HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Saturday, February 13, 2010

GUAN ENG CABAR TPM SERTAI PERARAKAN MAULIDUR RASUL DI PULAU PINANG




KUALA LUMPUR, Feb 13 — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengesahkan perarakan Maulidur Rasul tahunan akan diadakan seperti biasa sambil membidas laporan Utusan Malaysia, yang mencetuskan rasa tidak senang dan protes di kalangan pemimpin Umno dan umat Islam, sebagai satu pembohongan.

Lim juga menafikan dakwaan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pentadbirannya anti-Islam atas alasan kononnya telah membatalkan perarakan itu kali ini.
Sebaliknya beliau menjemput timbalan perdana menteri itu sendiri mengambil bahagian dalam sambutan tiga hari akhir bulan ini.

“Saya mencabar timbalan perdana menteri untuk menyertai perarakan ini apabila ia diadakan,” kata Lim sambil menambah, media arus perdana dengan sengaja membelakangkan berita atau tidak melaporkan perkara yang sebenar tentang Pulau Pinang.

“Utusan Malaysia berbohong dan saya tidak mahu Muhyiddin memalukan dirinya sendiri dengan mempercayai pembohongan itu,” kata Lim kepada The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH