HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Wednesday, December 30, 2009

'kami desak PAS keluar PR'..siapakah 'kami2' itu..??

Hari ini berlangsung satu sejarah yang sangat memalukan PAS apabila beribu(ribu ke..?) dikata ahli PAS membuat demo di depan pejabat PAS Selangor bagi mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat..kira2 20 ribu orang (oppss ribu kena buang sebab yang nampak 20 orang aje) membanjiri perkarangan pejabat Badan Perhubungan PAS negeri yang terletak di Pusat Perniagaan Worldwide di sini kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Siapakah mereka yang berani ini...depa kata depa sebagai penyokong dan pengundi PAS..tapi Salahuddin kata tu bukan orang parti..lagipun mana ada gerakan sebegitu dalam PAS..tak caya korang baca kat sini ..Pemuda amno juga menafikan menjadi dalang kepada hamba2 Allah yang pi buat demo tu..korang boleh baca kat sini ...

pemuda amno kata..'Ini gerakan orang Pas, sama ada atas inisiatif sendiri atau digerakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut Pas keluar dari PR.'

Naib Presiden PAS kata.."Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

ummi kata...memang sah bukan orang PAS..takde rupa orang PAS pun.. kalau depa ni bukan sapa2..apasal susah hati sangat PAS duk dalam Pakatan Rakyat ..setakat 20 orang saja yang nak PAS keluar PR adakah perlu kita ambil berat..? kalau dorang ni ahli PAS patut dikenakan tindakan displin..kalau bukan duk diam2 kat tepi jalan..peganglah kain rentang tu sampai tua...







apakah kehendak depa ni terhadap PAS Selangor..? moh kita baca sesama apa yang depa duk merapu hari ini...




KAMI BADAN BERTINDAK GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS SELANGOR (GKPPNS)

DENGAN INI MENDESAK, KEPIMPINAN PAS SELANGOR SUPAYA MENGKAJI SEMULA KERJASAMA DAN PERSEPEKATAN DALAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT BERLANDASKAN FAKTOR DAN PRINSIP DI BAWAH:-

1. PAS wajar menghentikan pakatan dengan DAP dan PKR yang jelas menolak Negara Islam.

2. PAS jangan merelakan diri menjadi boneka kepada DAP dan PKR.

3. PAS jangan sesekali menggadaikan maruah perjuangan demi agama dan bangsa hanya semata-mata untuk berkuasa.


4. PAS kekal sebagai Parti Islam dan tidak perlu bersekutu dengan kafir.

5. PAS sama sekali tidak relevan untuk berpakat dengan DAP.

6. PAS tidak perlu bergantung kepada parti lain utnuk berjuang dan perlu membina keyakinan rakyat terhadap PAS.

7. PAS bukan alat kepada parti lain.

8. PAS jangan membiarkan diri mereka diajar oleh rakyat sebagaimana yang berlaku kepada BN.

9. PAS perlu kembali ke pangkal jalan.

10. PAS perlu melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu dan Islam.

11. PAS mempunyai maruah sendiri.

12. PAS perlu realistik dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan hak orang Melayu Islam dan bukannya mengikut kehendak Pakatan Rakyat yang jelas didominasi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

13. Menyedari PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam seharusnya mengambil iktibar dalam senario politik Perak dan jangan nanti dihukum oleh penyokong dan pengundi PAS Selangor.

GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS NEGERI SELANGOR

Dari apa yang terdapat dalam memorendum ni..jelas sungguh depa2 ni cukup..cukup..cukup menyanyangi PAS..tapi apasal ummi yang duk dalam PAS tak rasa nak suruh PAS keluar dari PR..hmm.

.korang macamana..??



No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH