HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Saturday, June 06, 2009

Doa harian dan Pengertian doa

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:


Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!


Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.

Umpamanya:

a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:

Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)

b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:

...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)

c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:

...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)


d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:

Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)


e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:

Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)


f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:

Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)

Friday, June 05, 2009

Kisah Jarum



Di suatu bandar besar terdapat 10 orang lelaki yang mahir membuat jarum. Mereka masing-masing bekerja sebagai tukang pembuat jarum. Setiap orang pada setiap hari, dapat menyiapkan hanya 3 bilah jarum. Mereka tidak dapat menyiapkan lebih dari 3 bilah jarum sahaja.

Akhirnya mereka bersepakat untuk bekerjasama dan membahagikan tugas untuk meningkatkan pengeluaran jarum.

Jadi, mereka dapat membuat pengkhususan kerja. Seorang tukang jarum ditugaskan mencari logam atau besi untuk dijadikan jarum. Seorang lagi bertugas menguruskan dan menyediakan bahan api. Seorang tukang lagi bertugas membentuk lubang jarum, seorang yang lain bertugas memasukkan jarum ke dalam api yang disediakan dan tukang yang lain bertugas mengasah jarum menjadi tajam. Dan begitulah seterusnya tukang jarum yang lain berperanan dalam menghasilkan jarum.

Masa setiap orang tidak berlalu sia-sia kerana masing-masing ada bahagian yang dipertanggungjawabkan. Mereka dapat menyelesaikan dengan cepat dan kemas kerana kerja mereka terfokus serta mereka mahir setelah berulang kali dilakukan.

Setelah dihitung pengeluaran jarum mereka, setiap tukang jarum itu telah berjaya menghasilkan 300 bilah jarum satu hari jika dibandingkan hanya 3 bilah sebelum ini. Inilah hasil dari kesatuan dan pembahagian tugas.

Daripada kisah di atas yang albazrah adaptasi dari Risalah Ikhlas, Risale-i Nur oleh Ustaz Nursi, nyata di sini keikhlasan dan persaudaraan sangat penting. Keuntungan di dunia seperti kisah jarum di atas terbukti dengan kerjasama dan keikhlasan, sifat mempercayai dan tidak berhasad dengki sesama tukang jarum.

Keuntungan di dunia dapat kita lihat seperti kisah berkenaan. Menurut Ustaz Nursi, begitu juga amalan untuk akhirat. Kalau kerja baik, amar makruf nahi mungkar dan apa sahaja urusan yang diniatkan untuk akhirat keuntungannya lebih berganda. Setiap kebaikan diganda sepuluh. Dalam keadaan tertentu dan waktu tertentu ia meningkat dan berganda lagi.

Sudahlah wahai pejuang Islam, wahai yang mendakwa diri berjuang untuk Islam, jangan hanya melihat kekurangan orang lain. Mainlah peranan di bidang kepakaran masing-masing. Bersatulah memperjuangkan Islam tercinta dengan keupayaan dan kemahiran masing-masing yang telah Allah kurniakan. Semua keuntungan akhirat akan yang berganda itu tidak akan dapat kita kecapi dengan saling berhasad dan tiada keikhlasan.

Subhanaka la 'ilma lana illa ma 'allamtana, innaka Antal 'Alimul Hakim


---

Ulama Mesti Berani Nyatakan Kebenaran



Firman Allah:

Dan sesiapa yang tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab, walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapa pun selain Allah, sebagai pelindung yang membelanya, mereka yang demikian sifatnya adalah dalam kesesatan yang nyata. (al-Ahqaaf: 32)


Setiap tahun pada tanggal 12 Rabiulawal umat Islam menyambut Maulidur Rasul di seluruh dunia. Di Malaysia, sambutannya amat dirasai malah kerajaan memberi cuti umum pada tarikh tersebut.

Sesuai dengan tema sambutan tahun ini iaitu Menjana Ummah Gemilang, wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, SAHARUDIN ABDULLAH menemu bual pensyarah Syariah, Kulliyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Datuk Md. Hashim Yahaya bagi membahaskan isu ini.



Selalunya kita sambut hari lahir semasa individu itu masih hidup tetapi berlainan dengan Rasulullah. Apa signifikannya?

MD. HASHIM: Pada asasnya, sambutan hari lahir Rasulullah S.A.W bukan seperti menyambut hari lahir kita. Ia lebih kepada memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad.

Baginda adalah satu anugerah Allah yang sangat besar kepada manusia yang kemudiannya diangkat menjadi rasul membawa ajaran yang benar bagi menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.

Ini turut dijelaskan menerusi firman Allah:

Tidak kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam. (al-Anbiya’: 107)


Sambutan ini pula masih relevan lebih-lebih lagi dalam keadaan masyarakat Islam umumnya sudah agak jauh daripada cara hidup Islam yang betul. Maka, sambutan Maulidur Rasul yang diisi dengan pelbagai program seperti ceramah, forum dan diskusi bertujuan mendekatkan atau menarik umat Islam kembali kepada cara hidup beragama.

Hal ini sangat penting kerana ia adalah kesempurnaan hidup kita. Tanpa agama kita tidak ada pedoman dan mudah hanyut dalam lembah kemaksiatan.



Saban tahun kita menyambut Maulidur Rasul. Bagaimana nak mengukur keberkesanan dan cinta kita kepada Nabi Muhammad S.A.W?

MD. HASHIM: Agak sukar kita nak mengukur keberkesanan sambutan ini walaupun selepas sekian lama diadakan.

Kalau dapat dibuat kajian oleh pihak yang berkenaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terutama di kalangan generasi muda. Jika dengan mengikuti perarakan ini nampaknya mereka lebih mendekatkan diri dengan agama, itu boleh dikira sebagai salah satu keberkesanan sambutan Maulidur Rasul.

Sejauh mana kita kasihkan rasul, ini perlu kepada kita mempelajari dan menghayati Islam. Cinta kita kepada Rasulullah tidak hanya cukup dengan berselawat 100 atau 200 kali sehari.

Sebaliknya hendaklah kita mempraktikkan segala ajaran Islam dan sunah baginda dalam kehidupan seharian.



Bagaimanakah cintanya Rasulullah kepada umatnya?

MD. HASHIM: Semua nabi memang sayangkan umat. Mereka tidak jemu-jemu menyampaikan risalah dakwah walaupun menghadapi tentangan dan halangan. Inilah yang berlaku sejak zaman Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad S.A.W.

Cuma istimewanya Nabi Muhammad disebabkan kasih baginda kepada umatnya, baginda berdoa supaya Allah menangguhkan segala pembalasan kepada umatnya di akhirat.

Kalau nabi-nabi yang lain apabila sudah sekelian lama berdakwah dan masih ada golongan yang terlalu degil maka mereka berdoa supaya Allah membinasakan golongan atau puak yang degil ini. Contohnya umat Nabi Nuh dan Nabi Lut yang dibinasakan Allah sama ada dengan ribut taufan dan banjir atau halilintar kerana ingkar menurut agama Allah.

Waima, sewaktu hendak wafat pun Rasulullah masih menyebut “Umatku, umatku, umatku.” Sebab itu, jarang kita nampak Allah balas kejahatan manusia secara terang-terangan dengan kolektif. Kalau adapun, barangkali tsunami itu pun sekali dalam tempoh berapa ratus tahun.



Dalam sebuah hadis ada disebut bahawa umat pada akhir zaman akan dapat pahala berganda apabila mengikut sunah Rasulullah kerana mereka tidak pernah bertemu baginda S.A.W. Soalnya, bagaimana boleh kita mencapai tahap ini?

MD. HASHIM: Memang benar malah ada satu lagi hadis yang bermaksud, “Siapa yang berpegang teguh dengan sunahku ketika rosaknya umatku, dia akan diberi pahala oleh Allah sama dengan 100 orang mati syahid”.

Ganjaran besar ini diberi kerana umat kini lebih hebat. Tanpa melihat atau hidup bersama Rasulullah, mereka dapat mengamalkan segala sunah baginda.

Kita tidak hairan jika orang yang pernah hidup bersama Nabi memang berpegang dan mengamalkan segala sunah baginda. Tetapi untuk seorang yang tidak pernah bersama atau melihat mukjizat baginda selain al-Quran mengamalkan segala sunah, itu menunjukkan orang tersebut mempunyai tahap keimanan yang tinggi.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Orang tuduh kita macam-macam jika kita mahu kembali mengamalkan Islam sepenuhnya. Hendak menyelamatkan diri daripada rasuah pun kini sukar. Orang kata kita jumud, kolot, ekstrem dan sebagainya.

Bagaimanapun, ada yang mampu bertahan daripada terlibat dengan rasuah. Mereka berpegang kepada prinsip biar sedikit tetapi berkat dan ia lebih baik daripada banyak tetapi tidak halal.



Ada yang mengatakan bahawa sukar untuk kita mengamalkan sunah Rasulullah kerana jarak kewafatan baginda dengan kita amat jauh. Benarkah dakwaan begini?

MD. HASHIM: Dakwaan sedemikian tidak berasas. Islam adalah agama yang kekal sehingga kiamat. Ia tidak akan mengalami perubahan atau tamat seperti agama yang dibawa oleh Nabi sebelum Rasulullah.

Ini dijelaskan menerusi sabda Rasulullah yang bermaksud:

Telah aku tinggalkan kepadaMu dua perkara yang mana selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitulah kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku. (riwayat Bukhari dan Muslim)


Yang perlu dilakukan ialah mempelajari dan mendalami Islam untuk mengamalkannya dalam seluruh kehidupan. Islam itu adalah cara hidup maka ia wajar dipraktikkan bukan sahaja dalam beribadat tetapi dalam bermuamalat, bersosial, berpolitik dan sebagainya.

Kita kena ingat dalam keadaan apa sekalipun, kita diikat oleh soal halal haram agama. Bukan hanya di Mekah kita perlu patuh kepada Allah, malah di mana-mana pun kita perlu patuh sebab Allah yang kita sembah itu sama walau di mana kita berada.



Rasulullah ada bersabda, “Ulama itu pewaris nabi”. Ulama bagaimanakah yang dimaksudkan pewaris nabi ini?

MD. HASHIM: Saya ingin memetik kata-kata Imam al-Ghazali dalam hal ini. Beliau membahagikan ulama kepada dua iaitu ulama akhirat dan ulama dunia.

Ulama akhirat ialah mereka yang mendalami agama, alim dan beramal dengan apa yang dipelajarinya serta menyampaikan ilmu itu dengan amanah. Mereka tidak bimbang dicela atau dikutuk dalam menyampaikan kebenaran. Ini bertepatan dengan firman Allah, ...Mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela... (al-Maaidah; 54)

Ulama dunia pula ialah golongan berilmu tetapi tidak jujur dalam menyampaikan ilmu Islam. Mereka tidak amanah dalam menyampaikan kebenaran atau kebatilan. Kalau kepentingan mereka tidak terjejas, maka dia akan sampaikan ilmu itu. Sebaliknya jika kepentingan atau periuk nasinya terjejas, maka dia akan mendiamkan diri.

Hari ini bilangan ulama akhirat ini tidak begitu ramai. Sebagai contoh ulama akhirat ialah Imam Abu Hanifah yang rela dipenjara dan disebat semata-mata kerana tidak mahu mengikut telunjuk pemerintah mengatakan al-Quran itu adalah makhluk.
---

Thursday, June 04, 2009

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"




Ilmu utk dikongsi bersama :

Antaranya tentang bab memberi salam.

Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan
"A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah
kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA
DIAMALKAN.

Kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....

KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATANKUASA ULAMA PAS PUSAT



Pemilihan Jawatankuasa Ulama telahpun selesai, berikut adalah keputusan penuh Jawatankuasa Ulama PAS Pusat 2009-2011

Ketua : Ustaz Harun Taib(MTB)
Timbalan : Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)
Naib : Dr Mahfodz Omar (MTB)

Ahli-ahli Jawatankuasa

1.Ustaz Husin Awang 193
2.Ustaz Abdul Ghani Shamsudin 186
3.Ustaz Nik Zawawi Salleh 186
4.Ustaz Saleh Sani Harun 156
5.Ustaz Abu Bakar Abdullah 153
6.Dato' Ustaz Mohd Daud Iraqi 152
7.Ustaz Abdullah Abd Razak 152
8.ustaz Hasan Mohamad 143
9.Ustaz Ismail Noh 138
10.Ustaz Mohd Zain Abd Rahman 138
11.Ustaz Mohamad Mustafa 131
12.Ustaz Abdullah Husin 129


Pemeriksa kira-kira : Hj Ibrahim Omar

Islamkan Politik, Atau Politikkan Islam?

Islamkan Politik, Atau Politikkan Islam?
9 dalam kategori Politik |

Saya sering bercakap tentang “Islamkan politik, jangan politikkan Islam”. Mungkin seseorang bertanya apakah beza antara kedua ini? Bezanya adalah jika kita berusaha mengislamkan politik kita memastikan tindak tanduk atau gerakerja politik itu tidak bercanggahan dengan Islam. Juga, jika ada pengamalan politik yang belum islamik, kita akan berusaha untuk mengislamisasikannya. Dalam ertikata lain, Islam adalah panduan sebelum tindakan.

Sementara mempolitikkan Islam adalah menggunakan Islam sebagai modal politik untuk kepentingan kuasa. Maka Islam bukan panduan tetapi sekadar alasan atau ‘cop halal’ yang dibuat untuk menjadikan masyarakat atau pengikut menerima sesuatu tindakan.

Hasilnya, seseorang akan bertindak dalam gerakerja politiknya tanpa terlebih dahulu melihat kepada ajaran Islam, namun apabila ia dipertikaikan, maka pendapat atau nas Islam akan digunakan untuk membela diri. Dalam ertikata lain mengislamkan politik bererti menjadikan Islam sebagai panduan. Sementara mempolitikkan Islam bererti menjadikan Islam sebagai alat atau alasan.

Maka sesiapa yang menjadikan Islam sebagai dasar atau panduan, maka dia akan bersedia menarik balik pandangan atau tindakan sekiranya dia dapati bercanggahan dengan ajaran Islam. Adapun yang menjadikan Islam sebagai alasan dan alat, dia menggunakan Islam bagi menghalalkan tindakan politiknya sekalipun ternyata salah.

Dia bukan hendak mendengar dalil atau hujah syarak yang kukuh untuk diamalkan, sebaliknya dia mencari orang agama atau pendapat yang sanggup menghalalkan tindakannya sekalipun dia tahu itu pendapat yang diberikan untuk menyokongnya itu lemah dan tidak kukuh. Ini sama dengan golongan taksub dan pengikut mazhab fekah secara membuta tuli dengan tidak memperdulikan alasan dan hujah yang kukuh.

Sehingga al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) mengkritik mereka ini dengan katanya:

“Yang lebih pelik dari semua itu adalah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadis yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadith sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun sedikit..”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/195, Beirut: Dar al-Fikr).

Usaha atau sikap, samada mengislamkan politik atau mempolitikkan Islam bukan semestinya berkaitan parti atau kumpulan tetapi lebih kepada sikap individu dalam kebanyakan hal. Jika salah satu sikap itu menjadi aliran utama dalam sesebuah parti atau kumpulan, maka itu mencerminkan kecenderungan mereka yang sebenar. Untuk berpegang dan istiqamah dengan prinsip Islam dalam mengharungi politik hari ini bukanlah mudah.

Namun, itulah yang patut dihayati oleh setiap kita. Dalam sejarah pertembungan Nabi Musa a.s dengan Fira’un, Fir’aun pernah mempertikaikan tindakan Musa a.s. memukul seorang warga Qibti sebelum beliau lari ke Madyan. Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya: (maksudnya)

“Maka pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”. Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau (Musa) kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (kesalahan) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dalam kalangan orang yang tidak mengenang budi?” Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan demikian sedangkan aku ketika itu dalam kalangan orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan, dan menjadikan daku seorang RasulNya. Adapun budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.” (Surah al-Syu‘ara: 16-22).

Inilah rasul, dia mengajar kita prinsip. Dalam suasana yang sengit, Nabi Musa tetap mengakui bahawa tindakannya memukul warga qibti itu satu kesalahan dan bukan tindakan yang berdasarkan petunjuk yang betul. Nabi Musa tidak cuba menghalalkan tindakannya demi kepentingannya, tidak sama sekali! Yang salah tetap salah.

Nabi Musa a.s. menghadapi kuasa politik yang maha besar di zamannya bahkan paling bersejarah dalam tamadun manusia. Lebih besar dari segala perjuangan hari ini. Pun begitu, prinsip tetap prinsip. Baginda bertindak memastikan manusia menurut wahyu, bukan wahyu diputarbelitkan untuk kehendak manusia.

Dalam politik kita, amat sukar kita dapati seseorang mengakui kesilapan tindakan partinya, atau tindakannya. Berbagai alasan akan dicari demi membela dirinya atau puaknya, sekalipun dia sendiri sedar itu merupakan kesilapan atau kesalahan. Ada sanggup tergadai prinsip daripada tergadai kerusi atau jawatannya. Maka jadilah apa yang jadi. Maka kita lihat lahir suasana maki hamun, cerca mencerca dan berbagai tindakan yang kadang kala di luar dari batas kewarasan dan perbincangan yang matang.

Islam bukan terlalu mengongkong politik. Politik satu bidang yang luas yang membabitkan kemaslahatan umat dan rakyat. Politik bukan satu hobi seperti main golf atau bola sepak. Politik mempertaruhkan kemaslahatan manusia. Maka tindakan dalam politik hendaklah tindakan yang membawa kemaslahatan kepada umat dan rakyat. Bukan untuk kepentingan diri dan parti.

Kemudian, perlu kita ingat, bukan semua yang berada di medan jihad itu mesti masuk syurga. Walaupun mungkin tindakannya itu kadang kala menguntungkan umat Islam, namun empunya diri jika tidak betul niat atau tindakan, atau keduanya, maka dia mungkin tidak mendapat balasan yang baik di sisi Allah sekalipun berjuang menggunakan nama Islam. Bahkan dalam hadis ada individu yang kelihatan hebat berjuang, tetapi menjadi ahli neraka.

Kata Abu Hurairah r.a:

“Kami menyertai Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan. Baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam, “dia dalam kalangan ahli neraka”. Apabila peperangan berlaku, lelaki tersebut telah berperang dengan hebat dan tercedera. Lalu ditanya Rasulullah s.a.w: “Engkau telah berkata dia dalam kalangan ahli neraka sedangkan dia berperang hari ini dengan hebatnya dan telah mati”. Jawab baginda:
“

Wednesday, June 03, 2009

SPR perkenal pelekat kereta berwarna khas

KOTA BHARU: Menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manik Urai pada 14 Julai ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan penggunaan pelekat kenderaan berwarna khas buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya, khusus untuk petugas parti yang membawa pengundi pada hari mengundi.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pelekat kenderaan itu merupakan inisiatif SPR bagi membantu usaha memudahkan anggota keselamatan menjalankan tugas semasa mengawal kesesakan lalu lintas, di samping menjaga keselamatan pengundi pada hari mengundi.

Beliau berkata pelekat yang diperkenalkan SPR itu buat pertama kali akan diguna pakai pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai dalam usaha memudahkan anggota keselamatan mengawal lalu lintas serta keadaan sekitar, di samping memastikan pangundi dibawa mengundi di saluran yang betul.

"Pelekat kenderaan berkenaan akan dikeluarkan dengan saiz yang sama mengikut tiga warna mewakili tiga parti iaitu warna biru untuk parti Barisan Nasional, warna hijau untuk PAS, dan warna jingga untuk Bebas," tambahnya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Petugas SPR di sini hari ini beliau berkata, soal mengenai jumlah pelekat yang akan dikeluarkan buat setiap parti masih dalam kajian pihaknya.

Sementara itu Abdul Aziz berkata pihaknya akan menyediakan meja-meja khas di kawasan DUN Manik Urai bagi memudahkan pengundi di kawasan itu menyemak status masing-masing dalam masa terdekat.

Beliau meminta pengundi kawasan itu supaya menyemak status masing-masing dengan segera bagi mengelak timbulnya sebarang masalah, kekeliruan dan kelewatan pengesahan status masing-masing.

"Kami akan sediakan meja tidak kurang dari lima buah di kawasan strategik yang dipilih di DUN berkenaan untuk membantu pengundi menyemak status mengundi mereka, pusat mengundi, saluran serta nombor siri mereka dan kami berharap pengundi dapat menyemak dengan segera," katanya.

Pada persidangan akhbar yang sama Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata meskipun petugas parti dibekalkan dengan pelekat khas SPR, polis akan memastikan pelekat berkenaan tidak disalah guna pihak tertentu.

"Tidak semestinya ada pelekat mereka boleh bawa masuk kenderaan, berhenti atau letak kereta di mana-mana tempat kerana kami akan sedaiakan tempat khas untuk mereka menurun dan mengambil semula pengundi-pengundi yang dibawa mereka," katanya. BERNAMA

Adham dan Nozula minta maaf dari Husam



KOTA BAHRU, 3 Jun: Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah hari bersemuka dan bersalaman dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa selepas kes saman menyaman mereka berdua berjaya di selesaikan di luar mahkamah.

Turut serta dalam pertemuan hari ini adalah Adham Kechik, Adun Bukit Bunga yang turut membacakan kenyataan memohon maaf kepada Husam di depan media ekoran kenyataan media dan laporan mereka kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kini SPRM yang mereka buat 27 Novewmber 2007 lalu.

Kedua-dua mereka bertemu Husam di Kota Darul Naim hari ini dan bersalam penuh dengan kegembiraan.

Semalam Nozula telah menyiarkan satu notis permohonan maaf kepada Husam dalam akhbar Berita Harian, iaitu salah satu akhbar yang menyiarkan tuduhan terhadap Husam dahulu.

Dalam notis itu, Nizula memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada Husam ekoran kenyataan mereka dalam sidang media dan laporan kepada BPR.

Adham mengaku, laporan yang dia buat dahulu berdasarkan sumber yang tidak ada kesahihannya.

Ekoran kenyataan mereka dahulu, Husam telah memfailkan saman kepada kedua-duanya dan juga media yang menyiarkan kenyataan itu.
Dalam majlis hari ini, Husam berkata, tindakan beliau mengemukakan saman kepada mereka yang membuat tuduhan kepadanya bukan inginkan wang atau memenangi mana-mana kes, sebaliknya sebagai pengajaran kepada mereka agar tidak berbuat demikian pada masa akan datang

Sukan - Wanita Arab Saudi Kecewa

DI satu sudut, masuk sekumpulan wanita-wa­nita Arab yang lengkap dengan abaya hitamnya serta bertutup litup. Satu demi satu menuju dan menyelusuri ke bilik persalinan di sebuah gelanggang ter­tutup bola jaring. Untuk seketika, kumpulan tadi bertukar wajah apabi­la masing-masing memunculkan diri dengan lengkap memakai sut pakaian seragam hitam putih yang jelas ter­tera perkataan Jeddah United yang bersedia untuk memulakan latihan.



Tanpa ada sebarang rasa kekok, kumpulan bola jaring wanita-wanita dari Arab Saudi ini memulakan latihan kaedah-kaedah membaling bola dan menyumbatkan bola ke jaring. Dengan penuh bersemangat mereka menerus­kan latihan tanpa rasa jemu.

Menariknya, kumpulan bola jaring yang terdiri daripada pelajar dan suri rumahtangga ini, sedang berlatih untuk satu pertandingan yang akan berlangsung sebagaimana yang telah dirancang. Namun di sebalik keran­cakan dan kegigihan menjalani latihan, terselit sedikit kekecewaan apabila pasukan yang dibentuk sama seka­li tidak berpeluang untuk menyertai mana-mana pertandingan di peringkat antarabangsa.

"Kami sememangnya bercita-cita untuk mencapai impian ke peringkat Olimpik," kata Shatha Baksh seorang pelajar undang-undang. "Kami mem­punyai banyak potensi tetapi tetapi kami tidak diberi peluang untuk itu," sambungnya dengan nada sedikit kece­wa. Arab Saudi sememangnya terkenal dengan pendekatan undang-undang yang ketat kepada kaum wanita di ne­gara tersebut. Selain melarang percam­puran di kalangan wanita dan lelaki, Arab Saudi turut melarang wanita­wanitanya memandu kereta di sam­ping melarang wanita-wanitanya untuk keluar 'mengembara' atau melancong tanpa ditemani oleh lelaki yang mah­ram.

Begitu juga kanak-kanak perempuan di negara tersebut diharamkan terlibat dengan sukan di sekolah-sekolah awam yang dianggap sebagai tidak Islam. Malah Arab Saudi pernah membatal­kan dua acara yang jarang melibatkan wanita iaitu pertandingan bola sepak dan maraton untuk kaum wanita.
Pernah suatu ketika, di awal ta­hun 1990-an, kerajaan Arab Saudi telah menutup pusat gymnasium. Bagaimanapun pusat tersebut dibuka kembali tetapi dengan syarat la diga­bungkan dengan hospital-hospital.

Arab Saudi adalah antara negara yang menyertai Sukan Olimpik tanpa delegasi wanita. Masyarakat Arab Saudi yang berpegang kuat pada adat tradisi dan berbangga dengan keturun­an daripada sebelah bapa mempercayai, dengan membenarkan atlet wanita ia tidak ubah seperti meniru cara hidup barat yang bebas serta menghakis budaya yang sedia ada.
Pun begitu, Lina al-Maeena, pe­ngasas kumpulan Jeddah United me­rangkap kapten kumpulan, melihat di sebaliknya. Baginya, penglibatan wani­ta dalam sukan adalah sesuatu yang positif dan seharusnya menjadi seba­hagian daripada perkara yang saling lengkap-melengkapi dalam kehidupan wanita-wanita muda.

"Apabila keluarga mengatakan peng­libatan wanita dalam sukan sebagai satu dosa, ia amat mengecewakan saya. Ini kerana mereka telah menyekat anak­anak melakukan sesuatu yang baik untuk diri mereka," celah Maeena yang mempunyai dua orang anak gadis.

Terdapat lebih daripada 11 kumpulan bola keranjang di bandar Laut Merah, termasuk beberapa ratus pemain. Sebahagian daripadanya beroperasi secara sah di sisi undang-undang tetapi secara senyap mendapat sokongan di bawah pertubuhan-pertubuhan aural wanita manakala sebahagian lagi beroperasi tanpa permit sebagaimana dalam kes Jeddah United.
Kebanyakan dari kumpulan-kum­pulan ini kekal dengan 'low profile' menolak untuk bergambar dan dite­muramah kerana khuatir akan diarah­kan memberhentikan penubuhan kum­pulan tersebut. Tetapi sebahagiannya seperti Jeddah United, mencari-cari untuk tampil di khalayak sekali gus berusaha untuk melakukan perubahan.

"Membuka pusat ini adalah salah satu sebab utama dan membuka pintu seluas-luasnya untuk menyebarkan kekolotan dekri (undang-undang) ne­gara ini. Idea yang mengatakan baha­wa wanita yang terlibat dengan sukan sebagai sosial, tidak dapat diterima oleh sebahagian rakyat," jelas Meena. [terjah.com]

Sumber:
Al Islam

Tuesday, June 02, 2009

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma


Sabda Rasulullah s.a.w

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana

sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal

dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta

cerdas pemikirannya."



Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali

jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini

akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga

dicalitkan sedikit di lelangit bayi.



Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan

nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah

ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus

puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak

merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.



1) KURMA



Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan

penghuninya kurang sehat".



"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia

melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi

seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".



Abu Abdillah a.s. bersabda:

"Buah kurma adalah salah> satu buah yang berasal dari syurga dan

dapat mensirnakan pengaruh sihir".



Abu Abdillah a.s. bersabda:

"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan,

maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak

diganggu setan".



Imam Ja'far Ash-Shadiq a..s. bersabda:

"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing

yang ada di perutnya akan mati".



2) KISMIS



Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari

sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali

kematian".



"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan

kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan

badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".



Imam Ali a.s. bersabda:

"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan

melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".



"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit,

menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".



Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat

menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".



3) MADU



Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan

nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77

penyakit".



"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia

meminum madu".



"Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat

mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam

dada"..



"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan

menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan

oleh 70 Nabi".



Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:

"Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di

dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".



Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:

"Rasul saw sangat menyenangi madu".



Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:

"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan

membaca Al-Quran".





************************************************************************

****







Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka

oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd

wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:



1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2

perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama

seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2

perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi

kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.



(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak

perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup

aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka

bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)



2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.

Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk

pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri

walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh,

saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya

bersama-sama ke dlm neraka.



(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri

tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau

menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau

akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)



3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita

jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka

hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari

ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.



(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga

amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan

dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu

bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup

aurat.)



4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal

kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat,

memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan

dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya

ke neraka.



(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika

tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr

melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika

tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)





Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah

diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar

ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.



Firman Allah S.W.T;



"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka

dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..."

ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........




Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:
"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendap ati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitula h keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk menc erna kan makanan yang banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah m ati ..





Monday, June 01, 2009

Makna tersirat di sebalik tanda tangan:




Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan
~Seorang yang sangat yakin
~Ada personaliti yang hebat
~ Agak mementingkan diri sendiri
~ Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu
2. Dua titik di bawah tanda tangan
~ Anda romantik
~ Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
~ Memilih kecantikan (bagi lelaki)
~ Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
~ Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping
3. Satu titik di bawah tanda tangan
~ Anda kelihatan mudah dan tenang
~ Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati
4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
~ Seronok dengan kehidupan
~ Ikut gaya dan cara sendiri
~ Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain
5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
~ Anda sentiasa berusaha supaya smart
~ Suka berselindung
~ Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
~ Yakin dengan kebolehan diri sendiri
6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
~ Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
~ Anda cepat menukar pandangan dan idea
7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
~ Seorang yang sangat prihatin
~ Tidak pentingkan diri sendiri
~ Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
~ Seorang pemikir
~ Seorang yang mudah serik
8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
~ Seorang yang sangat baik
~ Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
~ Tegas dengan pendapat sendiri
~ Ada semangat yang tinggi

musibah-manjung-zambry-kena-halau.html




Hari ini jam 2.30 ptg lebih kurang mungkin tercatat dalam sejarah Zambri selaku MB Mahkamah Rayuan telah dihalau oleh Tuan Tanah/Rumah di Batu 8 Lekir. Gambar sebelah kiri...Tuan tanahnya,.

info lanjut sila ke;
http://otai-manjung.blogspot.com/2009/05/musibah-manjung-zambry-kena-halau.html

Mengikut dari cerita salah sorang mengiringi DS IR Nizar kepada aku sebentar tadi, Zambri bersama Kong Chong Ha selaku AP Lumut yg juga Menteri Kerajaan Perumahan & Tempatan dan beberpa orang anggota polis yang mengiringinya ingin melawat ke sebuah rumah penduduk di situ yang rumahnya mengalami musibah akibat angin ribut malam tadi.

Disebabkan jalan untuk laluan kereta untuk ke rumah tersebut tak ada.. maka kereta Rasmi Zambri. Kong Cha dan Polis telah diletak di kawasan halaman rumah si tuan ni, tanpa minta izin kebenarannya. Apalagi tuan rumah ni terus minta keluar dari tanah kawasannya.. mereka tak indah larangannya.. malah mereka semakin gostan keretanya ke belakang, menyebab dia memekik tak faham bahasa ka sambil menepuk kereta tersebut.

Bila dah malu tak ada arah, mulalah cari pasal.. tanya kat tuan rumah ni, tanahnya tu bayar cukai ke tidak.. lagi la hangat tuan rumah, dapatlah maki percuma darinya "Pukimak hangpa", seawktu mereka nak keluar dari rumahnya ada lagi suara-suara mengatakan jangan layan orang tak betul...situan rumah balik balik sapa yang tak betul, kalau berani mari.. tak ada sapa yang beranila nak masuk.. dah bersalah.. nak tak nak mula tebal keluar balik... lawatan pun tak jadi..

Malu besarlah Zambri, kerana tak jauh dari situ kat Batu 10 Lekir adalah rumah mertuanya, tup-tup dia sendiri kena halau...

Pada sebelah petang DS IR Hj Nizar pulak pergi melawat ke situ, dah HJ Nizar pun risau juga pada mulanya.. takut kena halau.. sebab sangkaan mereka tuan tanah ni jenis orang tak betul... suspen aja mereka nak turun dari kereta,,, rupanya bila ia nampak Hj Nizar sampai berlari ia sambut Hj Nizarkat kereta, siap cium tangan lagi... berbangga dia dapat bertemu Hj Nizar dan ia menceritakan kisahnya yang berlaku pd Hj Nizar.. rakaman ceritanya bersama HJ Nizar ada di blog otai-manjung.

Tuan Tanah/Rumah ni menetap di KL.. entah habuannya nak jadi cerita balik kerumahnya dapat bertemu Zambri.. nasib Zambrilahhh... itulah MB yang bukan pilihan rakyat.. Padan muka kau Zambri... Kau dimalukan depan anggota polis.... depan Menteri Kabinet MCA...korang mereka tahu yang rakyat betul-betul tak suka...pi la ngadu kat Pak Mentua kau tu... apa dia nak kata....

FIQAH DAULAH DALAM PERSPEKTIF AL-QURAN DAN SUNNA




Oleh Dr Yusuf al-Qardhawy

. TABIAT DAULAH DALAM ISLAM


Pernyataan Uthman bin Affan


Tak sekalipun Uthman bin Affan pernah menganggap dirinya berkuasa berdasarkan hak Ilahi. Yang pasti, dia dibaiat oleh orang-orang Muslim agar berkuasa dengan berdasarkan Kitab Allah dan Rasul-Nya serta mengikuti jejak dua khalifah sebelumnya.



Tidak ada sedikit pun dalam biografinya dan dalam perkataan-perkataannya yang menguatkan anggapan bahawa dia berkuasa di bumi atas nama langit. Bahkan dia pernah berkata, "Urusanku juga untuk urusan kalian boleh diikuti."

Tatkala muncul pergolakan yang disulut (diapi-apikan) oleh orang-orang yang marah kepadanya dan tergopoh-gapah, yang mengingkari sebahagian keputusan dalam kekuasaannya, yang sengaja difitnah oleh musuh-musuh Islam, lalu disambut oleh orang-orang Muslim yang dapat dipengaruhi, dia tidak pernah berkata kepada mereka, "Aku memegang hak Ilahi untuk berkuasa, dan kalian tidak mempunyai pilihan lain kecuali harus tunduk." Tetapi dia membela dirinya dan tindakannya dengan cara yang sesuai dan dengan logika ilmiah yang tepat dengan masalah yang dihadapi, bukan dengan kekuatan yang lain. Tentang pernyataannya, "Jubah yang dikenakan Allah kepadaku, tidak akan kulepas", ada yang berpendapat bahawa dia berkata seperti itu kerana Rasulullah s.a.w pernah berwasiat kepadanya melalui perkhabaran ghaib, dengan bersabda:

"Sesungguhnya Allah mengenakan sebuah pakaian kepadamu. Jika ada seseorang yang hendak melepaskannya, maka janganlah engkau melepasnya (tiga kali)." (Diriwayatkan Ahmad, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).[10]



Jadi tindakan Uthman ini didorong untuk melaksanakan wasiat Rasulullah s.a.w dan petunjuk yang pernah baginda berikan kepadanya.



Katakanlah bahawa hadis ini bukan hadis sahih seperti pendapat sebahagian orang, maka dengan perkataannya itu dia bermaksud agar khilafah jangan sampai menjadi barang mainan di tangan orang-orang yang suka bertindak tergopoh-gapah, yang digerakkan kekuatan tersembunyi, sehingga dia mesti menyerahkan khilafah kepada mereka.



Seperti yang disebutkan oleh At-Tabary, Ibnu Kathir dan lain-lainnya, bahawa Uthman tidak mahu melepaskan baju yang telah dikenakan Allah kepadanya, yang maksudnya adalah khilafah. Sekiranya dilepaskan jawatan khalifah, dibimbangi umat Muhammad akan saling bermusuhan di antara sesama mereka ketika itu, kemudian mereka mengangkat orang-orang yang bodoh sebagai pemimpin, sehingga suasana menjadi kacau dan kerosakan tidak lagi boleh dibendung.



Uthman bin Affan, seorang khalifah yang sedang dizalimi ini, sedang berbicara tentang baiat yang diberikan kepadanya. Dia tahu orang-orang yang berbaiat kepadanya sama sekali tidak menentangnya. Sedangkan orang-orang yang keluar dari kekuasaannya dan menuntut pengunduran dirinya hanya sebahagian kecil, yang terdiri dari orang-orang yang sedang marah dan bertindak liar. Di samping itu, dia melihat sendiri benih-benih fitnah yang boleh mengancam bangunan umat. Tatkala dia menolak tuntutan orang-orang yang keluar dari kekuasaannya, maka dia menetapkan dirinya sebagai penyelamat dan korban. Sebenarnya dia boleh meminta para pendukungnya untuk mencegah orang-orang yang keluar itu. Sebab di ambang pintu selalu berkumpul para pemuka sahabat dan anak-anaknya dari kalangan Muhajirin mahupun Ansar. Bahkan Al-Hasan dan Al-Husain serta Abdullah bin Umar juga menemuinya. Dia boleh saja meminta agar para sahabat itu selalu berada di sampingnya dan melindungi dirinya. Namun dia justeru berkata kepada orang-orang di sekitarnya, "Aku tidak memerlukan semua itu." Dia menolak untuk mencabut pedang, lalu terjadi pertempuran antara sesama Muslimin. Dia mengadap kepada Allah dan terus membaca Al-Qur`an. Nah pada saat itulah mereka memasuki tempat tinggalnya dan membunuhnya.



[ Komen saya: Di M`sia sekarang ni yang menuntut Paklah turun bukan sedikit. Bahkan sekarang golongan atasan juga sedang bersuara. Umno betul-betul dalam keadaan parah sekarang. Hari ini juga kita boleh lihat stadium-stadium besar di Kedah, Perak dan Selangor digegar dengan laungan Takbir!. Nama Allah bergema. Yang sebelum ini dalam kekuasaan BN/Umno, stadium-stadium hanya digunakan untuk memabukkan para remaja dengan program sukan dan konsert-konsert. Kalau ini pun orang tak nampak, saya tak tau nak kata apa. Maknanya amat jelas boleh pahala sapa pangkah Pas, dan vice versa sapa pangkah bn/umno. ]



Mungkinkah pernyataan orang yang mati syahid ini dimaksudkan sebagai penisbatan terhadap hak Ilahi, untuk mengesahkan kekuasaan atas manusia? Masuk akalkah seorang penguasa yang berpegang kepada tugas Ilahi (menurut gambaran mereka), lalu memasrahkan dirinya untuk mati syahid dalam keadaan reda dan diredai?



Selanjutnya kita bahas pendapat Dr Faraj Faudah yang mengatakan, "Pernyataan Uthman meletakkan semua pemikiran politik Islam di persimpangan jalan, iaitu antara golongan majoriti dan minoriti. Golongan majoriti menyetujui pendapat Uthman bin Affan, bahawa Allah-lah yang berhak mengangkat khalifah, yang bererti rakyat tidak mempunyai hak menurunkan pemimpin dari kedudukannya yang telah ditinggikan oleh Allah. Sementara golongan minoriti berpendapat bahawa umat merupakan sumber kekuasaan. Umat (rakyat) berhak mengangkat dan berhak menurunkan pemimpin. Ini merupakan pendapat yang kemudian dipakai oleh golongan Mu`tazilah. Sebutan Mu`tazilah ini sendiri sudah membuktikan bagaimana kedudukan daulah Islam di mata Mu`tazilah dan bagaimana Mu`tazilah di mata daulah Islam."



Ini merupakan pendapat orang yang tidak mengetahui Islam, sejarahnya dan inti-inti pemikiran di dalamnya, atau dia memahaminya dengan pemahaman yang salah, antara pemahaman yang terbatas dan kerana mengikuti hawa nafsu.



Yang pasti, pendapatnya itu tertolak dari pelbagai sudut pandangan:



Pertama: Jumhur umat, yang barisan terdepannya Ahlus-Sunnah, berpendapat bahawa sudah menjadi hak umat (yang diwakili Ahlul-halli wal-aqdi) dan bahkan merupakan kewajipannya untuk memilih pemimpin, memperhitungkan, meluruskan dan bahkan memberhentikannya, selagi dia tidak melakukan kemungkaran yang besar. Umat juga wajib meluruskannya jika melihat kekufuran yang jelas. Ini merupakan pendapat jumhur umat, bukan pendapat golongan minoriti seperti yang dikatakan oleh Dr Faraj Faudah. Bahkan Ali Abdurrazzaq yang pendapatnya pernah dikutip Faudah, hanya sekadar menetapkan satu sisi pandang, bahawa yang paling prinsip dalam khilafah menurut orang-orang Muslimin, mesti kembali kepada pemilihan Ahlul-halli wal-aqdi. Sebab kepemimpinan merupakan ikatan yang diperolehi dengan cara baiat dari Ahlul-halli wal-aqdi, terhadap orang yang mereka pilih sebagai pemimpin umat yang dianggap paling adil.



Kedua: Penulis (Faudah) mencampur-adukkan antara penisbatan perbuatan hamba di mata Allah yang dianggap sebagai pemilik kehendak yang paling tinggi di alam ini, dan tanggungjawab hamba terhadap amalnya sendiri, sekalipun berdasarkan kehendak Allah dan penciptaan-Nya, yang bererti bertentangan dengan pendapat Mu`tazilah. Yang pertama merupakan pendapat Ahlus-sunnah dan Jumhur umat, yang diisyaratkan dalam firman Allah (yang bermaksud):

"Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki." (Ali Imran: 26)



Semua Ahlus-sunnah berpendapat bahawa kehendak Allah dan takdir-Nya tidak menggugurkan tanggungjawab manusia. Oleh kerana itu diperintahkan amar makruf nahi mungkar, ada pensyariatan hukuman, ada pahala dan seksa, ada syurga dan neraka.



Pengaitan Faudah terhadap Mu`tazilah dan sebab penamaan mereka, jelas merupakan pendapat yang tidak memiliki dasar samrin para pakar sejarah pelbagai golongan Islam, dulu mahupun sekarang yang berpendapat seperti itu, tidak Ibnu Hazm, tidak As-Sahrastany, tidak Al-Baghdadi dari kalangan pakar sejarah pada zaman dulu, tidak juga Ahmad Amin dan lain-lainnya dari kalangan sejarawan zaman sekarang, yang banyak menulis tentang golongan-golongan teologi.



Yang paling disayangkan, tatkala golongan Mu`tazilah mempunyai daulah dan wilayah sendiri pada masa Al-Ma`mun, Al-Mu`tashim dan Al-Watiq, mereka menindas suara orang-orang yang menentang mereka dengan menggunakan cambuk, terali penjara dan penyeksaan. Sebagaimana yang tertulis dalam sejarah, hanya merekalah yang mempunyai pengalaman membual atas nama Al-Qur`an. Apa yang mereka lakukan itu sudah dipaparkan secara tuntas oleh Al-Imam Ahmad bin Hambal r.a.



Ketiga: Orang-orang yang memberontak terhadap Dzun-Nurain Uthman bin Affan bukan termasuk Jumhur umat, para penasihat dan yang memiliki kedudukan terpandang, tetapi mereka adalah sekumpulan rakyat jelata (seperti yang diistilahkan para sejarawan), yang diperolehi segelintir orang yang telah dikuasai hawa nafsu, dan ini termasuk tipu muslihat untuk memperdayai Islam secara tersembunyi. Mereka inilah yang menjadi benih bagi orang-orang setelah itu, yang berpendapat untuk membatasi kekuasaan di satu keranjang, yang diwarisi berkat "Hak Ilahi" dan keluar dari pola Islam yang umum.



Pernyataan Al-Mansur (Khalifah dari Bani Abbassiyah)



Pernyataan Al-Mansur yang dikutip penulis dan pengarang buku Al-Islam wa Ushulul-Hukmi (tulisan Ali Abdurrazzaq), yang dalam catatan pinggirnya dia mengisyaratkan telah mengutipnya dari buku Al-Aqdul-Farid Fil-Adab, karangan Ibnu Abdi Rabbah Al-Andalusy (ahli sastera Islam). Sebagaimana yang dikatakan Dr Abdul-Humaid Mutawally, layakkah buku-buku sastera dijadikan rujukan untuk masalah-masalah fiqah? Katakanlah bahawa pernyataan itu benar-benar disampaikan oleh Al-Mansur, walau tak satu pun kajian atau penelitian yang menguatkannya, maka itu hanya sekadar pendapat yang disampaikan orang yang menyatakannya, sehingga tidak boleh diambil sebagai hukum atau rujukan. Kita tidak diperintah untuk mengikuti sunnah Al-Mansur, tidak diperintah menjadikan pendapatnya sebagai hujah dalam agama Allah. Pendapatnya itu boleh ditolak.



Ini jika kita mengambil pernyataannya itu menurut apa adanya, dan kita mengertikannya dengan kemungkinan erti yang paling buruk. Yang pasti, pernyataannya itu mengandungi suatu interpretasi. Maksud pernyataannya itu, bahawa dia hendak menggambarkan syariat Allah di bumi dan menerapkan hukum-Nya, bukan kerana dia membawa hak Ilahi, yang dengan hak itulah dia boleh berkuasa.



Bagaimana tidak? Sedang kita melihat di tengah kaum Muslimin sentiasa ada orang-orang yang menasihati Al-Mansur, memerintah dan melarangnya. Sementara dia juga tidak berkata kepada mereka, "Aku adalah orang yang terjaga dari kesalahan." atau, "Aku membawa hak Ilahi", atau ungkapan lain yang semakna!



Bahkan kita melihat di antara para hakim ada yang menolak perintah Al-Mansur dan memutuskan perkara menurut kebenaran yang dilihatnya. Sementara Al-Mansur tidak boleh berbuat apa-apa menghadapi keputusannya itu.



Ibnu Asakir mentakhrij di dalam Tarikh-nya, dan Abdullah bin Shalih, dia berkata, "Al-Mansur pernah menulis surat yang ditujukan kepada Siwar bin Abdullah, seorang hakim di Basrah, yang isinya: "Periksalah tanah yang dipersengketakan antara Fulan seorang pegawai, dan Fulan seorang pedagang. Lalu serahkan tanah itu kepada pegawai tersebut."



Siwar menulis balasan, "Menurut bukti-bukti yang ada, menurutku tanah tersebut menjadi hak pedagang. Aku tidak akan mengalihkannya dari tangannya kecuali berdasarkan bukti-bukti yang kuat."



Al-Mansur menulis surat kedua, "Demi Allah yang tiada Ilah selain Dia, hendaklah tanah itu kau serahkan kepada pegawai itu."



Siwar menulis balasannya, "Demi Allah yang tiada Ilah selain Dia, aku tidak akan mengalihkannya dari tangan pedagang kecuali dengan benar."



Tatkala surat balasan Siwar ini sampai ke tangannya, maka dia berkata, "Demi Allah, aku telah memenuhi kekuasaan dengan keadilan, dan para hakimku mengembalikan diriku kepada kebenaran."



Abdurrahman bin Ziyad bin An`um, seorang penduduk Afrika bertutur, "Dulu aku sekolah bersama-sama dengan Abu Ja`far Al-Mansur sebelum dia menjadi khalifah. Suatu hari dia mengajakku ke rumahnya, lalu dia menghidangkan makanan yang tidak ada dagingnya sama sekali."



"Hai pembantu! Apakah ada manisan?" Dia berteriak kepada pembantunya.

"Tidak ada, tuan!"

"Apakah ada kurma?"

"Juga tidak ada, tuan!"

Maka dia pun berbaring lalu membaca ayat (yang bermaksud):

"Mudah-mudahan Allah membinasakan musuh kalian dan menjadikan kalian khalifah di bumi(Nya), maka Allah akan melihat bagaimana perbuatan kalian." (Al-A`raf: 129)



Setelah Al-Mansur menjadi khalifah, aku datang kepadanya, dan dia bertanya kepadaku, "Bagaimana kekuasaanku dibandingkan dengan sultan-sultan Bani Umayyah yang lain?"



Aku menjawab, "Aku tidak melihat sedikit pun kejahatan pada masa kekuasaan mereka, selain daripada masa kekuasaanmu."



"Itu terjadi kerana kami tidak mendapatkan pendokong." Aku berkata, "Umar bin Abdul Aziz pernah berkata: Sesungguhnya pemimpin itu sama dengan kedudukan kedai. Yang dimasukkan ke kedai itu adalah barang-barang yang mendatangkan keuntungan. Jika pemimpin itu baik, maka orang-orang yang datang kepadanya adalah orang-orang yang baik, namun jika pemimpin itu jahat maka orang-orang yang datang kepadanya juga orang-orang yang jahat."



Suatu kali tatkala Al-Mansur sedang berpidato, ada salah seorang rakyat biasa yang mengingatkannya. Maka Al-Mansur berkata, "Selamat atas dirimu. Engkau telah mengingatkan orang yang terhormat dan menakut-nakuti orang yang besar. Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi orang seperti yang dikatakan kepadanya: Takutlah kepada Allah, engkau mengambil darinya kemuliaan dan menggantinya dengan dosa."



Semua kisah tentang khalifah Al-Mansur ini disebutkan di dalam bukunya, Tarikhul-Khulafa`.



Apakah seorang khalifah atau raja seperti gambaran ini dianggap menjadi pemimpin berdasarkan hak Ilahi, seperti yang dituduhkan kepadanya menerusi pernyataannya? Sementara riwayat tentang pernyataannya itu belum dijamin kebenarannya?



Barangsiapa yang membaca buku Al-Kharaj, karangan Abu Yusuf, yang ditulis untuk cucu Al-Mansur, Harun Al-Rasyid, khalifah yang paling terkenal dari Bani Abbasiyah, dan memperhatikan wasiat-wasiat dan hukum-hukum yang terhimpun di dalamnya, menyemak perkataan dan ucapan-ucapannya, pasti dia merasa yakin seyakin-yakinnya bahawa orang-orang Abbasiyah terbebas dari anggapan orang-orang yang suka membuat anggapan yang tidak benar.



Yang pasti, anggapan tentang kekuasaan berdasarkan hak Ilahi, jauh dari syariat Islam, pemikiran Islam dan citarasa Islam. Oleh kerana itu kekuasaan seperti ini tidak mempunyai tempat di dalam sejarah orang-orang Muslim.

-----------------------------------------

Nota:

[10] At-Tirmidzi menghasankannya. Ibnu Kathir menyebutkannya di dalam Al-Bidayah Wan Nihayah, 17/180-181

> Sinar Ayat Kursi



>
> "dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor
> syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk
> menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di
> rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami
> di luar rumah. Sebab itulah Rasul ullah tidak akan masuk
> rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada
> isterinya.
> Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam
> itu.
>
> Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
>
> 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di
> tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat
> memeliharanya hingga subuh.
>
> 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
> sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT
> hingga sembahyang yang lain.
>
> 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap
> sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga
> kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak
> tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah
> jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
>
> 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap
> sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati
> orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar,
> pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
>
> 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar
> rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat
> kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
> baginya.
>
> 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
> Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia
> adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah
> sehingga mati syahid.
>
> 7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam
> kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan
> kepadanya.
>
> Dari Abdullah bin 'Amr .a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
> "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.
.."

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH