Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Wednesday, June 23, 2010
Monday, June 21, 2010
ASRI MASUK UMNO..... BIARKANNYA . ...... KALAU KITA SAYANGKAN PAS
Bukan aku tak suka Asri, tetapi ini pada aku (kalau betul dia masuk Umno) ia adalah satu tactical move Asri untuk menjahanamkan UMNO dari dalam. Macam Anwar jahanamkan UMNO...he he...
Lagipun apa kita orang PAS nak susah hati? Asri nak masuk PASpun ramai yang tak suka...
Kalau dia nak masuk Umno apa pasal kita nak sibuk2 pulak...PAS: ‘Asri jangan korek lubang sendiri masuk Umno’
Relaxlah bro. Asri tak kan dapat mengubah UMNO. Tak ada ulamak mana dalam dunia ni yang akan dapat mengubah atau memperbaiki Umno dari dalam. Jalan paling afdhal ialah mengapan dan menguburkan UMNO dan BN dalam PRU akan datang.
Wednesday, June 16, 2010
SULTAN BRUNEI CERAIKAN AZRINAZ MAZHAR DENGAN TALAK SATU
Istana Brunei mengumumkan sebentar tadi DYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Sa-adul Khairi Waddin, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, telah menceraikan Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar dengan talak satu. Istana Brunei juga mengumumkan Pingat kebesaran Pengiran Isteri Azrinaz ditarik balik.
Untuk menonton pengumuman khas ini sila ke link berikut: http://www.rtbnews.rtb.gov.bn
Wednesday, June 02, 2010
Adun kedah lompat
Jangan Syed Sobri = Nasaruddin Sudahlah!
"PAS Kedah diingatkan supaya tidak terlalu ghairah dengan ura-ura Syed Sobri nak lompat. Kejadian ini pernah berlaku di Perak. Nasaruddin lompat tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat telungkup. UMNO-BN ada banyak teknik dan taktik. Kena faham perkara tu. Jangan bagi pisang berbuah dua kali.
Mula-mula lompatlah. Kita tengah seronok mahkamah bagi balik kerusi ADUN Kubang Rotan. Dia lompat balik macam Nasaruddin. Tup-tup ADUN hilang. Ada katak-katak lompat untuk tumbangkan kerajaan negeri Kedah. Jangan main-main.
Kalau tak jadi lagu tu pun, benda lain boleh jadi. Ingat kes ADUN MCA di Perlis yang letak jawatan? Depa pulaih tengkok dia hingga tak jadi letak jawatan. Syed Sobri pun boleh jadi lagu tu!!!
Dalam keadaan sekarang, UMNO akan buat apa-apa sahaja demi kuasa. Kalau mereka tu kera, kera ni hanya tau kerkah saja. Apa lagi kalau mereka jebon. Terburai perut kerajaan negeri nanti. Jadi, beringat-ingatlah sebelum terkena untuk kali kedua.
Tak payahlah terlalu berharap. Harap-harap tertiarap!!! http://bilahrotan.blogspot.com
"
Subscribe to:
Posts (Atom)