SEBERANG PRAI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempertimbangkan keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Abu Hassan Sarif - dari Umno-BN - yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya.
Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu.
"ADUN Abu Hsaan tak hadir kerana sakit dan beliau ada dokumen berkaitan. Kali ini DUN cuma bersidang sehari. Dan, jika tidak hadir satu hari itu bermakna tidak hadir satu penggal.
"Bagaimanapun kita akan akur dengan keputusan SPR, kita selalu akur dengan keputusan SPR, mana ada yang kita tidak akur," kata beliau pada sidang media di sini petang tadi.
SPR kini meneliti implikasi perundangan sama ada perlu mengisytiharkan kerusi DUN Kota Seputeh, Kedah kosong, sekali gus memanggil pilihan raya kecil.
Oleh kerana kes itu, yang pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini, melibatkan aspek perundangan negeri dan persekutuan, SPR memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam, kata Timbalan Pengerusi suruhanjaya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Muhyiddin mengulas laporan bahawa Abu Hassan kemungkinan digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)tanpa kebenaran Speaker.
Semalam, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan Ahad lalu.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.
Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi.
Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment