HOTPOWERS

nuf

Siaran Langsung dari Masjid Nabawi -

2
Makkah LiveTV

إذا لم يعمل البث يرجى الضغط هنا

Wednesday, February 25, 2009

Bila Yang Nyata Dibiar, Yang Tersembunyi Dicari

Bila Yang Nyata Dibiar, Yang Tersembunyi Dicari




Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Beberapa hari lalu apabila saya membaca muka depan sebuah akhbar yang mendedahkan tangkapan khalwat ke atas individu tertentu yang dilakukan oleh jabatan agama dan disiarkan secara ‘promosi maruah’ oleh akhbar tertentu saya teringat kepada kenyataan saya pada peringkat awal saya menjadi mufti dua tahun lepas yang membantah tajassus atau mengintip.

Masa itu saya baru sahaja hendak dikenali oleh sesetengah masyarakat negara ini. Sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk mengkritik saya dan menganggap itu pandangan yang ‘menghalalkan’ maksiat. Demikian segelintir kelompok manusia yang cepat menghukum tanpa berfikir dan menilai.

Hari ini saya hanya tinggal sebulan lagi berada atas jawatan mufti, isu khalwat kembali menjadi tajuk besar media. Saya sudah banyak kali mengulas, namun biarlah saya sentuh lagi sebagai tazkirah isu ini untuk kali yang akhir ketika masih memegang jawatan.

Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:

“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).

Maka ada seorang bertanya:

“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?

Jawab Nabi saw:

“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Demikianlah hadis ini menggambarkan Nabi SAW tidak mendedahkan keaiban orang lain selagi keburukan itu tidak dilakukan secara terang-terang. Juga, amalan soleh seperti solat boleh menghapuskan keburukan yang dilakukan. Ya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan empunya berusaha menutupinya.

Dahulu saya sudah sebut hal ini. Ada yang enggan mendengarnya kerana mereka merasakan mungkar mesti didedahkan sebagai pengajaran. Padahal Islam mempunyai pendirian yang berbeza. Akhirnya, hasil daripada sikap suka mengintai dan mendedahkan perkara dalam ‘kain orang lain’ sekalipun pelakunya cuba menyembunyikannya, maka kita lihat penyakit ini merebak ke dalam berbagai sektor kehidupan. Politik kita pun, politik lawan selak kain. Ekonomi pun demikian. Akhirnya, harga maruah menjadi murah dalam masyarakat kita.

Sesetengah media, memang suka berita sensasi tentang maruah ‘orang lain’ untuk dilelong. Namun Islam menentang cara yang demikian. Maksiat yang dibanteras secara keras oleh Islam adalah maksiat yang berlaku secara terbuka kerana ia menggalakkan aktiviti mungkar dan mencemarkan iklim masyarakat Muslim. Adapun maksiat berlaku secara sembunyi dan hanya membabitkan soal peribadi insan, bukan keselamatan awam, maka ia tidak didedahkan.

Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din. telah menyebut mengenai rukun-rukun pelaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud pelaksanaan al-Amr bi al-Ma‘ruf (menyuruh kepada kebaikan) apabila jelas ia ditinggalkan, dan al-Nahy ‘An al-Munkar (pencegahan kemungkaran) apabila jelas ia dilakukan. Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta‘ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah Taala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (Maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam manamana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..” (Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Tokoh ulama semasa seperti al-Qaradawi telah menyebut perkara yang hampir sama. Beliau dalam bukunya Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam telah menyatakan:

“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….” Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih: (bermaksud):“Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyi. Terutamanya maksiat hati seperti riyak, kemunafikan, kesombongan, dengki, kikir dan lain-lainnya. Sekalipun agama menganggapnya sebagai dosa besar, namun tidak dibantah-selagi tidak zahir dalam bentuk amalan. Sebabnya ialah kita diperintahkan untuk menghakimi manusia apa yang kita nampak. Adapun hal-hal yang tersembunyi kita serahkan kepada Allah”. Lalu al-Qaradawi menyebut kisah Saidina ‘Umar tadi. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

Dalam tafsir Fi Zilal al-Quran, ketika menafsirkan firman Allah (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani”, Sayyid Qutb menyebut: “Namun perkara ini kesannya lebih jauh dari itu. Ia adalah prinsip Islam yang utama dalam sistem kemasyarakatannya, juga dalam urusan perundangan dan pelaksanaannya. Sesungguhnya bagi manusia itu kebebasan, kehormatan, kemuliaan yang tidak boleh dicerobohi dalam apa bentuk sekalipun. Tidak boleh disentuh dalam apa keadaan sekalipun. Dalam masyarakat Islami yang tinggi dan mulia, manusia hidup dalam keadaan aman pada diri mereka, aman pada rumah mereka, aman pada rahsia mereka dan aman pada keaiban mereka. Tiada sebarang justifikasi – atas apa alasan sekali pun – untuk mencerobohi kehormatan diri, rumah, rahsia dan keaiban. Sekalipun atas pendekatan mencari jenayah atau memastikannya, tetap tidak diterima dalam Islam pendekatan mengintip orang ramai. Hukum manusia berasaskan apa yang zahir. Tiada hak sesiapa untuk mencari-cari rahsia orang lain. Seseorang tidak akan diambil tindakan melainkan atas kesalahan dan jenayah yang nyata dari mereka….demikianlah nas ini (larangan tajassus) menempatkan dirinya dalam sistem pelaksanaan dalam masyarakat Islami. Ia bukan sekadar mendidik jiwa dan membersihkan hati, bahkan ia telah menjadi dinding yang memagari kehormatan, hak dan kebebasan manusia. Tidak boleh disentuh dari dekat atau jauh, atau atas sebarang pendekatan atau nama”. (Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Quran, 6/3346, Kaherah: Dar al- Syuruq).

Amat dukacita bagi masyarakat kita, jika kita sibuk mendedahkan maksiat yang tertutup yang disuruh oleh prinsip Islam agar kita tidak membukanya, dalam masa yang sama kita membiarkan berleluasa maksiat yang terbuka yang dilakukan atas pentas, dalam filem dan dijual dengan harga yang mahal.

Amatlah dukacita jika penguat kuasa agama ada masa yang cukup untuk pergi mengintip, memecah pintu milik peribadi orang lain bagi memastikan maksiat wujud ataupun tidak, namun dalam masa yang sama tiada masa untuk menghenti suami yang zalim memukul isteri yang sudah berulang kali membuat aduan, tidak cukup masa untuk menyelesaikan kes-kes kezaliman rumah tangga dan seumpamanya.

Aduhai dukacita, jika mereka bersemangat sampai sanggup tunggu pukul 2, 3 pagi untuk mengintip pasangan berkhalwat tetapi tiada cukup tenaga untuk membantah majalah-majalah yang terang-terang siang dan malam dijual yang mempamerkan aksi-aksi panas pasangan yang tidak berkahwin. Kita cari yang tersembunyi, kita biarkan yang nyata.

Dalam satu riwayat daripada Zaid bin Wahb, katanya:

Dibawa seorang lelaki kepada ‘Abd Allah bin Mas‘ud, lalu diberitahu kepadanya: Lelaki ini menitis arak dari janggutnya. Kata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak”. (Riwayat Abu Daud. Sanadnya sahih).

Saya termenung mengenang fatwa kebangsaan pengharaman pengkid. Cara kebetulan saya tidak hadir dalam mesyuarat tersebut atas beberapa sebab. Saya terfikir, adakah perlunya satu persidangan fatwa untuk membahaskan hukum wanita menyerupai lelaki, haram atau halal? Sejak setengah tahun yang lepas saya sudah bercakap hal pengkid dalam sebuah majalah terkenal dalam negara ini.

Hadis Nabi SAW jelas dalam hal ini. Dalam riwayat al-Bukhari daripada Ibn ‘Abbas menyatakan:

“Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki”.

Ini adalah pengetahuan am yang diketahui umum, sekalipun orang mereka yang tidak mendalam agama dan tidak membaca keputusan fatwa. Namun persoalannya adalah pelaksanaan. Memang wujud wanita yang hidup ‘bergaya’ lelaki. Namun, maksiat terbuka yang banyak kelihatan jika penguat kuasa agama ingin mencegahnya adalah lelaki yang menyerupai wanita. Entah berapa ramai selebriti lelaki negara kita yang berwatak seperti perempuan. Entah berapa banyak pula drama, pertunjukan dan filem kita yang seakan mengiktiraf ‘wanita jadi-jadian’. Sehingga seakan kita ada tiga spesis; saudara, saudari dan ‘saudarai’. Inilah maksiat terbuka yang lebih patut dibantah daripada mencari-cari ‘kemungkinan’ maksiat di belakang pintu yang berkunci.

Saya tahu sebahagian penguat kuasa itu ikhlas. Namun, bak kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H):

“Oleh kerana ini menjadi batasan setiap amalan soleh, maka penyuruh kepada makruf dan pencegah daripada munkar itu sendiri wajib memenuhi tuntutan tersebut. Justeru tidak menjadi amalan soleh jika tidak dengan ilmu dan fiqh. Ini seperti kata ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz: Sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah tanpa ilmu, maka apa yang dia rosakkan lebih banyak daripada apa yang dia baik… Ini suatu yang jelas. Sesungguhnya tujuan dan amalan jika tidak dengan ilmu maka ia adalah kejahilan, kesesatan dan mengikut hawa nafsu -seperti yang dijelaskan sebelum ini-. Inilah perbezaan antara golongan jahiliah dan golongan Islam. Pelaksana Al-Amr bi al- Ma‘ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar mestilah mempunyai ilmu mengenai makruf dan munkar, serta membezakan keduanya. Mestilah juga memiliki ilmu mengenai keadaan orang yang disuruh atau dicegah tersebut”. (rujukan: Ibn Taimiyyah, Majmu‘at al-Fatawa, 14/344-345, Riyadh: Maktabah al-‘Abikan)

Sunday, February 22, 2009

tt

Malah Nik Aziz cabar Ahli Parlimen Pasir Mas ini tanding uji populariti

TIKET PAS... IBRAHIM Ali menunjukkan simbol PAS ketika hari penamaan calon pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

[DIKEMAS KINI] KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak bimbang jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.

Nik Aziz yakin Ibrahim tidak akan memperoleh kemenangan atau majoriti sebesar majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu jika tidak kerana sokongan daripada anggota PAS.

Pesuruhjaya PAS negeri itu berkata: "Keputusan PAS mencabar beliau (Ibrahim) supaya meletakkan jawatan kerana mengkritik PAS daripada belakang adalah keputusan PAS negeri yang dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri yang saya sendiri selaku Pengerusi (perhubungan)."

"PAS tidak bimbang jika Ibrahim letak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas jika benar-benar ingin menguji kekuatan pengaruhnya dalam politik kerusi Parlimen itu jika ia mahu menyahut cabaran PAS supaya meletakkan jawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini semalam.

Pagi ini ketika ditemui pemberita selepas merasmikan kursus kakitangan awam kerajaan negeri, Nik Aziz enggan memberikan sebarang ulasan mengenai desakan PAS Kelantan yang mahukan Ibrahim meletak jawatan.

"Tok se, tok se (tak nak, tak nak)," kata Menteri Besar Kelantan itu.

Semalam, Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS Kelantan meminta Ibrahim meletak jawatan sebagai wakil rakyat berikutan tindakannya yang kebelakangan ini sering mengkritik PAS.

Takiyuddin menyifatkan kelantangan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi sedangkan anggota Parlimen Bebas itu diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.

Dalam reaksi spontan semalam, Ibrahim berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kecuali diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.

Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam Umno seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Ibrahim bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Ibrahim turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat.

Ditanya mengapa PAS bertindak mencabar Anggota Parlimen itu meletakkan jawatan, Nik Aziz berkata, ini disebabkan Ibrahim mengkritik kepimpinan PAS dari belakang.

Nik Aziz berkata, walaupun Ibrahim calon Bebas, tetapi bukan bererti beliau boleh bebas tanpa sekatan.

"Kalau lembu pun kita kena ikat dengan tali, mana boleh manusia bebas tanpa sekatan.

"Sebagai pemimpin, Ibrahim tidak boleh mengkritik dan menyerang PAS dan pemimpinnya bukan-bukan.

"Ini bukan bererti PAS tidak boleh ditegur. Yang berhak mengkritik dan menegur (pemimpin dan parti) ialah rakyat," katanya.

Kepada soalan lain, jika Ibrahim enggan berundur dan meletakkan jawatan walaupun dicabar berbuat demikian oleh PAS, Nik Aziz berkata: "Memanglah, biasanya manusia tidak mudah mengaku kalah. Macamlah kita jadi menantu, kalau mentua bencipun kita tetap tinggal rumah itu kerana sayangkan anaknya..." BERNAM

Saturday, February 21, 2009

RAHSIA TAHI LALAT

Rahsia Tahi Lalat<>>>banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri >>>>ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan >>>>>>disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri >>>>>>pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan >>>>>cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri >>>>>>cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah>>>>> tercapai cita-cita
biji mata kanan >>>>>suka serong dan pembohong
biji mata kiri >>>>>pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan >>>>>baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri>>>>> baik budi, murah rezeki
punggung kanan >>>>>agak mengalami kesulitan
punggung kiri>>>>> malas dan suka duduk
betis kanan >>>>>suka berhibur, boros
betis kiri >>>>rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan >>>>>bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri >>>>>kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan >>>>>terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri >>>>>>sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang >>>>>jujur, sabar dan tekun
kening kanan >>>>>>cerdas dan cekap
kening kiri >>>>>cerdas, sopan santun
tengah kening >>>>>keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan >>>>kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri >>>>suka berpoya-poya
ketiak kanan >>>>dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri>>>>> jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan>>>> suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri>>>> kehendak kuat
batang hidung>>>> banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung >>>>banyak rezeki
dagu bawah kanan >>>>jujur dan baik hati
dagu bawah kiri>>>> bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri>>>> baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki)>>>> bakal beristeri 2
tumit kanan >>>>jujur dan banyak kawan
tumit kiri>>> baik budi
alis kanan>>>> suka menolong, baik hati
alis kiri >>>>ramai yang suka
pangkal peha kanan >>>>kemahuan kuat
pangkal peha kiri >>>>suka kerja apa pun
telapak kaki kanan >>>>>tak mudah mengeluh
jari kaki kanan>>>> suka menolong
jari kaki kiri >>>>>berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan >>>>cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri >>>>suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan >>>>>baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri >>>>>ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan >>>>>setia dan taat pada atasan
lengan kiri >>>>>menepati janji dan rajin
pipi kanan >>>ramai teman
tengah-tengah pipi kanan>>>> ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri >>>>ramai teman
ubun-ubun >>>>>kurang jujur
pusat >>>>>cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan>>>>> sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri >>>>>beroleh kemuliaan
pinggang kanan >>>>sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri >>>>>disayang pasangan hidup
dada kanan >>>>>dapat mengatasi masalah
dada kiri >>>>>berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan>>>>> tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri >>>>>baik budi pekertinya
siku tangan kanan >>>>>kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri >>>>>baik hati, suka menolong
jari tangan kanan >>>>>serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri >>>>>serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan>>>>> banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri >>>>banyak rezeki dan cermat
pergelangan tangan kanan >>>>boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri >>>>>dapat berpangkat
perut bawah kanan >>>>banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri >>>>>baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam>>>>> disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam >>>>>tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar >>>>>baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri >>>>>murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan >>>>>serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan>>>>> atas baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas>>>>> baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah >>>>agak malas
kelopak mata kiri bawah >>>>>agak bodoh, kurang bijaksana

Tag :

Friday, February 20, 2009

Nuffnang Ads
MULUT BERBAU!!! 8 comments
Posted at 11:39 pm in Blogger's Story

Salam sayang semua…

Kita semua sedar semua orang mulutnya berbau. Punca utama ialah bakteria di dalam mulut kita akan memproses makanan yg tertinggal di dalam mulut kita selepas makan dan membebaskan bau busuk yg tak menyenangkan. Dan penyelesaiannya ialah dengan memberus gigi dengan cara yg betul atau mengunyah gula2 atau berkumur dengan ubat2an seperti listerine dan sebagainya. Semua orang tahu cara ni.

dentist2

Satu ketika dulu Abg Bear juga menghadapi masalah ini dan sangat berat sekali. Dah habis tonyoh dah gigi2 tu dah tu dah habis korek segala celah lidah pipi dan sebagainya. Dah tu pulak berkali kali lah berkumur dgn listerine biru kat umah tu. Tak sampai 10 minit mulut kembali berbau. Pening kepala fikirkan sebabnya dan terlalu malu rasanya nak menghadapi orang ramai. Akhirnya Abg Bear ke doktor gigi kat Taman Conot sini.

Ohhh… puncanya ada gigi rosak… so silalah cabut. Maka tanggallah gigi geraham atas yg pertama kena cabut. Dalam sebulan dua masalah settle. Tapi tetiba bau datang lagi, check lagi ke doktor dia kata takder gigi rosak tapi mungkin perlu buat scalling (betul ker eja nih?). Maka segala kerak kerak kat gigi semua ditanggalkan. Bersih habis. Meraung aku kena wat scalling. Masuk bulan kedua selepas scalling, mulut kembali berbau… ehhhh apa masalah pulak ni.

dentist

Abg Bear pun ke doktorlah lagi… dan kata doktor kononnya disebabkan aku ni terlalu risaukan pasal mulut berbau, maka telah dengan tak sengaja aku telah memberus gigi terlalu kuat jadi ada gusi yg longgar dan telah menyimpan makanan. Aduh… betul ker nih?? So nasihat doktor, gosok gigi 2 kali jer sehari tapi yg lain tu berkumur jer. Okeylah doktor aku ikut… buatlah apa disuruh. Selesai?? tak jugak…

Semakin aku menggosok dan berkumur, semakin teruk bau yg keluar… dan seakan akan bau bangkai pulak dan setengahnya aku sendiri rasa dari air liur macam ada benda membusuk kat dalam badan. Pusing tak pusing kepala aku memikirkan penyelesaiannya.

Abg Bear berterima kasih pada seorang member baik yg memberi penyelesaiannya. Ini bukan promosi yer… Abg Bear tak dapat apa apa pun dari iklan ni. Member Abg Bear ni telah mencadangkan Abg Bear menggunakan teh dari Kinohimitsu ni untuk menghilangkan nafas berbau tersebut. Sebelum dari tu Dr Shah ada jugak cakap, mungkin bukan dari mulut tapi dari perut. Dan menurut kata kawan Abg Bear ni, ada mendakkan dalam perut kita yg mula berkerak dan membusuk dan ini memberi bau yg kuat keluar dari mulut kita.

p2147935

Kawan ni suruh mencuba beberapa paket, jadi Abg Bear pun gunalah sama seperti cara2 meminum teh lain. Panaskan air dan rendam dan minum dan hasilnya amat memberangsangkan. Keesokkan harinya pencernaan sangat lawas. (Maaf) Berguni guni najis keluar lebih dari biasa dan perut Abg Bear rasa lega dan badan jadi ringan sangat. Ini berlaku beberapa kali dalam sehari dan ianya melalui proses biasa dan bukannya sakit memulas2 atau mencucuk cucuk… tidak!!! Sakit perut yg biasa saja.. normal.

p2147934

Jadi kerak kerak yg dah mendap bertahun tahun tu dikorek keluar dari perut dan usus Abg Bear dan memang betul bau busuk yg dulu tu dah hilang. Kalau ada pun mungkin sedikit saja dan disebabkan yg mula mula tadi (sisa makanan) dan bukannya dari mendakan berbau bagai bangkai tu. Abg Bear lega sangat dan mintak maaf dengan member member yg selama ini menjauh dari bercakap disebabkan mulut berbau ni. Harap harap kesan ini berpanjangan dan kekal sampai bila bila.

Teh ni murah saja harganya tak sampai RM20 pun dan senang dapat di mana-mana farmasi. Silalah mencuba dan terima kasih banyak banyak pada member Abg Bear yg kenalkan teh ni pada Abg Bear.

Salam Sayang Beruang Madu

Wednesday, February 18, 2009

HADARI

Kejatuhan kerajaan PAS Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004 dan juga kekalahan pada PRU ke-12 Mac lalu, kedua-duanya dilihat berpunca dari kekeliruan rakyat terhadap ‘jenama’ Islam Hadhari.

“Sebenarnya, kekeliruan pengundi di Terengganu. Dia (rakyat) keliru sedikit dengan apa yang UMNO hendak buat dan apa yang PAS hendak sampaikan.

“Saya tidak nampak itu kegagalan PAS kerana banyak program-program yang dibuat oleh bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh sendiri banyak menggunakan ‘tagging’ Islam,”kata Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang ditemui selepas majlis ceramah di Pekan Manir, dekat sini semalam

Beliau berkata rakyat terutama di kalangan para pengundi keliru diantara apa yang UMNO hendak buat serta apa yang PAS hendak sampaikan. (Gambar - Nizar bersalaman dengan orang ramai selepas majlis ceramah)
“Dia (Idris) telah memberikan ‘tagging’ (label) Islam dan itu yang keliru. Bahkan, kita dapati Islam hadhari masih banyak ‘dimainkan’ di Terengganu. http://buletinonline.net/images/berita12/nizarsalmorangramai.jpg

Katanya, pihak kerajaan UMNO/BN Terengganu telah menyediakan peruntukkan bagi agenda Islam Hadhari.
“Kerajaan telah sediakan peruntukan untuk perkampungan Hadhari, Expo Hadhari. Terengganu yang banyak dan itu mengelirukan rakyat,” jelasnya

Mengulas lanjut, Mohamad Nizar berkata PAS memerlukan sedikit perubahan dalam konteks penyampaian bagi mesej Islam itu sendiri.
Beliau menyarankan sekiranya penyampaian PAS boleh diubah dalam bentuk kontemporari (semasa) rakyat pasti boleh menerimanya.

“Itulah masalah PAS hari ini, sebab tidak boleh hendak membawa satu-satu isu dijadikan ia sebagai suatu kontemporari.
“Kita (PAS) lihat ianya sebagai ‘haram’ tidak boleh buat dan ‘halal’ boleh buat. Jika kita mengambil beberapa hujah yang ada bertolak ansur, saya rasa dia (rakyat) boleh terima,” ujarnya.

DR.MAHATHIR

Sangsi Pak Lah tidak lepaskan jawatan PM?

PETALING JAYA: Ketika tinggal enam minggu menjelang pemilihan Umno dan peralihan kepimpinan kerajaan, masih wujud kesangsian yang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan berundur?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyentuh isu ini sekali lagi menerusi tulisan blognya dengan mendakwa ada usaha mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Abdullah tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno kali ini. Ia dimenangi tanpa saingan oleh Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Najib secara rasmi diisytiharkan Presiden Umno hujung bulan depan dan dijangkakan Abdullah menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Najib hujung Mac atau awal April.

"Seperti biasa, terdapat banyak berita angin akan perancangan mereka. Jika boleh, mereka akan halang peralihan kuasa, sekurang-kurangnya buat sekian lama.

"Kata berita angin mereka sedang menasihat Datuk Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Datuk Seri Najib Razak jadi Presiden parti.

"Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam Perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis," kata beliau yang menyerahkan tampuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno kepada Abdullah pada Oktober 2003.

Kata bekas Presiden Umno, oleh kerana yang menentukan segala-galanya ialah Perdana Menteri, "jika Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya."

Lazimnya, yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden Umno.

Justeru, Dr. Mahathir yang dianggap sebagai "orang penting" dalam menggerakkan Najib bagi mempercepatkan proses peralihan kuasa Mac ini berbanding Jun 2010 menyoal: "Apakah Najib akan memberontak" jika ia berlaku?

"Tidak," kata beliau yang mewajarkan tulisannya dengan berkata, "mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat (Jabatan Perdana Menteri) untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib menjadi Presiden Umno hanya rekaan orang-orang tertentu.

"Jika ia ternampak akan memberontak ada cara untuk melawannya. Jika dapat dicetuskan keadaan tertentu, seperti rusuhan atau huru-hara, ini boleh dijadikan alasan untuk Datuk Seri Abdullah tidak letak jawatan. Ramai ahli Umno dan ahli Majlis Tertinggi pasti akan sokong Datuk Seri Abdullah. Mereka semua terhutang bukan sahaja budi kepadanya," kata Dr. Mahathir lagi.

Dr. Mahathir juga meramalkan kemungkinan ada antara ahli Umno yang menentang kuat dan bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam parti atau dalam Parlimen.

"Umno boleh ditangani melalui cara biasa. Jika terpaksa hilang berjuta pun tak mengapa kerana kuasa Tingkat Empat boleh menampung dengan punca-punca yang sudah ada. Apa gunanya wang jika kuasa untuk mendapatnya sudah hilang?

"Jika Ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen, ini tidak mungkin berjaya. Sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini.

"Ahli parti lawan memang hendak Datuk Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan mereka. (Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, (Pengerusi DAP), Karpal Singh dan (Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka," katanya.

Jelas beliau, dengan sokongan ahli parti lawan kepada Abdullah, sukar bagi BN mendapat cukup bilangan untuk meluluskan undi tidak percaya.

"Jika undi tidak percaya dalam Parlimen tidak berjaya, Abdullah akan jadi Perdana Menteri yang amat lemah, kerana memerlukan sokongan parti lawan untuk meluluskan sebarang undang-undang yang dibawa ke Dewan Rakyat," katanya.

LETAK JAWATAN

Letak jawatan: Hasrat Elizabeth gopoh, silap atau komplot

PETALING JAYA: Dalam tempoh 12 jam selepas mengumumkan hasrat mahu meletakkan kedua-dua jawatan, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong nampak gaya berhadapan dengan dilema - harus kekal ataupun sebaliknya.

Ada yang bersimpati. Ada yang menyifatkan beliau sebagai pemimpin bertanggungjawab kerana sedia memikul "liabiliti moral". Ada yang menganggap ia keputusan terburu-buru. Ada yang menyifatkan sebagai gimik ataupun mencari populariti.

Dalam tempoh dua minggu, WOng merupakan pemimpin kedua Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbuat demikian. Awal minggu lalu, ADUN Bukit Selambau di Kedah, V. Arumugam juga meletakkan jawatan ekoran skandal moral.

Wong merupakan pemimpin keempat berhadapan dengan isu "skandal" selepas ADUN Changkat Jering dan Behrang yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas selepas keluar PKR bulan lalu.

Malah ada yang menganggap perkembangan semasa sebagai strategi PKR dan Pakatan Rakyat untuk menghadapi persekitaran politik semasa.

Segelintir penyokong Wong menganggap PKR tidak memberikan sokongan padu kepadanya dan membiarkan tekanan ke atas beliau berterusan.

Sehingga awal pagi ini blog Wong menerima lebih 400 komen dengan hampir kesemuanya menyatakan sokongan kepada beliau sambil menggesanya tidak meletakkan jawatan. Mereka mahu PKR menolak hasrat beliau.

Tuesday, February 17, 2009

NASIB GAZA

?????

WARGA emas Palestin mencari sesuatu di sebalik bangunan kediaman yang runtuh dibedil tentera Israel di Rafah, Selatan Gaza, semalam.

See full size imageGo to fullsize image

Go to fullsize image

Zionis tak endah resolusi PBB

GAZA: Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam yang menggesa gencatan senjata dimulakan segera tidak diendahkan Israel apabila rejim Zionis itu terus menggempur Gaza dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 783 orang dan lebih 3,000 lagi cedera.

Anak-anak ISRAEL memberikan hadiah untuk anak-anak PALESTIN

anak Israel 2

Anak-anak kecil ISRAEL menuliskan ‘pesan’ di cangkang senjata artileri
berat. Lokasi di Kiryat Shmona, ISRAEL utara, bersebelahan dengan
perbatasan Senin,

anak2israel2.jpg

…dan anak-anak PALESTIN menerima-nya dengan….anak2libanon.jpg

- Adakah semua ini nasib mereka yang lemah di tindas oleh yang kuat.

- Adakah semua ini bala petaka kepada umat yang tak bersatu hati.

nang

kami sokong tok guru





TENGOK TV

Photobucket

HARGA MINYAK MENTAH