HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Sunday, January 10, 2010

Motif politik [ Antara 3 teori Asri gereja diserang]


Di sebalik persoalan siapa yang kemungkinan menyerang dan membakar empat gereja di Lembah Klang, bekas mufti Perlis mengetengahkan tiga teori tanpa menafikan adanya tangan-tangan ketiga yang mahu mengaut “pengaruh politik dan menjuarai isu” dengan mencetuskan suasana tegang.

Semalam polis mengesahkan sudah menemui sedikit petunjuk mengenai suspek yang dipercayai membakar Gereja Metro Tabernacle di ibu negara, namun belum dapat mengenal pasti bangsa atau kewarganegaraan.

Menurut andaian Dr. Mohd Asri Zainul Abidin itu, salah satu pihak yang didakwa ialah kumpulan fanatik di kalangan orang Islam, yang tidak memahami disiplin Islam berhubung dengan tempat-tempat ibadah agama lain.

Dua pihak yang lain ialah mereka yang fanatik di kalangan orang Kristian yang cuba menimbulkan provokasi ataupun mereka yang cuba mengambil kesempatan politik dari ketegangan agama di negara ini dengan tujuan-tujuan tertentu.

“Jangan ada pihak yang cuba menimbulkan ketegangan ini dengan tujuan-tujuan politik seperti untuk mengaut pengaruh dan menjuarai isu untuk mendapatkan nama dan kuasa.

“Perkara yang penting adalah mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang menjamin keselamatan rakyat jelata secara adil dan menentang apa bentuk kezaliman serta pencemaran hak asasi setiap individu dan pihak yang dijamin oleh agama ini,” kata beliau.

Kata Asri, beliau amat bimbang ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam pergolakan yang akhir ini.

“Rakyat dalam negara ini hendaklah berhati-hati,” katanya.

Oleh itu Asri juga berpendapat ruangan perbincangan dan diolag hendaklah dibuka untuk setiap pihak memahami antara satu sama lain.

“Mendahulukan demonstrasi, jeritan dan slogan yang keras hanya akan menimbulkan lagi ketegangan dalam isu-isu antara agama bagi rakyat yang hidup dalam negara yang mengiktiraf kebebasan beragama. Jalan yang baik ialah firman Allah,” katanya lagi.

Asri juga berkata orang bukan Islam dalam negara ini juga hendaklah akur bahawa negara ini mempunyai identiti islamnya, maka mereka hendaklah menjaga perasaan dan sensitiviti umat Islam.

“Ini amat penting dalam keadaan umat Islam mempunyai rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, China, Filiphina, Selatan Thailand dan lain-lain negara yang membabitkan penindasan penganut agama lain ke atas umat Islam.

“Dibimbangi prejudis dan salah faham boleh membawa kepada keburukan yang tidak berkesudahan,” katanya lagi.

Semalam polis menerima satu lagi laporan mengenai cubaan membakar sebuah gereja, Good Shepherd Lutheran Church di Jalan Othman, Petaling Jaya, menjadikannya empat kes setakat ini.

Bagaimanapun, polis percaya insiden tersebut berlaku serentak dengan tiga insiden kelmarin masing-masing d Petaling Jaya, Desa Melawati dan Damansara dan hanya dilaporkan pada pukul 2 petang semalam.

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH