HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Wednesday, April 14, 2010

P.94 .Hulu Selangor : 5 Sebab Kita MESTI Undi UMNO

Kiriman Zul Mamak Penang "

Artikel kali ini special sikit jika dibandingkan dengan biasa. Artikel kali ini memberikan 5 hujah tipikal kenapa kita MESTI mengundi UMNO. Kalau hujah untuk undi PAS/PKR dah biasa .
Kita lihatlah pulak hujah-hujah mengundi UMNO, baru adil. Kalau teman-teman UMNO ziarah ke rumah untuk kempen, jangan lupe untuk berkongsi 5 sebab ini dengannye: 1. UMNO itu sumber rezeki. Inilah hujah pertama yang selalu dijaja oleh UMNO. Kata cerdik pandai UMNO, semua pembangunan di Malaysia ni ialah hasil jasa daripada UMNO. Kalau tiada UMNO, maka tiadalah pembangunan kerana rezki itu rupa-rupanya daripada UMNO belaka. Sekalipun ustaz ustaz di masjid selalu berceramah bahawa rezki itu dari Allah, cerdik pandai UMNO rupanya lebih bijak. Pembangunan di Malaysia ni tiada kena mengena dengan sumbangan dan jasa atau titik peluh rakyat yang pro-Pakatan rupanya. Wang cukai dan tol yang dibayar rakyat yang pro-Pakatan pun rupanya tiada kesan. Malah semenjak Pakatan memerintah Selangor dan KL ni, pintu rezeki dah tertutup agaknya, pada pemikiran cerdik pandai UMNO. Semua penduduk Selangor dan KL menjadi lapar dan kebuluran, malah hidup seumpama di Somalia. 2. Pemerintahan UMNO umpama mandat dari Tuhan Inilah sebab kedua yang selalu digambarkan oleh cerdik pandai UMNO. Bak kata KJ, Pakatan memerintah hanyalah kerana kelemahan BN, tidak lebih dari itu. Profesor Aziz Bari pernah mempertikai kenyataan KJ ini kerana berbunyi seolah-olah hanya UMNO yang layak memerintah dan bagaikan UMNO mendapat mandat direct dari TUhan. 3. Hanya UMNO yang sayang Cina dan INdia. Bak kata penyokong UMNO, hanya UMNO yang mampu memerintah kerana UMNO bertoleransi. Sekalipun ahli dan penyokong UMNO didapati terlibat dalam kegiatan memijak kepala lembu dan provokasi, dan masjid dan gereja terbakar berikutan kenyataan provokasi kepimpinan UMNO, itu semua hanyalah persepsi rupanya. Kasih sayang yang membuak dari UMNO dizahirkan dengan sokongan UMNO kepada ketua MCA aka Mr.DVD. 4. Anwar, Tok Guru etc ejen Zionis semuanya. Sekalipun UMNO-Apco terpalit dengan pembuktian Apco ialah syarikat Israel-Zionis, rupa-rupanya Anwar lah ejen asing rupanya. Kenapa? Apa bukti? Buktinya ialah Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tak terlibat dengan Altantuya. Ezam dan Saiful pun pernah bersumpah dengan nama Allah. Rupa-rupanya, bersumpah dengan nama Allah ialah kayu ukur terkini UMNO untuk menentukan kebenaran. Maka dijajalah cerita di BTN bahawa Anwar ect ialah geng Zionis belaka, dan Najib dan UMNO ialah pembela Islam No.1. 5. MP Lompat bukti UMNO parti suci. Beberapa MP lompat pasti berkempan habis-habisan untuk memperjuangkan BN. Ini petanda UMNO parti suci. Kalau UMNO tidak cukup suci, mustahil MP yang terpalit dengan rasuah ini akan tergerak hati untuk menyokong BN. PENDEK KATA, kalau penagih tegar UMNO mendengar 5 hujah bodoh ini, maka nescaya mereka akan mengangguk-angguk kepala mereka tanda setuju. Kalau dah ketagih tu, susah nak rawat. Biarlah mereka dengan khayalan mereka... - Tunjuk teks yang dipetik -

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH