HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Tuesday, January 31, 2012

JANGAN KITA MENYOKONG DAN MEMBELI PRUDUK BERIKUT

NI UMNO/APCO YANG BUAT BUKAN DAP, PAS, ATAU PKR KFC Malaysia dah jadi milik Yahudi?.. salah Anwar juga ke?



Jangan ditunding jari kepada golongan bukan Bumiputera sebagi penyebab gagalnya golongan Bumiputera menguasai 30% ekuiti dalam ekonomi negara! Selagi negara mempunyai pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri untuk memuaskan nafsu politiknya maka selagi itulah negara dan khazanah negara berada dalam keadaan bahaya.





Bukan sesiapa yang menjadi pengkhianat kepada agenda Melayu dan Bumiputera tatapi realitinya membuktikan UMNOlah sebenarnya yang menghakis agenda Bumiputera dahulu, kini dan selamanya.
PENGAMBIALIHAN QSR DAN KFCH OLEH JCORP
PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP AGENDA BUMIPUTERA

Pada 21 Disember, 2011, Lembaga Pengarah KFC Holdings (M) Bhd. dan QSR Brands Bhd. telah bersetuju menerima tawaran yang dibuat oleh Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) untuk mengambilalih keseluruhan perniagaan KFC dan QSR termasuk semua aset dan liabiliti. Kos pengambilaihan ini adalah RM5.2 bilion dengan pertimbangan RM4 bagi saham KFCH dan RM6.80 bagi saham QSR.

MESB adalah syarikat tujuan khas (special purpose vehicle) yang 51% saham dimiliki oleh Johor Corporation (JCorp) dan 49% dimiliki oleh CVC Capital Partners, sebuah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan antarabangsa. Setelah proses pengambilalihan, MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia dan akan diubah status menjadi “syarikat persendirian”.

JCorp memiliki 53% saham di dalam Kulim (M) Bhd. manakala Kulim Bhd memiliki 57.5% saham di dalam QSR Brands Bhd. QSR pula memiliki 50.6% saham di dalam KFCH. QSR melalui KFCH memiliki dan mengendalikan 640 Restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei, Cambodia dan India. KFCH juga menguruskan 29 Restoran RasaMas di Malaysia dan Brunei disamping 55 Kedai Ayamas di Malaysia.

Implikasi pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp melalui Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) adalah seperti berikut;

1) Proses pengambilalihan ini akan menyebabkan 49% saham dalam KFCH dan QSR akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera melalui pemilikan 49% saham oleh CVC Capital Partners dalam MESB. CVC Capital Partners adalah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan asing yang ditubuhkan di London pada tahun 1981 sebagai firma modal teroka kepada Citigroup (Citigroup Venture Capital-CVC) yang dipercayai mendapat sokongan kuat dari Yahudi. Pada tahun 1993 CVC telah diambilalih oleh pihak pengurusannya daripada Citigroup dan ditukar nama kepada CVC Capital Partners.








2) Persoalan yang belum terjawab adalah kenapakah pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp perlu melalui pihak ketiga iaitu MESB yang 49% sahamnya dimiliki oleh CVC Capital Partners. Kenapakah JCorp tidak bekerjasama dengan banyak lagi agensi bumiputera yang berkemampuan dari segi kewangan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), FELDA, Lembaga Tabung Haji (LTH), UDA, MARA atau syarikat koperat berkepentingan bumiputera. Cara begini akan memastikan saham KFCH dan QSR tidak akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera.

3) Kenyataan JCorp yang dikeluarkan pada 19hb. Disember, 2011 dengan menyatakan pengambialihan tersebut akan menjadikan JCorp mempunyai wang secukupnya bukan sahaja untuk menjelaskan hutang tetapi juga menjana pulangan secara langsung membayangkan bahawa kemungkinan saham 51% yang dimiliki oleh JCorp dalam KFCH dan QSR akan dijual kepada pihak lain. Kemungkinan ini juga berdasarkan kepada keenganan pengurusan JCorp sekarang ini untuk mengikuti perancangan asal JCorp semasa dibawah bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Tan Sri Dato’ Ali Hashim iaitu untuk menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea yang bernilai RM6 bilion yang dimiliki melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. bagi membayar hutang JCorp.

Apabila tidak menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea, maka JCorp terpaksa menjual aset-asetnya yang lain seperti Menara Pejabat Kotaraya dengan 100 tempat letak kereta beharga RM27 juta kepada Iskandar Investment Berhad (IIB), 13,687 hektar ladang kelapa sawit kepada Kulim (M) Bhd. pada harga RM700 juta.

JCorp juga bercadang untuk menerbitkan bon baru sebanyak RM2.5 bilion bagi menyediakan sejumlah RM3.58 bilion bagi menebus bayar bon yang akan matang pada 31 Julai, 2012 yang telah diterbitan pada tahun 2002. Jika mengharapkan dividen RM100 juta setahun dari pelaburan JCorp dalam KFCH dan QSR ianya akan memakan masa yang lama bagi membayar balik tambahan hutang RM2.652 bilion (51% dari kos keseluruhan RM5.2 bilion) yang perlu ditanggung oleh JCorp dalam proses pengambilalihan ini.

Keadaan ini akan dijadikan alasan kukuh oleh pengurusan JCorp sekarang ini untuk menjual sebahagian daripada 51% saham JCorp dalam KFCH dan QSR. Jika ini berlaku maka insiden “terlepasnya Pulau Batu Puteh” akan berulang kembali kerana KFCH dan QSE boleh dikatakan lubuk emas dari aspek pelaburan dengan jualan kasar setahun melebihi RM4 bilion.

Itulah juga rahsianya kenapa MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia untuk menjadi status “syarikat persendirian” supaya pindahmilik saham boleh dilakukan dengan lebih mudah tanpa pengetahuan orangramai dan juga terlepas daripada syarat-syarat dan peraturan yang ketat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Akhirnya majoriti saham KFCH dan QSR akan dikuasai oleh individu dan syarikat asing serta penguasaan bumiputera ke atas KFCH dan QSR akan terlepas.

4) Majoriti pelanggan rangkaian resoran KFC, Ayamas dan Rasamas adalah orang-orang Melayu Islam. Apabila majoriti saham KFCH dan QSR terkepas kepada warga asing dan bukan bumiputera maka isu halal ayam KFC akan timbul semula sebagaimana pernah timbul satu masa dahulu.

Bagaimana nasib ratusan kontraktor bumiputera yang selama ini dibimbing oleh JCorp sebagai pembekal kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimana nasib penternak-penternak ayam bumiputera yang dibimbing selama ini bagi membekalkan ayam kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimanakah penguasaan 30% ekuiti ekonomi oleh Bumiputera jika agenda sebegini masih ada pada pimpinan UMNO/BN?

5) Apakah peranan YAB Dato’ Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor yang juga merupakan Pengerusi JCorp? Adalah mustahil beliau tidak mengetahui agenda yang tersirat disebalik yang tersurat. Apakah ada tangan “superman” yang dikatakan oleh Tan Sri Dato’ Ali Hashim yang menyebabkan Dato’ Abdul Ghani Othman terpaksa berdiam diri dan hanya bersetuju dengan apa yang telah dinasihatkan oleh “penasihat” atau mungkinkah Dato’ Abdul Ghani telah dijanjikan dengan habuan politik untuk terus menerajui Negeri Johor sebagai Menteri Besar bagi tempoh sepenggal lagi.

Persoalannya siapakah pemegang watak “superman” dan “penasihat” dalam filem ini. Kalau mengikut teori filem 3 Abdul, yang pasti Tuan Penasihatnya adalah Kassim Pantalan yang terkenal dengan panggilan “20 percent”. Setiap nasihat yang diberi mesti ada bahagian untuknya. Dalam proses pengambilalihan, siapakah agaknya Kassim Pantalan yang sentiasa beroleh keuntungan. Sadiq Sigaraga atau ‘supermannya’ dipercayai adalah orang atasan UMNO/BN, manakala Abdul Wahab adalah Pengerusi JCorp iaitu YAB Menteri Besar Johor dan Abdul Wahib adalah Presiden atau Ketua Eksekutif JCorp sekarang iaitu Kamaruzzaman Abu Kasim.

6) Semasa JCorp di bawah pentadbiran Tan Sri Dato’ Ali Hashim, beliau bersungguh-sungguh memastikan bahawa JCorp dan anak-anak syarikatnya tidak dipengaruhi oleh orang politik khususnya di dalam membuat keputusan pelaburannya. Pada masa beliau hanya seorang sahaja ahli politik yang terlibat iaitu YAB Dato’ Abdul Ghani Othman sebagai pengerusi JCorp. Bagi menjayakan filem ala 3 Abdul ini, UMNO telah memasukkan beberapa kuda tungganganya dalam Kulim (M) Bhd. sebagai pengarah iaitu Datuk Ahmad Zaki Zahid (44 tahun, berasal dari Kedah, Ketua Pemuda Putrajaya & EXCO Pemuda UMNO Malaysia), Natasha bte Kamaluddin (39 tahun, Pengarah Ethos & Company), Wan Mohd Firdaus Wan Ahmad Fuaad (28 tahun, berasal dari Kelantan, bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor) dan Edward Leung Kok Keung (44 tahun, dipercayai wakil Dato’ Lim Kang Hoo, pemilik Ekovest dan Danga Bay). Kesemua mereka kecuali Natasha adalah juga dilantik sebagai Lembaga Pengarah Damansara Realty Bhd. anak syarikat hartanah Kulim (M) Bhd. Akhirnya, JCorp hanyalah dijadikan alat bagi pihak-pihak tertentu untuk memuaskan nafsu politik dan nafsu business mereka.

Selamatkan Johor

Sudah sampai masanya untuk rakyat Negeri Johor untuk sedar dari buaian mimpi rekaan UMNO/BN. Jangan ditunding jari kepada DAP, PKR ataupun PAS yang menyebabkan terhakisnya agenda Bumiputera! Jangan ditunding jari kepada golongan bukan Bumiputera sebagi penyebab gagalnya golongan Bumiputera menguasai 30% ekuiti dalam ekonomi negara! Selagi negara mempunyai pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri untuk memuaskan nafsu politiknya maka selagi itulah negara dan khazanah negara berada dalam keadaan bahaya. Bukan sesiapa yang menjadi pengkhianat kepada agenda Melayu dan Bumiputera tatapi realitinya membuktikan UMNOlah sebenarnya yang menghakis agenda Bumiputera dahulu, kini dan selamanya.

Rakyat Negeri Johor hanya mempunyai satu pilihan iaitu memenangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum ke-13 bagi melahirkan Abdul Wahub yang akan menyelamatkan aset atau harta milik khazanah negeri dan rakyat Negeri Johor daripada terus digadaikan oleh pimpinan UMNO/BN bernafsu seperti Sadiq Sigaraga.

“MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN”

Sr. Hj Dzulkefly Hj Ahmad
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor

Monday, January 30, 2012

Dr Hasan Ali diperanglap UMNO BAGAI MANA ?....

1. Bahang pemecatan Datuk Dr Hasan Ali selaku ahli PAS serta Exco Selangor masih hangat diperbincangkan. Beliau kini sedang giat mengadakan roadshow untuk meraih sokongan di samping usaha mewujudkan front baru yang kononnya mewakili kuasa ketiga.

2. Ramai tidak sedar bahawa Dr Hasan Ali adalah lambang kejayaan Umno dan konco-konco mereka dalam menjalankan perang saraf secara kemas dan tersusun.

3. Apabila Umno/BN tewas di Selangor dan empat negeri yang lain, Umno terutamanya kumpulan gerak saraf mereka mensasarkan Perak dan Selangor untuk dirampas secara undemocratic. Kelantan dan Pulau Pinang agak mustahil bagi mereka memandangkan penguasaan mutlak parti PAS dan DAP. Manakala Kedah agak sukar memandangkan undi PAS melebihi undi Umno di samping dominasi kuat Dato’ Seri Azizan Abdul Razak dalam mentadbir negeri dan menguruskan pakatan tiga parti.

4. Perak telah berjaya dirampas melalui pembelotan 2 wakil PKR dan seorang wakil DAP. Saya difahamkan 2 wakil PKR tersebut diperangkap dengan tuduhan rasuah manakala wakil DAP dilaga-lagakan dengan DAP Negeri akibat beberapa perbezaan pendapat sebelum ini.

5. Di Selangor pula, usaha dimulakan seawal Mac 2008 dengan percubaan menarik wakil rakyat PAS untuk bergabung dengan Umno kononnya atas dasar perpaduan Melayu. Pertemuan secara sulit diadakan namun digagalkan oleh kritikan keras Mursyidul Am dan usaha kumpulan ‘Erdogan’ dalam parti.

6. Pakatan Rakyat menguasai 36 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor. PKR menguasai 14, DAP 13 manakala PAS 8. Manakala Umno/BN menguasai 20 buah kerusi.

7. Umno/BN memerlukan tambahan 9 kerusi untuk merampas kerajaan. Selepas hampir dua tahun berusaha, kejayaan pertama mereka hanya kunjung tiba apabila ADUN PKR Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar PKR pada 30 Oktober 2009 dan kemudiannya menyertai Umno pada April 2010. Umno bijak menggunakan kelemahan ADUN PKR yang tidak berkualiti untuk diperangkap menyertainya.

8. Kemasukan seorang ADUN belum cukup untuk menumbangkan Pakatan Rakyat di Selangor namun masa yang terlalu suntuk hampir memustahilkan usaha untuk menarik baki 8 ADUN PR menyeberang ke BN. Oleh kerana itu, plan B digunakan iatu sedaya-upaya melamahkan PR agar dalam PRU ke-13 PR gagal membentuk kerajaan di Selangor.

9. Berbalik pada kes Dr Hasan Ali. Usaha memujuk beliau menyertai Umno atau bergabung dengan Umno telah dibuat lama namun gagal. Dr Hasan Ali bukan sembarangan tokoh. Beliau tidak boleh dibeli dengan wang. Kelemahan DHA adalah mudah termakan pujian.

10. Strategi Umno memerangkap DHA amat halus dan tersusun. Beliau dirapati oleh figure-figure Umno yang berlagak lunak dengan perjuangan Islam. Figure-figure ini memakai pelbagai ‘baju’ bukan hanya baju ahli politik. Saban hari DHA akan dihasut, dipuji kononnya perjuangannya membela Islam disokong, dijanjikan sokongan tidak berbelah bahagi. Setelah sekian lama, DHA merasa betapa sokongan terhadap beliau begitu kuat sedangkan ia hanya propaganda licik pihak lawan untuk memusnahkannya.

11. Sebagai Exco Agama, DHA bertanggungjawab terhadap beberapa agensi kerajaan negeri khususnya JAIS. Malangnya, banyak tindakan yang dilakukan oleh JAIS adalah bertujuan memerangkap beliau.

12. Dalam isu tangkapan Dr Asri Zainul Abidin, Pengarah JAIS ketika itu sendiri mengesahkan bahawa JAIS tidak ikut prosedur dalam melakukan penangkapan. Perkara ini didedahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Selangor yang dipengerusikan oleh DHA sendiri. Dan dalam mesyuarat tersebut DHA terpinga-pinga tidak tahu secara terperinci perkara tersebut sedangkan beliau adalah Exco Agama. Sebab itulah, kes penangkapan Dr MAZA kini senyap tanpa sebarang berita.

13. Begitu juga dengan kes serbuan JAIS ke DUMC berkenaan isu Murtad. Serbuan dibuat bukan sangat untuk mempertahankan kesucian aqidah Islam sebaliknya untuk melaga-lagakan DHA dengan komuniti bukan Islam yang didokong kuat oleh PKR dan DAP. Malangnya, taktik jahat ini gagal dibaca oleh DHA menyebabkan beliau bermati-matian memepertahankan tindakan JAIS tersebut.

14. 8 Januari yang lepas adalah kemuncak kesabaran PAS dalam menghadapi ketidak-cerdikan DHA menanggapi isu politik di sekelilingnya.

15. Pemecatan DHA adalah keputusan PAS yang tepat walaupun sedikit terlewat.

16. Tetapi PAS harus sentiasa berjaga-jaga, kalau insan ‘cerdik’ seperti Dr Hasan Ali pun boleh diperangkap maka bagaimana nasib dengan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli yang lain.

17. Perang saraf masih berjalan sebagaimana dirancang. Siapa mangsa seterusnya?

Saturday, January 28, 2012

Bicara Selebriti

Saturday, January 21, 2012

Suara Aneh Dari Langit di Samarahan Sarawak

Selamat Tahun Baru Cina

Tuesday, January 17, 2012

Ex-minister claims BN bought votes with cash


PETALING JAYA, 17 Jan (Bernama) - Seorang bekas menteri persekutuan dari Umno mendakwa hari ini tunai telah diserahkan dalam kempen pilihan raya sebelum ini dalam usaha untuk membeli undi, taktik yang dikenali sebagai "bom".

Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata dalam forum hari ini bahawa beliau telah mengalami sendiri bagaimana pemberian wang tunai antara RM200 hingga RM1, 000 telah digunakan dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan pengundi.

"Saya telah ketua delegasi banyak kempen dan saya telah diberi jumlah wang yang sekaligus wang untuk mengedarkan," kata bekas Menteri Penerangan di Malaysia Strategic Outlook Conference 2012 di sini. "Ia secara terang-terangan menggunakan wang untuk membeli undi."

Abdul Kadir (gambar), yang juga bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, berkata bahawa perkataan yang digunakan untuk strategi yang dikenali sebagai "bom" .

Beliau menambah, walaupun bahawa dia sendiri tidak menggunakan wang.

James Chin, yang mengetuai Sekolah Sains Sosial di Universiti Monash di Sunway, dan yang bercakap di forum itu selepas Abdul Kadir berkata bahawa "pengeboman" adalah alat yang sangat berkesan di Sabah dan Sarawak.

Dalam pembentangan beliau, Abdul Kadir berkata bahawa sementara dia masih memegang jawatan dalam Umno, beliau ingin mengingatkan mereka "Merdeka amanah" - yang bermakna memberi orang-orang kanan kepada pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil.

Beliau juga menggesa Umno tidak takut kehilangan jika ia ikhlas dalam niat.

"Jika anda kehilangan menerimanya; kerajaan perubahan orang semua masa di Amerika Syarikat dan Australia," katanya. "Saya seorang lelaki Umno, saya tidak keberatan jika saya kehilangan. Jika anda berada di sana hanya untuk membuat berjuta-juta untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya telah membuat berbilion-bilion saya dan saya takut saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan melakukan segala helah ini. "

"Jika anda ikhlas, anda tidak perlulah merasa takut," tambah beliau.

Beliau berkata bahawa pilihanraya yang bebas dan adil, mesti ada akses yang sama kepada media dan GLC dan jabatan-jabatan kerajaan mesti neutral.

"Anda mesti memberi mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan surat khabar," katanya. "Untuk 50 tahun, PAS telah meminta lesen akhbar tetapi none given - kerajaan adalah pembuli yang besar."

Beliau juga berkata bahawa semasa pilihan raya, Barisan Nasional (BN) tidak perlu membuat penggunaan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra, Cawangan Khas dan lain-lain agensi-agensi persekutuan untuk menyokong kempen mereka.

Abdul Kadir juga timbalan presiden non-partisan pro-perpaduan NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) dan pengerusi eksekutif kumpulan Sazean.

Konvensyen PR ke-3: 2012















































Thursday, January 12, 2012

Pecutan akhir PRU 13 ';Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3

TENTATIF PROGRAM KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KETIGA Tarikh: 14 Januari 2012 Tempat: Stadium Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Suka Menant


Sabtu, 14 Januari 2012

8:00 pagi Pendaftaran Peserta dan ketibaan jemputan
9:00 pagi Upacara sambutan para Pimpinan Tertinggi
9:15 pagi Ucapan Pembukaan Pimpinan
· YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak
· YB Sen. Tunku Abdul Aziz
· Y. Brs Dato’ Mustafa Ali
· YB Mohamed Azmin Ali
10:15 pagi Rehat
10:30 pagi Ucapan Suara Nurani Rakyat Malaysia

Pengerusi: YB Dato’ Johari Abdul

· Wakil Felda – Pn Siti Khalijah
· Wakil Penjawat Awam –
Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab
· Wakil Sabah – Y. Bhg. Tan Sri Simon Sipaun
· Wakil Sarawak – Sdr Nicholas Mujah
· Wakil Budayawan – Sdr Dinsman
· Wakil Akademik – Prof. Dr. Nazari Ismail
· Wakil NGO – Y. Bhg. Dato’ Ambiga
· Wakil Pemuda @ Pelajar – Sdr Shukri Razab
11:45 tengahari Perbahasan Perwakilan
1:15 petang Rehat
2:30 petang Sambungan Perbahasan Perwakilan
3:00 petang

Pembacaan Ikrar Setia para Perwakilan

Ucapan Penggulungan Pimpinan
Moderator: YB Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
· Y. Bhg. Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
· YAB Tuan Lim Guan Eng
· YB Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang
· YB Tuan Karpal Singh
· YAB Tuan Guru
Dato’ Bentara Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
· YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
5:00 petang Majlis tamat

RAPAT RAKYAT PERDANA

Tempat: Stadium Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Suka Menanti, Alor Setar, Kedah
7:00 – 11:00 malam
Rapat Rakyat Perdana
Penceramah:
· YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak
· YB Dr. Tan Seng Giaw
· YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim
· YB Tuan Mohamed Azmin Ali
· YB Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang
· YB Tuan Karpal Singh
· YAB Tuan Guru
Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
· YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Sunday, January 08, 2012

Perlantikan Terbaru Ahli Majlis Agama Pulau Pinang

Kalau nak diikutkan perlantikan terdahulu yang berkuat kuasa selama 2 tahun bermula pada 1 januari 2010 semua perlantikan yang ada telahpun tamat tempohnya dan memerlukan perlantikan baru yang berkuat kuasa bermula dari 1 januari 2012.

Tapi sampai hari ini tak nampak apa-apa laporanpun dari kerajaan negeri Pulau Pinanag tentang perlantikan terbaru semua ahli majlis agama negeri Pulau Pinang.

Dengar khabarnya penyandang YDP kepada MAIPP bagi tempoh 2 tahun yang lalu sedang terlantar di Hospital atas masalah kesihatan. Apa mungkinkah itu merupakan salah satu alasan kenapa sampai sekarang tidak ada perlantikan terbaru? Awat tak ada orang lainkah yang layak memegang jawatan YDP MAIPP selain daripada yang dimuliakan Ustaz Elyas.

Saya cadangkan elok sangat jika YB Dr Mujahid dilantik memegang jawatan YDP MAIPP menggantikan yang berbahagia Ustaz Elyas Zakarian memandangkan beliau mempunyai masalah kesihatan buat masa ini.

Kalau nak diharapkan YB Ustaz Salleh Man menggantikan Ustaz Elyas Zakaria, tak payah cakaplah, dia memang lansung tak layak memegang jawatan tersebut. Kalau dalam beliau memegang jawatan Timbalan YDP diketika ketiadaan YDP dalam majlis mesyuarat Ustaz Salleh Man boleh kasi orang lain mempengerusikan mesyuarat, apa lagi yang boleh diharapkan kepada YB Salleh Man.

Akupun hairan macammana PAS boleh lantik orang macam tu jadi PesuruhJaya negeri Pulau Pinang. Apa yang boleh akau kata ialah memang Pas lansung tak ada hati nak memperkukuhkan kedudukan Pas di negeri Pulau Pinang takut diletakkan beban untuk bertanggung jawab terhadap kebajikan orang melayu di Pulau Pinang gamaknya.

Aklu mohon sangat-sangat agar perlantikan YDP MAIPP diberikan kepada YB Dr Mujahid Yusuf Rawa. Belaiu memang layak dan mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran organisasi. Biarlah MAIPP menjadi pemacu kepada kebangkitan orang Islam Pulau Pinanag di negeri yang dikuasai oleh DAP itu.

Hasan Ali Dipecat Pas







TERKINI : Pas telah memecat Exco Kerajaan Selangor Datuk Hasan Ali daripada parti itu kerana merugikan kepentingan parti.

Pas Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaannya untuk memecat keahlian Hasan sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Menurut kenyataan media PAS yang dipetik daripada lidah rasmi parti itu, Harakahdaily, Pas pusat telah mengambil tindakan tersebut setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Kenyataan itu berkata Hasan telah menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Sejak kebelakangan ini, Hasan telah menimbulkan pelbagai kontroversi di dalam Pas dan Pakatan Rakyat apabila mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti dan gagasan itu.

Yang terbaru, Hasan telah mengeluarkan kenyataan pada 5 Januari mengesa orang ramai dan mahasiswa supaya jangan menyertai perhimpunan "Bebaskan Anwar" di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 9 Januari akan datang.

Kenyataan itu bercanggah dengan pendirian Pas untuk menurunkan ahli-ahlinya ke perkarangan mahkamah esok untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Kenyataan Hasan itu dibidas oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang menggesa Pas supaya mengambil tindakan terhadap Hasan.

Friday, January 06, 2012

Himpunan 100,000 Dapat Kebenaran Polis





PETALING JAYA, 6 JAN: Usaha mengadakan Himpunan Aman dengan mobalisasi 100,000 rakyat untuk memberi sokongan berhubung keputusan pembicaraan kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini mandapat kebenaran pihak polis.

Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali berkata pihak polis Kuala Lumpur memberi kebenaran untuk orang ramai berkumpul di tapak letak kereta di hadapan Mahkamah Jalan Duta dari jam 7.00 pagi pada tarikh tersebut.

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH