HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Friday, November 27, 2009

Banyaknya Hasil Judi 2.37 Billion:



Hasil Judi 2.37 Billion: Oh.. Malaysia Tanahairku




Saya Buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009.


Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.


Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.


Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!


Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar


Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.


Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!


Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.


Lihatlah Faktanya
Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 (RM)
Genting Malaysia Berhad 949,802,170
Sport Toto 509,739,584
Magnum Corporation 396,477,793
Pan Malaysia Pools 270,764,197
Pan Malaysia Racing 138,576,130
Daily One Corporation 18,082,749
Sandakan Turf Club 18,182,034
Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000
JUMLAH 2.37 BILION
OOOHHH Malaysia Tanahairku... Lu PIKIRLA SENDIRI Rujuk Handsard mukasurat 113-119
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-18112009.pdf

Thursday, November 26, 2009

drama najib altantuya..................




Kes Pembunuhan Altantuya Dimuat Dalam Drama Bersiri TVB Hong Kong?
Tak sangka, ia akan pergi sehingga ke tahap ini jika ianya menjadi realiti! Ini secara langsung menunjukkan bahawa berita harian ini menjadi tumpuan oleh masyarakat negara yang lain selain turut diberi liputan luas di negara ini. Bahkan, ia juga menunjukkan bahawa isu semasa ini amat menarik untuk diperhalusi akan kebenarannya yang sebenar! Penangan dan liputan meluas mengenai pembunuhan model dan penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dan diletupkan dengan kejam menggunakan bom C4 sebelum ini, menyebabkan TVB Hong Kong merancang untuk menayangkan kes pembunuhan Altantuya dalam drama siri emas pada tahun 2010 nanti.
Altantuya Shaaribuu dijumpai mati pada Oktober 2006. Abdul Razak Baginda, kawan rapat kepada Najib dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh tetapi kemudian dibebaskan. Dua anggota polis Chief Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Korporal Sirul Azhar Umar,36, didapati bersalah dan dihukum mati.
Bekas wartawan Susan Loone mengatakan bahawa Hong Kong akan menghasilkan sebuah drama siri berdasarkan pemberitaan seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus tentang pembunuhan Altantuya dari akhbar La Liberation.
Drama bersiri tersebut akan dinamakan “Ulaanbaatar, Paris, Kuala Lumpur”. Watak Altantuya akan dimainkan oleh Sonija Kwok, Najib Tun Razak oleh pelakon veteran Kwok Fung, Razak Baginda oleh Bill Chan Sek Sau dan Rosmah Mansur oleh Rebecca Chan. Sama ada berita harian ini akan direalisasikan atau tidak , yang pentingnya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu mempunyai cukup untuk semua elemen yang diperlukan oleh sebuah filem. Cerita ini menglibatkan politik, skandal perempuan, senjata api, pembunuhan, sesuai untuk perfileman.
P/S : Politik itu memang satu drama – Semua nama dan lakonan adalah rekaan semata mata dan mungkin secara kebetulan, tidak ada kena mengena dengan hidup atau yang mati – jangan lupa ayat itu dihujung setiap drama yang beretika.

Tuesday, November 24, 2009

Dr Asri persoal pegawai JAIS 'kutuk' Hadi, Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 24 Nov:
Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan tindakan seorang pegawai JAIS yang terlibat dalam kes beliau, yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Pegawai terbabit yang juga AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor dikatakan turut menyesatkan kedua-dua tok guru itu dengan tuduhan wahabi.
"Dii sini disertakan tulisan-tulisan pegawai JAIS yang terlibat dalam kes saya. Tulisan-tulisan ini dipetik dari blognya. al-Subki adalah nama penanya.
"Tulisan-tulisan menunjukkan beliau juga turut menyesatkan YAB Nik Aziz dan YB Hj Abd Hadi dengan tuduhan wahabi. 'Anak Pak Wahab' itu merujuk ke pengikut wahabi." kata Dr Asri kepada Harakahdaily.
Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat satu carian alsubki2.blogspot.com di bawah nama Ustaz Mahfuz Muhammad @Hj. Khalil, dipercayai AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor terbabit.
Terdapat satu tulisan Mahfuz bertarikh 18 March 2009 dibawah tajuk "Dari blog Ahli Sunnah Wal Jamaah Diari - Mesyuarat Anti Wahabi" berhubung penentangan untuk mengekang gerakan fahaman Wahabi di negara ini.
"Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin," tulis Mahfuz dalam blognya.
Harakahdaily bertanya kenapa blog asal al-subki ini telah bertukar, Dr Asri menjawab ianya disebabkan oleh satu kes yang berlaku, yang tidak mahu didedahkan beliau.
"Dia ini telah mengutuk dan menghina Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi lebih dulu daripada saya.
"Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan, sehingga ramai marah dan jika dibiarkan akan semakin melampau," katanya yang merujuk keratan yang diemaikan kepada Harakahdaily.
Tiga keratan antaranya bertarikh 26 Jun 2008, membabitkan kutukan beliau terhadap Nik Aziz dan Abdul Hadi.
Salah satu keratan di bawah tajuk "Nik Aziz dan Allah duduk lendik atas arash" memuatkan petikan dipercayai daripada tulisan pegawai terbabit yang antaranya berbunyi :"Kalau di lihat sejarah beliau di Kelantan sejak pulang dari luar negeri telah dilihat membawa fahaman songsang..."
Dr Asri membangkitkan apakah pegawai JAIS 'dibiarkan' oleh Kerajaan Selangor dengan tujuan tertentu dan sewajarnya satu tindakan perlu diambil berhubung isu ini.
"Apakah ini pendirian Kerajaan Selangor, atau hanya JAIS?" katanya yang mahu perkara ini didedahkan untuk pengetahuan umum.

Friday, November 20, 2009

PAU CINA NAMA MELAYU (PAU AHMAD)


Salam.. saja nak share..

Hari tu ada tgk dokumentari kat NTV7 dlm bhs cina.. ttg bagaimana usahawan cina nak berjaya kat M’sia ni..Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. mmg terkejut la tgk dari boss sampai pekerja yg buat pau tu semua bangsa cina..
Mainpoint yg rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M’sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal.Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal..
Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam…
Ntah la.. rasa nak marah pun ada… rasa tertipu pun ada… tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M’sia ni mmg pengasasnya Cina.So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti…


TQVM..
PA SDN BHD = Pau Ahmad SDN BHD.

Tipah Tertipu daaa…., nasib baik tak suka makan pau….

P A Food Sdn Bhd
2A Jln P 4/7 Sec 4 Bdr Teknologi Kajang 43500 Semenyih SelangorMalaysia
Tel: 03-8723 1735Fax: 03-8723 1886Managing DirectorMr Ding Hong SingFinance DirectorMs Siaw Voon Fong



Business:P A Food Sdn Bhd has vast experience in the manufacturing of fine flour-based frozen Oriental/Asian delicacies, such as Steam Buns, Mantau, Yutiao, Roti Pratha, Roti Chapati, Samosas, Spring Rolls, Curry Puff, Spring Roll Pastry & Instant Curry Paste etc.

Thursday, November 19, 2009

Tuan Guru Nik Aziz & Haji Dengan Wang Hadiah

Tuan Guru Nik Aziz & Haji Dengan Wang Hadiah

Posted on Wednesday, November 18 @ 19:19:34 PST by SongkokPutih Oleh Zaharuddin Abd Rahman

SOALAN: Apa pandangan ustaz berkenaan seseorang pergi haji dengan wang hadiah orang lain, saya rasa ustaz faham isu ini berkait dengan kenyataan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang membatalkan hasrat menunaikan haji pada tahun ini (2009) akibat pertikaian dan tuduhan rasuah. Tapi beliau masih bersedia menerima tajaan dari mana-mana pihak tahun hadapan.

JAWAPAN

Hukum asal bagi menunaikan haji dengan wang hadiah adalah HARUS tanpa sebarang khilaf. Walaupun seseorang digalakkan untuk menggunakan wang sendiri bagi menunaikan haji bagi memperolehi maksud haji yang menagih pengorbanan tenaga dari tubuh badan, minda dan wang.
Namun demikian, adalah tidak salah sama sekali sesiapa yang mampu untuk menghadiahkan sebahgain dari kurniaan kekayaannya bagi menaja sesiapa sahaja khsuusnya bagi mereka yang belum menunaikan haji untuk melunaskan rukun Islam yang kelima itu. Demikian juga diharuskan untuk menaja mana-mana alim ulama atau sesiapa juga bagi tujuan yang sama.Lebih digalakkan jika sekiranay yang taja BELUM PERNAH menunaikan Haji.
Namun begitu, hukum asal akan berubah mengikut keadaan dan situasi. Persoalan niat adalah persoalan yang sukar dijadikan sandaran dalam hal ini kerana ia adalah urusan hati yang tersembunyi, diketahui secara tepat hanya oleh Allah swt.
Justeru, jika ada mana-mana ilmuan yang menjawab dalam persoalan ini bahawa semuanya bergantung kepada niat. Sudah tentu begitu di sisi Allah, namun pandang sisi manusia juga perlukan penjelasan yang lebih mendalam sebagai satu panduan.
Menyatakan hukum dengan menyandarkan ia kepada niat semata-mata tidak akan menyelesaikan kekeliruan, malah dibimbangi akan disilap fahami oleh orang awam sehingga menyalahgunakan hujjah tersebut dalam tindakan yang terangan bersalahan dengan displin Islam, seperti berdua-duaan (berdating) di tempat sunyi kemudian mendakwa niat mereka baik dan sebagainya.
APA RASUAH ?
Sebelum kita pergi lebih lanjut, perlu difahami erti rasuah menurut istilah yang diterima pakai oleh perundangan Islam adalah :-
ما يُعطى لإبطال حق أو لإحقاق باطل
Ertinya : Apa-apa yang diberikan untuk membatalkan sesuatu yang benar dan membenar yang batil (melayakkan yang batil) ( Syarh as-Sunnah, Al-Baghawi, 10/88)
Namun demikian, takrif Rasuah menurut perundangan di Malaysia pula adalah lebih pelbagai dan boleh dibaca dari tulisan saya yang lalu di SINI .
JADI APA PANDUAN HUKUM DALAM HAL INI?
Bagi memahami perubahan hukum dalam hal ini, beberapa dalil dan situasi terpilih berikut boleh dijadikan rujukan.

1) Hadiah buat seseorang berpangkat
من استعملناه على عمل فرزقناه رِزْقًا، فما أخذ بَعْدُ فهو غلولُ
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

2) Sebuah Hadis :
استعمل النبي صلى الله عليه وسلم رجلاً من الأزد يُقال له ابن اللتبية على الصدقة، فلما قدم قال: هذا لكم وهذا أهدي لي، قال: فهلا جلس في بيت أبيه أو بيت أمه، فينظر أيُهدى له أم لا.... ثم قال: "اللهم هل بلغت ثلاثًا"
Ertinya : Nabi bersabda kepada seorang gabenornya bernama Ibn Lutbiah yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :
"Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda
" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)
"Ya Tuhanku, adakah telah aku sampaikan (kepada umatku akan hal ini) sebanyak tiga kali..(Al-Bukhari, no 2597 & Muslim no 1832)

3) Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin.
Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:
"Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al Muwattha':1450].

4) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].
BAGAIMANA KES MENTERI BESAR KELANTAN?
Bagi kes yang melihatkan Menteri Besar Kelantan, seorang tokoh agama yang dihormati lagi dikasihi oleh kebanyakan rakyat Kelantan dan usahawannya. Jika dilihat dari sudut rasuah menurut istilah Syariah, kemungkinan besar tajaan ini tidak berkait dengan ciri utama rasuah menurut Islam.
Berkaitan isu WANG KHIANAT pada pandangan Islam pula, ia juga mungkin TIDAK JATUH kepada beliau, jika benar-benar semua hadiah yang diberikan itu tidak bersangkut paut dengan jawatannya tetapi hanya kerana dirinya adalah seorang ulama.
PENGECUALIAN sebegini memang wujud dari teks-teks fatwa silam sebagaimana berikut
يجوز لولاة الأمور والعُمَّال قبول الهدية ممن كان يهدي إليهم قبل توليتهم مناصبهم، كهدية من قريب أو صديق بشرط أن لا تزيد قيمة هذه الهدية عما كان يُهْدى إليهم قبل تولي مناصبهم ولا تكون لها أيَّة علاقة بأعمالهم.
Ertinya : Harus hukumnya bagi seseorang pemerintah dan pegawai (pentadbir) menerima hadiah dari pemberian hadiah itu bermula semenjak sebelum ia memegang jawatannya, seperti hadiah hubungan kerabat atau rakan, namun ia dengan syarat NILAI HADIAH YANG DIBERI (SELEPAS NAIK JAWATAN) ADALAH SAMA dengan sebelum naik jawatan, serta MESTILAH HADIAH TERSEBUT TIDAK MEMPUNYAI ikatan dan kaitan sama sekali dengan jawatannya ( kuasanya) [1]
Imam AN-Nawawi pula menegaskan :-
وقد بين صلى الله عليه وسلم في نفس الحديث السبب في تحريم الهدية عليه وأنها بسبب الولاية، بخلاف الهدية لغير العامل، فإنها مستحبة،
Ertinya : Nabi s.a.w telah menjelaskan dalam hadis yang sama (di atas) bahawa sebab pengharaman terima hadiah sebegitu adalah disebabkan oleh JAWATANNYA, berbeza dengan hadiah yang diberikan kepada bukan pegawai yang mana ianya adalah digalakkan. ( Syarah Sohih Muslim, 6/462 )
WALAUPUN BEGITU
Kesimpulannya, dalam kes Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nikmat, saya dan ramai lagi yakin bahawa ia tiada unsur rasuah mahupun wang khianat. Ini kerana saya yakin, walaupun beliau tidak memegang jawatan Menteri Besar dan duduk di rumah sahaja sekalipun, masih ramai yang berlumba-lumba untuk memberikannya hadiah tajaan Haji dan lain-lain disebabkan kelebihaan ilmu dan amalan yang terzahir pada diri beliau dan bukan pada JAWATANNYA, sehinggakan seliparnya juga dicuri kerana ‘berkat'. [2]
Namun demikian, kita tidak boleh memandang hanya kepada mereka yang bersangka baik sahaja. Apa yang perlu diteliti kini, semua menyedari bahawa beliau bukan semata-mata seorang tokoh agama, namun juga adalah tokoh politik dan ketua eksekutif pentadbiran bagi sebuah negeri.
Justeru, atas dasar tersebut, menurut penilaian sederhana saya, adalah LEBIH WAJAR untuk beliau menolak sebarang tawaran hadiah haji sedemikian selagi mana beliau masih memegang jawatan Menteri Besar. Pandangan saya ini berdasarkan banyak aspek dan sandaran, sebahagiannya adalah seperti berikut :-
1) Mengelak tohmah dan sangka buruk yang memudaratkan.
Sekiranya kita menyusuri perbahasan hukum-hukum Fiqh di dalam kitab-kitab utama yang silam, akan didapati bagaimana beberapa amalan yang HARUS pada hukum asalnya menjadi HARAM atau ditegah akibat daaripada wujudnya unsur ‘tohmah' dan ‘kebolehan membawa sangkaan buruk' . Cukuplah kita ambil satu contoh dalam bab ini :
Imam Al-Kasani ketika membicarakan persoalan adab seorang qadhi (adab al-Qadha) menghurai :
ومنها : أن لا يقبل الهدية من أحدهما ، إلا إذا كان لا يلحقه به تهمة .
Ertinya : Sebahagian darinya (adab seorang qadhi) : Adalah tidak menerima hadiah dari salah seorang darinya (dua pihak yang sedang dibicarakan) kecuali jika ia tidak membawa kepada sebarang tohmahan (tuduhan buruk). (Bada'i As-Sona'ie, 7/10)
Walaupun teks di atas bukan dalam konteks menteri besar atau pemerintah, namun maqasidnya jelas, ia berkait dengan mereka yang memegang kuasa. PEMEGANG KUASA MESTILAH DIYAKINI DAN DILIHAT BERSIH OLEH ORANG-ORANG YANG BERGANTUNG DI BAWAHNYA, jika dia seorang hakim atau qadhi seperti dalam teks di atas, dia mestilah diyakini TIDAK BERAT SEBELAH oleh kedua-dua pihak di dalam mahkamahnya.
Jika dia pemerintah, hal yang sama juga terpakai, IAITU DIA MESTI DIYAKINI BERSIH DAN MAMPU MEMBERIKAN KEADILAN KEPADA RAKYAT BERDASARKAN KELAYAKAN DAN BUKAN ATAS PENGARUH-PENGARUH SAMPINGAN SEPERTI KERABAT, HADIAH YANG DIBERI DAN SEBAGAINYA.
Justeru, dalam hal Menteri besar Kelantan, umumnya mungkin yakin dengan peribadi beliau dalam menjaga keadilan. Namun perlu diingat bahawa di bawah bidang kuasa seorang Menteri Besar, terdapat pelbagai pegawai, pelbagai jenis kuasa untuk menentu dan memutuskan keputusan khsuusnya melibatkan penganugerahan jawatan dan kontrak. Sebahagian besarnya memerlukan kepada nasihat dan rundingan pegawai-pegawai ini terlebih dahulu sebelum dilulus oleh Menteri Besar. Maka sejauh mana pula, orang ramai boleh yakin kepada pegawai-pegawai ini sebegaimana keyakinan mereka kepada Menteri Besarnya.?
Saya kira, ramai orang di bawah beliau tidak mampu menyamai krebiliti, ketahanan sehebat beliau dan keyakinan ramai kepada pegawainya juga tidak seperti keyakinan kepada Menteri Besar Kelantan.
Tatakala itu, orang ramai akan menggandaikan si pemberi hadiah akan dikenali oleh para pegawai beliau, yang sebahagiannya turut mempunyai kuasa tertentu, KEADAAN INI TIDAK DINAFIKAN AKAN MEMBAWA TOHMAHAN DAN SANGKA BURUK RAMAI.
Ia boleh membawa sangkaan ramai, BAHAWA PEMBERI HADIAH TAJAAN HAJI INI MENDAPAT LEBIH KEISTIMEWAAN BERBANDING YANG TIDAK MEMBERI HADIAH, Paling kurang, ia menjadikan syarikatnya LEBIH DIKENANG DAN DIINGATI OLEH PARA PEGAWAI. Hasilnya, mungkin lebih mudah untuk memperolehi tawaran kontrak tertentu.
Saya tidak menuduh, saya cuma menyedarkan bahawa ruang sangkaan dan tohmahan itu sangat boleh untuk terbuka. Atas asas itu, saya berpandangan AMAT WAJARLAH Menteri Besar Kelantan untuk MEMBATALKAN MENUNAIKAN HAJI TAHUN INI DENGAN BERBEKALKAN WANG DAN PAKEJ TAJAAN. Namun beliau tentunya MASIH boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.
Selain itu, saya juga berpandangan tajaan haji atau umrah di tahun-tahun akan mendatang juga wajar ditolak. Berikanlah sumbangan itu kepada alim ulama lain yang tidak berjawatan rasmi atau pembuat keputusan yang melibatkan wang dan kontrak, yang tidak mendatangkan tohmah dan fitnah dan sangka buruk. KECUALI jika ia dilakukan secara tertutup, ia terpulang kepada semua yang terlibat untuk menjaga displin hukum.
Nabi s.a.w bukan sahaja melarang umatnya bersangka buruk, namun kita juga diajar oleh baginda nabi s.a.w untuk CUBA SEDAYA UPAYA MENGELAKKAN diri dari membuak ruang yang boleh menyebabkan diri kita disangka buruk. Itulah konsep sad az-Zara'i. (penutupan pintu-pintu yang boleh membawa kepada haram oleh diri dan kepada diri).

2) Menolak kemudaratan adalah didahulukan berbanding mendapatkan kebaikan

Ia jelas dari kaedah Fiqh yang cukup terkenal. Benar, menunaikan haji membawa kebaikan kepada penderma dan yang menerima, namun jika ia sehingga menyebabkan nama baik kerajaan pimpinannya rosak akibat dari itu. Wajarlah ia dijauhi. Tidak kiralah mudarat itu akibat sangka buruk, fitnah atau dusta, namun ia tetapi membawa mudarat yang jelas. Lihatlah sekeliling dan media yang sedang mencipta sesuatu buruk dan mudarat dalam isu ini.

3) Maslahat umum didahulukan ke atas maslahat individu (atau yang lebih kecil)
Benar, menerima tajaan hadiah haji itu adalah sebuah kebajikan dan pahala buat dipenderma, pahala dan ganjaran juga bagi yang menerima. Namun jika ia jelas boleh membawa mudarat seperti tuduhan rasuah yang sehingga boleh memudaratkan kemaslahatan yang lebih ramai, bukankah ia lebih baik dijauhi. Si pemberi masih boleh menderma kepada ilmuan lain bagi mendapatkan pahala yang diinginya.
AKHIRNYA
Kesimpulan jawapan saya kepada persoalan yang dikemukakan, SAYA AMAT BERSETUJU untuk Menteri Besar Kelantan menolak tajaan hadiah bagi mengerjakan Haji pada tahun ini, namun beliau masih boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.
Saya juga merasakan, TIDAK WAJAR untuk beliau menerima sebarang tajaan haji di tahun-tahun hadapan selagi beliau masih memegang jawatan Menteri Besar atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.
Sekdar itulah pendapat saya secara ringkasnya, ia bukan penentuan hukum, ia hanyalah sebuah pandangan dan nasihat yang boleh diterima atau ditolak oleh sesiapa sahaja. Perlu disedari juga, pandangan dan jawapan kepada soalan di atas bukan sahaja terpakai kepada Menteri Besar Kelantan ketika ini, namun bagi semua penjawat awam, swasta dan ahli politik dari mana-mana jua parti politik.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Tuesday, November 17, 2009

PILIHAN RAYA LAGI KOTA SEPUTIH PULAK DAH..

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil untuk Dun Kota Seputeh Kedah.
Arahan itu dibuat oleh hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin siang tadi.Menurut hakim itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah melanggar sempadan kuasanya apabila menolak permohonan Speaker Dun Kedah agar diadakan pilihan raya semula di situ.Menurut beliau, peguam plaintif (Speaker Dun Kedah) telah berjaya membuktikan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif, Adun Kota Seputeh telah tidak hadir dua kali sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.Ini bermakna, mahkamah bersetuju dengan keputusan Speaker Dun Kedah, yang memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hasan (gambar) hadir dua kali berturut-turut ke sidangnya.
Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.
Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.
Dalam sidang Dun Kedah baru-baru ini, Speaker menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun Kedah yang sah.
Mengulas mengenainya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pegawai undang-undang SPR perlu meneliti secara terperinci desakan dibangkitkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail sebelum membuat sebarang keputusan.Pada 18 Ogos lalu Abd Isa meminta SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong atas alasan Abu Hasan tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dua kali berturut-turut tahun ini.Peguam bagi Speaker, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah, Artikel 51 Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah menyebut bahawa “sekiranya mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri tidak menghadiri dua sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, kerusi mereka seharusnya dianggap kosong.”Abu Hasan tidak hadir pada sidang 19 April dan kemudian pada 9 Ogos tanpa izin Speaker.Sulaiman berkata, Abu Hasan tidak menafikan fakta itu.“Apabila syarat-syarat ini dipenuhi, kemudian perjalanan undang-undang ialah Artikel 51, di mana kerusi itu dengan sendirinya menjadi kosong,” kata Abdullah yang juga bekas Presiden Majlis Peguam di mahkamah sebelum ini.Namun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Abu Hasan agar terus menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadualkan hari ini.Katanya, walaupun Speaker menganggap wakil rakyat itu hilang kelayakan sebagai Adun, namun BN memegang prinsip apa yang diputuskan oleh SPR bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.“Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan Speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu.“SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa Speaker itu saya tak tahu,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung, Alor Setar.Muhyiddin berkata, Abu Hasan harus menghadiri sidang DUN itu bagi mengetahui apa yang sedang berlaku kerana beliau masih seorang Adun sehinggalah mahkamah memutuskan kedudukannya kelak.Abd Isa baru-baru ini berkata, beliau menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan wakil rakyat itu.Beliau sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hasan sebagai Adun kawasan Kota Seputeh.
Semasa kempen Bagan Pinang baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengajak penyokong PAS dan Pakatan Rakyat ke Kedah pula untuk pilihan raya kecil Kota Seputeh.
"Ada pemimpin Umno kata saya membazir apabila melantik ramai peguam untuk kendalikan kes ini. Saya kata, saya rela membazir dari membayar gaji Adun yang malas (tidak hadir sidang Dun)," kata Azizan.

Saturday, November 14, 2009

Segera: LIVE - Forum Perdana Ehwal Islam


Segera: LIVE - Forum Perdana Ehwal Islam
Oleh admin_ann
"
Pihak ANN akan menguji sistem siaran langsung ANN-TV melalui program Forum Perdana Ehwal Islam pada malam ini melalui laman web http://www.ann.com.my/

Tajuk : Rahsia Disebalik Solat
Tarikh : 14/11/09
Masa : 9:00 mlm
Tempat : Masjid Negeri Shah Alam
Moderator : Dato’ Dr. Hasan Ali
Ahli Panel : Dato’ Dr. Haron Din
Dato’ Ismail Kamus"

Friday, November 13, 2009

UNTUK KEPUASAN HATI UMNO TOK GURU BATAL KE TANAH SUCI




Gambar TGNA selepas menyampaikan Kuliah pagi tadi
Dalam kuliah jumaat di Dataran Ilmu sekejap tadi TGNA telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah pada 18 Nov nanti.TGNA tidak nyatakan secara jelas sebab-sebab pembatalannya itu, cuma TGNA ada menyatakan bahawa beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianat.
……………………………………………..
Kepada tangan-tangan jahat yang berusaha dengan pelbagai cara dan pelbagai isu untuk mencemarkan dan menjatuhkan kepimpinan TGNA di Kelantan, diharap telah berpuas hati dengan pengumuman terbaru TGNA ini.Hasil usaha anda ada sedikit menampakkan hasilnya.Teruskanlah lagi usaha-usaha anda.Masanya sudah hampir tiba… kebenaran pasti akan teserlah jua.
Buat Exco-exco dan YB-YB yang lain, sekirannya ada lagi yang behasrat untuk mengambil pembantu-pembantu atau pegawai – pegawai peribadi, berhati-hatilah.Teliti baik-baik dan perhalusilah dengan sedalam-dalamnya… janganlah terambil spesis yang akan merosakkan kita , Jemaah kita , parti kita dan negeri kita suatu hari nanti.. ambillah pengajaran dan iktibar dari peristiwa yang berlaku sehari dua ini sebagai kayu pengukur untuk kita semua.Tidak pernah lagi sepanjang ingatan saya TGNA membatalkan hasratnya untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah setelah urusan pemergiannya disempurnakan awal-awal lagi.
Dikirim dalam
News & Politics

Wednesday, November 11, 2009

GEMPAR : Siapa arah lepas orang mabuk kena tangkap di sebuah bar di Ipoh malam tadi ?



.Terkini 8.30am : Saya sedang mengumpulkan maklumat untuk mengesahkan berita gempar yang berlaku di Ipoh malam tadi iaitu mengenai satu tangkapan besar-besaran kepada sekumpulan orang Melayu sekitar 100 orang yang minum arak disebuah bar di Ipoh malam tadi. Yang ditangkap termasuklah "body gard" MB Kudeta Perak, SB, Polis dan tentera. Malangnya semasa siasatan masih dijalankan kepada semua yang ditangkap sekitar jam 6.00 pagi tadi , sekumpulan orang tertentu yang dikaitkan dengan MB kudeta itu diarahkan dilepaskan orang pihak tertentu sebelum mereka disahkan positif alkohol atau tidak. by; http://idhamlim.blogspot.com/

Sunday, November 08, 2009

Tolak persepsi adalah primitif - Dr Abu Hassan


Penulis ingin merujuk kepada kajian terkini oleh Proesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang beliau bentangkan di Seminar Memperkasakan Parti PAS kelmarin.

Beliau mendapati bahawa 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi Awang berbanding 67 orang menyokong. (633 vs 67)

Pensyarah dari Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM) itu memilih 2,100 orang sebagai responden bagi Kajian Mikro Kepercayaan Politik Malaysia yang dijalankannya dengan tumpuan ke atas Abdul Hadi.
Abu Hassan berkata, selain itu, 519 orang daripada golongan berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding 181 orang yang positif. (519 vs 181)
"Bagi golongan berusia 41 hingga 50, seramai 751 orang menyatakan hilang sokongan terhadap kepemimpinan Pas, manakala 396 responden masih menyokong," katanya. (751 vs 396)


Abu Hassan menambah, kebanyakan mereka dari golongan berusia antara 41 dan 50 tahun yang berpandangan negatif terhadap Pas adalah dari negeri Pantai Timur dan Utara. - seterusnya

Friday, November 06, 2009

NI CERITA BENAR-BENAR TAPI PELIK.....?ALAHAI ROSMAH....


Kerabat Arab Beri RM7 Juta Hargai Kejujuran RosmahPUTRAJAYA, 6 Nov (Bernama) --


Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri.Beliau berkata US$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan.Ketika menceritakan pertemuan kotak itu kepada pemberita, Rosmah berkata beliau sekeluarga sedang bercuti atas jemputan putera diraja Kuwait yang berkawan dengan anaknya, Riza Shahriz."Semasa sedang berkemas ketika hendak balik, saya terjumpa kotak itu dan berikannya kepada pengurus bot dan beritahunya supaya pulangkan barang berharga ini kepada tuan punya. Saya kata jangan usik, jangan buat apa-apa. Pastikan ia dalam keadaan baik dan beri kepada Putera Saud Al-Saud," katanya.Menurutnya dua minggu selepas itu baginda mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memulangkan kotak itu yang tercicir semasa sedang bercuti dalam bot yang sama."Putera itu kata nak berikan hadiah dan saya kata hadiah terbaik adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Rosmah.Selepas menerima cek ganjaran itu, beliau berbincang dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta beliau menguruskan wang itu secepat mungkin dan diagihkan kepada pihak yang memerlukan."Saya juga meminta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri untuk ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya sumbangan ini bersih dan tiada pihak yang memutarbelitkan fakta," kata Rosmah.Kotak yang ditemui itu dipercayai mengandungi beberapa keping cek.-- BERNAMA

Wednesday, November 04, 2009

ADAKAH INI UCAPAN DATUK DR HASAN ALI


Harap-harap keputusan Jawatankuasa Disiplin ni akhirnya adalah keputusan yang paling tepat setelah mengkaji sedalam-dalamnya semua bukti yang ujud.Harap-harap keputusannya nanti akan menjadikan Pas bertambah kuat dan dihormati dan dipercayai bukan saja oleh ahli-ahli Pas tapi juga penyokong dan pengundi serta bakal pengundi untuk plihanraya akan datang - Cenangau
“(Nik Aziz) You ‘re not God…!” -Dr.Hasan Ali
“(Nik Aziz) You ‘re not God…sekarang Tok Guru berrrrrblooooogggg. Tok Guru tidak berjumpa sendiri saya…dia dengar cakap (Prof.) Aziz Barri. Kalau Tok Guru panggil saya, berlaaarrriiii saya ke Kota Bharu,” sinis Dr. Hassan Ali.

“Kalau dia tak masuk dalam PAS, saya dah dapat 10 juta (ringgit) dengan kredibilit
inya sebagai pakar motivasi dan sebagainya. Dengan saya masuk PAS, saya rugi…dah rugi boleh pula bala-bala bila orang kutuk saya dalam blog-blog. Sebenarnya tak berbaloi saya masuk PAS ini…bila terlibat dengan PAS, pintu rezeki saya ditutup…” ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sewaktu bertemu ahli-ahli PAS Anjung Tengah pada 1 November lalu.
Saya begitu tidak selesa dengan ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor begitu menyalahkan PAS sebagai punca pintu rezekinya ditutup.
Sekiranya Dr. Hasan berasa susah di dalam PAS, lebih baik keluar dari PAS untuk mengejar kesenangan.
Dalam PAS masih ramai ahli-ahli yang ikhlas dan yakin soal rezeki itu adalah urusan Allah, bukan urusan PAS dan bukan urusan sesiapa termasuk Umno.
Firman Allah yang bermaksud, “Berjihadlah kamu dengan erti kata jihad yang sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah telah memilih kamu dan sama sekali Allah tidak akan menjadikan kamu sempit dalam agama kamu…”
Rasa tidak selesa membawa saya bertanya sendiri seorang kawan karib Dr. Hasan Ali dari Terengganu. Menurut kenalan itu, sepanjang Dr. Hasan roadshow di Terengganu, beliau bukan tidak dibayar.
Dr. Hasan Ali telah dibayar RM3 ribu dalam satu hari aka dua program motivasi Kerajaan PAS Terengganu.
Sebagai contoh, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) mengesahkan Dr. Hasan dibayar RM2 ribu hingga RM3 ribu untuk satu-satu program motivasi (sejam). Setiap hari, lazimnya Dr. Hasan ada dua hingga empat jam program bersama kerajaan negeri.
Seorang bekas pembantu kewangan negeri Kelantan memberi tahu saya, Dr. Hasan Ali dibayar RM2 ribu oleh kerajaan negeri dalam setiap program motavasi selama sejam.
Adakah Dr. Hasan menipu ahli-ahli PAS semata-mata dendamnya kepada Tok Guru?

Monday, November 02, 2009

NAKHAIE PULAK TUDUH MENUDUH DR,ASRI

Nakhaie: Siapa Dr Asri hendak campur tangan soal audit YADIM? Oleh AU YEONG HOW

KUALA LUMPUR:Datuk Mohd Nakhaie Ahmad yang bersara dari jawatan Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)semalam (1 November), menyangkal segala dakwaan yang dilemparkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Antara dakwaan tersebut ialah kononnya Nakhaie memperalatkan YADIM untuk memungut harta, makan rasuah dan mengeluarkan kenyataan yang Dr Asri tidak diterima UMNO mahupun PAS.
Nakhaie juga turut dituduh menyalahgunakan jawatannya sebagai Yang DiPertua YADIM untuk melancong ke luar negara.
Ekoran itu, Nakhaie mendakwa, dua laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dan hasil siasatan SPRM setakat ini membuktikan Nakhaie bersih daripada tuduhan itu.
Nakhaie juga mendakwa Dr Asri telah memberikan bayangan seolah-olah beliau memperalatkan YADIM untuk meraih kekayaan.
Malah dakwanya, Dr Asri juga telah meminta Audit Negara menyiasat YADIM untuk memastikan sama ada terdapat penyelewengan wang.
"Bagi saya, Dr Asri tak perlu bagi arahan kepada Audit Negara (AN) kerana AN memang telah dan dipertanggungjawabkan untuk menyiasat perbelanjaan YADIM.
"Jangan campur tangan. Siapa beliau nak mengeluarkan arahan ini?" katanya pada sidang akhbar di kediamannya yang berhampiran dengan Markas PAS, Taman Melewar, Gombak hari ini.
Nakhaie mendakwa YADIM telah diaudit pada awal tahun ini.
Isu 'YADIM perlu diaudit segera' menjadi panas apabila perkara ini dibangkitkan pada hari Sabtu lepas oleh Dr Asri pada sidang akhbar 'Memorandum Fitnah Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong'.
Memorandum itu, antara lain, membantah ura-ura pelantikan Dr Asri sebagai Yang DiPertua YADIM.
Menurut Nakhaie, Dr Asri adalah nama yang disebut-sebut untuk menggantikan tempat beliau untuk jawatan Yang DiPertua YADIM.
Mohd Nakhaie juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau terlibat dalam sebarang penghantaran memorandum untuk membantah pelantikan Dr Asri sebagai Yang DiPertua YADIM.
Ditanya mengenai punca-punca dia mengesyaki dirinya menjadi sasaran fitnah itu, jelas Mohd Nakhaie: "Sebab dia menyebut individu terbabit dari segi umur, perkaitannya dengan YADIM dan tiada kaitan dengan agensi-agensi lain. Maka, jelas dia tujukan tuduhan itu kepada saya.
"Permintaannya terhadap Audit Negara agar siasat YADIM dan bukan agensi lain. Ini bermakna tuduhan penyelewengan itu ditujukan kepada saya," jelas Mohd Nakhaie.
Sehubungan itu, Mohd Nakhaie mencabar Dr Asri agar menamakannya sebagai orang yang makan rasuah.
"Terus-terang saja, sebut nama saya makan rasuah. Kalau tidak, dia jadi pembohong...dia tak mahu orang bohong, tapi dia bohong," katanya.
Mohd Nakhaie kesal hal-hal sedemikian dipaparkan dalam suratkhabar dan ini mempamerkan konflik antara orang-orang agama sekali gus menjadi satu paparan tidak baik kepada masyarakat.
Mengenai dakwaan bahawa beliau berkata Dr Asri tidak ditolak Umno dan Pas, Mohd Nakhaie mempersoalkan bila beliau berbuat demikian kerana tiada sebab atau ruang untuknya berbuat demikian.
Ketika menjawab isu penahanan Dr Asri yang didakwa kerana sabotaj JAIS, Nakhaie berkata, "Walaupun dia bekas Mufti tapi dia perlu ada tauliah untuk memberikan ceramah agama.
"Di Perlis mungkin dia tak perlu ada tauliah tapi di Selangor, ianya perlu," kata Nakhaie.
Nakahie juga memberitahu yang dia telah menjadi Yang DiPertua YADIM selama 4 penggal sejak 10 tahun lalu. Kalau ikut kontrak, dia sepatutnya bersara pada April 2012.
"Sebab apa saya tak pasti kenapa kontrak saya dipendekkan. Mungkin kerana saya dah tua," jelas Nakhaie yang berusia 67 tahun.

Sunday, November 01, 2009

Kerajaan yang nak menyusahkan rakyat bawahan..



KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun diwajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.Peraturan itu yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah baru yang diperkenalkan dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,

Datuk Mustapa Mohamed, berkata keperluan pemeriksaan mandatori itu adalah langkah awal ke arah pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV)."Kini terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia lebih 10 tahun di jalan raya. Berbanding negara lain, Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi."Buat masa ini, kerajaan membuat keputusan bahawa kenderaan yang berusia lebih 15 tahun wajib melakukan pemeriksaan bagi memastikan ia selamat dan boleh digunakan. Bagaimanapun butiran terperinci masih belum diputuskan lagi," katanya pada sidang media selepas membentangkan dasar baru hasil kajian semula NAP di sini, semalam.Pada pandangan saya secara positif:-Mengurangkan risiko kemalangan dan kematianMengurangkan risiko kehilangan harta bendaMengurangkan kes kes mahkamah akibat kemalanganMengurangkan kes rawatan di hospitalKALAU ...dikenakan Caj bagi pemeriksaan tahunan ini...ini


SUMBER PENDAPATAN KERAJAAN AKAN BERTAMBAH...Pada padangan saya yang negatif :-Orang susah akan bertambah susahOrang yang pakai kereta lama nie KEBANYAKAN bukan orang senang, kalau senang mesti depa pakai keter baru. Bila nak renew Cukai Jalan dengan mewajibkan masuk ke PUSPAKOM

.Bila nak masuk PUSPAKOM...semua kena "CLEAR"...baru LULUS......Maka ini akan memerlukan perbelanjaan lebih untuk persedian pergi ke PUSPAKOM.Dah la Cukai keter lama meningkat sejak 2 tahun kebelakangan ini berbanding keter baru.PersoalanBagi orang yang susah...antara Kereta dan Makan/Belanja sekolah Anak...mesti dia pilih makan dan Belanja sekolah anak....?Sapa dalam Malaysia nie nak pakai

Kereta Lama kalau ada senang sikit?Bayangkan peniaga-peniaga Pasar malam/ petani-petani/pekerja buruh / yang mengunakan kenderaan mereka untuk Mencari Makan?Kesulitan yang dialami jika tiada kenderaan ( jika duit tak mencukupi bagi proses tersebut) ?Berapa banyak kenderaan akan berada dia atas jalanraya tanpa Cukai Jalan..?Betulkah kebanyakan kemalangan disebabkan kenderaan itu telah berusia? Yang kita selalu nampak kereta baru yang kerap berlaku kemalangan ngeri...?Berapa ramai pemilik kenderaan terpaksa mengambil cuti untuk menguruskan hal tersebut?

Bukankah ini juga penyumbang kepada pembaziran tenaga kerja? Wajib masuk Puspakom yang bertujuan untuk elak kemalangan itu tidak benar. Sila rujuk POL27 yang merekod detail kemalangan seluruh negara yang pantau oleh Jabatan Polis. Hasil dari maklumat POL27 pihak statistic telah mengeluarkan laporan setiap tahun.Butiran yang dicatitkan pada borang POL27;.


1. Faktor cuaca dan masa,


2. Faktor kondisi jalan,


3. Faktor kondisi kenderaan,


4. Faktor pemandu dan pemanduaan,


5. Faktor Alam.Pada faktor kenderaan. Kenderaan dibawah umur 3 tahun yang banyak mengalami kemalangan maut iaitu 80%. Bukan kenderaan berusia. Kenderaan berusia tak boleh lari laju berbanding kenderaan baru. Kenderaan lama yang terlibat disebabkan dilanggar oleh kenderaan baru.Jika kerajaan hendak implement peraturan baru hanya semata2 untuk melariskan kereta nasional jangan mimpilah.

Nanti banyak kenderaan tidak bercukai dan insuran.Kita tak boleh samakan dengan Singapura. Di Singapura taraf hidup mereka tinggi. Manakala ekonominya hebat disebabkan kurang ada rasuah. Dan negara tersebut banyak pengangutan awam.Di Malaysia pertumbuhan ekonomi kita teruk disebabkan rasuah. Dan pembela atau pengampu kepada perasuah ni pun ramai. Pengangkutan awam pun kurang.

Dicatat oleh mindaemas BY HOTPOWERS

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH