HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Monday, August 31, 2009

Purdah Cegah Selsema Babi

Memakainya mampu meperlihat keayuan seorang wanita beriman Memakainya mampu meperlihat keayuan seorang wanita beriman

Wanita tidak perlu mengenakan penutup muka perubatan untuk mencegah virus selsemababi (H1N1) jika mereka telah mengenakan hijab dengan baik termasuk mengenakan purdah atau niqab, kata doktor di Saudi.

“Wanita yang mengenakan purdah atau penutup wajah – bagi mereka tidak perlu mengenakan penutup muka pelindung lagi – sepanjang purdah yang ia gunakan bersih,” kata Dr Dalal Namnagani seorang perunding pathologi dan pengarah dari bank darah di Hospital Khas King Abdul Aziz bandar Taif – kepada mel khabar Al-Watan Khamis lalu.

“Purdah harus dicuci dan disterika sebelum dikenakan, namun tidak boleh digunakan oleh orang lain yang mungkin akan meninggalkan bakteria-bakteria penyebab kainnya tercemar oleh virus selesema babi,” kata Namnagani.

Doktor itu juga memberi amaran terhadap masjid-masjid yang persekitaran yang kotor sepanjang Ramadhan ini, tentang solat terawih ramai orang berkumpul terutama di kawasan sesak yang menyebabkan kemungkinan virus menyebar dengan cepat.

“Para wanita juga kemungkinan besar melepaskan hijabnya di tempat para jamaah wanita berkumpul, dan hal tersebut dapat meningkatkan penyebaran jangkitan.”

Banyak keluarga Arab menyatakan bahawa mereka telah menyambut seruan kempen kesedaran dengan mengajak anak-anak mereka untuk mengenakan penutup muka di tempat-tempat umum.

Seorang ibu rumah tangga Umm Omar mengatakan bahawa ia menyuruh anak-anaknya untuk lebih sering mencuci tangan dengan sabun dan mengenakan penutup muka yang bersih semasa mereka keluar ke kedai mahupun ke taman. “Saya juga cuba untuk menyekat diri melakukan perjalanan keluar rumah, kecuali kalau benar-benar terpaksa,” kata Umm Omar. (FQ / saudigazzete)

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH