HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Wednesday, September 29, 2010

umno kutip wang rm100.warga emas



SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang ihsan kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipercayaai bersumberkan judi dalam satu majlis sambil diperhatikan Azhar Ibrahim (kanan) di Penaga, Kepala Batas.

ULASAN 1
 
Ada dua kebodohan dalam isu ini. Pertama, warga emas ini hanya dengar khabar dari laporan media, bukannya sumber sahih. Dan laporan media datang dari mamak kahwin dua (dengan artis pulak tu) dan dari blogger pencacai UMNO, pisau.net. Bukannya sumber sahih pun. Hanya hearsay (dengar cakap) sahaja. Bawa dalam mahkamah pun, hakim akan tolak berita ini.
Kedua. Kenapa serah pada ketua Pembangkang yang juga Adun UMNO, Dato Azhar Ibrahim. Kenapa tak serah pada Lim Guang Eng sendiri. Tak takut ke UMNO rembat duit tu. Kalau 40 orang darab 100, maknanya RM 4,000. Cukup untuk pemimpin UMNO tu bawak lari pergi golok. Beli tilam toto banyak-banyak kat sana.
Kan dah padam muka. Hilang rm 100 macam tu je. Memang orang tua suka diperbodohkan oleh UMNO. Kalau macam tu, baik semua kakitangan kerajaan, pulangkan duit gaji mereka. Sebab kerajaan UMNO dapat hasil dari judi, dicampur gaul dengan hasil-hasil lain seperti cukai dan wang rampasan. Nak ke kakitangan awam pulangkan duit gaji mereka kat Najib. Tentu jawabnya tak kan. Sebab mereka tak bodoh macam warga emas ini. Bukan salah warga emas itu, tapi salah UMNO yang tak nak taubat, asyik-asyik tipu orang tua je. Kalau orang muda, tak beraninya UMNO ambil kesempatan...


.....................................................................................................................................................

Lebih 40 warga emas pulangkan wang ihsan P. Pinang
 
 
 
ULASAN 2

KEPALA BATAS 29 Sept. - Lebih 40 warga emas hari ini memulangkan semula wang ihsan yang diberikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut.
Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72, berkata, dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ihsan tersebut dipercayai datang dari sumber tidak halal.
"Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.
"Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan... apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini," katanya kepada pemberita di sini.
Saidin dan kumpulan warga emas tersebut sebelum itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.
Saidin yang juga seorang imam di Pulau Mertajam di sini berkata, kesemua mereka bertindak demikian atas kerelaan hati.
Seorang lagi penerima Rosnani Mohd. Rashid, 62, berkata, dia berasa lega dapat memulangkan semula wang itu dan berharap kerajaan negeri tidak mempermainkan rakyat terutama orang Islam dengan memberikan sumbangan yang berasal dari sumber haram.
 
ULASAN 3
 

  KEPALA   BATAS : Sekumpulan 40 orang warga emas memulangkan wang ihsan
kerajaan Negeri Pulau Pinang yang di "heboh"kan  bersumberkan judi dalam satu
majlis. Kelihatan ketua pembangkang Pulau Pinang, Azhar Ibrahim (kanan berkopiah
hitam) sedang menjuarai pungutan tersebut di Penaga, Kepala Batas.



Walaupun
telah dijelaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa sumbangan tersebut
diasingkan dan diagihkan secara Islamik.



Beginilah
mainan mereka. Cuba kita lihat secara lebih terperinci. Bukankah Umno juara 
memelihara dan membiakkan serta mengutip segala hasil judi dan bisnes maksiat di
seluruh negara? Lihat juga bagaimana haramhalalnya "Lembaga Loteri Kebajikan
Masyarakat". Bagaimana wang ini diagihkan? Adakah kerajaan UBN mempunyai dua
tabung seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan Darul Naim yang ditadbir
oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat?



Amat
kasihan melihatkan warga emas yang kelihatan menyerahkan kembali wang tersebut
kepada Azhar dan rakan-rakan. Memang bijak pemimpin ini . Memakan hasil judi
memang jelas dan mutlak haramnya dalam Islam. Maka takutlah sekelian yang telah
menggunakan duit pemberian kerajaan negeri tersebut. Berebut-rebutlah mereka
mengembalikannya.



Pemimpin-pemimpin
beginilah juga yang mendiamkan diri apabila kerajaan memberikan lesen judi di
Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur, meluluskan lesen judi bola, memperbanyakkan
lesen pusat hiburan yang berbagai jenis jijiknya. Lihat sahaja pemimpin
-pemimpin ini membutakan mata dan memekakkan telinga serta membisukan mulut
melihat pusat-pusat hiburan maksiat di segenap ceruk ibu kota. Lihat sahaja di
Jalan Bukit Bintang sebagai contoh. Apa yang tidak ada di situ dan lihat juga di
bandar-bandar lain di Malaysia.



Lihat
juga judi dan maksiat yang lebih "professional", diberikan lesen-lesen untuk
kapal-kapal mewah mengoperasikan kegiatan-kegiatan tersebut. Bukankah kerajaan
UBN yang bertanggungjawab ? Perniagaan  jenis ini amat besar kutipan hasilnya.
Segala jenis hasil cukai , lesen, permit dikenakan bagi setiap jenis
perniagaan.Sebagai contoh, bagi membuka sebuah pusat hiburan, pendaftaran
perniagaan adalah wajib, lesen hiburan, bayaran kepada badan yang mengawasi
keselamatan iaitu permit dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, sekiranya mengambil
tenaga kerja dari luar negara, kemasukkan mereka ke Malaysia juga mendatangkan
hasil kepada kerajaan UBN. Segala lesen dan permit ini pula mestilah
diperbaharui dan ditetapkan pungutan hasilnya secara berkala. 



Segala
hasil pungutan ini tidak pun diasingkan seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan
Kelantan. Hasil ini jugalah yang disalurkan kembali kepada rakyat bagi membayar
gaji semua kakitangan kerajaan. Tidak ada pula yang memulangkan kembali gaji
yang di terima atau memulangkan kembali bantuan-bantuan berupa kewangan yang
diberikan oleh kerajaan UBN melalui agensi-agensi mereka. Tidak ada pula yang
menangis teresak-esak mengenangkan sudah lama makan gaji dengan kerajaan UBN
sehingga pencen memakan duit yang "tak tentu kalu" sehingga menjadi warga emas
sekarang......Bagi yang menangis tu..tambahkanlah ilmu Islam di dalam dada.
Semoga nur Islam akan memadamkan kecelaruan ini.

Ingat
masa sudah terlalu pendek dan semakin pendek untuk kita ke alam barzah !!!



Kepada
semua, UBN jadikanlah Islam sebagai rujukan dan pegangan dan PAKATAN (PR) pula
berhati-hatilah, kalau ada masalah jadikanlah ulama muktabar sebagai tempat
berguru dan menimba ilmu .









 thegreencompass:

gunakan
kompas anda : siapa yang kena tentulah celaru dan siapa yang mengena tentulah
juru harubiru.

Melayu Pulau Pinang diminta perkuatkan PAS

KEPALA BATAS, 29 Sept: Masyarakat Melayu di Pulau Pinang disarankan supaya memberi kepercayaan kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang bagi menguasai sebahagian besar kerusi yang masih dikuasai oleh Umno di negeri tersebut.



Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain (gambar) , PAS mempunyai kapasiti yang total bagi mengambilalih kedudukan Umno sebagai pembela kepada masyarakat Melayu dan Islam.



“Walaupun 11 kerusi yang dimenangi oleh Umno dalam PRU ke-12 yang lalu, ini tidak bererti kita tidak boleh merampas kembali kerusi yang dilihat berada pada tahap kemenangan 50-50.



“Keyakinan masyarakat bukan Islam kepada PAS kebelakangan ini membuktikan sokongan sedia ada dari masyarakat Melayu dan pertambahan kepada sokongan dari bukan Islam mampu untuk meraih kemenangan.



“Percambahan masalah dalaman Umno dan BN seperti apa yang berlaku kepada Gerakan Pulau Pinang dengan perbutan kerusi dalam parti tersebut membuktikan sengketa dalaman ini akan turut merebak kepada Umno dan kuncu-kuncunya seperti MCA dan juga MIC, “ujarnya lagi.



Katanya lagi, kekuatan yang ada pada PAS, PKR dan DAP di Pulau Pinang telah menggerunkan Umno dan BN sehingga mereka sedia mencipta isu bagi memberi imej yang buruk kepada kepimpinan Kerajaan Negeri.



“Ini termasuklah isu doa dalam khutbah Jumaat yang didakwa diganti dengan nama Lim Guan Eng, gambar ‘super impose’ Ketua Menteri menyembelih lembu korban, wang ihsan untuk warga emas didakwa sebagai sumber judi, wang Kelab Lumba Kuda sebagai sumber tidak halal bagi miskin tegar.



“Kita juga tidak hairan selepas ini kemungkinan ada lagi cerita baru yang mungkin akan dicipta bagi mencalarkan imej PR secaraa berterusan sehingga tibanya pilihan raya umum yang akan datang, ” tegasnya lagi.



Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kepala Batas turut yakin peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu akan kekal dengan pertambahan kerusi di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai potensi untuk menang besar dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Monday, September 27, 2010

ADUN GALAS MENINGGAL DUNIA

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima, 47, meninggal dunia di Hospital Pakar al-Islam, Kampung Baru akibat barah usus kira-kira pukul 4.30 petang tadi.




Maklumat tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang turut berada di pusat rawatan berkenaan sejak pagi tadi.



"Beliau disahkan meninggal pada pukul 4.30 petang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.



Che Hashim dimasukkan ke KBMC sejak lima hari lalu.



Anggota keluaga beliau turut berada di pusat rawatan berkenaan.



Beberapa pemimpin tertinggi PAS turut menziarahi Che Hashim antaranya Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.



Che Hashim disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu apabila batuk mengeluarkan darah.



Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, China.



Julai lalu beliau sekali lagi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana Kota Bharu.

Saturday, September 25, 2010

PANTUN RAYA DARI LIM GUAN ENG

Saya bagi pihak kerajaan negeri Pulau Pinang dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua penduduk beragama Islam di Pulau Pinang dan semoga rakan-rakan dari masyarakat Cina dan India dapat memeriahkan perayaan.

Saya akhiri ucapan ini dengan dua rangkap pantun :-
SEMBAHYANG RAYA DI PAGI HARI

ZIARAH PUSARA DI SINARI MENTARI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KERAJAAN NEGERI


Hari Raya Bulan Berharga

Adil Ditegak Rakyat Dijaga

Kerajaan Rakyat, Harapan Bersinar

Amar Maaruf Nahi Mungkar



Sekian, terima kasih.

LIM GUAN ENG

Oiiiii................. Reezal Merican - ke mana hasil cukai arak, judi dan babi...



AJK Pemuda Umno yang juga ahli Umno dalam bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang , Reezal Merican Naina Merican, nampaknya bersungguh-sungguh 'memperjuangkan' untung nasib Melayu Pulau Pinang. Keghairahannya semakin menjadi-jadi setelah BN/Umno tewas dalam pilihan raya lepas di Pulau Pinang.


Ada saja yang tak  kena dengan pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng.


Reezal Merican, elok juga kita rujuk kepadanya sebagai 'cek', iaitu rujukan mesra orang Tanjong kepada orang yang lebih muda sama seperti mereka merujuk kepada orang yang lebih tua sebagai mamak, mamu, mami, atta ataupun nana dan aci.


Reezal, cek tentu tau dan pandai cari modai nak tegork dan nana, saya bahasakan diri saya sebagai abang walaupun boleh jadi bapa kepadanya, suka tengok cara cek keluark 'press statement'. Cek memang tera. 



Cuma satu yang nana nak tanya kat cek bab duit judi yang cek kata kerajaan negeri Pulau Pinang guna dok bantu orang miskin. Nana nak tau kalu-kalu benda yang sama dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain dan kerajaan persekutuan. Mana la tau kot-kot cek boleh jawab.


Nana nak tanya pasai duit atau cukai yang dikutip hasil daripada pengimportan arak, pengeluaran lesen judi, cukai yang dikutip atas keuntungan kasino di Genting Highlands, cukai-cukai yang dikutip hasil keuntungan loteri, Sports Toto dan Magnum.


Duit tu semua pi mana kalau tak masuk dalam hasil kerajaan persekutuan dan ada yang masuk dalam kutipan hasil kerajaan negeri.


Dengan itu, segala cukai dan kutipan hasil penjualan arak, hasil judi dan hasil keuntungan ladang-ladang ternakan babi dan hasil eksport babi ke Singapura disatukan dalam hasil atau perolehan negara. Duit  tu juga diguna atau dibelanja untuk pembangunan negara termasuk membina rumah-rumah ibadat, sekolah, hospital dan kemudahan awam lain.


Hasil itu juga diguna untuk membantu orang miskin di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk mereka yang beragama Islam.


Tak kan kerajaan asingkan hasil daripada sumber haram itu daripada jumlah hasil keseluruhan yang dikutip sama ada melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Pejabat-pejabat Tanah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya, daripada hasil atau cukai yang bukan haram. Tentu tidak.


Oleh itu, pasai apa cek Reezal Merican bangkitkan sumbangan yang dikatakan dibuat oleh Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada kerajaan negeri untuk bantu orang miskin di negeri cek sendiri.


Dah tentu tak dak beza dengan apa yang dibuat oleh kerajaan-kerjaan Negeri dan kerajaan Persekutuan. Jadi pasai apa nak jadikan satu isu ..... jangan lah jadi macam si periuk yang dok kata si belanga hitam sedangkan diapun hitam macam tu juga.

Cek Reezal kena pi belajar main politik lagi dengan tok guru Abdullah, la ni Tun Abdullah, cucu Pak Hassan Kontong atau Kwantung, pasai mungkin ada benda yang dia tak peturunkan kat cek.

Friday, September 24, 2010

CEK 4 BILLION.SIAPA DALANGNYA........

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Dalam keadaan kerajaan PAS Kelantan diasak dengan isu cek RM4 bilion, wajah dan motif sebebanr syarikat I'Da World Group Sdn Bhd dan hubungannya dengan Umno semakin jelas terdedah.

Keratan akhbar Utusan Borneo dengan tajuk "I'Da World Group menjayakan 1Malaysia" Khamis, 8 April 2010 cukup membuktikan siapa mereka dan dalang di belakang mereka.

Dalam satu majlis di Kota Kinabalu, keakraban syarikat itu dengan Umno terserlah apabila syarikat tersebut diberi projek dalam usaha membantu Sabah dengan dakwaan menjayakan 1Malaysia gagasan Datuk Seri Najib Razak.

Ekoran penyerahan replika cek RM4 bilion baru-baru ini yang didakwa untuk PAS negeri itu, media milik Umno dan pemimpin parti itu melakukan serangan bertubi-tubi terhadap kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Tidak cukup dengan pelbagai tohmahan jahat terhadap kerajaan negeri, mereka turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat.

Di pihak kerajaan negeri dan masyarakat Kelantan pula, timbul persoalan apa sebenarnya motif di sebalik gimik penyerahan replika cek tersebut.

Lebih menimbulkan tanda tanya, ianya dilakukan tanpa kehadiran mana-mana pemimpin PAS negeri itu mahupun Exco kerajaan negeri sendiri.

Badan Perhubungan PAS Kelantan juga tidak dijemput sedangkan mereka mendakwa cek RM4 bilion tersebut untuk PAS Kelantan bagi membantu melaksanakan prasarana di beberapa jajahan di negeri ini.

Replika cek tersebut sebelum ini diserahkan kepada adinda Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel di sini.

Nik Din bagaimanapun tampil menjelaskan beliau ke majlis itu atas kapasiti peribadi dan menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.

Dalam pada itu Tuan Guru Nik Aziz juga mengumumkan bahawa kerajan negeri akan menyenaraihitamkan syarikat tersebut yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu.

Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

Dalam pada itu, beberapa blog turut mendedahkan siapakah sebenarnya Pengerusi Eksekutif I'Da World Group, Abdul Rahim Abdul Wahab.

Beberapa keping gambar didedahkan menunjukkan Abdul Wahab dalam majlis perlancanran Misi Perdana de Everest - Tibet 2011 yang berlangsung di Dewan Felda, Jalan Gurney yang dilancarkan Perdana Menteri, Najib Razak pada 25 April lalu.

Pendedahan-pendahan tersebut dijangka mampu merungkai dan menjawab segala persoalan berhubung niat sebenar dan dalang di sebalik pemberian replika cek tersebut. 

Tuesday, September 21, 2010

Kesucian Masjid Sahaja ka Nak dijaga.. habis tu kesucian Islam macam mana la pulak?

Semenjak pakatan rakyat ambil alih beberapa negeri di semenanjung nih.. macam2 tuduhan dan tindakan yg depa kena..

mula2 kes khatib baca doa utk guan eng la... dianggap salah... abis tu camna la pulak dgn puak2 ameno yg dikatakan buat solat hajat bg kemenangan Kamalanathan tu..

kes2.. isu YB Teo bg sumbangan buat pagar surau dikatakan berunsurkan politik... kalau Kamalanathan bg sumbangan pd masjid pilihanraya lalu tu camna la pulak...

Teo masuk surau sahaja berpakaian aku kira sudah sopan pun mendapat kritikan dr pihak ameno..

Kamal dr MIC tu masuk masjid, menyerahkan khat tulisan kalimah Allah pada peserta tu tidak mengapa la kononnya... ini dah dikira double-standard....

Teo dikritik hebat pasai masuk sampai ruang solat dan tak tutup kepala... kalau non-muslim yg wanita masuk masjid kena tutup pala.. nk cover rambut la.. camna la pula dgn picture c.jpg yg aku attach ni.. Big mom

hanya pakai skaf.. paih tu bnyak lg muslimat yg tak tutup aurat.. takkan tutup aurat dlm masjid sahaja.. luar masjid pun kenalah tutup aurat jugak... puak2 ameno ni guna kitab mana la yg kat masjid ja tutup aurat, luar masjid pakai ketat2, seksi.. Hadoih!!!!



non-muslim dibolehkan malah tidak menjadi kesalahan memasuki tempat ibadat umat Islam.. nabi pun izinkan non-muslim memasuki tmpat ibadat umat Islam pada zaman dahulu selagi tidak mendatangkan ancaman malah turut melindungi mereka... Ini merupakan salah satu cara mereka mendekatkan diri dgn Islam, kalau la karpal ngan teo tak tertarik dengan Islam sekalipun itu merupakan hak individu... kenapa kita tak kasi masuk plak? adakah kita bukan umat nabi Muhammad.. kalau non-muslim dr DAP dilarang masuk, tp wakil MIC dibenarkan masuk.. ni kitab mana la hempa rujuk.. ni dah kira double-standard..



baru2 nih aku da melayari samada blog ka website.. aku pun dah lupa.. dalam tu geng umno defend kamal kononnya kamal tidak memasuki ruang solat, tapi cuma ruang legar sahaja.. geng ameno ni kata khalid cuba fitnah depa.. hahahahahahahahahahahahaha.. aku nak kata ameno ni bodoh piang pun kasaq sangat.. jahil la senang.. umno melayu yg beragama Islam ni paham ka apa itu ruang solat?

a: faham

b: berpura2 tak faham

c: tak faham langsung

d: tak faham tapi mengaku faham



Ruang Solat?

Tempat melakukan ibadat solat yakni terpelihara dan suci dr najis dan boleh melakukan ibadah solat..



bagi ustaz ameno ruang solat terbahagi kepada:

a) ruang solat utama, kedua, ketiga etc

b) ruang legar (inipun silap hb ada ruang utama, kedua etc



Ruang legar pun ruang solat la ... awat la jahil sangat ni...

menjelang solat Jumaat dan sembahyang raya ruang legar dijadikan ruang solat bg menampung jemaah yg ramai.. contohnya kat tempat aku bila tiba hari raya sampai sembahyang kat perkarangan masjid beralaskan tikar bagi menampung jemaah yg terlalu ramai... selagi ianya bersih dan terpelihara dr sebarang najis dan boleh dilakukan aktiviti solat merupakan ruang solat...



Oops! ustaz ameno ada membidas dan melarang tindakan YB Teo masuk ruang solat utama.. pulak...

Ada pulak istilah ruang solat utama, ni lagi satu.. p tnya ustaz tu area mana ruang solat utama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, etc...............

kalau ustaz tu kata saf imam ngan 2 atau 3 saf blakang imam tu ruang solat utama, lepas ni pakat2 lah kita dok depan sumua time smayang jmaat.. pas nih suruh la tok siak masjid tanda dan label ruang solat utama, kedua etc.. nak tanya ja nih? Pernahkah saudara Islamku melihat sembahyang jemaah didirikan disaf blakang bukan di ruang SOLAT UTAMA... Tentu pernah kan,, kalau dak tu kompom tak penah g masjid.. camni la nak explain..

Si A(bukan nama betoi) masbuq berada disaf ke-20, bangun setelah imam memberi salam dan meneruskan rakaatnya yg tertinggal.. datang lagi 20 orng diblakangnya.. nohehhh. Si A td jd imam pulak... ada ketikanya kita lihat jemaah di hadapan, di tepi dan ditengah2 ruang dlm masjid.. adakah pahala sembahyang berjemaah itu berbeza mengikut ruang solat utama, kedua etc..

Hadoih!!!!!!!!! apa pula dgn nasib para jemaah muslimat... kaum wanita kempunan la nak merasa pahala sembahyang kat RUANG SOLAT UTAMA tu yg dimonopoli oleh jemaah lelaki.. Apa pula status ruang solat bg jemaah wanita? p tanya ustaz tu.. macam mana nk ketahui area ruang solat utama nih?



Non-muslim memasuki rumah ibadat umat Islam ni tidaklah menjadi kesalahan bahkan diharuskan menurut pandangan Islam.. tapi dijadikan isu menjadi kesalahan kalau wakil DAP masuk surau, dan tidak salah kalau wakil MIC masuk masjid.. ameno ni cuba putar belitkan fakta dan hukum yg akhirnya memakan diri..



Semoga mendapat petunjuk...

Friday, September 17, 2010

Apabila Tuanku Sultan Mengangkat Ulama Ditempat Sepatutnya...

Sultan bersama Tok Guru di Masjid Muhammadi hari ini jumaat 17 hb september 2010

       Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra bersama Tok Guru bersalaman dengan para jemaah selepas Solat Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, hari ini. Turut hadir adinda Tuanku Faris adalah Tengku Faiz dan para Exco dan pegawai-pegawai Kerajaan.

Sunday, September 12, 2010

Sosilawati dan tiga lagi di bunuh


Polis yang semalam mengakui berhadapan dengan jalan buntu, dipercayai telah dapat menyelesaikan misteri kehilangan jutawan produk kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki ekoran tertangkapnya tujuh suspek termasuk seorang peguam bergelar ‘Datuk’ dipercayai terlibat dalam kehilangan mereka.

Difahamkan polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu telah dibuang ke dalam laut.

Laporan media juga menyebut motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Keempat-empat mangsa dikatakan dibunuh sebelum dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Beria Harian Online pula menyebut identiti keempat-empat mayat sedang dikenal pasti, namun tidak dapat dipastikan setakat ini jika penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan Sosilawati, usahawan produk kosmetik Nouvelle Visages.

Kesemua mayat dijangka dikeluarkan pagi ini untuk ujian berkaitan, termasuk DNA bagi tujuan pengecaman.

Sehingga 7 pagi ini, lokasi mereka dikatakan dibunuh iaitu sebuah ladang kelapa sawit dan ternakan ayam yang terletak berhampiran Ladang Gadong — dikepung polis dan unit forensik PDRM dijangka akan tiba 8 pagi ini.

Beberapa stesen televisyen menyiarkan maklumat mengenai penemuan mayat yang sudah rentung lewat malam tadi.

Maklumat tidak disahkan juga disebarkan menerusi Twitter dengan pelbagai spekulasi, ada yang mengatakan mayat rentung yang ditemui adalah bayi atau kanak-kanak.

Usaha The Malaysian Insider mendapatkan pengesahan polis juga tidak berhasil sehingga awal pagi tadi.

Kesemua pihak yang dihubungi tidak mengulas kesemua pertanyaan. Bagaimanapun difahamkan polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi pagi ini sempena majlis perpisahan Ketua Polis Negara di ibu negara.

Wakil-wakil media masih menunggu di lokasi kejadian sejak tengah malam tadi.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Kali terakhir Sosilawati ditemui di kawasan Banting adalah pada 2 September ketika hendak membeli kerepek.

Seorang daripada suspek ditahan merupakan peguam bergelar ‘Datuk’ berusia 40-an, yang polis anggap sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

‘Datuk’ berkenaan dilaporkan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Mingguan Malaysia dan Berita Minggu menyebut menambah, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan Sosilawati.

“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya.

Ekoran laporan kehilangan keempat-empat mangsa, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya Isnin lalu.

Laporan media sebelum ini menyebut, Sosilawati dilihat membeli kerepek dan kuih di sebuah kedai di Kampung Sungai Lang, Banting pada 2 September untuk diiberikan kepada kakitangannya sempena sambutan Aidilfitri.

Menurut seorang pekerja di kedai kerepek berkenaan, Kerepek House Fazz Enterprise kira-kira dua kilometer dari pekan Banting, Sosilawati dan seorang lelaki datang ke kedai itu.

Pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Ina itu berkata Sosilawati datang kira-kira pukul 2 petang sebelum membeli beberapa jenis kerepek termasuk kerepek pisang, bawang, jejari bilis serta kuih dam, sanggul mak dara dan almond london.

Sosilawati dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak.

Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya bahawa mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari bermula 30 Ogos lalu, namun selepas tiga hari, beliau tidak pulang ke rumahnya sehingga ke hari ini.

Friday, September 10, 2010

ANCAMAN BAKAR AL-QURAN (semua umat Islam yang prihatin memohon kepada Allah agar dimusnahkan musuh-musuh-Nya. Allahummal'anil jibta wat-taghut! )

Bila al-Quran hendak dibakar di Amerika Syarikat oleh Paderi Dr Terry Jones dari Dove World Outreach Center di Florida, saya dan ramai yang lain tidak ada duit nak pergi ke sana nak halang kerja kurang ajaq itu. Tentulah kita marah, sakit hati dan rasa nak kepak tangan syaitan itu.

Kita juga tidaklah bodoh nak bakar pula kita agama lain. Kita tidak bodoh untuk mencetuskan ketegangan tak tentu pasal dalam negara ini.

Di malam Raya ini, saya menyeru diri saya sendiri dan semua umat Islam yang prihatin memohon kepada Allah agar dimusnahkan musuh-musuh-Nya. Allahummal'anil jibta wat-taghut! (Ya Allah, la'natkanlah mereka yang berlagak sebagai Tuhan dan yang melampau).

Kita memohon kepada Allah agar semakin meresap ajaran al-Quran di dalam hati lebih ramai makhluq-Nya. Semakin ramai yang beriman dan sujud kepada-Nya.

Mereka yang memegang kuasa di dalam negara-negara umat Islam pula jangalah sekadar lip service sahaja. Buatlah sesuatu yang lebih mendatangkan kesan.

Selamat Hari Raya, di mana sahaja anda berada. TaqabbalaLlahu minna wa minkum. Minal 'aidin wal faizin wal maqbulin. Kullu amin wa antum bi khair.

Friday, September 03, 2010

KEBESARAN MU YA ALLAH

Assalamualaikum

Sesekali kita lihat kebesaran Allah di mana2. Baru2 ini ada kawan2 post kt facebook gambar pokok berbentuk tulisan Allah
di sebelah masjid Sungai Masin, Batang Kali..
Dekat je dengan kita.. So, saye pun pegi la tengok sendiri.. Dan ambil gambar ni untuk di kongsi bersama..

Lihat pada ranting pokok dekat kubah tu..

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH