HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Thursday, October 28, 2010

Rosmah menyanyi untuk Najib - If tomorrow never comes

Saturday, October 23, 2010

TENGOK AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT GANTUNG POSTER

Bukan senang nak boleh tengok Ahli Parlimen gantung poster. Kalau takat "berlakun" masa jadi calon pilihanraya dulu mungkin ramai. Tapi kali ni memang real punya depa gantung sepanduk.

Paling sempoi tengok aksi Ust Firdaus dan Dr. Hatta, langsung tak nampak kekok. Memang nampak jelas yang depa memang pernah buat kerja-kerja macam tu masa zaman budak-budak dulu.

Tapi kan, aku rasa, gambar tu akan jadi lebih menarik kalau Presiden parti-parti Pakatan Rakyat turun sekali gantung banner. Tentu punya akan jadi berita hangat bukan takat media tempatan, media antarabangsa pun akan siar punya.

FESTIVAL ROSMAH MENGHINA ISLAM

Monday, October 18, 2010

Bukan bangunan 100 tingkat..tapi Rakyat rela terima walaupun RM100 sahaja.

KUALA LUMPUR, : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil pengajaran daripada kezaliman pemerintahan Firaun yang zalim.
Perdana Menteri dinasihatkan demikian kerana sanggup mengetepikan tuntutan bonus dua bulan gaji oleh 1.2 juta kakitangan awam walhal dalam masa yang sama bercadang membina bangunan Menara Warisan.
“(Bajet 2011) tidak sanggup berbelanja RM3.1 bilion (bonus sebulan), tetapi kerajaan boleh mengeluarkan RM5 bilion untuk bina bangunan 100 tingkat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan pagi tadi di lobi Parlimen.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, rancangan membina menara tersebut seakan mengulangi sejarah Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri membina Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.
Menurut beliau, kerajaan sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat dari membina projek-projek mega yang nyata memberi kepentingan kepada kroni-kroni tertentu.
Lim menyuarakan rasa yakin bahawa kakitangan kerajaan di Pulau Pinang lebih rela menerima bantuan kewangan dari projek mega tersebut.
“Kalau rakyat Pulau Pinang, mereka lebih rela terima RM100 bantuan daripada kerajaan negeri dari terima bangunan 100 tingkat,” beliau menambah.
Beliau turut mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib itu suatu belanjawan yang tidak mengutamakan rakyat dan pembaziran yang nyata bertentangan dengan Islam.
Jumaat lalu, Najib ketika membentangkan Bajet 2011 mengumumkan kakitangan kerajaan hanya mendapat RM500 Bantuan Khas Kewangan.
Najib sehari kemudian berkata, sekiranya pentadbirannya memberi RM3.1 juta kepada 1.2 juta kakitangan awam, kerajaan akan menanggung perbelanjaan yang lebih besar.

Budget 2011-RTM malukan Najib ............tengok rosmah...

Saturday, October 16, 2010

IBRAHIM ALI TERKEJUT,......Pasal Gelaran Datuk Terus Terkena Serangan Jantung


Ibrahim Ali Presiden Perkasa yang juga ahli Parlimen Pasir Mas, telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri hari ini kerana diserang sakit jantung. Beliau dijadualkan menjalani pembedahan jantung Isnin ini.

Kasihan dia, terus terkena serangan jantung kerana memikirkan sangat pasal gelaran datuknya ditarik balik. Ini kerana kita mendengarnya sihat walafiat cuma kencing manisnya menyebabkannya berdiri pun lambat-lambat.

Semoga Ibrahim cepat sembuhlah, kalau tak, tak bersuara pula pejuang Melayu dan ramai pula yang payah mencari modal untuk mengutuk. Tak gitu!!!

Thursday, October 14, 2010

"Datuk Azhar, minta maaf atau kena saman fitnah"




Adun Dato' Keramat, YB Jagdeep Singh memberitahu para pemberita bahawa ketua pembangkang dari UMNO Barisan Nasional Datuk Azhar diberi 7 hari untuk meminta maaf daripada kerajaan Pakatan Rakyat dan juga kesemua warga emas. Jikalau tidak, Datuk Azhar akan dikenakan saman fitnah.

YB Jagdeep juga menegaskan tindakan saman fitnah akan juga dikenakan ke atas media yang menyiarkan berita palsu itu.

Seramai 20 orang warga emas dari kawasan Parlimen Jelutong hadir bersama untuk memberi sokongan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk teruskan Program Warga Emas dan Program Penghargaan Waris Warga Emas.

Perhimpunan beramai itu diadakan di tanah lapang di Jalan Perak, Pulau Pinang pada pukul 6 petang, Rabu 13hb Oktober 2010. Ketua parti Keadilan, PAS dan DAP juga turut hadir bersama

Tuesday, October 12, 2010

WAJA LASER (INSPIRA)

 Model pengganti Waja ini bakal dilancarkan pada bulan November 2010, tetapi pra pelancarannya akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri. Model yang mengekalkan hampir 95% Lancer tetapi mempunyai imej Proton ini dijangka ditawarkan pada harga sekitar RM75,000 (bagi versi 1.8 liter manual), RM80,000 (bagi 1.8 liter auto) dan hampir RM100,000 untuk 2.0 liter.


Monday, October 11, 2010

KEMALANGAN NGERI.12 Maut, Lebih 40 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Enam Kenderaan

REMBAU, 10 Okt (Bernama) -- Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka. -- BERNAMA
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWDpXE-6g7L9yE1aa9Zs5uD9PRAkACO8UwjeXYmyWRTItUclCTKzQ6MVTkJilwS919jXeE5geVstJkGtVSwQc7cOn-MsFjSahAo5JZBOsa4EhCFdayyU5MsGai1dTNYx5Fv0O2oHsN2Og/s1600/ac.jpg
Bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yg turut terlibat dlm kemalangan

Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh

Harakahdaily
MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.

Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.
Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.

Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.

"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.

Sunday, October 10, 2010

Jika Bertukar Kerajaan . Rakyat Tidak Perlu Risau - Prof Aziz Bari

Pakatan pembangkang yang dilihat giat mengatur strategi bagi mengambil alih kuasa peringkat persekutuan tidak pernah cuba menukar sistem sedia ada lantaran kesetiaaan mereka kepada Perlembagaan Malaysia.

Sehubungan itu, penganalisis politik dan pakar perlembagaan, Prof. Dr Abdul Aziz Bari mengganggap rakyat Malaysia bertuah kerana perubahan politik mahupun kuasa pentadbiran yang berlaku, langsung tidak melibatkan sistem.

Bercakap pada program Wacana Rakyat anjuran Gerak Massa Malaysia (Gesa), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini, beliau berkata, suasana itu berbeza di negara lain yang menyaksikan penukaran sistem sebagaimana Revolusi Perancis dan China yang membawa pertumpahan darah.

"Inilah sebenarnya satu sifat, satu ciri yang menerangkan mekanisme perubahan itu dan di sini satu perkara yang sangat baik dan positif kerana perubahan tak jadikan negara tunggang langgang seperti di sesetengah tempat.

"Rakyat mampu melihat sesuatu yang berbeza tanpa membayar harga yang mahal," katanya.

Aziz berkata, rakyat Malaysia semakin berani memilih dan terbukti melalui keputusan pilihan raya umum ke-12 lalu sekali gus menunjukkan mereka sudah bersedia untuk atmosfera politik baru dengan menerima pakai sistem dua parti iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

"Macam kita bawa satu produk, dia akan ambil yang baik...yang dia rasa boleh penuhi keperluan pilihan dia," katanya.

Beliau juga menganggap sistem dua parti di negara ini semakin mantap berikutan penubuhan entiti Pakatan Rakyat yang membawa dasar yang jelas dalam perjuangan politik, sekalipun pendaftarannya sebagai sebuah gabungan, berdepan halangan.

Aziz juga berharap BN mampu mengulangi kewibawaan peranan Pakatan Rakyat sebagai pembangkang jika entiti menggabungkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP itu menguasai Putrajaya, bagi mengekalkan keseimbangan politik.

Friday, October 08, 2010

K'jaan belum terima satu sen pun wang JUDI .MANA PI DUIT TU YANG DIKUTIP DARI ORANG TUA-TUA ?


Kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga hari ini masih belum menerima apa-apa wang yang dikembalikan meskipun Umno dan BN sibuk menganjurkan majlis untuk warga emas memulangkan wang berkenaan yang didakwa datang daripada sumber perjudian.

“Kerajaan negeri berharap mereka agar jangan terpedaya dengan Umno kerana yang rugi hanyalah warga emas yang hilang peluang mendapat RM100 setiap tahun dan RM1,000 sekali untuk waris mereka,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Isu itu tercetus apabila pada satu majlis anjuran Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim pada 30 September lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.

Dua hari kemudian, 70 lagi warga emas dari Bayan Baru pula menjejaki tindakan rakan mereka itu dengan mengembalikan wang RM100 ringgit yang diterima mereka kepada Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu.


Program diteruskan

Pada 5 Oktober lalu, Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.

“Kerajaan negeri akan meneruskan program penghargaan warga emas dengan pemberian sumbangan RM100 setiap tahun di masa akan datang selagi Pakatan Rakyat masih menjadi kerajaan negeri ini tetapi kita tidak halang jika ada yang mahu memulangkan cuma fikir masak-masak dahulu,

“Jangan mudah terpedaya dengan fitnah Umno kerana yang rugi akhirnya ialah warga emas dan waris-waris mereka yang tidak mendapat sumbangan RM100 setiap tahun dan RM1,000 untuk belanja pengebumian,” kata Lim selepas menghadiri mesyuarat bersama wakil-wakil rakyat Pulau Pinang, Selasa lalu.

Menurut Lim, hakikatnya Umno dan BN, sengaja mengadu domba fitnah seumpama itu bagi mengelakkan pertanyaan rakyat yang hairan mengapa kerajaan negeri BN sebelum ini tidak mampu memberi bantuan sedemikian.

“Jawapan kepada 'keanehan' itu sangat mudah kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang berjimat-cermat dan berhemah dalam segala perbelanjaan dan tidak makan duit, maka boleh beri duit pada warga emas berbanding dengan kerajaan BN yang bertindak sebaliknya,

Dalam pada itu, Lim turut menuntut penjelasan Umno BN berhubung kutipan cukai judi sebanyak RM2.3 bilion oleh kerajaan Persekutuan pada setiap tahun.

Penjelasan cukai dosa BN

Tegas beliau, penjelasan berkenaan perlu bagi memaklumkan kepada umum mengenai saluran cukai dosa itu ke dalam akaun hasil disatukan kerana pihaknya difahamkan duit hasil kutipan judi RM2.3 bilion setiap tahun digunakan untuk membiayai semua projek pembangunan dan pembayaran gaji semua 1.2 juta warga penjawat awam persekutuan.

“Tidak seperti kami yang membantu warga emas di Pulau Pinang dengan menggunakan lebihan hasil pendapatan negeri menerusi pendekatan jimat cermat dan tidak makan duit” katanya.

Ini katanya, dibuktikan dengan surat terima kasih kepada Kelab Lumba Kuda yang secara terang lagi bersuluh mengenai sumbangan untuk program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) dan bukan untuk program penghargaan warga emas itu, katanya.

Tambahan pula, jelas beliau lagi, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus telah mengesahkan pihaknya mengasingkan sumbangan dari Kelab Lumba Kuda dan syarikat korporat lain untuk program melibatkan orang Islam dari mengelakkan unsur haram dan semua dana yang digunakan untuk program penghargaan warga emas itu datangnya dari penjimatan dijana oleh pendekatan anti-rasuah kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada tipu muslihat UMNO untuk memaksa kerajaan negeri membatalkan program penghargaan warga emas yang secara ikhlas mengenang jasa dan budi sumbangan warga emas kita,” kata beliau lagi.

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH