KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun diwajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.Peraturan itu yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah baru yang diperkenalkan dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Datuk Mustapa Mohamed, berkata keperluan pemeriksaan mandatori itu adalah langkah awal ke arah pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV)."Kini terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia lebih 10 tahun di jalan raya. Berbanding negara lain, Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi."Buat masa ini, kerajaan membuat keputusan bahawa kenderaan yang berusia lebih 15 tahun wajib melakukan pemeriksaan bagi memastikan ia selamat dan boleh digunakan. Bagaimanapun butiran terperinci masih belum diputuskan lagi," katanya pada sidang media selepas membentangkan dasar baru hasil kajian semula NAP di sini, semalam.Pada pandangan saya secara positif:-Mengurangkan risiko kemalangan dan kematianMengurangkan risiko kehilangan harta bendaMengurangkan kes kes mahkamah akibat kemalanganMengurangkan kes rawatan di hospitalKALAU ...dikenakan Caj bagi pemeriksaan tahunan ini...ini
SUMBER PENDAPATAN KERAJAAN AKAN BERTAMBAH...Pada padangan saya yang negatif :-Orang susah akan bertambah susahOrang yang pakai kereta lama nie KEBANYAKAN bukan orang senang, kalau senang mesti depa pakai keter baru. Bila nak renew Cukai Jalan dengan mewajibkan masuk ke PUSPAKOM
.Bila nak masuk PUSPAKOM...semua kena "CLEAR"...baru LULUS......Maka ini akan memerlukan perbelanjaan lebih untuk persedian pergi ke PUSPAKOM.Dah la Cukai keter lama meningkat sejak 2 tahun kebelakangan ini berbanding keter baru.PersoalanBagi orang yang susah...antara Kereta dan Makan/Belanja sekolah Anak...mesti dia pilih makan dan Belanja sekolah anak....?Sapa dalam Malaysia nie nak pakai
Kereta Lama kalau ada senang sikit?Bayangkan peniaga-peniaga Pasar malam/ petani-petani/pekerja buruh / yang mengunakan kenderaan mereka untuk Mencari Makan?Kesulitan yang dialami jika tiada kenderaan ( jika duit tak mencukupi bagi proses tersebut) ?Berapa banyak kenderaan akan berada dia atas jalanraya tanpa Cukai Jalan..?Betulkah kebanyakan kemalangan disebabkan kenderaan itu telah berusia? Yang kita selalu nampak kereta baru yang kerap berlaku kemalangan ngeri...?Berapa ramai pemilik kenderaan terpaksa mengambil cuti untuk menguruskan hal tersebut?
Bukankah ini juga penyumbang kepada pembaziran tenaga kerja? Wajib masuk Puspakom yang bertujuan untuk elak kemalangan itu tidak benar. Sila rujuk POL27 yang merekod detail kemalangan seluruh negara yang pantau oleh Jabatan Polis. Hasil dari maklumat POL27 pihak statistic telah mengeluarkan laporan setiap tahun.Butiran yang dicatitkan pada borang POL27;.
1. Faktor cuaca dan masa,
2. Faktor kondisi jalan,
3. Faktor kondisi kenderaan,
4. Faktor pemandu dan pemanduaan,
5. Faktor Alam.Pada faktor kenderaan. Kenderaan dibawah umur 3 tahun yang banyak mengalami kemalangan maut iaitu 80%. Bukan kenderaan berusia. Kenderaan berusia tak boleh lari laju berbanding kenderaan baru. Kenderaan lama yang terlibat disebabkan dilanggar oleh kenderaan baru.Jika kerajaan hendak implement peraturan baru hanya semata2 untuk melariskan kereta nasional jangan mimpilah.
Nanti banyak kenderaan tidak bercukai dan insuran.Kita tak boleh samakan dengan Singapura. Di Singapura taraf hidup mereka tinggi. Manakala ekonominya hebat disebabkan kurang ada rasuah. Dan negara tersebut banyak pengangutan awam.Di Malaysia pertumbuhan ekonomi kita teruk disebabkan rasuah. Dan pembela atau pengampu kepada perasuah ni pun ramai. Pengangkutan awam pun kurang.
Dicatat oleh mindaemas BY HOTPOWERS
No comments:
Post a Comment