Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Wednesday, January 16, 2013
Tuesday, January 01, 2013
Thursday, December 27, 2012
Musa Hasan Akan Sertai Himpunan Kemarahan Rakyat Di Kuala Lumpur Pada 12 Januari ini?
Kuala Lumpur - by @tiewnama
desas desus semakin bertiup kencang bilamana ada perkhabaran dalam kem polis
sendiri bahawa bekas ketua polis negara tan sri musa hasan bakal hadir pada petang
12 januari 2013 untuk bersama rakyat malaysia untuk hari himpunan kemarahan dan
kebangkitan rakyat di kuala lumpur dataran atau stadium merdeka.
perkara dan khabar angin ini sudah merebak dalam kem kem polis dan juga kem
kementerian dalam negeri sendiri, di katakan turut hadir sama pada petang hari
sejarah anak muda itu adalah bekas orang nombor 3 dalam polis dan bekas
pengerusi SPR sendiri.
bekas ketua polis negara ini juga di katakan akan bersama sama dengan rakyat
dalam kempen kebangkitan rakyat untuk menghumban Barisan Nasional yang
selama ini mengganggu tugasan polis serta membuat pelbagai arahan yang
tidak sepatutnya kepada pihak polis yang di paksa bekerja untuk umno.
menurut sumber bocor dari wisma putra, berkemungkinan musa hasan akan
menyertai Pakatan Rakyat bagi meneruskan agendanya untuk memastikan
polis adalah polis di raja malaysia kembali dan bukannya polis di raja umno.
Wednesday, December 19, 2012
Monday, November 26, 2012
Thursday, November 01, 2012
Sunday, October 21, 2012
Friday, October 19, 2012
Saturday, October 06, 2012
Tuesday, October 02, 2012
PERBAHASAN KETUA PEMBANGKANG BAJET 2013
Ketua Pembangkang Bahas Bajet 2013 - Part 1
Ketua Pembangkang Bahas Bajet 2013 - Part 2
Saturday, September 29, 2012
Saturday, September 08, 2012
Friday, September 07, 2012
Wednesday, September 05, 2012
Tuesday, September 04, 2012
Friday, August 31, 2012
Tuesday, August 21, 2012
Borak bersama Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merupakan ahli politik Malaysia pertama untuk mengadakan Google Hangout bersama 5 ahli panelis lain dari Malaysia dan juga Australia.
Saturday, August 18, 2012
Friday, August 17, 2012
Perutusan Eidul Fitri 1433 oleh Ketua Dewn Ulama' PAS Pulau Pinang,Al Fadzil ustaz Soid Mohd Amin
EHSAN Basri Penangtv
Karpal akan saman Nasharuddin
KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Karpal Singh hari ini berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Nasharuddin Mat Isa selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dilihat rapat kepada Umno mendesak PAS segera meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh pemimpin DAP itu sebagai anti Islam.
Pengerusi DAP Nasional itu (gambar) berkata kepada The Malaysian Insider hari ini, kenyataan Nasharudin terhadapnya semalam “adalah sangat tidak bertanggungjawab”, dan “saya tidak pernah menyatakan saya anti Islam.”
Bagaimanpun, peguam itu menegaskan hudud tidak boleh diimplementasikan di negara ini kerana “hudud hanya boleh dilaksanakan dalam negara Islam” sedangkan Malaysia masih lagi merupakan negara sekular.
“Sejak dulu lagi saya menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Apa yang DAP katakan adalah kita bukan negara Islam. Ia hanya konsep politik,” tambahnya lagi.
Pemimpin Umno dan lidah rasminya, Utusan Malaysia sejak minggu lalu menuduh DAP dengan panggilan “kafir harbi” dan mengelarkan haram menyokong DAP.
Karpal menjadi serangan Umno kerana tentangan kerasnya terhadap hudud.
Pemimpin veteran DAP itu juga berkata, beliau berharap Nasharuddin akan “memahami perbezaan Islam sebagai agama dan negara Islam.”
Perlembagaan kita membekalkan negara sekular, dan di Malaysia ia adalah negara sekular. Kita perlu ada negara Islam jika mahu melaksanakan hudud,” katanya lagi.
“Saya tidak mengatakan PAS salah, tapi kita tidak boleh melaksanakan hudud kerana kita sekular ... dan undang-undang kita tidak membenarkan itu berlaku,” tambahnya lagi.
Karpal percaya Nasharuddin hanya menyuarakan pendapat peribadi beliau berhubung perkara itu dan tidak bercakap bagi pihak parti.
“Atas memandang serius kenyataannya itu, saya akan memfailkan saman terhadapnya.”
Nasharuddin sebelum ini berkata “saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.”
“Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law.
“Pelaksanaan hudud memerlukan standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf ‘beyond any shadow of doubt’ iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam,” kata Nasharuddin.
Kenyataan Nasharuddin yang mendesak PAS agar segera keluar dari PR di TV3 juga menarik perhatian banyak pihak.
Kemudian ia ditambah lagi apabila gambar beliau di Mekah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ulama Mekah disebarkan, dan timbul spekulasi yang mengatakan beliau telah meninggalkan PAS dan menyertai Umno.
Bagaimanapun, Nasharuddin menepis dakwaan tersebut dengan menjelaskan beliau tidak berniat untuk menyertai Umno.
“Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.
“Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah,” katanya lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)



