisi BN. Sebaliknya PAS menanggung dilema warisannya sendiri.

“Konsesi itu ditandatangani pada tahun 1964, pada masa itu Menteri Besarnya dari PAS iaitu Datuk Ishak Lutfi. Kemudian pembatalan projek itu berlaku pada 1975.

“Memang betul pada masa itu orang kata kerajaan BN tapi kita mesti ingat ia dipimpin Datuk Mohd Nasir, dari PAS,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau mengulas kenyataan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berhubung perkara berkaitan adalah berpunca daripada keputusan era pentadbiran Umno-BN.

DUN Kelantan 1974 hingga 1978 terdiri daripada 22 wakil PAS, Umno (13) dan MCA satu. Menteri Besar pada masa itu ialah Datuk Mohd Nasir iaitu wakil PAS.

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH