DI satu sudut, masuk sekumpulan wanita-wanita Arab yang lengkap dengan abaya hitamnya serta bertutup litup. Satu demi satu menuju dan menyelusuri ke bilik persalinan di sebuah gelanggang tertutup bola jaring. Untuk seketika, kumpulan tadi bertukar wajah apabila masing-masing memunculkan diri dengan lengkap memakai sut pakaian seragam hitam putih yang jelas tertera perkataan Jeddah United yang bersedia untuk memulakan latihan.
Tanpa ada sebarang rasa kekok, kumpulan bola jaring wanita-wanita dari Arab Saudi ini memulakan latihan kaedah-kaedah membaling bola dan menyumbatkan bola ke jaring. Dengan penuh bersemangat mereka meneruskan latihan tanpa rasa jemu.
Menariknya, kumpulan bola jaring yang terdiri daripada pelajar dan suri rumahtangga ini, sedang berlatih untuk satu pertandingan yang akan berlangsung sebagaimana yang telah dirancang. Namun di sebalik kerancakan dan kegigihan menjalani latihan, terselit sedikit kekecewaan apabila pasukan yang dibentuk sama sekali tidak berpeluang untuk menyertai mana-mana pertandingan di peringkat antarabangsa.
"Kami sememangnya bercita-cita untuk mencapai impian ke peringkat Olimpik," kata Shatha Baksh seorang pelajar undang-undang. "Kami mempunyai banyak potensi tetapi tetapi kami tidak diberi peluang untuk itu," sambungnya dengan nada sedikit kecewa. Arab Saudi sememangnya terkenal dengan pendekatan undang-undang yang ketat kepada kaum wanita di negara tersebut. Selain melarang percampuran di kalangan wanita dan lelaki, Arab Saudi turut melarang wanitawanitanya memandu kereta di samping melarang wanita-wanitanya untuk keluar 'mengembara' atau melancong tanpa ditemani oleh lelaki yang mahram.
Begitu juga kanak-kanak perempuan di negara tersebut diharamkan terlibat dengan sukan di sekolah-sekolah awam yang dianggap sebagai tidak Islam. Malah Arab Saudi pernah membatalkan dua acara yang jarang melibatkan wanita iaitu pertandingan bola sepak dan maraton untuk kaum wanita.
Pernah suatu ketika, di awal tahun 1990-an, kerajaan Arab Saudi telah menutup pusat gymnasium. Bagaimanapun pusat tersebut dibuka kembali tetapi dengan syarat la digabungkan dengan hospital-hospital.
Arab Saudi adalah antara negara yang menyertai Sukan Olimpik tanpa delegasi wanita. Masyarakat Arab Saudi yang berpegang kuat pada adat tradisi dan berbangga dengan keturunan daripada sebelah bapa mempercayai, dengan membenarkan atlet wanita ia tidak ubah seperti meniru cara hidup barat yang bebas serta menghakis budaya yang sedia ada.
Pun begitu, Lina al-Maeena, pengasas kumpulan Jeddah United merangkap kapten kumpulan, melihat di sebaliknya. Baginya, penglibatan wanita dalam sukan adalah sesuatu yang positif dan seharusnya menjadi sebahagian daripada perkara yang saling lengkap-melengkapi dalam kehidupan wanita-wanita muda.
"Apabila keluarga mengatakan penglibatan wanita dalam sukan sebagai satu dosa, ia amat mengecewakan saya. Ini kerana mereka telah menyekat anakanak melakukan sesuatu yang baik untuk diri mereka," celah Maeena yang mempunyai dua orang anak gadis.
Terdapat lebih daripada 11 kumpulan bola keranjang di bandar Laut Merah, termasuk beberapa ratus pemain. Sebahagian daripadanya beroperasi secara sah di sisi undang-undang tetapi secara senyap mendapat sokongan di bawah pertubuhan-pertubuhan aural wanita manakala sebahagian lagi beroperasi tanpa permit sebagaimana dalam kes Jeddah United.
Kebanyakan dari kumpulan-kumpulan ini kekal dengan 'low profile' menolak untuk bergambar dan ditemuramah kerana khuatir akan diarahkan memberhentikan penubuhan kumpulan tersebut. Tetapi sebahagiannya seperti Jeddah United, mencari-cari untuk tampil di khalayak sekali gus berusaha untuk melakukan perubahan.
"Membuka pusat ini adalah salah satu sebab utama dan membuka pintu seluas-luasnya untuk menyebarkan kekolotan dekri (undang-undang) negara ini. Idea yang mengatakan bahawa wanita yang terlibat dengan sukan sebagai sosial, tidak dapat diterima oleh sebahagian rakyat," jelas Meena. [terjah.com]
Sumber:
Al Islam
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment