HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Saturday, October 03, 2009

PRK Bagan Pinang: Hanya PAS vs BN?


PRK Bagan Pinang: Hanya PAS vs BN?
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Okt ini dijangka menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.
Ini berikutan, hanya dua borang pencalonan dibeli oleh calon BN, Tan Sri Mohamad Isa Samad dan Zulkefly Mohamad Omar daripada PAS.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang akhbar hari ini selepas meninjau persiapan SPR menjelang penamaan calon yang akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson bermula 9 pagi Sabtu.
Bekas anggota jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Telok Kemang Shahruddin Abdul Hamid yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya kecil itu tidak membeli borang pencalonan.
Shahruddin yang mengisytihar keluar parti hari ini bagaimanapun memberitahu BERNAMA bahawa beliau telah membeli borang itu menerusi wakilnya tiga hari lepas di Pejabat SPR Seremban.
Namun begitu Abdul Aziz menyangkal dakwaan itu dan berkata pihaknya tidak mempunyai rekod pembelian borang pencalonan oleh pihak lain setakat ini.
“Sehingga petang ini hanya calon BN dan PAS yang beli borang, calon bebas tak beli daripada kita, tak tahulah kalau dia ambil borang lain. Calon yang mahu bertanding masih boleh beli borang sebelum tempoh penyerahan borang tamat pukul 10 pagi esok,” katanya.
Mengulas mengenai hari penamaan calon pada Sabtu beliau berpuas hati dengan persiapan yang telah dibuat.
Abdul Aziz yang menjangkakan keadaan ‘panas’ sepanjang tempoh penamaan calon menasihati parti-parti yang bertanding supaya tidak membawa terlalu ramai penyokong bagi mengiringi calon.
Katanya penyokong BN akan berkumpul di Pejabat Daerah Port Dickson untuk mengiringi calon ke tempat penamaan calon manakala penyokong PAS akan berhimpun di stesen Minyak Esso berhampiran dewan itu.
Beliau berkata hanya 100 penyokong setiap parti yang bertanding dibenarkan memasuki khemah di perkarangan dewan itu dan meminta semua pihak supaya tidak menimbulkan kekecohan dan mematuhi peraturan yang ditetapkkan SPR dan pihak polis.

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH