HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Tuesday, September 29, 2009

Zulkefly Mohamad Omar calon PAS


PORT DICKSON: Pas memilih Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar sebagai calon bagi bertanding pilihan raya kecil Bagan Pinang,11 Oktober ini.Pengumuman nama Zulkefly, 45, yang juga seorang ahli perniagaan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, sebentar tadi.Awal petang tadi, Barisan Nasional (BN) mengemukakan bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Samad yang juga Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang sebagai calon mempertahankan kerusi itu. - + selanjutnya

sah tepat dan sohih...umno langgar cakap mahathir




Isa Samad calon BN di Bagan PinangTan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.Jika tidak, katanya, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno

Monday, September 28, 2009

Mana Cerita Dari Janda Perdana Menteri Options


Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar,


perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.
Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?
Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?
Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib.
Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.
Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.
Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.
Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam membina negara dan nusa.
Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sekiranya dalam tempoh beberapa hari ini tidak ada komen dari Ku Yie insyaAllah saya akan cuba membuka semula album kehidupan Ku Yie bersama perdana menteri yang sudah terbungkus dalam sejarah itu yang ada dalam pengetahuan saya.
Dan sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid

Sunday, September 27, 2009

Influenza ; Virus Babi Bermutasi


Babi; Rumah Rehat Virus


Penyakit yang dihadapi oleh babi begitu banyak berbanding dengan lembu dan biri-biri. Ini disebabkan Tuhan telah menciptakan tubuh babi mempunyai kondisi yang amat sesuai untuk pembiakan pelbagai jenis virus. Maka babi dianggap sebagai ‘kilang’ pembiakan virus-virus jenis bahaya dan sederhana.
Babi mempunyai tabiat makan yang kotor. Apabila virus memasuki badan babi melalui pengambilan makanan, virus-virus membiak di dalam sel-sel badan babi dengan jumlah yang begitu besar.
Di sesetengah keadaan, virus ini mampu bercampur dengan virus-virus daripada jenis lain. Mereka membiak dan menghasilkan strain baru yang mewarisi ciri-ciri induknya dan kadangkala ia lebih berbahaya.
Kebiasaannya, virus-virus babi menjangkiti manusia yang mempunyai tugas secara langsung dengannya. Golongan penternak, pekerja, penyembelih dan doktor-doktor babi adalah golongan yang paling berisiko mendapat penyakit daripada babi.
Kadang-kadang, jangkitan penyakit timbul akibat memakan daging, lemak dan bahagian-bahagian lain dari haiwan tersebut. Terdapat juga beberapa kes jangkitan yang berlaku melalui perburuan ke atas babi hutan, pencemaran air minuman, bahan kumuh babi dan serangga perantara yang menggigit babi dan kemudiannya memindahkan virus daripada babi kepada manusia, seperti penyakit maut Japanese Ecephalitis (JE).
Akhbar online Newser bertarikh 17 April 2009 telah melaporkan, pekerja-pekerja industri penyembelihan babi telah mendapat penyakit saraf jenis baru akibat kerja-kerja memenggal kepala-kepala babi. Seramai 24 orang, kebanyakannya daripada Minnesota mengalami masalah saraf, lemah, keletihan melampau, kebas dan rasa nyilu serta mencucuk. ” Setakat pemerhatian kami, ia adalah simptom kepada penyakit baru,” kata seorang doktor yang merawat pesakit di Minnesota.
Mengapa Babi Lebih Bahaya Kepada Manusia?
Kerana kuman yang biasa, apabila masuk ke dalam babi akan berubah menjadi lebih berbahaya. Ini dibuktikan oleh laman web rasmi Centers of Disease Control and Prevention (America) mengesahkan babi mampu mengubah kuman-kuman virus yang menyerangnya menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa.
Masalah utama adalah kita tidak boleh membuang retrovirus ini daripada babi kerana retrovirus ini dibawa oleh genetiknya. Dengan kata lain, babi dan virus sudah mendarah daging dan tidak dapat pisahkan, apatah lagi, ia mewariskan genetik bervirus dan mengakibatkan bahaya jika diguna oleh manusia.
Babi adalah takungan virus yang sangat baik. Ia mampu mengubah virus yang yang masuk ke dalam badannya. Pakar Mikrobiologi di Universiti Hong Kong, Profesor Malik Peiris berkata, ”Jika anda mengambil virus manusia lalu memasukkannya ke dalam burung atau ayam, ia tidak akan membiak. Begitu juga jika anda mengambil virus daripada haiwan tersebut dan membasukkannya ke dalam manusia, ia juga tidak membiak. Sebaliknya, satu penemuan yang mengejutkan diperolehi bilamana virus manusia dan virus burung di masukkan ke dalam badan babi, kedua-dua bahan genetik virus ini bergabung lalu menghasilkan satu virus baru yang lebih merbahaya dan ia membiak dengan mudah sekali. Hal ini telah dilaporkan di dalam The Sunday Morning Herald pada 31 Julai 2004 di bawah tajuk Pigs May Help Spread Bird Flu Among Humans.
Sehingga ke hari ini, telah banyak virus baru yang ditemui adalah keluaran babi dan menjangkiti manusia. Antaranya adalah Porcine Torivirus, Porcine Rotavirus, Porcine Reproductive Syndrome Virus dan H3N2 Swine Flu Virus yang dilaporkan dalam Campaign for Responsible Transplantation – Press Releases pada 21 Oktober 1998.
Di dalam Journal of Virology 1997 pula, sekumpulan saintis di bawah Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin mendakwa pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk-bentuk yang lebih berbahaya. ‘Babi telah menjadi takungan yang nyaman kepada virus’, begitulah anggapan mereka. Dan kajian mereka mendapati virus binatang yang biasanya tidak dapat menjangkiti manusia tiba-tiba bertukar menjadi kuman berbahaya yang mampu menjangkiti manusia setelah keluar dari badan babi.
Beberapa tahun yang lalu Malaysia digemparkan dengan lebih seratus kematian akibat penyakit Japanese Encephalitis yang dibawa oleh nyamuk. Nyamuk Culex betina yang menghisap darah babi, membawa bersamanya virus maut ini kepada manusia apabila ia menggigit manusia pula.
Akibatnya, virus ini menyelinap ke saluran di otak tanpa disedari oleh mangsa. Berlaku keradangan di sel-sel otak dan membran sekelilingnya. Sel-sel darah putih sedaya upaya mempertahankan tisu dari serangan virus ini tetapi gagal. Tisu-tisu otak seterusnya membengkak. Kemusnahan sel-sel saraf dan otak memburukkan lagi keadaan. Akhirnya otak turut musnah, dan mangsa tidak dapat diselamatkan.
Di seluruh Asia, hampir 500 000 kes JE dilaporkan, di mana 10 000 daripadanya telah mengakibatkan kematian pada kanak-kanak.
Akibatnya, banyak babi dibunuh oleh pihak penguasa. Tetapi usaha penghapusan babi hanya sementara dan manusia kembali menternak haiwan tersebut. Menurut Jumhur ulamak, babi boleh dibunuh kerana ia bukan harta bernilai, bahkan termasuk dalam harta yang diharamkan oleh syara’ mengambil manfaat daripadanya, kerana mengandungi kemudaratan yang amat besar kepada manusia.
Seharusnya negara mencari penternakan alternatif bagi menggantikan babi. Amerika dan negara barat lain mempunyai ladang penternakan babi yang sistematik. Tetapi penyakitnya masih menular kepada masyarakat, bahkan kos perubatan yang terpaksa disediakan untuk merawat penyakit yang berpunca dari babi ini lebih besar dari keuntungan penternakan itu sendiri.

Saturday, September 26, 2009

7 Huruf Tiada Dalam Al Fatihah


Salam Tadarus


Setiap muslim sekurang-kurangnya akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Itu adalah jumlah yang paling minimum. Pengulangan sebanyak 17 kali setiap hari adalah satu kadar pengulangan yang besar namun adakah kita sedari bahawa surah al-Fatihah hanya menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah(huruf-huruf bahasa arab). Dalam kata lain, sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al-Fatihah iaitu huruf Jim, kha', Zai, Syin, Zho' dan Fa'. Sekiranya kita hanya sekadar membaca seperti melepaskan batuk ditangga sudah tentu kita tidak akan menyedari hal ini.Al Imam Syed Mahmud al Alusi rahimahullah menjelaskan di dalam Tafsir Ruh al Ma'ani bahawa 7 huruf hijaiyyah yang tidak digunakan di dalam al-Fatihah adalah menunjukkan kepada kesempurnaan makna al-Fatihah tersebut. Al Imam al Alusi juga menyatakan bahawa 7 huruf yang digugurkan itu menunjukkan kepada jumlah bilangan ayat dalam surah al-Fatihah iaitu sebanyak 7 ayat sebagaimana yang disepakati oleh para ulama'.Ulama' membahagikan huruf-huruf hijaiyyah kepada 2 jenis huruf iaitu Huruf Nuraniyyah(gemerlapan/kilauan) dan Huruf Zulmaniyyah(kegelapan/kesuraman). Huruf Nuraniyyah sebanyak 14 huruf iaitu Sod, Ra', Alif, Tho', 'Ain, Lam, Ya', Ha'(baca nipis), Qaf, Nun, Mim, Sin, Kaf dan Ha'. Manakala baki 14 huruf lagi merupakan huruf-huruf Zulmaniyyah.Jika diperhatikan secara lebih mendalam, huruf-huruf ini diklasifikasikan pula kepada 3 bahagian iaitu 14 huruf Nuraniyyah semuanya terdapat di dalam al-Fatihah, 7 huruf daripada 14 huruf Zulmaniyyah terdapat dalam al-Fatihah dan bahagian ketiga iaitu 7 huruf Zulmaniyyah lagi tidak terdapat dalam al-Fatihah. Al Imam al-Alusi menerangkan tentang 3 pembahagian ini adalah menunjukkan kepada 3 golongan manusia iaitu golongan orang-orang mukmin yang benar-benar beriman dan beramal, golongan orang-orang yang berada antara iman dan maksiat dan golongan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri(kafir).Maksud fiman Allah: "Maka ada diantara mereka yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri(dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan ada yang bersikap sederhana, dan ada diantaranya pula yang mendahului(orang lain) dalam membuat kebajikan dengan izin Allah" Surah Faatir : ayat 32

Wednesday, September 23, 2009

Adakah Pakatan Rakyat di landasan yang betul?



PAS yakin, walaupun kerajaan BN yang ada kini rapuh tetapi jika Pakatan Rakyat tidak berada di atas landasan yang betul, mereka tidak akan berjaya merampas kerajaan Pusat.Umpama kuih batang buruk adalah kuih yang rapuh, tetapi kalau mahu memakannya tetap perlu ada gigi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Bagi beliau, politik negara sekarang ini sedang diransang oleh perubahan dunia, yang terbaru ekoran tumbangnya Parti LDP yang sudah berkuasa melebihi setengah abad di Jepun.BN juga boleh tumbang jika pergerakan perubahan ini tidak berhenti, sampai ia turut menggusarkan Tun Dr. Mahathir.Tetapi bagi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, BN yang rapuh tetap tidak tumbang jika Pakatan Rakyat tidak berada di landasan betul dan tidak berkemampuan.Tuan Ibrahim memperkatakan tentang ini bila mengulas akan kecenderungan rakyat mutakhir ini yang seringkali menolak kehadiran BN dalam siri-siri pilihanraya kecil pasca PRU12, yang terbaru di Permatang Pasir.Perubahan kecenderungan rakyat ini juga dijangka akan berlaku dalam episod terkini pilihanraya kecil yang bakal berlangsung di Bagan Pinang, Teluk Kemang, Negeri Sembilan.Bagi Tuan Ibrahim, keghairahan rakyat dalam berubah menolak BN bukan hanya kerana iklim politik dunia yang berubah, tetapi menjadi tambah deras arusnya kerana BN sendiri, terutama kerana tiga komponen utamanya iaitu Umno, MCA dan MIC sedang bergelut dengan masalah dalaman yang agak kritikal. Ia seakan menjadi tanda yang BN bakal dilanda bah besar dan karam.Tambah Tuan Ibrahim, rakyat tidak lagi boleh ditipu yang parti seperti MIC sedang berhadapan dengan masalah serius kerana keegoan pemimpinnya sendiri, rakyat juga nampak MCA sudah menjadi zon perang sesama pemimpinnya.Umno pula mereput dari akarnya, iaitu dari negeri-negeri, perhatikan kebelakangan ini, masalah kepimpinan yang berpanjangan bermula dari negeri-negeri yang dikatakan kubu kuat Umno seperti Terengganu dan Perlis.Semua yang berlaku ini, ujar Tuan Ibrahim seakan menghantar isyarat kepada ahli dan penyokong BN agar meninggalkan parti yang sedang berada di ambang keruntuhan itu.Namun, ini tegas Tuan Ibrahim tidak bermakna jika Pakatan Rakyat tidak berada di landasan yang betul dalam menuju ke PRU13 nanti, Pakatan Rakyat mesti ada keupayaan untuk memimpin dan memerintah.Rakyat dalam keghairahan mereka mahu berubah, tetap akan melihat bagaimana Pakatan Rakyat bertindak di negeri-negeri yang sudah dikuasainya. Isu-isu seperti perobohan Kg. Buah Pala, pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam dan penutupan pusat penyembelihan khinzir di Alor Setar, Kedah sepatutnya diuruskan secara hemah dan cermat.Tuan Ibrahim mengusulkan supaya isu yang pelbagai jangan dilayan secara sama. Isu sensitif seperti pemindahan kuil dan perarakan kepala lembu tidak seharusnya dibincang secara terbuka, kerana ia mampu menjemput sekali hati dan perasaan yang tidak terkawal, lebih teruk dari itu ia menjadi medan pencetus provokasi bagi diangkat sebagai bahan berita untuk dibekalkan kepada media-media arus perdana.Dalam isu yang sama, Tuan Ibrahim bersetuju dengan keputusan menangguhkan sementara keputusan memindahkan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam itu.Beliau risau, demonstrasi kepala lembu yang begitu sensitif dan menghina yang berlangsung secara haram tanpa gangguan dari FRU itu, seperti membenarkan telahan sesetengah orang bahawa wujudnya agenda besar di belakang para demonstran ini, iaitu mencipta suasana yang tidak tenteram di Selangor, yang akhirnya mewajarkan satu perintah darurat diisytiharkan di negeri itu.Tuan Ibrahim berpesan agar pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor mengambil sejarah lampau di Kelantan sebagai iktibar.Tuan Ibrahim juga dalam ulasannya mencadangkan supaya kelak dalam menghadapi isu-isu sensitif sebegini, jangan terlalu cepat melibatkan kepimpinan tertinggi negeri, kerana ia akan menyempitkan ruang membuat keputusan terakhir.Masalah-masalah yang bersifat daerah memadailah ditangani dengan pengwujudan sebuah Jawatankuasa Khas, sekurang-kurangnya jika ia tidak selesai, ada lagi badan pembuat keputusan yang lebih tinggi yang boleh dirujuk.Apapun, Tuan Ibrahim yakin, pengalamanlah ilmu paling berguna dan bermakna, yang tiada dalam kitab dan tidak diajar di mana-mana universiti.

Monday, September 21, 2009

Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS



Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Mon Sep 21, 09
Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.
Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.
Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.
Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.
Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.
Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.
Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.
Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.
Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.
Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.
Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.
Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.
Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.
Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.
Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.
Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.
Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.
Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.
Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.
Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.
Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.
Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.
Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.
Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.
Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._

Friday, September 18, 2009

SALAM AIDIL FITRI

SALAM SEMUA KEPADA PELAYAR HOT POWERS
Salam Aidilfitri untuk semua umat Islam. Semoga aidilfitri kali ini memberi pengertian yang tulus dalam diri kita.Syukur alhamdulilah ke hadrat ilahi kerna kite di beri peluang pada esok harinya untuk menyambut hari raya..tetapi tahun hadapan menjadi tanda tanya adakah kite berpeluang untuk meraikannya..hanya petikan doa ku mohon kepadamu Ya Allah di lanjutkan usia agar ku rase nikmat di bulan syawal yang mulia...

Wednesday, September 16, 2009

tukar duit raya ke bang??? busy beratur nampak


tukar duit raya ke bang??? busy beratur nampak
melayu...islam...umno parti islam kata ular mak umno, najib mongolia


40 PERKARA MEMBATALKAN IMAN MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH
01. Syirik 02. Meninggalkan solat fardhu03. Meninggalkan puasa ramadhan04. Enggan mengeluarkan zakat05. Enggan menuaikan haji06. Riddah (murtad)07. Kufur terhadap Allah08. Mengingkari takdir Allah09. Beramal selain mencapai keredhaan Allah10. Mentaati selain perintah Allah dan Rasul11. Bertawakkal selain Allah12. Memperhambakan manusia13. Berpaling dari peringatan Al-Quran14. Mengkhianati amanah Allah dan Rasul15. Menyembunyikan kebenaran ayat Allah SWT kerana takut kepada ancaman manusia16. Mengubah dan menyalahgunakan ayat ayat Allah SWT17. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin18. Mempermainkan kesucian agama19. Menghukum dengan hukum manusia dan menolak hukum Allah20. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang dihalalkan Allah SWT21. Mengajak umat Islam meninggalkan jihad dijalan Allah22. Mengkafirkan sesama muslim23. Cinta kepada kehidupan dunia melebihi cinta kepada Allah atau akhirat24. Mengamalkan cara hidup orang kafir25. Berpegang teguh kepada adat resam nenek moyang yang berlawanan dengan syariat Islam26. Munafik (nifak)27. Beramal dengan riyak28. Gemar mengamalkan perkara bid’ah29. Membuat peraturan atau undang undang yang berlawanan dengan petunjuk Allah dan Rasulnya.30. Tidak beradab terhadap Rasulullah SAW31. Menghina sahabat Rasulullah SAW32. mengangkat orang kafir menjadi pemimpin33. Menolong orang kafir mengintip rahsia orang orang beriman34. Memberi amanah atau kepercayaan kepada orang kafir untuk kepimpinan umat Islam35. Memohon keampunan dosa bagi orang kafir36. Taksub kepada Ulama dalam perkara maksiat37. Mempercayai tukang tenung38. Mengamalkan dan mempercayai sihir39. Mempercayai kuasa azimat40. Bersumpah dengan selain nama Allah.SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Posted by Abdullah Ngah at 5:05 PM

Tuesday, September 15, 2009

Berdialog dengan PAS







Berdialog dengan PAS
14 Sep 09 : 8.00AM
Oleh Shanon Shah
shanonshah@thenutgraph.com


Dialog anjuran musicForum (Gambar oleh musicForum)

"MINTA maaf ya, ustaz, saya ada pengakuan," kata saya. "Dalam kolum saya, teruk juga saya tibai ustaz tentang pendirian Pemuda PAS berkenaan konsert Michael Learns to Rock."

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan at Tantawi, senyum selamba saja. "Saya tak ambil hati. Kalau macam tu, Datuk Zaid Ibrahim pun mengkritik kami juga." Rakan-rakan Nasrudin dari Pemuda PAS tersenyum dan mengangguk-angguk.

Dengan itu, dialog anjuran musicForum antara saya dan Nasrudin bermula. Ia melihat penglibatan kira-kira 30 orang muda-mudi Melayu Islam yang lain. Masanya lepas solat terawih, dan tarikhnya 2 Sept 2009. Tempatnya di Studio Poket, Pusat Bandar Puchong Utama. Tajuknya, Di mana muzik dalam politik Islam?.

Dengan ikhlas saya mengaku, saya berdebar-debar juga mahu berhadapan dengan Nasrudin. Akan tetapi, walaupun moderator dialog tersebut, Fathi Aris Omar, memperkenalkan saya sebagai seorang pemuzik dan anggota bersekutu Sisters in Islam (SIS), Nasrudin dan kawan-kawannya tidak terkejut. Malah, tidak seorang pun yang memperlekehkan atau mengutuk SIS seperti yang saya biasa lihat di pelbagai blog dan siaran akhbar.

Saya sebenarnya dijemput oleh pihak penganjur sebagai seorang pemenang Anugerah Industri Muzik, jadi bab keanggotaan SIS saya memang tidak masuk tajuk pun. Saya diminta membuka tirai dialog tersebut, jadi saya mengupas pendapat imam al-Ghazali. Menurut al-Ghazali, kesenian itu sebenarnya merupakan kurniaan daripada Allah yang Maha Berkuasa. Ia menghidupkan jiwa kita untuk kita lebih menghayati keindahan ciptaan Allah. Ini termasuklah bidang muzik dan tarian. Dan inilah yang mendorong saya untuk berkarya sebagai seorang artis beragama Islam.

Saya juga mengupas dua hadis sahih daripada saidatina Aishah, di mana Rasulullah sendiri telah membenarkan Aishah untuk berhibur dan menonton persembahan tarian dan nyanyian. Malah, apabila saidina Abu Bakar menegur penghibur-penghibur tersebut sebagai "serunai syaitan", Rasulullah sendiri berkata, "Biarkan mereka — bukankah ini hari perayaan?"

Malah, belum terdapat ijma yang benar-benar kukuh tentang hukum muzik dalam Islam. Ada ulama yang berkata hanya nyanyian suara saja yang dibenarkan, ada yang berkata hanya instrumen tidak bertali yang dibenarkan, tetapi ada juga yang berkata kesemuanya dibenarkan bergantung kepada niat dan mesej yang terkandung dalam karya muzik tersebut.

Pendirian PAS

Kemudian, pihak Nasrudin dan pemuda PAS yang lain pula memberikan hujah mereka. PAS tidak anti-kesenian. PAS bukan anti-muzik, malah bukan anti-konsert. PAS hanya menentang bentuk-bentuk hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan, dan yang menggalakkan pergaulan bebas yang boleh membawa kepada pelbagai jenis kemudaratan yang lain.

"Saya faham pendirian PAS sebagai sebuah parti Islam," saya membalas. "Tetapi kenapa PAS tidak terangkan saja kepada masyarakat umum pendirian seperti ini? Bukankah itu dakwah PAS? Kenapa respons pertama daripada PAS selalunya menjurus kepada mengharamkan sesuatu yang PAS tidak suka?"


Dari kiri ke kanan: Penulis artikel Shanon Shah, moderator Fathi Aris Omar , dan ketua Pemuda PAS Nasrudin
(Gambar oleh Chris Chong Chan Fui)
Panjang lebar juga jawapan yang diberikan oleh pihak pemuda PAS, tetapi akhirnya naib ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof, tersenyum dan berkata, "Kami pun sentiasa mengalami evolusi dalaman. Kami pun sedang berusaha."

Banyak juga soalan kritikal yang ditujukan kepada PAS oleh mereka yang hadir. Contohnya, insan atau institusi mana yang berkuasa untuk menentukan apa itu "bermoral" dan apa itu "tidak bermoral"? Bukankah pihak berkuasa Islam juga pernah menggunakan alasan "moral" untuk mematahkan sentimen yang mengkritik kerajaan? Apakah PAS tidak mampu bertolak-ansur?

Di sini saya sendiri telah memetik pengalaman Yusuf Islam, yang pernah membuat persembahan dalam konsert HIV/AIDS di Afrika Selatan. Para penghibur lain di konsert tersebut banyak juga mempromosi pendekatan "sekular" untuk menangani HIV/AIDS, tetapi Yusuf Islam tetap berkongsi pentas dengan mereka.

Tetapi sekali lagi saya ingin tekankan keindahan dan keikhlasan dalam dialog antara saya dan Nasrudin. Sepertimana difirmankan Allah dalam Surah An-Nahl, ayat 125: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik." Nasrudin dan saya memang berbahas dengan baik dan manis.

Erti dialog

Tetapi "berdialog" bukannya bererti "tumbang dan setuju seratus-peratus dengan pihak lain". Apabila mengakhiri sumbangan saya terhadap dialog tersebut, saya menekankan lagi sekali bahawa saya tidak bersetuju dengan pendirian PAS. Saya bersetuju dengan hak PAS untuk bersuara dan berdakwah, dan juga menghormati hujah-hujah yang dikemukakan.

Saya berikan analogi ini kepada pihak Pemuda PAS. Sekarang ini pihak Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis hak asasi banyak mengecam akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Tapi mungkin satu hari kelak, PAS akan mendapat mandat untuk memerintah negara ini dan akan meluluskan undang-undang hudud. Apakah PAS akan membenarkan bantahan terhadap undang-undang hudud oleh pihak pembangkang, artis, wartawan dan aktivis? Apakah PAS akan akur jika sebilangan besar rakyat tidak mahukan undang-undang hudud?

Menurut Nasrudin, sudah tentu PAS akan mendengar suara rakyat. Katanya lagi, "Kami berpegang kepada prinsip yang didukung oleh khulafa ar-rashidun. Kalau kami betul, sokonglah kami. Kalau kami salah, perbetulkanlah kami."

Bagi saya, jawapan ini masih perlu dilihat dalam konteks sosio-politik tanahair secara keseluruhan. Sejak 8 Mac 2008, kredibiliti BN semakin merosot, dan pada masa yang sama saham PR semakin naik. Malah, rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam pun sudah sanggup mengundi PAS demi menjatuhkan kerajaan BN. Dan tidak dapat dinafikan, kerajaan BN juga menggunakan pelbagai taktik kotor dan ganas untuk kekal berkuasa — lihatlah saja rampasan kuasa di Perak, penggunaan meriam air dan gas pemedih mata terhadap demonstrasi anti-ISA, dan sebagainya.

Dalam situasi kini, PAS dan rakan-rakan PRnya sudah nyaris-nyaris menawan puncak kuasa. Dan dalam keadaan seperti ini, memang mudah untuk mana-mana pemimpin politik dari kalangan mereka membuat pelbagai janji manis. Akan tetapi, kita juga perlu menumpukan perhatian kepada pendirian lain yang dibawa oleh parti komponen PR.

Dalam kes PAS, kita perlu mengkaji pelbagai kenyataan para pemimpinnya tentang isu hukuman sebat, pelaksanaan undang-undang hudud, isu pertukaran agama kanak-kanak, pihak yang tidak bersetuju dengan tafsiran Islam PAS, dan juga mazhab minoriti seperti golongan Ahmadiyah. Apakah pendirian PAS dalam isu-isu ini konsisten dengan sistem demokrasi dan masyarakat madani yang ideal?


Menyuarakan pendirian masing-masing (Gambar oleh Chris Chong Chan Fui)
Kesanggupan kita untuk berdialog bukannya bererti kita berhenti bersifat kritikal antara satu sama lain. Selagi kita bersikap kritikal, selagi itulah masyarakat kita akan menikmati satu sistem semak dan imbang yang kukuh dan berprinsip. Dan selagi itulah kita akan dapat mencari jalan penyelesaian yang benar-benar menghormati perasaan dan pendirian semua pihak yang terlibat.

Oleh itu, amatlah penting jika PAS terus menyuarakan pendiriannya tentang pelbagai isu, dan berikhtiar untuk menyebarkan ideologinya di kalangan umum. Sumbangan PAS terhadap perkembangan demokrasi tanahair kita sangatlah besar. Akan tetapi, kita yang lain pun perlu menyuarakan pendirian kita dan menyumbang kepada perbincangan umum tentang pelbagai isu kemasyarakatan.

Kesimpulannya, kita masing-masing mengidamkan keamanan dan kebahagiaan dalam hidup ini. Pada penghujung dialog saya dengan Nasrudin, kami saling berpeluk dan bersalaman. Saya dapat merasakan keikhlasannya dan saya pasti dia juga dapat merasakan keikhlasan saya. Hakikatnya kami tidak bersetuju dalam beberapa hal, tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.


--------------------------------------------------------------------------------

Shanon Shah amat berbesar hati kerana dapat berbual, bergurau dan makan sekali dengan kepimpinan Dewan Pemuda PAS.

TAKUUT


BENTONG, 15 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pada Selasa beliau tidak akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini kerana bimbang dengan penularan selesema babi atau influenza A (H1N1) yang disifatkannya kini berada ditahap serius.Adnan berkata beliau tidak mahu membiarkan orang ramai terdedah kepada bahaya penyakit tersebut."Kita tidak boleh memandang ringan wabak influenza A atau H1N1 ini kerana mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ia akan memasuki gelombang kedua pada pertengahan bulan depan."Mengikut laporan WHO itu, lebih ramai penduduk dunia akan menjadi mangsa gelombang kedua H1N1," kata Adnan kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rahmat Ramadan di masjid Felda Sungai Kemahal, dekat sini.Pada majlis itu beliau menyampaikan bonus hari raya kepada para peneroka tanah rancangan Felda Wilayah Mempaga dan bantuan raya kepada golongan miskin.-- BERNAMA

Sunday, September 13, 2009

fadhilat al-fatihah

FADHILAT AL-FATIHAH Rasullullah telah bersabda yang bermaksud : "Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun"
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِالْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (1) الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ (2) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (3) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (4) اهدِنَـا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (5) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ 6


Untuk Penawar Racun & Kala Jengking

Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.
Untuk Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.
Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.
Untuk Penyembuhan Penyakit Mata
Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

Saturday, September 12, 2009

Carilah Lailatulqadar pada tujuh hari yang terakhir



عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رِجَالًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْمَنَامِ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيَهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ
Hadis Ibnu Umar r.a:
Terdapat beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w telah bermimpi melihat Lailatulqadar pada tujuh hari yang terakhir. Rasulullah s.a.w bersabda: Mengikut Pandanganku, mimpi kamu bertepatan dengan tujuh hari yang terakhir. Oleh itu sesiapa yang ingin mencarinya hendaklah mencarinya pada tujuh hari yang terakhir tersebut.

HADIS RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PUASA
BAB : Kelebihan Lailatulqadar dan Galakan Untuk Mencarinya.

Thursday, September 10, 2009

Najib cipta aqidah baru untuk Umno - Nik Aziz


Salmah Mat Husain
Thu | Sep 10, 09 | 10:14:36 am MYT
KOTA BHARU, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno supaya memperbetulkan pengertian sebenar aqidah di sisi Islam. Ini kerana tiada aqidah lain kecuali Islam sahaja.

Iklan

Menurutnya, kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan PAS jangan sekali-kali mempersoalkan aqidah Umno seolah-olah menggambarkan pemimpin Umno menganuti aqidah lain.

Kata beliau 'aqidah Umno' yang cuba dibawa pemimpin tertinggi parti itu sebenarnya fahaman yang salah kerana manusia tidak boleh mencipta aqidah sendiri.

"Manusia tak boleh membuat aqidah sendiri, begitu juga PAS tidak boleh memperkenalkan aqidahnya sendiri kecuali berpegang pada aqidah atau ajaran Islam sebenar," katanya di pejabatnya hari ini.

Baru-baru ini Perdana Menteri ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Kuala Krai meminta PAS jangan menuduh Umno Islam pada luaran sahaja. Beliau juga mengingatkan PAS jangan sekali-kali mempersoalkan aqidah orang Umno. Ini, kata Najib, boleh timbulkan kekalutan dan kekeliruan dalam masyarakat.

ImageNik Abdul Aziz berkata, apabila Umno membuat aqidah sendiri, ia jelas menggambarkan aqidah baru ciptaan parti itu.

"Kalau pun kita ada dasar parti, dasar parti itu mesti diselaraskan dengan Islam dan bukannya membuat aqidah sendiri," ujarnya.

Kata beliau apabila dasar parti mengikut acuan Islam sudah tentu ia tidak memberikan masalah kepada sesiapa juga.

Katanya, kerana itu beliau sering mengingatkan pemimpin Umno supaya mengubah dasar parti dari kebangsaan kepada Islam kerana ia selaras dengan aqidah sebenar.

"Kerana itu tiap-tiap orang mukmin akitivitinya kerana Allah, jadi saya hairan bila Umno menyebut istilah 'aqidah Umno'," ujarnya.

Kata Nik Aziz juga, apabila manusia menolak hukum Allah, tarafnya seumpama setinggan di bumi ini. _

Wednesday, September 09, 2009

Ahmad Said Tolak Tawaran Menjadi ‘Menteri Pusat’




KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato’ Ahmad Said berkeras mahu mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar negeri Terengganu dan menolak jawatan ’lumayan’ sebagai Menteri Pusat. Sumber dalaman memberitahu, Ahmad akan dilantik sebagai Senator dan kemudian ’menteri penuh’

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/IMG_4637.JPG sebagai ’pertukaran’ supaya beliau mengosongkan kerusi Menteri Besar Terengganu.

Tawaran pertukaran jawatan tersebut didakwa sumber itu, dibuat oleh kepimpinan Umno Pusat kepada beliau bagi meredakan krisis dalaman Umno Terengganu.

Namun, sumber tersebut yang menghubungi Buletinonline hari ini berkata, Ahmad menolak tawaran tersebut dan berkeras, mengekalkan ’status’nya yang dianggap amanah diberikan kepadanya oleh Sultan. (Gambar - Hanya penyokong Ahmad Said hadir Majlis Muhyidin di Hulu Terengganu)

Ura-ura untuk melantik Ahmad sebagai Menteri Pusat telah didedahkan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly dalam laman blognya semalam.

Krisis kepimpinan Umno Terengganu kian meruncing apabila ADUN Umno memboikot majlis berbuka puasa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Bercakap kepada media selepas pertemuan itu, Muhyiddin dipetik berkata majlis tersebut dianjurkan kerana krisis Umno negeri Terengganu “adalah kritikal” dan perjumpaan tersebut adalah untuk memastikan hubungan dan kerjasama antara mereka terus mantap.

Muhyidin berkata masalah itu perlu diselesaikan segera supaya ia tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau, yang juga timbalan perdana menteri telah menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan dua kumpulan tersebut, antara pemimpin pro-Idris dengan pro-Ahmad.

Namun, tawaran Muhyidin tersebut tidak diambil peduli oleh kumpulan 15 ADUN Umno yang memang telah merancang, sengaja memboikot majlis tersebut kerana menurut mereka, ia tidak membantu menyelesaikan konflik dalaman parti itu.

Justeru, selepas itu, menurut sumber dalaman itu, Ahmad telah ditawarkan untuk dilantik sebagai menteri pusat.

”Oleh kerana Ahmad menolak tawaran tersebut, pemimpin Umno sedang memikirkan langkah-langkah selanjutnya bagi menangani krisis yang telah berlanjutan,”tambahnya.

Krisis kepercayaan terhadap Ahmad bermula hujung Mac tahun 2008 apabila bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Diris Jusoh tidak diperkenankan oleh pihak istana untuk disambung perkhidmatannya.

Kumpulan yang pro Idris telah memboikot pelantikan Ahmad dan Ketuanya, ADUN Ajil, Dato’ Rosol Wahid berkata mereka sanggup meletakkan jawatan dari tunduk kepada Ahmad sebagai Menteri Besar.

Kumpulan tersebut sekali lagi menggemparkan politik tanah air pada April lalu apabila mendakwa mendapat ’SMS mengugut bunuh’ lalu memboikot sidang Dewan Undangan Negeri kerana merasakan ’diri mereka tidak selamat’.

Ekoran kes tersebut, bekas Setiausaha Politik Idris, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir telah ditahan polis dan dituduh menghantar SMS mengugut bunuh itu.

Monday, September 07, 2009

SUBHANALLAH

KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD
.
Sekiranya koordinat-koordinat (titik-titik yang mewakili kedudukan surah dan bilangan ayat) dicantumkan, kelihatan kalimah Allah terbentuk. Apabila kordinat-kordinat ini cantumkan dengan cara yang lain, maka kalimah Muhammad pula terbentuk!

Apa akan jadi kalau kedudukan surah berubah?

Sekiranya kedudukan surah diubah secara sesuka hati, maka graf kalimah Allah dan Muhammad ini akan runtuh sama sekali. Ini menunjukkan bahawa susunan al-Quran tidak boleh diubah! Sayugia diingatkan bahawa semasa al-Quran diturunkan 1400 tahun yang lalu kertas graf belum wujud! bahkan seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, sistem nombor pun belum wujud!

Kehebatan dan kecanggihan susunan surah-surah al-Quran boleh jiga disaksikan apabila kita membuat analisis keatas nombor-nombor surah dan jumlah ayat bagi setiap surah. Sekiranya kita campurkan nombor-nombor surah al-Quran, iaitu (1+2+3+4+5+6+7+8+8+10+..+..+..+... hingga +114 (nombor surah terakhir) jumlah campuran tersebut ialah 6555. Sekiranya dicampurkan semua ayat al-Quran (dari surah pertama hingga surah ke-114, iaitu surah terakhir) jumlahnya ialah 6236.

Surah-surah al-Quran dan jumlah ayatnya boleh dikategorikan kepada Nombor surah yang ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil ialah surah al-Fatehah. Surah ini surah nombor 1 dan bilangan ayatnya 7. Satu contoh lagi ialah surah Hood iaitu surah 11 bilangan ayatnya ialah 123. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap pula sebagai contoh ialah surah ke 3 iaitu surah ali-Imran yang mempunyai bilangan ayat 200. Satu lagi contoh ialah surah ke-5 iaitu surah al-Maidah yang mempunyai bilangan ayat 200 ayat. Satu kategori lagi ialah nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh surah surah ke-6 iaitu surah al-An'am mempunyai 165 ayat dan surah ke-2 iaitu surah al-Baqarah yang mempunyai bilangan ayat 286 ayat. Sekiranya surah-surah ini dikategorikan kepada sama jenis dan berlainan jenis umpamanya kategori sama jenis ialah (nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap) jumlah semua surah dalam kategori ini ialah 57 surah, sementara satu kategori lagi ialah kategori berlainan jenis iaitu surah yang mempunyai nombor genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap, jumlah surah dalam kategori ini juga ialah 57 surah. Ini menunjukkan perimbangan surah-surah al-Quran!. Susunan yang lain tidak akan menghasilkan perimbangan. Sekiranya semua nombor yang terkandung dalam kategori sama jenis termasuk semua nombor surah dan jumlah ayat dicampurkan, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan campuran semua ayat al-Quran, mengapa jumlahnya boleh sama dengan jumlah campuran semua ayat al-Quran? dan apabila semua nombor yang terdapat dalam kategori berlainan jenis dicampurkan termasuk npmbor-nombor surah, jumlahnya ialah 6555, mengapa jumlahnya sama dengan mencampurkan semua nombor surah?. Jumlahnya sama kerana susunan surah-surah tersebut. Sekiranya susunan surah dan bilangan ayat diubah, maka perimbangan ini akan musnah sama sekalui. Quran tak boleh diubah! Para pembaca boleh menyemak sombor surah dan bilangan ayat tersebut dalam laman web yang tertera di atas sebelah kanan muka suat ini.

Persoalan-Persoalan Menarik!

Bagaimana susunan surah-surah al-Quran boleh seimbang antara jumlah campuran nombor-nombor surah dengan campuran surah-surah dalam kategori yang tidak sama jenisdan bagaimana jumlah campuran semua ayat al-Quran sama dengan campuran surah-surah dalam kategori sama jenis sedangkan pada masa itu belum wujud lagi sistem nombor? PASTI INI SEBAGAI BUKTI MAHABIJAKSANANYA ALLAH S.W.T. DAN MAHA MENGIRANYA ALLAH S.W.T.

Keseimbangan Yang Lain

Sekiranya nombor surah dicampurkan dengan bilangan ayatnya, umpamanya surah al-Fatehah adalah surah 1 dan bilangan ayatnya 7 (1+7=8), surah al-Baqarah surah 2 dicampurkan dengan bilangan ayatnya (2+286=288) dan seterusnya sehingga surah terakhir surah ke-144 iaitu surah an-Nas bilangan ayatnya 6 (114+6=120). Sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dengan bilangan ayat yang jumlahnya ganjil dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6555 iaitu sama dengan jumlah campuran semua nombor surah. Dan sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dan bilangan ayat yang jumlahnya genap dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan jumlah ayat al-Quran. Sekiranya diubah kedudukan surah maka jumlah ini tidak akan dapat dihasilkan.

Keseimbangan Ini Lebih Menakjubkan!

Sekiranya nombor-nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dicampurkan sekali, jumlahnya ialah 1551. Nombor-nombor surah tersebut adalah seperti berikut. 1, 9, 11, 13, 15, 17, 25, 27, 29, 33, 35, 39, 43, 45, 57, 63, 81, 87, 91, 93, 97, 101, 103, 105, 107, 111, 113. Pembaca boleh gunakan mesin kira untuk mengiranya, tapi cuba bayangkan zaman Nabi dimana sistem angka belum ada. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah 1551. Sekarang campurkan pula nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil. Nombor-nombor surah tersebut ialah: 6, 8, 10, 12, 20, 26, 36, 40, 42, 44, 46, 48, 50, 52, 54, 60, 62, 76, 82, 84, 86, 92, 96, 100, 104, 108, 110. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah 1554. Sekarang campurkan jumlah campuran nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil (1551) dengan jumlah campuran nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil. (1554). (1551+1554=3105). Sekarang kira berapa banyak nombor-nombor surah tersebut? Nombor-nombor surah adalah 54 semuanya. Berapa pula bilangan surah dalam al-Quran? Bilangannya ialah 114. Lihat formula ini:

Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat ganjil (54), bilangan surah dalam al-Quran ialah 114. Jumlah campuran 3105= 54 / 2 X (114 +1)=27 X 115. Sekiranya susunan nombor surah ini diubah sesuka hati seeperti yang dicadangkan oleh orientalis Barat, maka jumlahnya tidak boleh disesuaikan dengan formula (jumlah surah/2 X Bilangan surah al-Quran +1).

Sekiranya nombor-nombor surah yang mempunyai bilangan ayat genap pula dicampurkan, jumlahnya ialah 3450. 3450= (Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat genap)/2 X (Bilangan surah al-Quran +1)=60/2 X (114 +1)=30 X 115.

Ada sesiapa yang boleh menolak ini sebagai satu yang menakjubkan. Ingat semasa al-Quran diturunkan, sistem nombor belum wujud!.

Can anybody refute this as an amazing phenomena. Bear in mind that there were no number system when the Quran was revealed!

Separuh Masa Kedua Piala Taqwa!


| Print Print | Email Email |

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Friday, September 04, 2009

Anwar Ibrahim (DSAI) Akan Sertai PAS


Semasa Anwar Ibrahim dalam ABIM, ada ramalan dan desas-desus menyatakan beliau akan menyertai atau akan bergerak aktif dalam UMNO. Kebanyakan kawan, terutama dalam ABIM dan PAS, tidak percaya. Malah, ada yang mengatakan "ramalan sesat" dan "desas-desus karut".

Saya masih ingat suatu ketika, kira-kira jam 12 malam, saya didatangi oleh Ketua ABIM Selangor untuk mengesahkan yang ramalan dan desas-desus itu adalah benar. Beliau sendiri baru balik dari suatu pertemuan bersama rakan-rakan ABIM dengan Anwar. Ketua ABIM Selangor ketika itu macam termenung sahaja. Perkataannya yang menarik ingatan saya ialah
"tak sangka", dalam loghat utara.

Kini, Anwar Ibrahim jadi Penasihat PKR merangkap Penyelaras PR dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau dikenali juga sebagai DSAI. Siapa yang tak kenal beliau, bid'ah dhalalah.

Dan kini juga, ada ramalan dan desas-desus yang menyatakan bahawa beliau (DSAI atau Anwar Ibrahim) akan menyertai PAS sebagai parti politik terakhir beliau. Beliau akan menjadi PM Malaysia melalui PAS dan bersara semasa dalam PAS.

SATU LAGI PILIHAN RAYA KECIL...

TERKINI. SEREMBAN: Nampaknya negara akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil iaitu pilihanraya kecil yang ke-9 apabila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi.
DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang.
Pada pilihanraya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.
Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.
Menurut laporan awal, kematian Azman adalah disebabkan serangan jantung. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang di Hospital Seremban Specialist Center. Azman berusia 55 tahun.
Kerusi DUN Bagan Pinang secara tradisinya adalah kubu BN. Sebelum ini calon BN, Mohd Faizal Ramli memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi.
Bagaimanapun dalam situasi politik negara sekarang, adalah jelas sekali, pilihan raya kecil yang bakal diadakan nanti pasti menyaksiakan persaingan yang sengit.
Apatah lagi Parlimen Telok Kemang sekarang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat. Terdapat lima DUN di dalam kawasan Parlimen Telok Kemang. Tiga dikuasai oleh pembangkang manakala BN dua kerusi.
Kerusi-kerusi yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat ialah DUN Chuah (PKR), DUN Lukut (Dap) dan DUN Port Dickson (PKR).
Manakala DUN yang dikuasai BN pula selain Bagan Pinang ialah DUN Linggi.
NEGERI SEMBILAN: N31 - Bagan Pinang Voters: 14,192

Party Candidate Votes Majority
UMNO Azman Mohd Nor 6430 2,333
PAS Ramli Ismail 4097
Racial Breakdown
Malay: 66%, Chinese: 10.50%, Indian: 19.90%, Others: 3.50%
NEGERI SEMBILAN: N31 - Bagan Pinang Voters: 11,205

Party Candidate Votes Majority
UMNO Mohd Faizal Ramli 5967 4,411
PAS Hassan Alias 1556
Racial Breakdown
Malay: 57.6%, Chinese: 14.3%, Indian: 25.8%, Others: 2.1%
State Seats / Polling Districts
Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall, Sua Betong, Taman Eastern, Kampong Bagan Pinang, Si Rusa, Telok Kemang,
Analysis


Go to Parliament seat

Undang-undang apa yang benarkan SPR sanggah Dewan Undangan Negeri?






Pada 1hb Sept 2009, saya telah menulis "Kerusi Kosong atau Tidak Keputusan Dewan Bukan SPR". Saya menyatakan kalau mengikut Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang, keputusan mengesahkan ada berlaku kekosongan luar jangka adalah pada Dewan dan bukan nya SPR.
Dewan Undangan Negeri (dibaca juga sama erti dengan Parlimen) ADALAH salah satu dari TIGA cabang pemerintahan negara secara demokratik. Yang lain ada Executive dan Judiciary. Dibandingkan Dewan/Parlimen dengan SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR), SPR tidak sepatutnya mempunyai apa-apa kuasa yang melebihi Dewan! SPR TIDAK BOLEH OVERRULE apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh DEWAN!
Dalam hal menentukan samada berlaku kekosongan dalam Dewan, sepatutnya SPR hanya menjalankan pilihanraya atas pengistiharan kekosongan oleh DEWAN dan bukannya mengeluarkan satu perintah atau keputusan mesyuarat mengenepikan keputusan atau peristiharan yang telah dibuat oleh DEWAN.
Dibawah ini dipamirkan kenyataan atau keputusan mesyuarat SPR mengenai Kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri N.3 Kota Siputeh, Kedah.

Secara ringkasnya SPR memutuskan setelah bermesyuarat bahawa :-

1. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah ada peruntukan mengistiharkan kekosongan luar jangka jika seseorang ADUN itu tidak hadir mesyuarat Dewan 2 kali berturut-turut.(Ini berbeza dengan Pahang dan juga Parlimen Malaysia yang menyebut "tidak hadir pada tiap-tiap persidangan Dewan dalam masa 6 bulan")
2. Untuk menentukan samada kerusi itu kosong atau tidak atas sebab tidak hadir kerana ada surat cuti sakit, Dewan Kedah sepatutnya rujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan untuk membuat keputusan.
3. Oleh kerana tidak di rujuk kepada Jawatankuasa Hak, kerusi itu tidak dikira kosong dan surat cuti sakit itu adalah sah dan terpakai.

Apa yang diputuskan oleh SPR, KALAU ianya berkaitan dengan DEWAN UNDANGAN PAHANG, ianya adalah bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang Perkara 25 (1) dan adalah tidak sah; yang boleh dibaca dibawah.
"Jika berbangkit apa-apa soalan sama ada seseorang ahli Dewan Negeri itu telah lucut kelayakannya menjadi ahli, maka hendaklah diambil keputusan Dewan Negeri dan keputusan itu adalah muktamad"


Soalan yang timbul.

1. Kenapa SPR tidak terima apa yang telah diistiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Kedah?
2. Bolehkah SPR membuat keputusan bercanggah dengan keputusan yang tealh dibuat oleh Dewan?
3. Ahli Dewan adalah answerable kepada Dewan atau kepada SPR?
4. Dalam kes Kota Siputeh Kedah ini, ahli Dewan berkenaan diminta memberi penjelasan kepada SPR walaupun penjelasannya mengenai ketidakhadiran mesyuarat Dewan itu telah ditolak oleh Speaker Dewan.
5. Dari peruntukan undang-undang mana datangnya kuasa SPR untuk menyanggah atau mengenepikan keputusan yang telah dibuat oleh Dewan?




Sebagai analogy?
Perlukah Dewan merujuk dulu kepada Jawatankuasa Hak & Kebebasan, setiap kali berlaku kekosongan akibat kematian?
SPR adalah Suruhanjaya dan sepatutnya patuh kepada keputusan Dewan dan bukannya diberi kuasa untuk mengenepikan keputusan Dewan.
Tugas SPR ialah menjalankan pilihanraya dan bukannya menentukan samada Pilihanraya diadakan atau tidak diadakan!

SPR tidak boleh menjadi Mahkamah dalam menentukan kedudukan seseorang Ahli Dewan dan bukan sama sekali "Mahkamah Rayuan" bagi ahli Dewan yang telah dilucutkan kerusinya!

Wednesday, September 02, 2009

Berita sembilan Adun Umno Terengganu akan melompat parti semakin panas diperkatakan

Laut china selatan makin bergelora...khabar berita bertiup kencang

.

Terbaru, seorang Exco kerajaan negeri dikatakan sudah tidak sabar lagi dengan apa yang berlaku dalam kerajaan negeri Terengganu pimpinan Datuk Ahmad Said.

Beliau dikatakan mengugut akan meletakkan jawatan tidak lama lagi jika keadaan yang ada terus berkekalan.

[Ahmad Said reciting at a mosque two days ago. Isu yang berlaku di Terengganu sangat-sangat tidak disenangi oleh Adun Umno khasnya yang tidak bersama dalam kem Ahmad Said.

Ini kerana, sejak tersisih mereka kehilangan segala-galanya bukan sahaja jawatan bahkan juga projek-projek kerajaan negeri.

Ini kerana, mereka bukan lagi hanya bersaing dengan penyokong Ahmad Said bahkan juga mereka yang berselindung di belakang Istana Terengganu yang menabalkan Ahmad Said.

Ahmad dilantik sebagai MB Terengganu selepas pilihan raya umum 2008 apabila Datuk Seri Idris Jusoh ditolak oleh istana walaupun nama beliau dikemukakan oleh Umno sebagai bakal MB.

Akibat tidak bersetuju dengan penolakan terhadap Idris, sekumpulan ahli Umno telah mengadakan demo di perkarangan kediaman rasmi MB Terengganu dan menaikkan beberapa kain rentang yang amat sensitif.

Antara kain rentang itu berbunyi “Kami nak Deris Jusoh natang”. Ia disiarkan oleh sebuah stesen TV dan gambarnya disebarkan merata-rata selepas itu.

Tafsiran yang berbangkit dari kain rentang itu amat ketara iaitu seolah-olah mereka menyifatkan Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agung adalah ‘binatang’.

Sejak itu, hubungan antara penentang istana dengan istana semakin renggang.

Ada juga yang mendakwa, Ahmad Said bukan lagi MB Terengganu yang sebenar tetapi pihak yang mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku terhadap beliau.

Ekoran itu, peluang perniagaan dan projek untuk penentang Ahmad Said semakin tipis bahkan hilang terus. Ini menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan lain.

Jalannya adalah bekerjasama dengan PAS dan membentuk kerajaan baru kerana PAS juga mempunyai hubungan baik dengan istana Terengganu.

“Tetapi bagi saya, para pemimpin Umno ini penakut. Sebab itu sampai sekarang mereka tak berani nak tinggalkan Umno,” kata seorang pemimpin PAS Terengganu.

Namun begitu, seorang demi seorang mengaku dan meluahkan perasaan tidak senang mereka secara terbuka kepada media.

Baru-baru ini, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa orang wakil rakyat berkenaan cadangan untuk lompat parti.

Nawi sebagaimana dilaporkan sebuah laman web berkata, cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu.

“Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu,” katanya tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Menurut Nawi, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal sebagaimana dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini.

“Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar,” kata Nawi lagi.

-Malaysia Insider

Tuesday, September 01, 2009

Rakyat Didahulukan dalam Menjahanamkan Kenderaan Tersayang !


Terus terang saya katakan, secara jujur dan ikhlas saya katakan, saya amat dukacita dan kecewa terhadap Kerajaan Malaysia dalam isu kenaikkan harga minyak hari ini.

Masih saya ingat, kerajaan menjanjikan kenaikkan untuk Ron97 sepatutnya pada aras RM2.00 seliter dan Ron95 berkadar RM1.75 seliter iaitu 5sen lebih murah daripada RM1.80 sepertimana yang biasa kita isi sebelum ini. Malangnya apa yang berlaku ialah, harga minyak Ron97 adalah RM2.05 manakala bagi Ron 95 pula RM1.80. Adakah ini flip-flop? atau satu penipuan terancang?

Saya pernah hanya sekali menggunakan Ron95, itupun kerana terpaksa seumpama diperangkap oleh pengusaha stesen minyak shell Jln Kelang Lama pada pertengahan bulan lalu. Hanya Ron95 sahaja yang available pada waktu itu dan saya isi RM20 untuk percubaan. Hasilnya agak mengecewakan! Kereta menjadi sedikit semput dan tiada jaminan bahawa enjin akan terjaga dengan Ron95 yang tahap pembakaran jauh lebih rendah dari Ron97.

Apalah nasib rakyat Malaysia, dilayan oleh kerajaan setaraf kelas ke-3. Inikah yang dikatakan 'Rakyat Didahulukan'? Inikah maknanya 'rakyat didahulukan' untuk mempertaruhkan kereta tersayang mengisi minyak murah? Adalah menjadi satu beban yang lebih besar jika 'performance' kenderaan kita semakin merundum dan bermasalah setelah menggunakan minyak murah ini.

Kita dipaksa untuk membayar harga yang tinggi untuk minyak yang lebih baik sedangkan negara ini penuh dengan hasil minyak terbaik. Tidakkah kita berfikir tentang ini dan mendiamkan diri apabila dipermainkan oleh kerajaan yang zalim sebegini?

Dalam kesabaran umat Islam negara ini mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadhan, Kerajaan Malaysia mengambil kesempatan menaikkan harga minyak tanpa memikirkan impaknya. Tidakkah kerajaan memikirkan hal rakyat yang bakal menyambut Syawal? Saya percaya, harga barang sedikit sebanyak akan naik kerana alasan basi kenaikkan harga minyak! Ini membebankan rakyat yang ingin menyambut ketibaan Syawal.

Bukankah kerajaan atau sesiapa sahaja tahu bahawa apabila tiba hari perayaan, pastinya kenderaan banyak bergerak, pastinya kita akan banyak berjalan menggunakan kenderaan untuk balik ke kampung serta ziarah menziarahi antara satu sama lain sepanjang syawal. Sudah tentu kegunaan minyak akan berlipat kali ganda dari keadaan biasa. Tidakkah kerajaan fikirkan hal rakyat? Adakah ini yang dinamakan Perdana Menteri rakyat? Jauh panggang dari api.

Mengapa tidak kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga minyak selepas musim perayaan? Apakah kerajaan ini sudah gila? Dikala melaungkan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, dikala itu jugalah rakyat diperbodoh dan diseksa!

Kita rakyat bukan lagi bodoh! jangan paksa kami guna Ron95 kelak kami akan merana apabila minyak tersebut mengkarbonkan enjin kenderaan kami! Kerajaan Malaysia yang tidak punya hati perut, dan berwatakkan binatang di bawah pemerintahan Perdana Menteri pembunuh ! Biarlah pahala puasa hari ini dipotong separuh kerana memaki hamun, asalkan aku terus berjuang dengan sebakul kata-kata bersama sepotong buah fikiran.

Hancur BN ! Hidup Rakyat !!

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH