Bukan senang nak boleh tengok Ahli Parlimen gantung poster. Kalau takat "berlakun" masa jadi calon pilihanraya dulu mungkin ramai. Tapi kali ni memang real punya depa gantung sepanduk.
Paling sempoi tengok aksi Ust Firdaus dan Dr. Hatta, langsung tak nampak kekok. Memang nampak jelas yang depa memang pernah buat kerja-kerja macam tu masa zaman budak-budak dulu.
Tapi kan, aku rasa, gambar tu akan jadi lebih menarik kalau Presiden parti-parti Pakatan Rakyat turun sekali gantung banner. Tentu punya akan jadi berita hangat bukan takat media tempatan, media antarabangsa pun akan siar punya.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment