MENJAWAB ISU “PAS BERGABUNG DENGAN ORANG KAFIR” (siri 1)
Artikel ringkas ini akan menjelaskan tentang isu yang dihangatkan oleh beberapa golongan yang kurang memahami hakikat tentang Islam. Benarkah Islam membenar penggabungan dengan orang kafir? Bahkan PAS bergabung dengan orang kafir, menentang UMNO yang dikatakan Islam. Mungkin ia agak ringkas dan tidak dapat dijelaskan secara terperinci.
Sepertimana yang telah kita ketahui, golongan kafir terbahagi kepada dua, iaitu kafir harbi dan kafir zimmi (selain daripada itu, akan dipanjangkan dalam artikel lain, insya Allah). Secara umumnya, kafir harbi, adalah orang bukan Islam yang menentang Islam. Contohnya seperti Bush, Sharon dan sebagainya.
“Manakala kafir zimmi pula ialah : golongan bukan Islam yang berada di negara Islam”
Ini adalah penjelasan yang telah diberikan oleh ulama-ulama’ kita (lihat Fiqh al Manhaji, Bab Jihad). Orang kafir zimmi ini, telah dihukumkan haram bagi sesiapa membunuhnya, merampas haknya, dan sebagainya. Contohnya, bolehkah kita mencuri gula-gula di kedai apek? Hukumnya tetap haram, sama seperti kita mencuri barangan orang Islam.
Orang bukan Islam yang berada di Malaysia, boleh dikategorikan sebagai kafir zimmi. (persoalan tentang Negara Islam, sila klik di sini). Sekiranya ada yang bertanya “apakah hukumnya menceroboh rumah kafir zimmi, lalu menangkap gambarnya yang sedang tidur?”. Hukumnya tetap haram dan pesalah akan dikenakan hukuman walaupun mereka (mangsa) bukan beragama Islam.
Sekiranya kita meneliti Sirah Nabi SAW, ketika Baginda SAW baru sampai di Madinah, Baginda telah membuat Piagam Madinah, iaitu satu perjanjian dengan orang bukan Islam. Di Madinah Baginda SAW terpaksa berhadapan dengan 3 golongan, iaitu orang Islam sendiri, orang Musyrikin yang masih teragak-agak untuk meninggalkan agama nenek moyang mereka, dan orang Yahudi.
Bangsa Yahudi pula terdapat tiga golongan, iaitu Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah. Dari kalangan orang Islam tadi, juga sudah berbilang kabilah (kabilah ni bukannya sedikit…. ) dan begitu juga golongan musyrikin. Mereka begitu ramai, lebih daripada bilangan bangsa yang terdapat di Malaysia sendiri.
Apa yang telah dilakukan oleh Baginda SAW, adalah dengan membuat Piagam Madinah dan melaksanakan perjanjian dengan golongan-golongan yang bebilang bangsa ini. (Penjelasan tentang Piagam Madinah akan dijelaskan di dalam artikel lain, insya Allah). Oleh itu, terdapatlah dua jenis kafir, iaitu zimmi dan harbi, secara umumnya.
Golongan kafir yang tidak menentang, dianggap ahli zimmah. Mereka ini akan dipelihara hak mereka, dan mereka tidak dibenarkan menyentuh (mengganggu) hal ehwal tentang Islam. Mereka diberi layanan sama baik seperti orang Islam, dan mereka juga berada di bawah kawalan Islam ketika itu… bersambung lagi, Insya Allah
Salam Perjuangan
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment