HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Friday, April 03, 2009

Balasan Meninggalkan Sembahyang.


Balasan Meninggalkan Sembahyang.

Seterusnya mengenai orang yang meringankan kewajipan sembahyang terdapat kenyataan dalam Al-Hadith sebagai berikut:Dan siapa yang meringan-ringankan sembahyang, Allah akan mempengapakannya dengan 15 akibat iaitu:-
6 akibat semasa di dunia-
3 akibat di kala mati-
3 akibat dalam kubur
3 akibat lagi di kala keluar dari kubur.
Adapun 6 akibat yang ditimpakan di dunia:
1-Allah akan mencabut keberkatan pada umurnya.
2-Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang-orang yang soleh daripada airmukanya.
3-Setiap amalannya tidaklah diganjari Allah melainkan sehingga dia mengqadha'kan semua sembahyang yg terluput.
4-Allah tidak akan mengangkatkan permohonannya ke langit (doanya tidak diperkenan).
5-Orang ramai akan memarahinya semasa hidup di dunia.
6-Tiada lah dia akan memperolehi keberkatan doa orang-orang yang soleh.
3 akibat di kala mati:
1-Dia akan mati secara terhina
2-Dia akan mati secara lapar
3-Dia akan mati secara dahaga,meskipun dia diberi minum dengan seluruh air di lautan dunia nescaya tidaklah akan memuaskan dahaganya.
3 akibat di dalam kubur.
1-Allah akan menyempitkan kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya menjadi berselisih.
2-Di atas kuburnya akan dinyalakan api yang baranya melompat (berjangkit) di waktu malam dan siang.
3-Dia akan diseksakan dalam kuburnya oleh ular yang dinamakan Asy-Syujaa` Al-Aqra di mana dua mata ular itu daripada api dan kuku-kukunya drp besi manakala panjang kukunya adalah sehari perjalanan.Maka ular itu akan berkata,"Akulah Asy-Syujaa Al-Aqra` sedang suaranya seperti guruh yang menggegarkan dan dia akan berkata kepada si mati:"Saya diarah tuhan saya untuk memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan sembahyang Zuhur dari waktu Zuhur sehingga masuknya waktu Asar;Dan saya akan memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan sembahyang Asar dari waktu Asar sehingga masuknya waktu Maghrib;Seterusnya Saya akan memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan sembahyang Isyak dari waktu Isyak sehingga masuknya waktu Fajar."Maka setiap kali dia memukulnya satu pukulan akan terbenam ranaplah dia ke dalam bumi sejauh 70 hasta maka dia akan memasukkan kuku-kukunya ke bawah bumi dan dia akan mengeluarkannya semula, maka sentiasalah dia di bumi secara diseksakan sehingga Hari Kiamat.Nauzubillah hi min zaalika.
3 akibat lagi semasa di Hari Kiamat:
1-Dia akan diseksakan Allah dengan cara dihelakan mukanya ke Neraka Jahannam.
2-Allah Ta`ala akan memandangnya dengan pandangan marah sewaktu dia dihisabkan maka akan gugurlah daging-daging mukanya.
3-Allah akan menghitungkan amalannya dengan hitungan (pengiraan,hisab) yang berat dan Allah akan mengeluarkan perintah membawanya ke Neraka sedangkan dia adalah seburuk-buruk tempat tinggal.

No comments:

Post a Comment

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH