Balasan Meninggalkan Sembahyang.
Seterusnya mengenai orang yang  meringankan kewajipan sembahyang terdapat kenyataan dalam Al-Hadith sebagai  berikut:Dan siapa yang meringan-ringankan sembahyang, Allah akan  mempengapakannya dengan 15 akibat iaitu:-
 6 akibat semasa di  dunia-
 3 akibat di kala mati-
 3 akibat dalam kubur
 3 akibat lagi di kala keluar dari  kubur.
 Adapun 6 akibat yang ditimpakan di  dunia:
 1-Allah akan mencabut keberkatan  pada umurnya.
 2-Allah akan menghapuskan  tanda-tanda orang-orang yang soleh daripada airmukanya.
 3-Setiap amalannya tidaklah  diganjari Allah melainkan sehingga dia mengqadha'kan semua sembahyang yg  terluput.
 4-Allah tidak akan mengangkatkan  permohonannya ke langit (doanya tidak diperkenan).
 5-Orang ramai akan memarahinya  semasa hidup di dunia.
 6-Tiada lah dia akan memperolehi  keberkatan doa orang-orang yang soleh.
 3 akibat di kala mati:
 1-Dia akan mati secara  terhina
 2-Dia akan mati secara  lapar
 3-Dia akan mati secara  dahaga,meskipun dia diberi minum dengan seluruh air di lautan dunia nescaya  tidaklah akan memuaskan dahaganya.
 3 akibat di dalam  kubur.
 1-Allah akan menyempitkan kuburnya  sehingga tulang-tulang rusuknya menjadi berselisih.
 2-Di atas kuburnya akan dinyalakan  api yang baranya melompat (berjangkit) di waktu malam dan siang.
 3-Dia akan diseksakan dalam  kuburnya oleh ular yang dinamakan Asy-Syujaa` Al-Aqra di mana dua mata ular itu  daripada api dan kuku-kukunya drp besi manakala panjang kukunya adalah sehari  perjalanan.Maka ular itu akan berkata,"Akulah Asy-Syujaa Al-Aqra` sedang  suaranya seperti guruh yang menggegarkan dan dia akan berkata kepada si  mati:"Saya diarah tuhan saya untuk memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan  sembahyang Zuhur dari waktu Zuhur sehingga masuknya waktu Asar;Dan saya akan  memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan sembahyang Asar dari waktu Asar  sehingga masuknya waktu Maghrib;Seterusnya Saya akan memukul engkau disebabkan  engkau mengabaikan sembahyang Isyak dari waktu Isyak sehingga masuknya waktu  Fajar."Maka setiap kali dia memukulnya satu pukulan akan terbenam ranaplah dia  ke dalam bumi sejauh 70 hasta maka dia akan memasukkan kuku-kukunya ke bawah  bumi dan dia akan mengeluarkannya semula, maka sentiasalah dia di bumi secara  diseksakan sehingga Hari Kiamat.Nauzubillah hi min zaalika.
 3 akibat lagi semasa di Hari  Kiamat:
 1-Dia akan diseksakan Allah dengan  cara dihelakan mukanya ke Neraka Jahannam.
 2-Allah Ta`ala akan memandangnya  dengan pandangan marah sewaktu dia dihisabkan maka akan gugurlah daging-daging  mukanya.
 3-Allah akan menghitungkan  amalannya dengan hitungan (pengiraan,hisab) yang berat dan Allah akan  mengeluarkan perintah membawanya ke Neraka sedangkan dia adalah seburuk-buruk  tempat tinggal.
 Catatan Oleh azhan 







No comments:
Post a Comment