HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Monday, January 31, 2011

Krisis sebenar darurat di Mesir


cairo mesir
Ketepikan sekejap perbincangan mengenai IT di JomPHP, kerana ada isu penting dan serius yang ingin disampaikan. Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.
Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci.  Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.
Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

huru hara di mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 6000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

7. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

8. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
3. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir


Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. Sekian, 

Thursday, January 20, 2011

ADUN Merlimau meninggal dunia


N27 MERLIMAU
Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04% 
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (4,981)
2. Jasme Tompang (Pas) (2,827) 
Majoriti: 2,154
Jumlah undi: 7,957
Peratus mengundi: 75.99%
Undi rosak: 149





ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung semalam.
Perkara itu disahkan Ahli parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah.
Beliau merupakan antara pemimpin BN yang berada di hospital berkenaan sejak tengahari.
NONEKematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak pilihan raya umum 2008.
Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.
Dilaporkan, Mohamad Hidhir mengalami serangan jantung sebanyak tiga kali dalam tempoh lima hari lalu yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma di hospital berkenaan hari ini.
Mohamad Hidhir dilaporkan mengalami serangan jantung yang pertama pada Sabtu lalu pada kira-kira jam dua petang dan mengalami serangan jantung kedua pada waktu
tengahari, Isnin lalu.
Ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mendapati Mohamad Hidhir berada dalam keadaan koma sewaktu melawat ADUN berkenaan petang ini.
"Sewaktu menziarahi beliau sebentar tadi bersama beberapa anggota Exco negeri, beliau berada dalam keadaan koma dan bernafas menggunakan alat sokongan mesin," katanya kepada pemberita di hospital berkenaan.
Mohd Ali dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung kematian pengerusi jawatankuasa pertanian dan pembangunan desa negeri itu.

ANWAR LEBIH MUNAFIK DARI ABDULLAH BIN UBAI kata mufti PERAK





CUBA anda dengar dan teliti klip video di atas. Wajahnya seperti yang kita kenali iaitu bertaraf Mufti. Tetapi apabila mendengar cara dia menjawab persoalan, tidak ubah seperti Ketua Umno Cawangan sahaja apabila memburukkan peribadi DS Anwar. Langsung tiada hujah jauh sekali berpandukan pada fakta, sekadar menjawab sesuka hati. Tidak melambangkan langsung ilmu yang beliau miliki.

Di antara lain, intipati yang beliau perkatakan tentang DS Anwar adalah;

- DS Anwar seorang pendendam. 
- DS Anwar lebih teruk dari Abdullah bin Ubai seorang Munafik di zaman Nabi.
- Beliau mendakwa `menangkap' DS Anwar untuk dikahwinkan.
- Beliau mendakwa DS Anwar ingin `menyerang' Istana sebaik sahaja ABIM ditubuhkan.
- Beliau turut bersetuju bahawa DS Anwar adalah penyokong Islam Liberal (Agama serupa) dan menyebut bahawa jika DS Anwar berkata awal dahulu beliau akan jatuhkan hukum `murtad' kepada DS Anwar.

Beginikah cara seorang Mufti berhujah? Seorang Mufti boleh terpedaya dengan soalan provokasi dan andaian semata-mata? 

Saya rasa mungkin lain jadinya jika soalan tentang Najib ditujukan kepada beliau. Jika DS Anwar dianggap lebih teruk dari Abdullah bin Ubai, tidak mustahil Najib akan dianggap lebih mulia dari sahabat Nabi dan Rosmah lebih agung dari isteri Nabi.

Begitulah jadinya ulamak di akhir zaman

Wednesday, January 19, 2011

KARNIVAL PENANG HARMONI 2011 KE 2

Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang akan menganjurkan Karnival Penang Harmoni selama SEMBILAN HARI bermula 25 FEBUARI hingga 6 MARCH 2011 depan DIDEWAN MELENIUM KEPALA BATAS P.PINANG.

Selain melibatkan ketiga-tiga parti alam pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP,  ia turut melibatkan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Program berkenaan diadakan bagi membuka peluang kepada rakyat mendapat penjelasan berkenaan isu-isu yang berlaku dalam negara.

Monday, January 17, 2011

CALON PAS DUN TENANG JOHOR




                            AYUH CIKGU MALA KITA TUMBANGKANUMNO /  BN

CALON PAS DIDUN TENANG

PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

tenang by election pas announce candidate 160111 hadiPengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam ini.

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Ibu kepada tiga orang anak itu - yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala - adalah dari Muar, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang.
NONE
Normala (kanan) adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian untuk menumpukan kepada politik sepenuh masa. Udang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.
Dalam sidang akhbar kemudiannya, Normala menegaskan bahawa pemilihannya sebagai calon merupakan pengiktirafan penting parti Islam itu kepada kepimpinan wanita muda.
Majlis pengumuman tersebut berlangsung di rumah kedai dua tingkat yang menjadi pusat operasi PAS.
Kira-kira 1,000 orang awam dan penyokong Pakatan, sebahagian besarnya dari PAS yang memakai kopiah putih, berkumpul di tepi jalan di depan rumah kedai tersebut
Pada mulanya, majlis tersebut dijadual diadakan di kawasan kosong 
berhadapan pusat operasi tersebut tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke pusat berkenaan.

Saturday, January 15, 2011

KES HINA PEMERINTAH Lihat dan fikiir pandangan USTAZ-USTAZ




Pandangan kedua- dua orang Ustaz bebeza. Jika berfikiran waras, anda akan tahu pandangan yang benar dan pandangan yang salah.

 

                  

Wednesday, January 12, 2011

Program 100 Hari Pakatan Rakyat NAJIB JAWAB ANWAR


PUTRAJAYA, 12 Jan – Datuk Seri Najib Razak mengetepikan cabaran ketua pembangkang yang mengajak beliau berdebat dengannya berhubung dasar-dasar ekonomi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat cabarannya semalam ekoran kecaman Najib mengenai inisiatif Pakatan Rakyat itu kelmarin.
Bagaimanapun Anwar membalas dengan berkata, Pakatan Rakyat mampu untuk membiayai Program 100 Hari mereka yang hanya memerlukan dana RM19 bilion.
Najib  enggan mengatakan beliau menolak debat itu tetapi menegaskan, harus ada hasil daripada debat yang hendak diadakan.
“Jika kita mahu debat, mesti ada hasil daripada debat itu.
“Saya tidak melihat perkara itu dan apa yang penting ialah pandangan publik,” kata beliau selepas menghadiri majlis makan tengah hari meraikan pasukan bola sepak negara yang membawa pulang Piala Suzuki AFF di Seri Perdana di sini.
Kata beliau, kedua-dua Pakatan dan BN boleh mengemukakan dasar-dasar ekonomi mereka dan ia harus diputuskan untuk orang ramai.
Semalam, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin mencabar Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat agar berdebat dengan beliau daripada mengajak Najib berbuat demikian.
Khairy melihat ketua pembangkang itu bukan standard Najib yang juga presiden Umno dan Pengerusi BN.
“Saya tidak akan menahan beliau,” kata Najib.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pula mencabar Anwar berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.
Semalam, Anwar mencabar Najib berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pakatan pembangkang berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.
“Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu,” kata Nazri.

Monday, January 10, 2011

BOB LOKMAN Bersama Ribuan rakyat hadiri solat hajat di Shah Alam




Tidak kurang 12 ribu rakyat berhimpun dalam majlis solat hajat dan ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.


Sunday, January 09, 2011

ADA PERKARA-PERKARA LAIN YANG WAJIB RAJA-RAJA MELAYU GUSARKAN SAMA...

Fahamlah rakyat jelata apa yang Majlis Raja-raja Melayu gusarkan.

Namun rakyat jelata juga tetanya-tanya, apakah stand Majlis Raja-raja Melayu tentang beberapa perkara yang sedang menghantui negara? Antaranya:

1. Badan kehakiman yang kelihatannya tidak adil dan dipandang rendah oleh dunia.

2. Badan-badan penting kerajaan sepeti PDRM, SPRM, SPR, JPN, Jabatan Peguam Negara dan lain-lain yang tidak effisyen dan terbelit dengan korupsi dan sebagainya.

3. Wang rakyat yang dibazirkan dan tidak diuruskan dengan amanah, berhemah dan cekap sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Akauntan Negara sejak bertahun-tahun lagi.

4. Kerajaan Persekutuan yang korup yang kesannya dirasakan oleh rakyat keseluruhannya.

Alangkah baiknya kalau Majlis Raja-raja Melayu tidak menghadkan pendirian dan 'concern' baginda-baginda semua hanya tentang perkara-perkara yang menurut YAB Perdana Menteri dan Presiden Umno bahawa kedudukannya** dilindungi sepenuhnya serta "terkunci kemas" dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat lagi.

**(Hak-hak keistimewaan dan kedudukan melayu)

Friday, January 07, 2011

Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng


alam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya.

Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri.

"Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.

NONELim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini 
berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu.

"Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.

"Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," tambahnya.

Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya.

Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mencabar Lim memberikan butir-butir terperinci mengenai projek-projek terbabit.

Kerajaan negeri kemudiannya mengumumkan perangkaan yang menunjukkan kontraktor Melayu mendapat hampir kesemua projek di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94 peratus kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberikan kepada kontraktor Melayu manakala kesemua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan kepada kontraktor Melayu.

Lim mengulangi bahawa kerajaan negeri tidak menyenarai-hitamkan sebarang kontraktor, tetapi memastikan mereka yang mendapat kontrak harus bertanggungjawab dan tidak menjadi kroni dari mana-mana pihak.

Dengan perkembangan terbaru itu, katanya - walaupun tiga tahun terlambat - merupakan satu kemenangan bagi kontraktor Melayu dan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri, katanya, mahu menjalinkan hubungan yang sihat dan terancang yang berdasarkan kepada fakta dan bukan emosi.

Tambahnya, ada antara kontraktor Melayu yang terbaik di negara ini kerana beliau telah menyaksikan kualiti kerja mereka.

"Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim.

MELAYU MESTI INGAT INI KERJA UMNO

Wednesday, January 05, 2011

Fatwa Mufti besar Arab Saudi.Ganda Denda Trafik Itu Riba,

Beberapa ulama besar Arab Saudi bersetuju dengan fatwa yang dikeluarkan oleh mufti besar ASrab Saudi yang menghukum haram kepada denda kesalahan jalan raya yang digandakan jika tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.

Banyak denda atau saman trafik dan juga saman majlis negara kita yang mengenakan syarat yang sama. Jika membayar awal dalam tempoh yang diberikan, jumlah yang perlu dibayar adalah sedikit. Apabila tempoh berlalu jumlahnya meningkat 2 kali ganda.

Ulama Arab Saudi menyamakan denda tersebut adalah seumpama kita berhutang kepada kerajaan, apabila hutang menjadi berganda kerana ada tempohnya maka ia menjadi riba yang haram hukumnya.

Apa macam dengan majlis fatwa ulama negara kita pula?. Ada berani keluarkan fatwa seumpama itu kah, ini bukan kes kecil-kecil ni, kes besar yang melibatkan semua umat Islam negara kita.

Kalau sesiapa yang tak mahu terlibat dengan riba, pastikan anda tidak didenda oleh pihak berkuasa. Tapi bukan senang nak mempertahankan diri dari kena denda, sekali sekala terkena juga...dah terlibat dengan riba!BACA BERITA DISINI       http://wartashubhi.blogspot.com/2011/01/ganda-denda-trafik-itu-riba-haram-fatwa.html

Saturday, January 01, 2011

LEBIH BIJAK PAKATAN RAKYAT RUPANYA

Blog Cina Islam berwajah baru |:: cina islam | 2011::

Blog Cina Islam berwajah baru |:: cina islam | 2011::

UCAPAN TAHUN BARU 2011 DARI YB.TUAN LIM GUAN ENG

Perutusan Tahun Baru 2011 oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Jummat, 31hb Disember 2010:

Pulau Pinang mesti mencerap masa depan untuk menjadi Bandaraya Pintar dan Antarabangsa yang membolehkan kita hidup bebas bermaruah dan dihormati

Tahun 2010 berakhir dengan penuh gemilang apabila pasukan bolasepak Malaysia membanggakan kita semua apabila memenangi Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam 21 tahun. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut pengumuman Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dengan mengisytiharkan cuti yang sama kepada semua kakitangan kerajaan negeri sebagai penghormatan kepada kejayaan bersejarah ini.

Semua rakyat Malaysia bangga dengan kejayaan pasukan bolasepak negara kerana kita telah berjaya menewaskan jiran antarabangsa kita. Kita tidak mahu dilihat lagi sebagai jaguh kampung tetapi sebagai wira antarabangsa di rantau ASEAN.

Atas sebab yang sama ini, Pulau Pinang mesti mencerap masa depan. Masa depan Pulau Pinang adalah transformasi diri untuk menjadi sebuah bandaraya pintar dan antarabangsa. Kita boleh berjaya jika kita dapat menanggap bakat insan kita dengan mengumpul kekuatan tenaga mereka, mengasah kemahiran niaga mereka dan mencungkil kepakaran mereka.

Sebagai sebuah negeri tanpa sumber asli, kita perlu membina modal insan kita melalui latihan, latihan semula dan tarikan bakat insan baru. Pulau Pinang tidak ada pilihan lain kecuali menjadi bandaraya pintar yang berpaksikan ekonomi berteknologi tinggi, nilai tambah tinggi dan padat ilmu pengetahuan. Kerajaan PR Pulau Pinang akan menggubal dasar-dasar yang menggalak dan mencetuskan inovasi yang membolehkan kita bersaing menuju ke puncak.

Apa yang semua warga Pulau Pinang mahu adalah supaya anak-anak kita dapat hidup dinegeri yang bersih, hijau, selamat, mengamalkan integiti dan peluang saksama untuk semua. Kerajaan PR Pulau Pinang akan berusaha ke arah melaksanakan semua aspirasi ini dengan memperkuasakan rakyat dengan hak asasi manusia, memperkayakan mereka dengan nilai moral, memperkasakan mereka dengan kemahiran, menyediakan rumah yang mampu dimiliki, mengatasi masalah kemiskinan, memperbaiki jalan-jalan dan pengangkutan awam, meningkatkan jaminan keselamatan dan penggunaan CCTV, membersihkan Pulau Pinang dan melindungi alam sekitar dengan peraturan "Tiada Beg Plastik Percuma".

Kita mahu Pulau Pinang menjadi sebuah negeri di mana kita dan anak-anak kita dapat hidup bebas bermaruah dan dihormati. Dalam mencerap masa depan, kita tidak boleh terperangkap dengan sikap mengabaikan tanggungjawab dan tidak peduli sebagai mana yang berlaku pada masa-masa lalu. Perpaduan kita tidak boleh dipecahkan oleh mereka yang mahu melihat kepelbagaian kita sebagai punca masalah, dan bukannya sumber kekuatan kita. Kita tidak boleh dipesongkan oleh mereka yang mendendangkan mesej dendam, marah dan benci sebagai jalan keluar kepada masalah; sebaliknya kita perlu berkerjasama secara harmoni.

George Town dan Pulau Pinang berpengalaman hampir 225 tahun dalam soal hidup bersama secara harmoni dan saling hormat-menghormati di kalangan kumpulan-kumpulan kaum dan budaya. Ini dicerminkan melalui kewujudan masjid, gereja, kuil Hindu dan Cina yang dibina berdekatan antara satu sama lain. Tradisi harmoni dan saling hormat-menghormati ini telah diiktiraf oleh UNESCO apabila George Town dianugerahkan taraf Bandar Warisan Dunia pada 7 Julai 2008.

Semua warga Pulau Pinang bangga dengan warisan bersama kita yang telah mendapat pengiktirafan dunia. Jangan kita benarkan pembohongan menutup mata kita daripada melihat kebenaran, iaitu kita semua adalah bersaudara, bertekad atas perkongsian kepelbagaian nilai dan ini sudah terbukti kejayaannya – tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Pulau Pinang mesti mencerap masa depan di mana kita boleh bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh bermaruah dan dihormati.

*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH