HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Friday, January 15, 2010

EHH...TERGAMAKNYA BLOGGER UMNO


Gara-gara isu Khalimah Allah dan kes bakar gereja yang melanda negara sekarang ini, maka ramai juga puak-puak UMNO yang menuding jari kepada pimpinan Pakatan Rakyat.

Kononnya kejadian itu telah dirancang dengan rapi susulan pilihanraya di Sarawak tidak lama lagi. Mereka menuduh bahawa ia telah diatur oleh pembangkang dalam usaha menarik sokongan penganut agama Kristian di sana untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Biar apa pun yang terjadi, terkadang kita agak hairan dengan sikap mereka yang sanggup menghina pemimpin Pakatan Rakyat terutama ulamak dari PAS sendiri. Sebelum ini, telah didedahkan bahawa ramai dikalangan blogger UMNO yang tergamak meletakkan lambang salib (Kristian) kepada beberapa orang pemimpin PAS atas kejadian tersebut.

Sikap kurang ajar mereka ini semakin menjadi-jadi apabila tergamak meletakkan lambang Salib pula pada wajah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat. Kami sungguh terkejut melihat paparan ini. Tergamak benar mereka melakukan perbuatan sedemikian, sedangkan perkara ini bukanlah dilakukan oleh pemimpin terbabit.

Mereka ini membuktikan kononnya Tuan Guru Nik Aziz turut bersekongkol dengan penganut Kristian dalam merencanakan kejadian yang berlaku baru-baru ini. Tambah parah lagi apabila gambar Nik Aziz diletakkan ditengah-tengah lambang salib berkenaan dan mereka meletakkan perkataan "undi didahulukan, Allah dicemarkan". Sebagai bukti
sila klik di sini.


[Sunggup kurang ajar melihat sikap para blogger UMNO yang tergamak meletakkan lambang salib pada wajah pemimpin PAS, apatah lagi terhadap MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz ini. Biarpun Bloggger bebas seperti kami banyak menulis dan mengutuk kepimpinan kerajaan hari ini, namun setakat ini masih belum tergamak untuk meletakkan lambang Kristian itu terhadap wajah-wajah pemimpun UMNO. Apakah begini sikap yang ingin mereka tonjolkan. Rakyat perlu bijak buat penilaian terhadap semua ini].

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH