HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Thursday, May 27, 2010

Laporan polis terhadap Najib - Pemuda Johor


Pakatan Rakyat Johor mendakwa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang bersetuju untuk memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad dari Tanjung Pagar ke Woodlands mempunyai agenda kepentingan peribadi.
Sehubungan itu satu laporan polis terhadap Najib di buat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru pagi tadi oleh pimpinan Pakatan Rakyat Johor termasuk Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Zabidie Abbas, Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dan Timbalannya, Onn Jaafar.

"Kita mengesyaki bahawa Najib mempunyai kepentingan peribadi di dalam membuat keputusan kerana persetujuan tersebut dicapai selepas tidak sampai sehari perbincangan dilakukan. Beliau mesti membentangkannya di parlimen sebelum membuat sebarang keputusan" kata Zabidie ketika dihubungi Suara Keadilan.

Laporan media sebelum ini menyatakan kerajaan Malaysia telah 'menyelesaikan' beberapa perkara yang menjadi pertikaian kedua buah negara antaranya mengenai pertukaran tanah di Kranji, Woodlands dan Tanjung Pagar serta Lot 76-2 MK 16, Lot 249 MK 4 dan Lot 32-10 MK 16.

Selain itu, laporan polis itu juga tersebut mendesak siasatan mengenai status beberapa loji air Public Utitlities Board (PUB) di sekitar daerah Johor Bahru dan status rumah api Pulau Pisang yang terletak di luar pantai Pontian.

Pakatan Rakyat Johor bimbang sekiranya wujud unsur salahlaku atau pun penyalahgunaan kuasa di dalam membuat keputusan dan persetujuan yang membabitkan kepentingan negara.

"Kedudukan stesen keretapi KTMB Tanjong Pagar yang lebih dekat dengan Pelabuhan Singapura tentulah mempunyai nilai hartanah yang tinggi. Jadi, atas dasar apakah perjanjian 60-40 antara syarikat Malaysia dan Singapura berkenaan pembangunan di kawasan tersebut atau pun di tempat lain."

"Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti yang terjadi apabila Malaysia hilang hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Putih dan kehilangan dua blok padang minyak di Sarawak, jelasnya.

Beliau turut bimbang aset dan warisan sejarah negara seperti bangunan lama Stesen KTMB Tanjung Pagar yang berusia 73 tahun itu akan dirobohkan sekiranya Malaysia telah kehilangan kepentingan di kawasan tersebut.

"Tempat ini dahulunya merupakan kawasan yang didiami oleh perkampungan orang Melayu. Harta dan aset negara kita juga banyak terdapat di kawasan ini.

Saya tidak yakin kepentingan mereka akan dapat dipertahankan sekiranya kerajaan Malaysia meneruskan rancangan tersebut," jelas Zabidie.

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH