Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Sunday, October 30, 2011
Saturday, October 29, 2011
Wednesday, October 05, 2011
Keluar parti: Dewan Pemuda PAS Kepala Batas mencabar Umno
KEPALA BATAS, : Dewan Pemuda PAS Kepala Batas mencabar Umno menampilkan sijil dan nombor keahlian 36 orang yang didakwa pemuda PAS menyertai Umno di Kampung Bakau Tua, Penaga dua hari lepas.
Sekiranya gagal bermakna semua itu bohong sebaliknya sengaja mencipta drama untuk mengabui mata rakyat.
Ketuanya, Mohd Hafiz Kasim dalam kenyataanya menjelaskan, setakat siasatan oleh Dewan Pemuda PAS Kepala Batas hanya seorang sahaja merupakan ahli PAS manakala 36 orang lagi tidak mengenali status mereka.
"Umno dah kering modal maka mereka terpaksa mencipta drama untuk mengabui mata rakyat. Mereka terdesak kerana PAS telah mendapat sambutan hebat di Penaga di mana ramai ahli PAS bertambah," ujarnya.
Katanya, Umno dan Barisan Nasional (BN) dengki dengan kemaraan PAS sejak kebelakangan ini maka tiada jalan lain untuk merendahkan pengaruh yang telah terbina kukuh Umno dan BN terpaksa mencari jalan bagaimana memporak perandakan terutamanya ikatan dalam Pakatan Rakyat.
Para pemimpin Umno khususnya di Dun Penaga yang berada dalam Parlimen Kepala Batas merasa gusar sebab pada 1 Oktober 2011 lepas PAS Pusat berjaya mengadakan Sambutan 60 tahun PAS di Dewan Milenium sebagai tanda sokongan semua pihak sama ada cendiakiawan, pelajar serta masyarakat umum terhadap PAS.
"Sebenarnya Umno dan BN nak bagi rakyat pandang kepada Umno sama kerana sejak minggu lalu masyarakat tertumpu pada program besar PAS. Maka, satu drama keluar parti direka," tegas beliau.
Dewan Pemuda PAS Kepala Batas memang menjangkakan kejadian tersebut akan berlaku sebagai menandakan pilihanraya umum akan diadakan dalam masa terdekat, katanya.
Bagi PAS, Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim gagal menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh penduduk dalam menjaga kebajikan mereka.
"Kita memandang serius kegagalan oleh Adun Umno itu dan berharap penduduk usah lagi memberikan undi pada parti yang bakal tengelam di lautan sebaliknya berpautlah pada PAS yang kini mendapat tempat," tambahnya.-Detik
Monday, October 03, 2011
PAS BAKAU TUA.....? UMNO MENIPU LAGI MANA AHLI PAS YANG MASUK UMNO
RECYCLE
APA YANG SAYA RISIK KEBANYAKAN ANAK MUDA TERDIRI DARI AHLI UMNO DARI KELUARGA UMNO ?
MACAM MANA UMNO NI TIPU RAKYAT LAGI KA....
Maka diriwayatkanlah oleh Buletin Utama di TV3 alkisah Ahli PAS Penaga, Kepala Batas menyertai Umno. Konon ceritera,sempena himpunan sambutan ulang tahun ke 60 PAS, kira-kira 40 orang ahli PAS di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang keluar PAS dan menyertai Umno.
Salah seorang remaja konon dari Penaga memberi alasan keluar PAS kerana permohonannya untuk dapatkan jalan mini tar, membaik pulih rumah, bantuan perubatan ibu yang sakit tidak ditunaikan.
Parlimen Kepala Batas adalah di bawah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, manakala DUN Penaga adalah kawasan Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim.
Ada-ada je cerita nak divert perhatian konon sempena himpunan PAS... ada yang lompat keluar parti.
NI BERITA BOHONG UMNO
KEPALA BATAS, 1 Okt – Seramai 37 anggota Pas Kampung Bakau Tua di sini, yang kecewa dengan slogan dan janji perjuangan Pas ketika pilihan raya lepas, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai UMNO cawangan Cabang Bakau Tua.
Diketuai Roslan Abdullah, mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Cabang Bakau Tua Azhar Zainal Abidin.
Roslan berkata mereka secara sukarela bertindak keluar daripada parti tersebut ekoran rasa kecewa dengan Pas akibat gagal melunaskan janji-janji yang ditabur sejak pilihan raya yang lepas.
“Pas banyak pembohongan. Mereka tidak bantu dan tunaikan janji kepada rakyat berbeza dengan perjuangan UMNO. Minta jalan baru, perbetul rumah rosak serta bantuan untuk keluarga, semua tidak dapat,” katanya selepas menyerahkan 37 borang keanggotaan UMNO itu.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim berkata ini merupakan detik sejarah di kawasan tersebut kerana sekumpulan anggota Pas keluar parti dan menyertai UMNO.
“Ini yang dimimpikan selama ini… kalau dulu cuma seorang atau dua sahaja yang keluar parti tetapi kali ini sebanyak 37 anggota Pas.
“Ini adalah permulaan dan keadaan ini diharap akan menjadi pencetus di kawasan-kawasan lain di sekitar Penaga, Pinang Tunggal serta sekitar negeri ini dalam memperbanyakkan orang UMNO terutamanya golongan muda,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)