Beberapa ulama besar Arab Saudi bersetuju dengan fatwa yang dikeluarkan oleh mufti besar ASrab Saudi yang menghukum haram kepada denda kesalahan jalan raya yang digandakan jika tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.
Banyak denda atau saman trafik dan juga saman majlis negara kita yang mengenakan syarat yang sama. Jika membayar awal dalam tempoh yang diberikan, jumlah yang perlu dibayar adalah sedikit. Apabila tempoh berlalu jumlahnya meningkat 2 kali ganda.
Ulama Arab Saudi menyamakan denda tersebut adalah seumpama kita berhutang kepada kerajaan, apabila hutang menjadi berganda kerana ada tempohnya maka ia menjadi riba yang haram hukumnya.
Apa macam dengan majlis fatwa ulama negara kita pula?. Ada berani keluarkan fatwa seumpama itu kah, ini bukan kes kecil-kecil ni, kes besar yang melibatkan semua umat Islam negara kita.
Kalau sesiapa yang tak mahu terlibat dengan riba, pastikan anda tidak didenda oleh pihak berkuasa. Tapi bukan senang nak mempertahankan diri dari kena denda, sekali sekala terkena juga...dah terlibat dengan riba!BACA BERITA DISINI http://wartashubhi.blogspot.com/2011/01/ganda-denda-trafik-itu-riba-haram-fatwa.html
No comments:
Post a Comment